Ahad, 17 April 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 3

Yaaaa sekali lagi kita dalam Ulasan Maharaja Lawak untuk Minggu ke-3. Before that I'm Sorry! sebab lambat sikit review, biasalah weekend byk aktiviti nak dibuat, tapi aku akan cuba juga utk meneruskan ulasan Maharaja Lawak... Terima kasih kepada yg banyak memberi sokongan, terutama my no. 1 fan and reader... iaitu my wife hihihi. Tema Maharaja Lawak minggu ini adalah Muzikal Komedi. Target aku utk minggu ni tak tinggi sangat, cukup setakat menghiburkan kerana persembahan lawak yg diiringi dengan muzik biasanya tak la boleh buat orang ketawa guling, ia cukup sekadar menghiburkan. Ini kerana tak ramai pelawak yang boleh menyanyi dan mempunyai suara yang sedap. Namun suara yang sedap dan nyanyian yang mengikut tempo, jelas dan tak berterabur sebenarnya banyak membantu dalam persembahan Muzikal Komedi. Tapi ternyata ada beberapa peserta yg dapat membuatnya dgn sgt baik tak disangka2.


Sebelum persembahan, 2 peserta yg patut keluar minggu lepas telah diumum keluar sebelum start gelanggang bermaksud diorg tak dapat perform walau dah buat persediaan... peserta yg terkeluar sblm bertarung adalah Wai dan XN3. Kesian diorg... tapi nak buat macamana dah nasib badan. Oklah... tanpa membuang masa lagi aku akan terus review persembahan setiap peserta.... termasuk juri sekali hahaha. Dan kali ni aku akan listkan sekali lagu asal yang digunakan utk persembahan Muzikal Komedi setiap peserta serta link2 sekali kalau ada so sambil layan Maharaja Lawak leh dengar sekali lagu2 yg menjadi soundtrack persembahan mereka k... Enjoy!

Meter tahap kelawakan:

- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai. 

0. Usop Wilcha (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Permulaan gelanggang Maharaja Lawak yg best, sekali lagi oleh Usop Wilcha. Seperti biasa, watak yg dibawa oleh Syed Mohamad Asri a.k.a Shy8 iaitu Usop Wilcha mmg bikin panas... dan nyanyiannya juga boleh tahan, kalau sesape yg tak tahu Usop Wilcha pernah menjadi penyanyi dan merakam album sekitar tahun 90-an. Antaranya lagunya leh tgk sini.

Antara punchline yg best:
- "Cube senyap...","Cemane awok nak main... ishh.. takkan nak pake handfree... oh awok ada back-up...","Rendoh benoo... ce tinggi ce tinggi","Itulah pentingnya muzik edukesyeennnnn","Kome kome kome kome come and goooo, kome come and goooo, kome come and goooo"

Lagu asal yang digunakan:
- Culture Club - Karma Chameleon


1. Kumpulan Balas (Laugh-O-Meter: LOL)
Peserta pertama iaitu Kumpulan Balas membuka gelanggang dengan persembahan yang menarik kisah percintaan Tina dan Abang... Seperti biasa, joke double meaning masih menjadi trademark. Bak kata Mamat Khalid, aku pun tak la kisah sgt tapi environment negara kita ni tau2 jelah... so kalau boleh elakkan buat lawak mcm tu di kaca TV. Namun persembahan masih dikira lawak dan menjadi... Cuma nyanyian Fendi tu kureng sikit boleh mencacatkan sikit persembahan.

Antara punchline yg best:
- "Tina calm down tina... biar abg explanation tina","Abg tak pernah sangkut bayar bil letrik tertunggak, apatah lagi bil air","Yang mana satu tina, jiwa ke raga tina?","Saya bayar secara ansuran darah abg, tiap2 bulan saya akan bayar lagi","Suara kau tina menyebabkan kita tempat ketiga ko tau".

Lagu asal yang digunakan:
- Iklan Adabi
- Gio - Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan) <-- Jom Karaoke


2. Alex (Laugh-O-Meter: LOL)
Alex kali ni boleh dikatakan dah bangun semula dari persembahan lawak Tandas minggu lepas. Topik yang dipilih juga lain daripada yg lain iaitu pasal pencuri susu getah. Lagu yg dibawanya juga liriknya disusun kemas, ada isi dan bijak. Pandai bermain dgn rhythm seperti "Tiba2 dtg tuan punya ladang... dtg bwk senapang... dia tembak aku punya belakang... dia fikir aku seladang... nasib baik aku selamat.. kerana lemak aku ini penyelamat". Boleh cakap Muzikal Komedi ni mmg makanan Alex, suara pun OK, so far memang terhibur.

Antara punchline yg best:
- "Terus terang, dulu, aku ini, pencuri susu getah","Milik siapakah pokok getah ini... Mungkin milik Siti atau Mariah Carey... Mungkin aku curi sebaldi lagi cantik kalau selori... mau beli motor Ducati","Ducati dah jadi motor Kriss".

Lagu asal yang digunakan:
- Sudirman - Milik Siapakah Gadis Ini <-- Karaoke lagii
- Slam - Gerimis Mengundang <-- Everibodiii together
- Dr. Sam - Saya Anak Malaysia (Versi Asal), (Versi Aboi + Karaoke)


3. Amir (Laugh-O-Meter: HAHA)
Amir kembali meriuhkan suasana dengan 2 emosi, suka dan benci. Walaupun aku rasa ramai lagi yang benci, tapi aku nak bagi kredit kat dia sbb dapat buat persembahan dan menyanyi walaupun sgt tunggang langgang, tempo semua dia langgar sampai band muzik tak leh nak catch up, Shah Slam siap nak pass gitar kat dia. Dia buat mcm pentas tu dia punya, buat suka hati tanpa pedulikkan org lain walaupun aku rasa dia tahu ramai tak suka dia. Membawa cerita pasal peragut, kalau ikutkan ada punchline yg menarik tp mungkin sbb dari mula ramai org dah tak suka so apa dia buat pun org dah takleh nak terima... Bak kata Tauke, apa pun takbleh... Tapi bagi aku, open our mind dan layankan jelah...Cuma nasihat aku kalau benci pun tak payah lah nak maki dan mencaci, kan tak baik tu, kitakan sesama Islam sesama Melayu, dia tak buat dosa pun kat korang... kan... kan...


Antara punchline yg best:
- "Korang senyap kenapa kang aku terbang kang","Dulu mak ayah saya bagi duit suruh belajar ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu bio... Saya belajar ilmu hitam.","Tengok, aku ragut AC Mizaaal","Hoo hoo hoo, aku ragut, bukan ragut kehormatan diri... Aku ragut, bukan ragut rumput ditepi". 

Lagu asal yang digunakan:
- Faizal Tahir - Selamat Malam 
- Slam - Tak Mungkin Berpaling <-- Sekali lagi... Slam everibodii
- Mawi & M. Nasir - Lagu Cinta Lagu Jiwa  <-- Ha Ha Ha Pak Jabit JKKKKKKK
- Waheeda - Wassini <-- Karaoke lagi
- Maher Zain - Insya Allah


4. Jihan (Laugh-O-Meter: HAHA)
Peserta seterusnya iaitu satu2nya wanita iaitu Jihan, membawa kisah cintanya dengan abg Dollah (Dollah cantek ke hahaha). Actually mcm yg aku dah cakap sebelum ini, bagi tahap pelawak wanita, dia dah kira bestlah... Jgnlah compare dia dgn peserta lelaki, mmg susah nak lawanlah. Mcm pemenang ABPBH tahun ni pelakon komedi lelaki Zizan dgn pelakon komedi wanita Norkhiriah, korang dah boleh tgk camana jauh bezanya pelawak lelaki dan perempuan, masing2 dlm league sendiri. So far persembahan Jihan menghiburkan, suara pun OK dan jelas, lirik lagu pun boleh tahan, cuma tulah... sbb dia perempuan so ramai yg tak ambik port sgt... bukan diskriminasi tapi realiti...

Antara punchline yg best:
- "Naik BM? Wau berapa siri? Ooo BMX","Oh, abg rambut pacak, badan ketak2, berseluar ketat, punyalah sendat, nak tackle aku tak agak2.","Tapi sekarang, hari2 dia dah bikin aku naik hangin... Ko main Shah!"

Lagu asal yang digunakan:
- Anneke Gronloh - Asmara (Versi Anita Sarawak)
- Yuna - Dan Sebenarnya


5. Kumpulan R2 (Laugh-O-Meter: HAHA)
Minggu ni kumpulan R2 down sikit... Malah lawak2 pakcik Rahim pun kureng menjadi mcm minggu2 sudah. Bukannya tak lawak langsung, ada yg lawak tapi tak sampai tahap LMAO dan LOL seperti sebelum ni... makin lama makin turun. Membawa kisah 2 pakcik tua merepek2 kat kedai kopi pasal kambing... content tak strong, n then lagu yg diorg bawak pun tak berapa nak best dan tak kuat, nasib penonton sporting nyanyi sama2. Rasa kalau dia bawak kisah mcm VT yg diorg buat sebelum start persembahan tu mesti lagi lawak. Tapi aku rasa tak patut kumpulan R2 terkeluar mlm tu sbb 2 persembahan sebelum ni OK, patut diberi peluang... tp nak buek camano.

Antara punchline yg best:
- "Pegi mana2 aku bawak dia, pegi mancing, pegi futsal","Bila masa aku cakap aku main futsal, aku pegi futsal aku meniaga","Jap mata masuk abuk. Amboi boleh tembus. Yelah LCD Flat screen.","Kambing ni pun bagi ayam jugaklah".

Lagu asal yang digunakan:
- Irwansyah - Pencinta Wanita (Sekejap je masa intro persembahan Lopez nyanyi)
- Can Mali Can


6. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Seriously imej Nabil sekarang masuk Maharaja Lawak nampak innocent, suci je... mcm masa awal2 Mat Despatch masuk Raja Lawak, lupa segala kontroversi yg melanda dia. Nabil utk minggu ke-3 kembali dengan persembahan yang sangat MANTAP! Bukan bias tapi mmg BEST! Kalau nak compare dgn Jozan mmg carta gelak Jozan lagi kerap tapi kalau lihat overall performance dari segi penceritaan, sketsa, idea, penggunaan prop, pencahayaan, originaliti dan kreativiti mmg No. 1. Dia mempergunakan segala yg boleh dgn sebaik2nya. Sebab tu aku pilih persembahan Nabil minggu ni No. 1. Pada mulanya serius aku ckp aku ingatkan Nabil punya persembahan biasa2 je sbb dulu2 pun time Muzikal Komedi Raja Lawak 2008 Minggu ke-4 (Flashback) pun dia kurang sikit sbb bukan makanan dia. But now mungkin dia dah byk belajar dan cuba improve kelemahan dia. Dikala semua peserta gunakan lagu Melayu dalam sketsa mereka, Nabil guna lagu omputih iaitu Grenade nyanyian Bruno Mars.... Bruno Mars tu beb tak sape terpikir leh camana la nak lawakkan lagu dia beb... Plus yang aku suka cara dia start nanyi lagu sgt kreatif. Peserta lain just sketsa, then terus nyanyi, then sketsa. Dia boleh sketsa, then tengah2 sketsa leh guna piano lalat untuk mulakan lagu dia + dengan suasana gelap mcm dalam konsert berbekalkan kertas lirik kat atas meja mmg SUPERB! Dan sbb aku rasa best aku letak lirik dia kat sini:

Ni lagu utk bos den yg den tak suka tu...

Buat tu, buat ni, itu yang aku dengar
Tiap, tiap hari sejak aku disini
Waiter, cashier, cleaner, customer
Semuanya aku, Semuanya aku

Amek anak kau balik dari sekolah puuun kerja aku
Lepas tu nak kena hantar pulak dia pergi mengaaaji dekat Kampuungg... Baruu...

Aku buat semua... for you
Aku kerja semua... for you
Aku jadi babu... for you

Woowoowooaah

Nasiblah aku ini
Makan tido keje kat sini
Kalau tak dah lame...
Ku bakar kedai ini

Oo yeah yeah

Roslan, Kadir, kena buang sebab
Diorang curi pencungkil gigi
Bos jahat, bos jahat,
Itulah panggilan yang patut ku bagi, dia patut ku bagi

Dahla gaji aku sikit itupun kau tak pernah nak bagi
Ikut hati aku orang macam kau ni dah lama, aku! Aku! 

Aku bagi kaki... 
Kamu kebelakk.... PRANG!!!


Antara punchline yg best:
- "Ye boss... Haa susukan kucing, lagi? Mandikan anak2 boss, lagi? Keto jgn lupo basuh, jaga kedai... Ni bos tak nak saya mandikan?","Pakai mcm waiter hotel 5 bintang, meniaga warung je, kodai pun satu je mejanya...","Asal kau lalu je itu je bunyi kau eeiiiieieiiek","Ni lalat makan sampah ke makan piano ni?","Kalau mcm ni dah boleh buat konsert. Ish takdok mintak dapeknyo... Baik den mintak monang jo takyah main... tak yah nyanyi..." 

Lagu asal yang digunakan:
- Bruno Mars - Grenade <-- Official Video Clip (Lirik + Song)


7. Kumpulan Jambu (Laugh-O-Meter: LOL)
Kumpulan Jambu merupakan 1 of my favorite daripada 4 peserta, namun persembahan kali ini agak mengecewakan aku. Tak tau lah kalau org lain suka, bagi aku just kelakar dan menghiburkan, tapi tak sampai tahap yg aku expect. Diorg just nyanyi lagu jinkalewa jinkalak iaitu trademark Yus sejak Raja Lawak musim pertama dulu + dengan lagu budak2 Bapaku Pulang Dari Kota yg dinyanyikan dengan pelbagai genre dan cara, itu sahaja... nothing special dan kreatif. Yang menjadikkan lawak just beberapa sketsa dan cara lakonan, mimik lakonan Yus dan Tauke itu je... tapi dari segi isi dan content mmg kosong. Sbb tu dari segi ranking LOL aku letak dia paling bawah.

Antara punchline yg best:
-"Kau nyanyi pulak, aku tak tau, nanyila sikit, sumpah aku tak tau, sikit je, aku tak tau lah, apee pun tak bleh","Welcome to aa... Blackburn Rovers", dan lain2 perkataan merepek tah abenda tak clear sgt.

Lagu asal yang digunakan:
- Jinkalewa Jinkalak
- Bapaku Pulang Dari Kota


8. Kumpulan Sepah (Laugh-O-Meter: LMAO)
Sekali lagi Kumpulan Sepah menggamatkan suasana dengan sketsa cinta 3 seginya. Paling lawak adalah Shuib dgn baju pompuannya, mimik muka dia... mmg kelakar gila. Dari segi persembahan lakonan Sepah masih lagi yg paling baik di antara peserta lain. Seperti sebelum2 ni, antara favorite aku yg masih lagi mengekalkan prestasi yg cemerlang. Cuma AC Mizal last sekali tu masuk awal sangat sibuk je...

Antara punchline yg best:
- "I ada hadiah utk u... Yee alala sukenyee","Kalau tgk ini bukan batu biasa ni batu caves ni... Apa bangangnya awak ni","Gajah tu bertahun2 tak makan nasi gemuk jugak","Apa nii... abg ingat ubat ke apa" dan part Shuib menyampuk nyanyi "Kenapa abang, kenapa abang"+"Bersabar abang","Kita mandi sama jom".

Lagu asal yang digunakan:
- Eagles - Hotel California
- Nash - Pada Syurga Di Wajahmu <-- Lagi karaoke

9. Man (Laugh-O-Meter: LOL)
Man, Raja Lawak yg kelima tampil dengan sketsa putus cinta berloghat Kelate yg pada aku lagi senang nak faham daripada Amir. Apa yg aku boleh cakap, sangat menghiburkan dan lebih baik daripada 2 persembahan sebelum ini, ada peningkatan. Takde dah lawak2 Internet. Yang last sekali tu mmg ada iras2 Faizal Tahir versi tembam. Ada sesetengah org komen dan tak suka sbb dia guna loghat Kelate. Aku nak cakap yg aku takde masalah kalau peserta nak buat lawak dalam bahasa atau loghat apa2 bak kelate ke utara ke sabah ke tapi make sure jgn pekat sgt dan boleh difahami oleh kebanyakan org Malaysia. Tapi kalau nak ikutkan byk punchline dia yg lawak kali ni.

Antara punchline yg best:
- "Tulislah dalam bahasa melayu jgn bahas cino","Rasa nak terkentut pulak","Abe Nobita mu Sizuka, kalau nak kata Giant Mamat Khalidlah Giant","Bila abe panas abe termenung dalam peti sejuk","Abe cubo main futsal sambil makan mee bandung","Mengapa ling mengapa... mengapa bah kau berubah mengapa bah... puih","Bila mu balik rumah abe nak tanya ce cite ce cite ce cite"

Lagu asal yang digunakan:
- Stacy - Pakai Buang (Sikit je selit lagu ni)
- Faizal Tahir - Hanyut <-- Ada lirik... leh karaoke lagi niii


10. Kumpulan Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Sekali lagi Jozan membuatkan penonton tak kering gusi. Boleh kata persembahan Jozan yg kekerapan carta gelaknya paling tinggi. Soundtrack lagu pun yg paling banyak antara ramai2 peserta. Cuma aku rasa mcm dejavu sikit mcm pernah tengok lawak diorg yg ni masa diorg mengacara Raja Lawak sebelum2 ni, tertukar tersilap panggil nama masing2 n then lawak diorg lebih kepada mengaitkan situasi sketsa dgn lagu tapi takde sebarang penukaran lirik pada lagu2 menyebabkan ranking diorg aku letak no. 2 selepas Nabil. Lawak mmg lawak tapi perlu lebih kreatif utk menandingi komedi yg dibawa Nabil yg lebih original dan kreatif.

Antara punchline yg best:
- "Ko amik beby aku... beby beby... Beby la ko ni","Hey Musalman... Fakhrul!","Kenapa dengan kau ni rakus? Tak peduli kau punya pasallah","Rozaimi rozaimi rozaimi eh... Fakhrul!","Bukan aku saje malah ramai lagi... Amin... Usop... Harun... Salim... Bachik pun keluar" dan sketsa pinjam duit masa nak habis tu mmg lawak.

Lagu asal yang digunakan:
- Justin Bieber - Baby
- Dewa - Pupus
- Mulan - Bukannya Aku Takut
- Anuar Zain - Lelaki Ini <--Meh Karaoke lagi
- Samsons - Naluri Lelaki
- Hafiz - Noktah Cinta
- Stacy - Jahat


11. Kumpulan MAS (Mamat Khalid, Ahmad Idham, Saiful Apek) a.k.a Juri... (Laugh-O-Meter: Terhibur)
Ada orang komen dan kutuk kata persembahan Juri tak lawak pun? Patut juri kena la lagi lawak dari peserta baru layak jadi juri. 1st aku nak bagitau yg diorg bukan buat persembahan lawak tapi persembahan muzik... Mamat Khalid main keyboard, Ahmad Idham main harmonika, Apek membebel2... so mmg la tak lawak... 2nd... diorg tak prepare pun nak buat persembahan lawak ke nyanyi ke tu sume spontan so korang nak xpect apa? 3rd... tak semestinya juri kena lagi lawak dari peserta... Mcm juga nyanyian... guru vokal tak semestinya suara sedap dari pelajarnya... Cuma diorg lebih banyak pengalaman dari segi teknik dan pengetahuan dalam bidang masing2. So bagi aku persembahan diorg menghiburkan full stop.

Kesimpulan:

Dapat disimpulkan untuk minggu ni aku mmg terhibur. Takde yang dapat HEHE dan HEH, semua HAHA dan ke atas, which mean bagi sesape yg baru je amik pakej Mustika tu utk semata2 tgk Maharaja Lawak mmg berbaloi2. Dengan sketsa yg baik + muzik yg menarik mmg cukup terhibur start dari Usop Wilcha sampaila persembahan Juri. Tapi Astro mmg pandai buat duit, dahla org kena subscribe pakej Mustika nak tgk Maharaja Lawak, undian SMS lagi. Tapi dah itu mmg cara bisnes diorang nak buat macamana. Siap kat Facebook tu keluar macam2 group ada, Kami Nak Maharaja Lawak Ditayang Di Astro Primalah, Kami Tak Nak Maharaja Lawak Ditayang Di Astro Warnalah... macam2. Kalau kita tak puas hati pun apa boleh kita buat diorg pedulik aper. So dari bising2 subscribe je la pakej Mustika tu, nanti dah habis Mahajara Lawak remove la balik, kalau tak tengok je la kat Youtube. Kalau masih tak puas hati lagi pergi hantar la emel kat Astero ke.

Walaupun minggu ni Muzikal Komedi, tapi topik atau subjek lawak yg paling glamer adalah pasal cinta. So far yg buat pasal topik cinta ni Kumpulan Balas, Jihan, KumpulanR2 (cinta dgn kambing dia), Sepah, Man dan Jozan. Mungkin sbb lagu2 Melayu ni byk sgt lagu jiwang leleh2 tu yg paling senang nak kaitkan dengan cinta. Kalau boleh carik kelainan buat topik pasal basikal ke, lori sampah ke, kebun durian ke, etc.

So bottom 3 utk minggu ni adalah Amir, Jihan dan R2... Dan R2 yang tersingkir. Aku rasa patut R2 diberi peluang lagi sbb before this diorg OK... Juri gunakanlah immuniti tu utk selamatkan diorg... Atau mungkin juri nak gunakan immuniti diorg utk selamatkan peserta2 favorite diorg cam Jozan atau Nabil manalah tau kalau2 diorg terkeluar future nanti. So kita nantikan Maharaja Lawak minggu depan dan berikut adalah ranking aku utk minggu ke-3 ni.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:
1. Nabil - ROTFLMAO
2. Jozan - ROTFLMAO
3. Sepah - LMAO
4. Balas - LOL
5. Man - LOL
6. Alex - LOL
7. Jambu - LOL
8. Jihan - HAHA
9. Amir - HAHA
10. R2 - HAHA

Akhir kata jgn lupa teruskan menyokong dan vote peserta favorite anda... Aku? Tak vote pun... mengharap korang je la vote utk aku hahahahaha.... Jumpa lagi next week.
* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom  

47 ulasan:

  1. yeahh..stju sgt2 ngan carta ni...

    BalasPadam
  2. ye..ulasan yg terbaik..sgt2 setuju..

    BalasPadam
  3. KO JANGANLAH BUTA KAYU NAK BUAT ULASAN MCM NI... MINGGU LEPAS JAMBU... MINGGU NI TERANG TERANG SEPAH TERBAIK..... KO TAKYAH LAH BUAT ULASAN BODOH KO NI UTK MENGANGKAT JOZAN.... JUJUR LA KAWAN MALU ORANG TGOK....

    BalasPadam
  4. @Tanpa Nama #1 & #2
    Thank u 4 ur comment really appreciate it.

    @Tanpa Nama #3
    Amboi sedapnya bahasa... Kalau nak ngutuk2 tu pun takkan pakai Tanpa Nama je kot. Ulasan aku ni just pandangan aku je, aku tak paksa pun ko atau sesape setuju... Masing2 ada pendapat masing2... In fact, minggu ni aku kasik Jozan No. 2, bukan nak mengangkat sape2 pun. Even kalau Amir aku rasa bagus pun aku bagi dia ranking tinggi xde masalah pun. Kalau ko rasa nak buat ulasan sendiri buat la blog tulis kat blog sendiri takde sape nak marah pun.

    BalasPadam
  5. suke sgt...dan sgt setuju dgn ulasan anda...ranking yg anda bg pon sgt2 betol...

    p/s:yg x ske ulsn dye ni x pyhla bce...nk kutuk2 org plak...

    BalasPadam
  6. terbaik...mmg aku sokong nabil juara...
    walopun gosip luar byk tp to be profesional aku tgk nabil buat lawak yg org x penah pikir...
    jozan mmg bagus tapi diaorg ada peminat tersendiri...so, susah nak beat...
    keep it up nabil...hahhaa

    BalasPadam
  7. @Psychic Zero
    yezzzzaaa....!!!skali lg..ranking kita sama...!!mmg dah dijangka...Nabil mmg akan mendahului...wlupun undian....dia ttp no. 2...hihi...tp, npk mcm de sket bias lah...mcm mgu2 sudah..lepas je peserta last wat persembahan...undian trus ditutup..tp, mgu ni...leps jozan wat persembahan...de plak persembahan dri juri dlu..pastu..bru undian ditutup..pd sy...tu npk mcm de lebih nyer pada jozan...tp, pun nak ckap lah....ekceli..yg menaikkan jozan mlm tu johan je...zizan mcm biasa lah...dgn gediknyer tu..tp, suara johan mmg marbeles...!!tp, apa pun..xleh lalwan nabil..dgn lalat mkn piano nyer..hahaha...dri persembahan nabil..npk yg dia bersungguh2 n ckup persediaan n latihan...sbb bunyi piano yg dimainkan dgn jari nabil...npk mcm bergerak seiring...NABIL mmg terbaik....!!


    @Tanpa Nama
    pelik lah awk ni...kejap sokong..kejao x..awk ni..de dua personaliti ker..?memula kata sokong..pastu kutuk xingat...hmmm..lau xsuka..xyah lah baca....xde lam exam pun..lau xbaca ulasan ni pun...xde nyer awk rugi...s, dari awk wat dosa kutuk2 camni...baik lah xyah baca...maaf lau tersinggung...nasihat sy je... :)

    BalasPadam
  8. errrr.....tetiba terpikir....tanpa nama ni..sm cam anonymous ( xpandai eja) tu ke..?huhuhu

    BalasPadam
  9. apa kata buat sistem mcm ni...

    bottom 3 ikut sms, tp sesaper yg terkeluar, ikut judges..baru ok kot..kalau nk ikut sms je, akan terhasil pelawak kerana kuantiti, bukan kualiti

    BalasPadam
  10. @acighaeldora & @ombakjernih
    tq for ur support... n so far for nabil mmg dlm byk2 peserta dia paling talented dlm buat stand up comedy + dia tu solo. Mcm Jozan kelebihan more on spontan comedy, Sepah more on sketsa. Nabil problem dia adalah kontroversi je, tp bakat mmg paling top, dari segi populariti mmg Jozan 1st sbb lepas dia keluar Raja Lawak diorg paling byk opportunity utk kembangkan lawak diorg.

    @ainndz
    Nak kata bias mungkin juga sbb Jozan kat anak emas Astero... tapi dari segi persediaan mmg nampak la mcm Nabil, Sepah lebih byk effort. Jozan xperlu byk sgt persediaan sbb diorg biasa buat lawak spontan. Pasal Tanpa Nama tu mmg Anonymous... sbb blog ni dia translate dlm Bahasa Melayu huhuhu...

    @my.mastura
    Actually judges ada kuasa nak kuar n masukkan org sbb 50% daripada markah adalah dari Juri. So kalau yg SMS bottom 3 tu pun mungkin org yg paling bawah tak keluar sbb markah tinggi dari juri, n juri kali ni ada kuasa imuniti yg diorg boleh guna utk tarik balik peserta yg terkeluar setiap minggu tapi hanya boleh guna sekali je kalau tak silap.

    BalasPadam
  11. tp, kalaw ya pun spontan, kna la bgus jgak.. kalaw nk bandingkan spontan, jozan sentiasa boleh buat lawak spontan (tanpa prepare pun boleh). msalahnya, kenapa juri tak boleh ?

    BalasPadam
  12. first of all, aku bukan no name kat ats uh yg mngkuk..! satu je ak x stuju nan kaw weh, Nabil.. mmg kreatif, ak stuju nan kaw sbb dye kreatif, tp, walau dye kreatif pon, bile tgk byk kali dye punye vdeo kt rajalawak tu, jadi x lowak dan bored... tp, kalaw kaw tgk jozan byk kali pon, ak masih snyum, ktawa kecik.. satu agyk, jozan mmg x tukar lirik dye sbb dye nk feel, lgu tu ade kne mengene dgn sketsa yg dye bawak... ak bkn nye sokong jozan je.. tp fevret aku jozan,nabil,sepah,balas,r2,jambu... kalaw mengikut ranking, ranking kaw mmg ak stuju, cume ak nk kate, lawak jozan boleh buat kite gelak walopon tgk berulang kali.. mcm p.ramlee.. ok~

    jadi support lah jozan nabil jambu sepah balas!

    BalasPadam
  13. ak komen yg kt ats nih..

    BalasPadam
  14. @Tanpa Nama #4
    Anda cakap pasal persembahan juri ke? Jozan mmg kelebihan dia spontan n diorg berdua dah terlalu lama bersama dan sgt serasi. Juri ni Mamat Khalid, Ahmad Idham n Saiful Apek baru je pun jumpa kat Maharaja Lawak ni mmg la takde chemistry n then yg betul2 pelawak Apek je, yg lagi 2 tu pengarah filem... masing2 ada kekuatan kat bidang masing2.

    @Tanpa Nama #5 & #6 (orang same ke)
    Thats y aku cakap setiap org citarasa berlainan dan ada pandangan masing2. Even kalau ada org minat Amir pun aku tak kisah sbb kalau dia boleh gelak pada lawak Amir apa masalahnya. Cuma ulasan aku ni aku buat based on beberapa faktor cam kualiti, carta gelak, originaliti, kreativiti, idea dan lain2. Mcm kita ni mmg la suka pada lawak Jozan, tapi ada jugak org yg menyampah kat diorg cakap gedik2 la over la asal lawak je suka kenakan orang la. Thats how people judge, xsemua org sama.

    BalasPadam
  15. bro jozan xpatut no 2 ler bro, lawak die klise..diorg kene lebih kreatif..tu la sape suruh byk sgt masuk tv..peminat dah bosan..diorg dh xde idea..pemalas nk tukar lirik..semua org bole wat cmtu..

    BalasPadam
  16. Agreed, the best ular-san i've found so far.. :)
    My finale list is : Nabil, Sepah, Jozan. That's all! \(^_^)/

    btw, @psychic0, tak buat ulasan about AF9? previously i did follow Sultanmuzaffarshah's blog utk AF, but now, he seems doesn't review about AF anymore, what if you continue his work lak? Final AF dah ni, apa salahnya kan? Lagipun minggu 2 ni makin menarik dgn adanya new calon, Fina dan Hazama :)

    BalasPadam
  17. @Tanpa Nama #7
    Tapi dia dpt linkkan sketsa dgn setiap lagu tu mmg kena dan tepat... lawak mmg lawak tapi yelah bak kata bro dia dah pernah buat pun sblm ni masa mengacara Raja Lawak dulu... diorg kene carik something new n fresh kalau nak tarik pengundi baru...

    @iewaa_chan
    Oklah tu dah nak sama lah tu terbalik Jozan dgn Sepah je huhuhu.
    Pasal AF9 tu sy akan review kalau ada pelajar gugur n Hazama & Fina masuk AF baru sy review hehehehe...

    BalasPadam
  18. @ainndz...kalo ckp zizan gedik...sbnr nye zizan x gedik lgsg...zizan oke je sbnrnye...zizan lwk dye pd body dye...kalo johan lebeyh kpd tiru gaya artis..so bkn zizan sengaja nk gedik2 ats pnts 2..tp pndapt msg2kan...bg sye zizan x gedik pon...dan sgt setuju pd yg ckp kalo tgk jozan byk2 kali kite mmpu trsenyum n ktawe lg...btw jozan sepah nabil da best~

    BalasPadam
  19. @acighaeldora
    tu pendapat sy je...sy xsuh pun org len setuju ngan pendapat sy...sy ckap...pd apa yg sy rs....lau org lain xsetuju...xpe lah...its a free country..sume org bebas bersuara... :)


    ~pening dgn tanpa nama...sbb komen lain2..rupanya dari org yg lain2..huhuhu...

    BalasPadam
  20. ape lah....sepah terbaik kOt ! Org skrg xpandai nilai lawak la...AdOiii

    BalasPadam
  21. @acighaeldora & @ainndz
    sebenarnya ok je jozan, sepah pun ok... mcm yg aiindz cakap la selera masing2... mcm hobi jugak ada yg suka melukis, membaca, merempit...

    @Tanpa nama #8
    sepah mmg best tak dinafikan pun... tapi bg nabil masih lagi yg best... even juri pun ada yg menilai jozan lagi baik, ada yg cakap nabil lagi baik... terpulang as long dia boleh gelak dan terhibur... tak payah la cakap org lain xpandai nilai lawak cermin diri tu dulu... ok?

    BalasPadam
  22. Ni ranking minggu muzikal bagi aku...

    1. Sepah
    2. Alex
    3. Balas
    4. Zizan
    5. Jambu

    yang lain tu kelaut...

    BalasPadam
  23. @Tanpa Nama di atas:
    Erk? Nabil ke laut gak kah?? muehehhehe...
    takper2, lain org lain feeling.. \(^_^)/

    BalasPadam
  24. ku rasa org y xde nama nie de mslh la....lau xleh trime pndpat org ...jgn bg komen....yup jozan popular tp ku xrasa die original sbb kbnyakan lwk drang br,lawk y selalu mniru gaya org....not versatil ....plus ku xsuka tgk zizn gedik...mcm lawak senario skrg.....hmmm

    sepah bleh tahan ,ku rasa mungkin sbb wajah drang y mmg lawak...ku puji prsembahan drang last week....pilihan lagu pn tapaat n kreatif tp ku de mslh sikit je..kumpulan nie lau brcakap mcm mnjerit...ku rasa drang kena blajar intonasi(sory lau slh mgeja)...

    n prsan x mggu sudah kbyakan pserta memilih sketsa y lbh kurang sama iaitu curang n kekecewaan..npe???dh bis idea ke plawak2 kite nie...

    byk2 psembahan tiap2 minggu ku rasa nabil more kreatif,original n vesatil n ku juga rasa nabil telah bwk komedi ke satu tahap y lbh tinggi...1)die xperlu prop y bnyk tuk mmbuat lawak, 2) die xperlu geng tuk jd kn sesuatu lawak ,3)plus die sendri mereka prop tuk cipta stu komedi....

    BalasPadam
  25. ulasan macam bara..

    BalasPadam
  26. @Tanpa Nama #9 & @iewaa_chan
    Betul tu iewaa_chan, Tanpa Nama tu tertinggal Nabil dlm list tu ke atau mmg tak minat Nabil...

    @iekinichiwa
    Same here, pendapat aku pun Nabil is the best stand up comedian... cuma lately kontroversi dan gossip yg membunuh dia... kalau dia tu bersih suci konfirm sapu lagi anugerah pelakon komedi lagi...

    BalasPadam
  27. ulasan yg terbaik bro... arap akan buat ulasan sampai final nnti.. yeh..nabil dan jozan terbaik..kuarkan amir dan jihan n alex, masukkan balik r2 ...kalo boleh la..

    BalasPadam
  28. ulasan yg padat (seperti milo pek baru) yang berguna buat review khususnya bg yg x melanggan pakej mustika. :P

    BalasPadam
  29. @Tanpa nama ( komen yg last tu)
    errr....bukan zizan lah..tp, jozan...hmm..lau ikut kan zizan tu..xkemana pun...nsib johan ada nak perbaiki semua..zizan asik ulang lwk yg sm...tergedik2..pastu ulang lwk yg terlupa nm tu...skali skala..mmg klakar..dua kali dua kala...naik menyampah pun ada...pastu..naper xde Nabil lam ranking tu..?mmg xminat nabil..or mmg pd penilaian awk...nabil tu ke laut...?pndpt masing2...tp, pun..kita undi best on bakat..bukan populariti..

    @Psychic zero
    setuju sgt..kontroversi nabil yg menjatuhkan dia..tp, pd sy...artis..mmg xpnh lps dri kontroversi..jgn lah peminat terlalu menghukum dia..dia pun manusia biasa yg xpnh lps buat slh..dia mcm lelaki2 normal kat luar tu...cuma beza nyer dia artis...tp, since dlm maharaja lawak ni..dia npk innocent..npk sm mcm dia memula dlm rajalawak dulu...xnpk pun muka artis dia....


    ~tetap menyokong Nabil...walau apa pun kontroversi dia...manusia akan sentiasa ada peluang...untuk berubah..insyaAllah~

    BalasPadam
  30. Gud job bro! Ulasan terbaik.
    Maybe next time ko boleh jugak ambik kira elemen nilai-nilai murni dalam menilai persembahan diorang k. Hehe..
    Ranking aku top 5 adalah Sepah, Nabil, Alex, Jozan dan Man...;p

    BalasPadam
  31. @stapler
    Tq... sy akan cuba wat yg terbaik... yeah r2 deserve utk duduk lama lagi dari Amir... tp undian dan markah juri tak menyebelahi mereka...

    @x de pakej mustika
    Hehehe kelakar la nama u... takpe2 leh tgk kat sini je tp lambat sikit lah dalam sehari dua baru ulasan siap...

    @ainndz
    Betul... Nabil really nampak innocent dgn rambut pendeknya... cuma dia dah tak buat trademark Lu Pikirlah Sendiri... mungkin sbb nanti org cakap kena batang hidung sendiri.

    @Tanpa Nama #10
    Tq... cadangan yg bernas... nanti aku akan masukkan dalam kriteria penilaian ulasan aku :)

    BalasPadam
  32. tapi aku lebih minat sepah! sebab lawak sempoithen kena dengan jiwa lah an. semua idea deorang still ada selitkan peribahasa, ataupun pengajaran. lagi satu dorang suka bawak lagu2 evergreen. tak kesah pon sape minat pon tak . tapi bagi aku, aku minat! hidup kulaiiii :)

    BalasPadam
  33. tp aku sokong jozan..bara, dok wat setai pa Psychic Zero oii..

    BalasPadam
  34. @Nurdiana F
    Haah sepah pun best jugak... still dalam my top 4 favorite.

    @iekinichiwa
    Tadi kat atas kata sokong nabil, ni sokong jozan pulak... takpelah mana2 jelah.... btw tak paham la apa maksud bara, dok setai pa tu

    BalasPadam
  35. lalalalalalalalala.......

    BalasPadam
  36. ..bg i just 1 name i like...JoZan...! yup myb JoZan ada recycle diorg pya lawak..but for me..recycle or not,klu dh lawak diorg blh wat org ketawa,itu ttp d namakn lawak kn...? 1 more, Lawak is very subjective...ye lh, ada lawak yg wat yg kita gelak smpai kluar ai mata, tp org lain x gelak plak...n ada lawak yg kta rsa lgsung x klakar, tp ada plak yg ketawa brdekah2...so,sgt2 subjektif kn...? trpulang pd otak kita utk menerima sstu subjek sbgai lawak @ tak...ape pun stakat ini yg btul2 wat i ketawa just JoZan n Sepah....!! Terbaekk...

    BalasPadam
  37. aku sokong "tanpa nama"...jozan bukannye lawak sgat..orang gelak sebab populariti jer...bagi aku Sepah tetap terbaik...pada sape yg x puas hati...suke hati aku r nak menyemak kat blog ni...da memang carta tu salah..

    BalasPadam
  38. @Tanpa Nama #12
    Jozan... lawak jugak... ulang la berapa byk kali pun lawak2 dia even sblm Maharaja Lawak mmg kelakar... Sepah... pun lawak jugak... cuma mungkin muka tak sekomersial Jozan so tak berapa popular cam Jozan.

    @Tanpa Nama #13
    Tanpa nama yg mana satu ko sokong... byk pun Tanpa nama termasuk ko... takde sape pun yg xpuas hati kalau ko sokong sape2 pun, kan dah cakap ni negara bebas... anda dipersilakan utk menyemak lagi kat blog ni buat mcm rumah sendiri hehehehe

    BalasPadam
  39. walaupun lawak jozan tu kononya kata recycle tp lawaknya tetap mnjd . ko mampu ke wat lawak cm dorg? !

    BalasPadam
  40. nabil, jozan & sepah best ~
    terbaek laa .

    BalasPadam
  41. Nabil lawak cerdik

    http://www.youtube.com/watch?v=UdbHiDnbhb0

    BalasPadam
  42. Psychic Zero, macam mana pendapat ko pasal hala tuju rancangan ni sendiri? Adakah dengan munculnya 'MAHARAJA' itu nanti, maka akan berakhirlah pencarian2 bakat baru?

    Sekadar ingin membaca pendapat orang yang ingin memberikan pendapat.

    BalasPadam
  43. Sepah memang la tak komersial sebab mereka masih lagi terikat dengan Astro. Kita tahu yang Sepah boleh pergi jauh setanding Nabil dan Jozan, tetapi keyakinan mereka sendiri kita tak nampak.

    Mereka nampak lebih selesa duduk di kerusi empuk Astro dari turun ke medan hiburan di negara yang tak seberapa besar ni.

    Jadi Psychic Zero, ko sebagai pengulas tak rasmi patut memberi galakan pada mereka. Manatau dia jengok web yang ko sendiri tak kisah ni, naik sikit semangat anak bangsa kita tu.

    ok, chaw...

    BalasPadam
  44. Psychic Zero, tanya sikit aaa... Nabil masa rancangan ni berjalan, dia ada amik projek jugak ke? Lawak dia best, tapi nampak macam kurang study..
    sama la degan Jozan pun. Harapkan diorang tu komersial jer, sbb tu mudah dapat sokongan.

    Jambu best...

    BalasPadam
  45. @Tanpa Nama #14
    Lawak Jozan mmg menjadi walaupun org cakap recycle... cuma sometime kita tgk Jozan je yg paling lawak sekarang tapi bila dlm pertandingan ni baru la nampak ada yg lebih lawak dari diorg...

    @Sarah
    Yess... Nabil, Jozan, Sepah the best! Plus Jambu too :)

    @Firdaus MMD
    Lawak2 Nabil mmg cerdik, sometime buat org kena fikir... N Tq for the link for the Grenade parody.

    @Tanpa Nama #15
    Pada pendapat aku rancangan Maharaja Lawak ni just nak carik best of the best di antara peserta Raja Lawak musim 1 hingga 5. Nanti tahun depan akan ada balik Raja Lawak 6, 7, 8 dan seterusnya. Mungkin lepas Raja Lawak 10, diorg akan buat Maharaja Lawak lagi utk cari best of the best di antara peserta Raja Lawak utk musim 6 hingga 10 pulak.

    @Tanpa Nama #16
    Saya rasa sepah bukan tak komersial sbb masih terikat dgn Astro... Salah satu sbb mereka tak komersial sbb penampilan dan muka diorg tak begitu komersial mcm Zizan dan Johan. Sekarang semua org cakap pasal pakej. Even nyanyian pun kalau menyanyi suara best tapi tak cantik susah nak naik jugak.

    So utk Sepah, Jambu dan yg seangkatan dgnnya, lebihkan usaha utk menempatkan diri di dunia seni ni, sambar je semua mana yg boleh, berlakon, mengacara, even menyanyi ke... buat album lawak cam Senario dulu... pasti boleh berjaya

    @Tanpa Nama #17
    Ramainya tanpa nama hehehe. Jozan mmg dapat byk sokongan sbb diorg mmg dah popular dah ada nama. Mcm Nabil disebabkan kontroversi dia dulu dia turun bukan sikit tapi banyak... Tapi tak pasti masa rancangan ni berjalan dia ada amik projek, mungkin ada la kot show2 dinner, drama, etc... tak tau lah... kena tanya PA Nabil lah kot hehehe.

    N yeah... Jambu mmg best... Otai lawak...

    BalasPadam
  46. sokong carta nie..Nabil setiap minggu buat lawak yang sangat kreatif dan ori..Jozan pun lawak tp lawak dia lawak yg boleh dijangka..anyway..gud job..buat ulasan lagi k

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...