Maharaja Lawak minggu ke 10 kembali lagi, kali ni akan diadakan secara langsung di PISA, Pulau Pinang sempena Jelajah Maharaja Lawak. Dengarnya beratur panjang gila semata2 nak dapatkan pas masuk secara percuma. Untuk minggu ni tinggal lah 5 peserta iaitu Jambu, Jozan. Sepah, Nabil dan R2. Minggu lepas juri takde cakap tema apa so aku anggap tema bebas jelah.
Minggu lepas kan fanpage Maharaja Lawak masih panas... penuh dengan gaduh, kutuk mengutuk, mencarut... kat blog aku pun terkena jugak tempiasnya... Ada sesetengah mungkin terlalu fanatik dengan peserta yang disokongnya sampai bila kene kritik terus melenting... Ada sesetengah dipanggil Internet Troll yang saja2 suka2 nak timbulkan provokasi dan kekecohan, biasanya budak2 sekolah yang tak matang lagi.Mesti org tertanya2 mcm mana saya buat penilaian dan bagi rating pada persembahan peserta. Secara basicnya saya akan rating persembahan peserta based on:
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 50%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 20%
3) Kreativiti spt penggunaan props, tahap spontan, kostum, etc - 15%
4) Mesej dan nilai2 moral - 15%
Sebab ML adalah pertandingan lawak, maka penilaian adalah lebih kepada tahap kelawakan persembahan. So tak kisah sape peserta, asal persembahan bagus aku akan cuba membuat penilaian dengan telus dan adil tanpa ada bias atau berat sebelah walau pada peserta yang aku minat.
Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
1. Jozan (Laugh-O-Meter: LOL)
Jozan minggu ni membawa sketsa pasal seorang mak nyah bernama Afdal yang dah insaf (insaf keee) yang selalu kena raba dengan mat rempit, jumpa sorang lagi mak nyah otai bernama Mak Jemah yang bercita2 nak jadi guru tarian kat AF untuk mendapatkan nasihat macam mana nak mempertahankan diri dari diraba oleh mat2 rempit. So Mak Jemah ni ajar la cara2 nak mempertahankan diri dengan menggunakan tarian ala bapok dia. So far bagi aku ada punchline lawak, tapi tak berapa kuat. Byk dialog mak nyah dan gerakan lembut yg quite menggelikan... Dan topic pun mcm tak best je, mak nyah... then kena raba... hmmm... Kalau ada kompilasi album hitz terbaik Jozan, persembahan minggu ni tak boleh masuk dalam album.
2. Nabil (Laugh-O-Meter: HAHA)
Nabil membawa cerita pasal isu2 semasa iaitu kes penculikan kanak2. Dia ceritakan bagaimana penculik ni dapat memperdayakan budak2 dan camana nak elakkan dari kena culik... Walaupun cerita penuh dengan isu semasa dan content yg baik, tapi lawaknya dah semakin kurang. Aku rasa ikhlas nak gelak waktu cerita time budak gemuk tu je... yg lain mcm... hmmmm sambil berkerut2 dahi. Dia cuba bermula dengan trademarknya masa Raja Lawak dan juga TV shownya yg pertama iaitu "Anda bersama Bang Bil lagi dalam rancangaan... Aa lu pikir la sendiri"... mungkin dia cuba menghidupkan semula nostalgia penonton ke zaman2 kegemilangannya, tapi sbb benda tu dah terlalu lama 3 4 tahun yg lepas, trademark dia tu pun dah basi dan dilupakan orang. Respon dari penonton pun kurang, sampai Nabil terpaksa mengharap penonton bersorak untuknya... Sebenarnya aku dah tau apa masalah Nabil... masalahnya ialah dia dah kehilangan AURA... mcm juga Mawi dulu. Nabil punya aura yg tersendiri dahulu, dan sekiranya aura tu masih ada, persembahan malam tadi sure boleh mendapat sorakan dan audien, malangnya auranya sudah hilang disebabkan kontroversi dan gossip yg banyak melanda dirinya. Ikutkan dia dapat gain balik sedikit demi sedikit aura dia bila ML start, tapi yg menyebabkan aura dia hilang balik adalah pada minggu 8 bila dia start bahan Amir lebih2... start dari situ orang agak meluat dengannya sampaikan habis kontroversi2 lama dia kena korek balik. Kalau nak kata kesian kat dia sbb dia peserta solo tak boleh jugak, sbb masa Raja Lawak 2 dulu habis dia pukul semua peserta2 lain yg solo yg berkumpulan 2 3 orang pun. Idea dia penuh je, lawak dia menjadik je... Sampai ditabalkan menjadi Raja Lawak 2 dengan peratusan yg agak jauh meninggalkan kumpulan Chan. Semua sbb AURA yg ada pada dirinya pada masa tu, namun ia dah semakin pudar. Tak tahulah Nabil boleh dapatkan semula aura tu atau tak... mungkin dia boleh bermula dengan minta maaf kat Amir dan juga semua peminat kot. Dan kalau boleh Nabil janganlah cakap perkataan P***T tu... kan perkataan mencarut tu.
3. Jambu (Laugh-O-Meter: LOL)
Sekali lagi Jambu membuat lawak menggunakan formula yg sama, takde jalan cerita, kostum pelik, cakap merapu2, bahasa badan yg mengarut2. Kali ni citer pasal 2 orang rockers nak buat persembahan rock tapi sorang tu buta, sorang tu pekak. Utk persembahan ni ada 2 perasaan yg bercampur baur, satu enjoy, satu lagi annoying. Byk sangat benda dia ulang2 seperti "Anda mahu Roccckkk?", "Haa? Haa?" dan terjerit2 dalam masa 7 minit tu. Mungkin dia nak cepat habiskan masa. Dan Yus nampak mcm terlalu enjoy utk persembahan minggu ni, asyik gelak je... mcm tak serius. Cuma antara banyak2 peserta ML, kumpulan Jambulah satu2nya peserta yang paling byk trendmark dan menjadi trendsetter pada peminat ML seperti "Ape pun xboleh", "Boleh tuju lagu", "Tak payah!", "Mala kulu kulu" dan yang terbaru sekali... HAAA????
4. R2 (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan R2 membawa lawak pasal tukang gunting rambut. Secara keseluruhan biasa2 aje. Ada la beberapa punchline yg menjadi tapi tak la lawak sangat. Tempo sketsanya mcm tak berapa smooth., even si abang pun tak berapa nak menjadik malam ni. Tapi aku pun tak expected tinggi sangat pada kumpulan R2 sbb bagi aku diorang lebih kepada nak cukupkan korum je. Kalau diorang dapat masuk Final mmg tu rezeki dioranglah... tapi masih belum boleh berdiri sebaris dengan big 4.
5. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Lepas je habis R2 punya persembahan dan sebelum Sepah start buat persembahan, aku dah mengharap akan dapat bergelak berguling2 utk persembahan terakhir malam ni, sbb persembahan 4 peserta yang awal quite mengecewakan... dan aku tau Sepah akan menyelamatkan keadaan sbb Sepah sangat konsisten lawak dia. Dengan membawakan sketsa mak bidan nak sambut orang beranak, ternyata jangkaan aku tepat... mmg aku gelak guling2 dengan lawak kemelayuan Sepah ni... mmg layak dinobatkan sebagai persembahan terbaik minggu ni. Byk punchline dan dialog yg lawak, dan antara yg paling lawak dan memorable bagi aku seperti "Siapa Menteri Perikanan negara Mexico?", "Ada 1 buah ko jangan makan, buah karom", masa dia tarik bayi pakai vakuum sampai terangkat2 Shuib. Dan klimaks dia quite menggelikan, tak dapat aku bayang dia pegang tah* betul2 hahahaha. Tapi bila tgk balik persembahan Sepah, masa 7 minit tu mcm takde apa2 pun bagi diorang, sebab diorang ni mmg dah biasa sangat dengan lawak2 sketsa mcm ni. Bukan aja Bujang Lapok tahun 2000-an, tapi diorang juga kumpulan Senario tahun 2010-an sbb mcm kumpulan Senario, persembahan pentas 1 jam pun selamba je diorang buat... Sepah pun mcm tu jugak... dah boleh menjadi pelapis kepada kumpulan Senario.
Peserta terkeluar minggu ke-10: Tiada
Kesimpulan:
Aku tak taulah kenapa... tapi aku rasa persembahan peserta untuk minggu ni quite boring dan merudum... baik Jambu, Jozan dan Nabil. Susah nak buat aku gelak secara natural... gelak pun mcm tak ikhlas, mcm dibuat2. Mungkin disebabkan beberapa faktor seperti masa persembahan yg dipanjangkan iaitu selama 7 minit membuatkan beberapa peserta tak dapat nak sustain dan maintain tempo, dan juga lokasi gelanggang persembahan berubah di mana peserta tak dapat biasakan diri dengan pentas yg lebih besar dan bilangan penonton yang lebih ramai. Dan minggu ni walaupun takde tema, tapi aku boleh bagi tema untuk minggu ni adalah lawak geli.
1. Jozan - Geli gelaman aku dengan mak nyah dengan raba2
2. Nabil - Geli telinga aku bila dia kata P***T
3. Jambu - Geli time dia cakap "Anda berak ke belum"
4. Sepah - Geli bila masa mak bidan pegang tah*
Kumpulan R2 je tak ikut tema lawak geli sbb takde apa2 yg geli sangat dengan persembahan diorang.
Bottom 3 minggu ni adalah Nabil, R2 dan Jozan... aku tak terkejut pun Jozan jadik bottom 3, sebab peserta tinggal berapa orang je pun... kalau tak Jozan, Jambu atau Sepah akan join bottom 3. Cuma sepatutnya semakin lama Maharaja Lawal semakin dekat dengan final sepatutnya persembahan diorang lebih mantap, ini tidak. Diorang nampak lebih banyak enjoy atas pentas... Tak berapa nak bersungguh2.
Table kat bawah ni merupakan rating tahap kelawakan yang aku bagi pada big 4 start minggu pertama hingga minggu sepuluh. Kalau dilihat dari table, start minggu 7 persembahan Nabil dah mula merudum dan tak naik semula.
Peserta | Minggu | |||||||||
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | |
Jozan | LMAO | ROTFLMAO | ROTFLMAO | LOL | ROTFLMAO | LOL | LMAO | ROTFLMAO | ROTFLMAO | LOL |
Jambu | ROTFLMAO | LMAO | LOL | ROTFLMAO | ROTFLMAO | ROTFLMAO | ROTFLMAO | LMAO | ROTFLMAO | LOL |
Sepah | LMAO | ROTFLMAO | LMAO | ROTFLMAO | ROTFLMAO | LMAO | LMAO | ROTFLMAO | LMAO | ROTFLMAO |
Nabil | ROTFLMAO | ROTFLMAO | ROTFLMAO | ROTFLMAO | LMAO | LMAO | LOL | LOL | LOL | HAHA |
Table ni pulak merupakan jumlah rating yang setiap peserta big 4 pernah dapat bagi 10 minggu ni. Kalau dilihat daripada statistik rating aku, Jambu yang paling banyak membuat persembahan terlawak dengan 6 kali ROTFLMAO... mmg tak dinafikan sometimes lawak Jambu mmg sangat meletup. Jozan dan Sepah berkongsi sebanyak 5 rating ROTFLMAO, namun yang menarik adalah Sepah tidak pernah dapat bawah daripada LMAO, bermakna pada setiap minggu persembahan Sepah sangat konsisten. Rasa takde satu minggu pun yang Sepah gagal memecahkan perut audien dan penonton.
Peserta | Rating | Jumlah Minggu | |||||
HEH | HEHE | HAHA | LOL | LMAO | ROTFLMAO | ||
Jozan | 0 | 0 | 0 | 3 | 2 | 5 | 10 |
Jambu | 0 | 0 | 0 | 2 | 2 | 6 | 10 |
Sepah | 0 | 0 | 0 | 0 | 5 | 5 | 10 |
Nabil | 0 | 0 | 1 | 3 | 2 | 4 | 10 |
Dilihat kepada statistik prestasi big 4 secara keseluruhan, sekiranya final nanti ada 3 peserta maka bagi aku yang layak masuk final adalah Jozan, Jambu dan Sepah. Dan untuk calon Juara Maharaja Lawak, I've say sorry to peminat Jozan but pilihan aku adalah samada Jambu dan Sepah... Tapi pilihan aku masih boleh berubah, tapi kena tengok persembahan big 4 utk baki2 minggu yang ada ni.
Lastly aku nak bagitau kat crew2 dan cameraman Maharaja Lawak, aku harap janganlah dok fokus kat muka awek je time persembahan, mengganggu tumpuan dan mood betullah. Kami bayar pakej Astro Mustika ni nak tgk Maharaja Lawak, bukannya awek... kalau nak fokus muka awek buat la time iklan ke time lepas persembahan ke.
Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:
1. Sepah - ROTFLMAO
2. Jambu - LOL
3. Jozan - LOL
4. Nabil - HAHA
5. R2 -HAHA
5. R2 -HAHA
Aku rasa macam aku terdelete la beberapa perenggan ulasan kat perenggan yang last tu... Takpelah terpaksa tulis balik. So secara overall aku kurang berpuas hati sikit utk minggu ni dan agak kecewa sikit. Anda puas? Sila kongsikan pendapat dan pandangan anda dekat kotak kat bawah ni. Kalau boleh bagilah pandangan yang baik2 dan bernas, janganla setakat nak masuk carik gaduh, kondem orang, tulis "Ko bodoh" ke, "Admin ni sengal" ke, timbulkan provokasi, buat fitnah guna nama aku... Matanglah sikit, tujuan aku buat blog ni pun nak share minat aku dengan orang lain, bukannya nak carik gaduh ke apa. OK kita jumpa lagi minggu depan di Kuantan... babaiii
* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom
truskn mgupdate...saye ske bce review awak..
BalasPadampape pon i'm head over heels for jozan, sepah n nabil
rating untuk r2 x de ke ?
BalasPadam@jana
BalasPadamTq for ur support... Saya pun minat Jozan, Sepah dan Nabil, tapi harap u terima dgn hati terbuka ye kritikan saya minggu ni pada Jozan dan Nabil huhuhuhu.
@Tanpa Nama #1
Rating tu aku buat utk big 4 aje... Utk R2 aku tak masukkan sbb dia bukan peserta favorite even dari awal ML lagi... tapi kalau dia dapat masuk final mmg rezeki dia lah tu...
bgus ulasan...secara peribadi ni ulasan y ikhlas tanpa memihak mana2 peserta..aku fan jozan, tp btl apa y d'tulis di atas
BalasPadamsetuju sgt ngan ulasan ada kamu kisah neh..mmg btol2 menepati citarasa..stiap mggu mesti nak review punyer r blog neh..ML,tggl 2 mggu lg utk road tour ML..means logiknya ada 2 lg pyingkiran,hrp2..if nak adakan jgk penyingkiran.. juz bgi 1 penyingkiran jelaaa..Bila lagi nak gunakan imuniti yang ada tukan?? coz..
BalasPadamhrp sgt BIG 4 ke final..lalala ;)
actkan..depa ni buat persembahan ada orang pantau or memng fully idea dieorng??if 100% idea depa, kesianla sikit kalau yg beseorangankan~
BalasPadamsudah lah..tak perlu masuk blog aku nih..aku bukak blog nih pun bukan nye hobi aku..aku tak minat pun blog2 nih..aku buat blog sbb nk dpt earning dari nufnang..lagi korang access blog aku lagi byk aku dapat imbuhan dari nufnang..HAHAHHAHA
BalasPadam@Psychic Zero kat atas ni
BalasPadamSebelum ini ada troll, sekarang ni ada imposter pulak masuk blog aku... takde pun icon aku kat nama ko tu... cukup2 lah tu buat fitnah... aku buat blog nak sharing, setakat nuffnang tu berapa byk je aku dapat? 1 sen per click? ko ingat berapa ramai je pun nak click iklan aku tu? tak sampai 20 sen pun tau... aku buat blog ni just 4 fun, dan Alhamdulillah aku pun dah ada kerja yg baik dan ada pendapatan yg cukup utk sara hidup keluarga aku. OK puas hati?
bagi pendapat saya, sepah sebenarnya juga sudah membuat sebanyak 6 kali persembahan ROTFLMAO iaitu termasuk pada minggu ke-3. lirik dan lagu mereka menjadi fenomena pada peminat rancangan Maharaja Lawak.
BalasPadamulasan u bagus.sy stuju ngn u punya meter.cuma nk komen skt,yalah,wpun lawak sepah tbaek mgu ni,tp ada prktn2 yg x enak didgr & disebut dgn selamba tnpa rs bersalah.peserta lain pun sama lah.mmg la atas dasar komedi,tp klu trlmpau bebas pun x elok.dah jd x lawak tp jd geli geleman je kita dgr.
BalasPadamsepah mmg terbaek arr!!nabil harus tambah idea lagi!!
BalasPadamno offense to admin..
BalasPadamtp jambu n jozan xkan LOL je kot?
ak gelak guling2 kot time jambu perform! fair rating to them shud be LMAO/ROTFLMAO..haha xtau r org len camne..
admin nape plak kecewa ngan performance mggu 10?
rata2 all peserta ok jek performance...even nabil pun ok jugak..(bg org yg paham -.-)
sy bukan nk kutuk/menyelar admin...juz nk tanya pendapat :)
sorry utk jozan dan jambu,,,tp bg aku,,jd mak nyah dgn org pekak adalah short cut nk buat org ketawa,,,mmg lawak,,,tp tak nampak ape msg yg cuba nk disampaikan,,,nabil mcm dah kehabisan idea,,,cuma sepah je yg tiap2 minggu yg tetap stabil lawaknya,,jd klu mlm td final,,,maharaja lawak jatuh pada sepah,,,walaupun pling junior antara 4 emperor,,,di ikuti oleh jambu dan jozan....kpd semua peminat jozan,jambu dan nabil,,,maaf,,,nih cuma pendapat aku je...
BalasPadam@Tanpa Nama #4
BalasPadamSepah masa minggu-3 best juga, tapi bagi aku persembahan Nabil dan Jozan dah overshadow yg lain, so aku boleh bagi LMAO je, tapi masih lawak je pun
@finsukkie rao
Betul, sbb tu saya ckp minggu ni tema dia lawak geli, boleh dikatakan semua buat lawak yg geli... harap minggu berikutnya elakkan lawak2 yg geli2 ni... maklumlah satu family tgk
@Tanpa Nama #5
Betul tu...
@Zharif & Tanpa Nama #6
Takper takde hal... setiap pendapat aku terima :). Cuma bagi aku Jambu ngan Jozan masih lagi lawak tapi tak sampai standard yg diorang dah bagi kat kita sblm ni. Jambu terlalu byk ulang2 dan menjerit2, manakala Jozan pulak, macam yg @Tanpa Nama #6 ni cakap... biasa lawak2 mak nyah dan bapok ni short cut nak buat org ketawa... Nabil pun bagi aku idea ada... tapi idea sahaja tak cukup... dia dah tak mcm dia yg dulu mcm kekok sikit... sbb tu aku cakap Nabil bukan hilang idea, tapi hilang Aura.
aku rse astro mesti tetapkan tema sbb bila smua wat tema yg sama bru senang kita nk menilai..
BalasPadamSepah mmg deserved lah utk menang :) walaupun i am fans of JoZan, Sepah mmg tak dinafikan mmg maintain :) astro kena la bg tema, bila bebas cmni la jadi nye, and one more bile wat tmpat besar2 cmni, mula la ade yg tak kena :) btw, i still harap JoZan, Sepah & Jambu masuk final :) kalah menang kan adat prtandingan :D
BalasPadamAHHHHHH...BENCI TGK LAWAK JOZAN..LAWAK MAK NYAH MURAHAN... MCM DH XDE IDEA...TAK PROFESSIONAL LANGSUNG..LAWAK MAK NYAH SAMPAH
BalasPadamJambu tu sampah lawak ke ape mcm tu admin mmg xde otak nmpak sgt die minat Jambu.. booo la admin
BalasPadamassalamualaikum...
BalasPadamsuka dengan ulasan2 admin..
~sokong sepah jadi juara~
1 famly aku gelak guling2 smpi berair bji mate...tahniah sepah
BalasPadambagi aku sepah layak menang, mmg lawak..satu family aku gelak masa sepah..peserta lain pon ok la gelak juga...tp masa jambu la paling x best...ayah aku siap cakap, lawak apa ni...nak gelak pon x boleh...bagi aku mmg lawak Jambu ni merapu...tp sbb kat dewan tu ramai penyokong jambu, jadi meriah la masa Jambu..mmg patut dapat LOL pon ....haha
BalasPadampada pendapat saya di dlm ML ini, terdapat byk peserta berkumpulan dan peserta solo kelihatan tenggelam di dalam rancangan ini... lihat, amir, jihan, man, even nabil sndri pyah untk naik..
BalasPadamPnh mlhat rncgn just4laugh, hanya untuk gelak, itulah yg sy dpt katakan kepada jambu, hanya untk gelak... tiada input yg diberikan tetapi buat ape bg input, bg moral, bg pengajaran seperti nabil tetapi tiada org gelak... jd mcm mna nk jd pelwak yg berjaya? renung2kan dan selamat mengundi peserta yg terbaik...
salam Psychic Zero..tetiap minggu duk nengok review anda..yup aku setuju same komen di atas sanun, Sepah minggu ke-3 muzikal komedi bagi aku antare scene Sepah yg terbaik, mgkekek duk gelok..x de hal duk nengok banyok kali..tetiap minggu Sepah konsisten..aku memule bkn peminat sesape sebenornye..tapi..biorlah juare tu benar2 hok yang betol2 lawak..buke mate, dengor, tanya hati..kite tunggu dan lihat..
BalasPadam1) Sepah
2) Jambu
3) Jozan
Nabil dh xde idea..R2 ok jer..
haha..cheers..
- Irwan Shah
yg aku heran knpe juri suka sgt ngan jambu yg wat lawak bodoh tu? takut kena pukul ngan yus ke sbb muka yus ganas? nampak sgt berat sebelah....bla la lu org....R2 takde gunalah ko masuk balik, last2 ttp kena keluar gak....astro mesti nak menangkan jozan ngan jambu punya walaupun wat lawak bangang sekalipun.....penonton pun satu bodoh, xsporting langsung...elok wat kat finas baliklah
BalasPadamhuhuhu..sedih dgn persembahan Nabil lately..rs nak nangis pun ada...bila lawak dia xde sambutan...or..xleh nak ckap lawak lah..sbb mmg xlawak lgsung...tp, npk dia sgt berharap tuk dptkan tepukan dri penonton..npk bersungguh....sedih2 gak..tp, xpnh miss undi Nabil...cuma mgu ni..ML 3 Nabil je..sbb mmg mengecewakan...tp, sebab minat nyer psl..undi jugak...huhu...
BalasPadamoverall nice review..kipidup bro... :)
lagi satu ttinggal lah plak..
BalasPadamawek2 kat pisa tu mmg ramai hok cantek2 lah..
yg last skali pas sepah perform duk depan skali kai dress putih krim tu..perghh cun..
hahahaha..
- Irwan Shah
eh silap, dress warne coklat krim..mmg cun.. =)
BalasPadamhaha cheers..
sori Psychic Zero skali ralat daa..
- Irwan Shah
ADMIN mmg x suka jambu..abis cerita..dia minat NABILJOZANSEPAH jer... bg aku sepah mmg lawak,jambu pun sama naik-both konsisten,jozan ok la,tp x cukup konsisten,nabil mcm yoyo-skrg dah kelaut..tp AMIN dah suka..blog dia pulak tu.. kira sukati dia la kan..???
BalasPadamThanks pada mana2 yg baca blog saya dan memberi sokongan kpd saya... sy akan berusaha utk cuba mantapkan lagi ulasan sy dan try my best utk tak pilih kasih...
BalasPadam@Tanpa Nama kat atas
Ni sorang lagi... sy dah ckp dalam ulasan2 saya sblm ni saya minat keempat2 peserta big 4, Jambu aku bagi no. 2 siap aku calonkan utk final lagi sama dgn Sepah dan Jozan... ni baca habis ke tak ni huhuhuhu... Apaaa pun xbleyy
saya nak cakap.... saya setuju Sepah mmg gud2....
BalasPadamsaya neutral... tp based on ape yg saya da nilai dari sebelum2 ni.... jambu suka wat sumting yg laen.. mmg gempak la.. sbb da muak tgk lawak yg sama je... tp kdg2 ada jugak xmjd.. so dorg lawak pelik2 no.1!!! sepah plak.. mmg gempak ar..dgn lawak kemelayuan dye mmg no.1!!.. respek ar.. msg salu smpai.. and kalau ada show... sepah mmg sesuai masuk show yg bwk msg2 dan pengajaran ni... and for jozan.. saya da ikuti dorg dr raja lawak 1.. dorg boleh jd lebey baek lg.. mgkn sbb schedule dorg yg pack.. dgn jozan pn da ada show.. tp sumer org xaggp tu sbgai faktor pn.. tyme dye dgn kenchana dwi tu xsmpat nk berlatih ape.. spontan baek je.. kalau ikut lawak spontan... jozan no.1!!!!!!!
aku cdgkan astro buat tem surprise,,,,lg 1 atau 2 jam baru bgtau peserta persembahn ape yg diorg kena buat,dn msa biar 10 minit,,,biasanya bila keadaan tertekan kita akan nmpak pelawak tu kuarka idea2 yg kreatif...br kita dpt tgk persembahan mntap dr setiap peserta,,,dn kita bole nilai mana satu pelawak generasi alaf baru...
BalasPadamsaya rasa JOZAN yang mingu ke-4 tu LMAO bukan LOL.
BalasPadamsecara jujurnya aku tak tau apa maksud LMAO dan ROTFLMAO
BalasPadamapa pun x boleh.....lawak sepah ok ok je tp banyak yg boleh dijangka dan lebih kurang sama je kemelayuan...
BalasPadamaku berharap jambu akan jadi juara mgkn ada mggu2 yg x menjadi..tu biasa la
tp ada mggu yg kita akn ingat sampai bila2..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBagi saya jozan tetap best...
BalasPadamberlwak jd pondan pun nk kondem? yg lain2 jd pempuan terus tu korang x kisah? siap pakai baju pempuan lagi...geli geleman tgk..jozan so far TAK PERNAH berlawak jd pempuan, atau pakai baju pempuan okeh tp tetap best! x payah nk jadi nora danish ker, makcik rewang ker, makcik bidan ke, makcik karipap ker...,tetap best, the best, bestest!