Rabu, 29 Jun 2011

Tutorial OSS Server Setup menggunakan Centos

Post kali ni aku nak share nota kursus / tutorial / howto / manual yang aku buat dan gunakan untuk mengajar atau membuat kursus berkaitan ICT. Untuk tutorial kali ni aku publishkan nota kursus aku berkaitan cara2 untuk membangunkan server OSS (Open Source Software) menggunakan Centos 5.5. Yang latest adalah Centos 5.6 tapi cara install dan configure lebih kurang sama. Untuk download ISO Images bagi Centos (34 bit / 64 bit) boleh download kat sini. Dalam nota ni aku akan tunjukkan step by step cara2 utk membuat setup bermula dari installation, configuration dan testing. 
Dalam nota tutorial ni cover installation dan configuration perisian LAMP iaitu Linux (Centos 5.5), Apache Web Server, MySQL Database dan PHP, tutorial beberapa arahan/command asas basic Linux dan pembangunan shell script ringkas, penggunaan Cronjob serta installation beberapa komponen lain seperti IPTables Firewall, Apache Virtual Host, Sendmail, PhpMyAdmin, NTP (Network Time Protocol) client dan pengujian server menggunakan Apache Benchmark tools, Awstats dan Nmap tools.


Kalau nak belajar buat installation tapi takde server atau PC lain, boleh gunakan perisian VMWare. Perisian ni merupakan perisian Virtual Machine yang membolehkan anda membuat installation Operating System kat satu PC sahaja tanpa mengganggu OS Windows sedia ada, tapi make sure spesifikasi komputer agak tinggi seperti Processor, RAM dan Hard Disk. Tapi software VMWare ni kena bayar, kalau nak yg free pandai2 cari VMWare Workstation version yang dah crack kat Google. Kalau nak yang free, pakai software virtual machine yang open source dan free seperti Virtual Box.

Nota ni semuanya dalam 89 muka surat. Disebabkan nota ni last update dalam akhir tahun lepas (2010), so kemungkinan terdapat beberapa link dalam nota tu yg tak update atau dah tak valid. Kalau ada yg tak update atau ada pertanyaan atau tak faham ke boleh post kat komen kat bawah, Insya Allah aku akan cuba bantu. Anda boleh gunakan nota ni untuk mengajar dan share dengan orang lain. Tapi kalau nak jemput aku mengajar pun boleh dengan kadar bayaran yang berpatutan, boleh hubungi aku di link Facebook dekat Profile aku :).

Nota Kursus OSS Server Setup

Selasa, 28 Jun 2011

Pimp My Ride

Actually takdelah Pimp My Ride sangat pun... just nak share yg kereta pertamaku iaitu Proton Satria 1.3 (Manual) berwarna Solid White yang berusia 11 tahun dan telah berkhidmat denganku selama 7 tahun telah pun lahir semula. Ingat lagi waktu memula beli dulu tahun 2004, masa tu baru je 1 bulan kerja lepas graduate tahun 2003. Bukan main jaga lagi walaupun kereta 2nd hand. Boleh kata tiap2 hari basuh. Ada kotor sikit lap... Biasalah benda baru, dah jadik macam awek dah. Kereta ni jugak yg banyak berjasa pada aku, bawak aku jejalan, gi dating huhuhuhu dan telah menjadi peneman hidup aku dari bujang, sampailah aku mendirikan rumahtangga pada tahun 2006.

Di sekitar tahun 2004 ketika duduk di rumah sewa dekat Klang. Masib baru berkilat lagi...

Masih lagi sekitar tahun 2004, pernah kene dajal kena conteng dengan tanda $ waktu tengah malam. Semua kereta yang parking kat luar satu deret rumah kena.

So bila kahwin, masa aku dengan kereta aku sudah kurang, hanya sebagai alat membawa aku pergi kerja dan keluargaku berjalan2. Dan masa untuk menguruskan kereta sudah kurang, kadang2 sebulan baru berbasuh. Makin lama catnya semakin pudar, kemek sana kemik sini kena gesel dengan keretalah, penghadang jalanlah, dividerlah, motor langgar lah... macam2 hal. 

Sekitar tahun 2007, masih berkhidmat menghantar dan membawa ku pulang sewaktu di tempat kerja lamaku di Nitto Denko Shah Alam. Warna pun dah lusuh sikit.


Kalau tak silap mula tahun 2007, dia start buat macam2 perangai, clutch cable tercabut waktu kat trafik light, speedometer cable asyik rosak, radiator bocor sampai overheat... kena wat top overhaul, throttle body problem dan yang paling latest aircond pulak rosak. Walaupun mcm2 karenah keretaku masih lagi menjadi tunggangan seharianku ke tempat kerja, dari tempat kerja lamaku di Shah Alam sampailah tahun 2009 aku mula berpindah kerja di Putrajaya. Pernah juga ketika jalan belakang rumahku yang masuk terus ke highway masih under construction, adalah dekat setahun lebih jugak aku lenjan keretaku meredah selut dan lumpur tanah merah semata2 nak guna shortcut + skip tol pergi ofis. Dah la basuh pun jarang, dah tak macam kereta dah rupanya. Macam kereta rally pun ada. Sayang time2 zaman kejatuhan dia aku tak ambik gambar... Kalau tak boleh aku tunjuk betapa 'cantiknya' kereta aku tu.

Sampai la beberapa bulan lepas... aku terasa bersalah pulak dengan kereta aku ni. Nak jual, sayang sebab dah habis bayar. Itupun tak tau laku ke tak. Daripada tambah hutang beli kereta lain, baik aku cuba hidupkan kembali keretaku. Apa2 pun 1st step, kena cat dulu. So setelah beberapa bulan kewangan dah kukuh sikit, aku beli side skirt dan front/rear lip (fibre je) dekat kedai Sato Auto Accessories dekat Seksyen 8 Bangi, lepas tu hantar paint kat kedai cat kereta dekat Batu 13 1/2 Jalan Puchong. Kat situ ada deretan Bengkel Mara, satu kedai tu kedai member aku, Infinity Speed Works, selalu servis dan repair kereta kat sini je. Sebelah dia Cool Infinity kedai servis dan membaiki Air-Cond, satu lagi kedai cat tu, aku tak ingat pulak apa nama kedai tu.

Lokasi bengkel cat kereta:

Dalam proses mengecat.

So untuk cat balik kereta ni warna body aku ambik Crystal White, hood Diamond Black, cat luar sahaja. Proses mengecat ambik masa dalam 7 hari. Tambah ketuk sana sini terutama kat bahagian side skirt sebelah kiri tu kemek habis sbb pernah langgar penghadang longkang simen, pasang balik bodykit yg aku dah beli tu, semua dalam RM1,600. Oklah tu kot... Habis je cat, masuk bengkel sebelah pulak repair aircond. Dah dekat 5 bulan aku pergi ofis jalan sana sini sauna dalam kereta. So hari ke-8 aku ambik kereta... inilah hasilnya...

Pandangan depan

Pandangan belakang

Amacam OK tak? Aku harap lepas ni semangat balik nak jaga kereta kesayangan aku nih. Kalau dulu parking luar je, sekarang parking kat dalam berbumbung sikit hehehe. Aku harap jugak lepas ni dia tak selalu buat problem lagi. Kalau boleh nak maintain kereta ni sampai la beberapa tahun lagi, sampai la naik pangkat ke ada rezeki lebih ke... Insya Allah. Tapi cuma sport rim la masih standard 13 inci... Hmmm takpelah tahun depan lah pulak tukar... tunggu kewangan dah kukuh balik. Walauapapun yang berlaku di masa hadapan, keretaku ini telah banyak berjasa padaku dan telah meninggalkan banyak nostalgia dan kenangan manis/pahit pada diriku.

Ahad, 26 Jun 2011

100 CooL People

Pada 26 Jun 2011, blog Ada Kamu Kisah??? telah pun berjaya mengumpulkan 100 orang followers yang sangat COOL. Terima kasih semua sebab sudi melawat teratak aku ini walaupun baru je bertapak dalam dunia Internet ni lebih kurang 4 bulan. Dengan tamatnya Maharaja Lawak maka tamatlah tulisan ulasan2 aku pasal Maharaja Lawak. Walau macam mana pun aku akan continue menulis blog dengan berkongsi segala apa yg aku rasa nak share. Jika ada apa2 cadangan dan apa2 pendapat utk aku baiki lagi blog ini bolehlah berbuat demikian dengan menulis pada kotak komen yer...

You guys best bro/sis!

Jumaat, 24 Jun 2011

Ulasan / Review Maharaja Lawak 2011 - Minggu 13 (FINAL)

Malam ini, malam penentuan untuk merebut takhta Maharaja Lawak yang julung2 kali diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam menyaksikan pertembungan 4 penjuru di antara Jambu (gabungan Yus - Juara Raja Lawak musim 1 dan Tauke - tempat ke-4 Raja Lawak musim 1), Jozan (gabungan Zizan - tempat ke-2 Raja Lawak musim 1 dan Johan - tempat ke-3 Raja Lawak musim 1), Nabil (Juara Raja Lawak musim 2) dan Sepah (Juara Raja Lawak musim 3, gabungan 3 sahabat iaitu Mamat, Jepp dan Shuib). Seteleh 12 minggu mereka berhempas pulas mencuba sedaya upaya untuk menghiburkan kita dengan pelbagai jenaka dan gelak ketawa, akhirnya keempat2 peserta favorite atau kegemaran ramai ini akhirnya tiba ke penghujungnya seperti yang sudah dijangkakan oleh orang ramai.
Siapakah diantara 4 peserta berikut akan dimakhotakan dengan makhota Maharaja Lawak?


Setiap peserta ini masing2 mempunyai kekuatan dan kelemahan, boleh tengok ulasan aku minggu lepas di mana aku telah membuat statistik kepada semua persembahan finalist Maharaja Lawak sejak minggu pertama dan membuat analisis kepada kekuatan lawak setiap peserta mengikut genre atau jenis komedi. Bagi aku, semua peserta layak menang, namun aku agak terkilan sebab salah seorang daripada mereka akan pulang dengan tangan kosong. Mereka semua sepatutnya layak diberikan hadiah atas usaha yang telah mereka lakukan untuk peminat dan juga keuntungan Astro yang berlipat kali ganda melalui saluran pakej Mustika dan undian SMS. (Tapi sekali lagi Astro telah berjaya memblock channel GuaTVcom kat Youtube yg selama ini menjadi saluran alternatif kepada persembahan Maharaja Lawak... janganlah camtu Astro... dah untung banyak dah tu).

Kalau pemenang hanya ditentukan oleh SMS sahaja, kumpulan Jozan paling berpeluang untuk menjadi juara kerana populariti mereka paling tinggi dengan fan base mereka iaitu Jozanners dan Jozannurse yang begitu kuat sekali. Kalau tengok pun fan page official salah seorang anggota kumpulan Jozan iaitu Zizan sudahpun melebihi 1 juta like. Tempat kedua kemungkinan besar adalah Sepah kerana persembahan mereka yang begitu konsisten sepanjang Maharaja Lawak. Tempat ketiga aku masih tidak boleh nak jangka samada Nabil dan Jambu sebab kedua2 juga ada masa naik dan turun, tapi kemungkinan lebih berpihak pada Nabil kerana dia ada pakej yang boleh mendapat undian dari gadis2 remaja. Kalau tengok kat undian Facebook dekat fan page ML dah boleh menggambarkan kedudukan pemenang untuk malam ni.


Namun ini kalau pemenang hanya ditentukan oleh SMS, tapi disebabkan markah ada 50% daripada juri professional iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek, maka semua peserta mempunyai peluang untuk menang berdasarkan persembahan final malam ini. Dan aku harap, semua finalist akan memberikan yang terbaik pada malam ini dan memberikan kita sebuah persembahan FINALE yang layak diingati sebagai sebuah persembahan final. So apa2 pun kita nantikan bersama2 malam ini... FINAL MAHARAJA LAWAK 2011!

Macam 2 minggu sebelum ini, terdapat 2 pusingan bagi setiap peserta membuat lawak dengan pusingan pertama bertemakan bebas dan pusingan kedua bertemakan muzikal komedi.

* Untuk malam ni aku betul2 ingin memohon maaf kerana tidak dapat membuat live review dan juga update lambat sikit video dan ulasan Maharaja Lawak sbb ada urusan keluarga yang betul2 tidak dapat dielakkan. Aku pun tak dapat nak tengok secara live persembahan pusingan kedua dan pengumuman pemenang. So aku kena layan balik kat Youtube... apa2pun tahniah buat kumpulan Sepah kerana telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak!

* Aku dah tengok persembahan peserta, dan sukar bagi aku memberi ranking terutama pada persembahan pusingan kedua sbb rata2 semuanya sangat sangat sangat BEST! Bagi aku semua persembahan pusingan kedua layak menjadi persembahan FINALE dan penutup kepada Maharaja Lawak yang telah menjadi satu fenomena di tanah air yang telah bersiaran selama 13 minggu ni... Lebih dari 3 bulan.

Meter tahap kelawakan:

- HEH (0% - 19%) : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE (20% - 39%) : Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: (40% - 54%) : Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL (55% - 69%) : Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO (70% - 84%) : Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO (85% - 100%): Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Skema pemarkahan persembahan:
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 50%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 20%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%

PUSINGAN PERTAMA 

1. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Nabil untuk persembahan final pusingan pertama membuat lawak kesinambungan daripada salesman tali pinggang berkalendar dan pembakar lalat masa minggu pertama dan kedua. Boleh cakap lawak quite recycle, kalau nak dibandingkan dengan persembahan final Nabil waktu Raja Lawak dulu mmg jauh panggang dari api. Kenapa beza sangat ya... aku sangat menunggu2 Nabil buat lawak mcm dulu2 tapi tak kesampaian. Walaupun masih menghiburkan tapi aku masih berharap sesuatu daripada this man. Yang boleh membanggakan sikit adalah kejutan patung spiderman tu tetiba hidup, walaupun aku dah boleh agak yg spiderman tu kali ni ada orang dalamnya sbb bila dia tolak kepala mcm berat semacam je, plus dengan bahagian dada yg sengaja dia letak bantal so tak nampak dada spiderman tu bergerak sbb bernafas. Satu lagi elemen yang hanya boleh didapati di final adalah keberanian dan idea Nabil utk pakai wayar dan terbang ke atas diculik alien walaupun tali tu mcm putus sebelah dan Nabil nampak painful lama sangat tergantung.

1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 40%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 18%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 8%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%

Markah Keseluruhan: 86%

2. Jambu (Laugh-O-Meter: LMAO) 
Untuk pusingan pertama Jambu cuba menggunakan kelebihan mereka seperti minggu sukan ping pong dan renang dengan membuat satu lagi lawak berbentuk gerak, bahasa badan dan ganas, kali ni dengan perlawanan di antara kungfu cina dengan tomoi. Persembahan boleh tahan cuma tak berapa sesuai sebagai persembahan finale. Dan ada juga bunyi2 sound effect yang bagi aku amatlah annoying. Banyak lagi persembahan2 Jambu sebelum ini yang jauh lebih kelakar. Formula Jambu masih sama dari awal sehingga last mungkin menjadikan persembahan mereka agak hambar dan sudah boleh dibaca.

1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 38%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 14%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 7%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 2%

Markah Keseluruhan: 76%

3. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Kumpulan Sepah membuat sketsa pasal perompak nak rompak rumah orang, bedal kurma atas meja dulu last2 rupa2nya terompak rumah Ustazah Bahyah manisnya kurma itu kesinambungan minggu lepas punya, kena la ceramah dan basuh oleh ustazah tu. Nampaknya Sepah menggunakan semula watak yang menaikkan persembahan mereka. Dengan menggunakan formula biasa kumpulan Sepah dengan dialog bodoh2 alang seperti "Nak rompak takleh cakap, aku SMS je la", "Kalau takleh bising baik ko takyah ajak aku ajak je lah Man, Man tu bisu tak bising tau", "Kalau payah lagi senang kau lukis". Ditambah lagi dengan elemen muzikal komedi single terbaru ustazah tu dengan lirik2 pengajaran (walaupun baca lirik belakang kotak CD) mmg menjadi. Memang layak menjadi persembahan terbaik baik pusingan pertama.

1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 45%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 18%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 4%

Markah Keseluruhan: 92%

4. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Kali ni kumpulan Jozan membawa idea kreatif dengan sketsa perompak yang nak merompak keris taming sari dalam muzium, last2 terserempak dengan gambar Hang Tuah yg boleh bercakap dan keluar dari frame gambar. Tapi di awal persembahan mood aku quite terganggu sikit sbb sebelum persembahan mereka, kumpulan Sepah pun jadi perompak jugak... nampak mcm ada persamaan. Takpelah itu just perasaan aku. Walaupun idea mereka agak kreatif dengan Johan jadi Hang Tuah. Ada beberapa punchline yang menarik cuma tak dapat menarik audien gelak dengan terbahak2. Tapi ending cukup sempurna dengan kolabrasi AC Mizal, Zizan siap masuk jugak dalam frame dan freeze. Juga good effort bagi mereka sbb sering mencuba sesuatu yang baru dan menjadi pelbagai karakter.

1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 43%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 18%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 9%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 4%

Markah Keseluruhan: 89%


PUSINGAN KEDUA

1. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Untuk pusingan kedua, bagi aku Nabil dah bangkit semula dengan membuat sketsa orang miskin yang tidur dan carik makan tepi tempat pembuangan sampah. Dinner makan sisa McD, baca suratkhabar orang buang, cari bahan bacaan lain dalam plastik sampah, jumpa buku Magik Menjadi Kenyataan. Juga menggunakan lalat seperti minggu ketiga sebagai bahan lawak, kali ni dia cuba sumpah lalat untuk menjadi Tiz Zaqyah, tak boleh sbb Tiz Zaqyah pergi shooting, orang lain boleh? Hahaha lepas tu sumpah jadik Shah Slam, jadik gitar, jadik satu band... Memang gila idea dia ni kreatif betul. Last sekali aku sumpah kau menjadi Bruno Mars... hahaha... tapi sketsanya panjang sangat, masa bunyi loceng tu tak start pun lagi muzikalnya... Takleh salahkan AC Mizal jugak masuk awal walaupun annoying gila sbb masa dah over run. Nyanyi lagu yang digubah dari lagu Lazy Song tapi kalau dia tak baca lirik dan hafal lagu tu lagi bagus, dan liriknya terlalu panjang dan kurang lawak dan memorable berbanding masa minggu ke-3 lagu Grenade bos jahat tu.

Lagu asal yang digunakan:
- Bruno Mars - Lazy Song <- Tengok video klip pun dah lawak

1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 44%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 20%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 4%

Markah Keseluruhan: 93%

2. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO) 
Aku suka dengan persembahan Jambu kali ni. Tak macam lawak2 biasa yang diorang buat sebelum ni. Takde lawak slapstik sangat dan banyak dialog. Buat sketsa adaptasi daripada cerita Ali Baba Bujang Lapok pasal 2 orang penyamun curik wang emas. Sorang nama Purnama Merindu, nama pendek Pur, sorang lagi Teratai Layu di Tasik Madu, nama pendek Tera. Formula muzikal komedi hampir sama dengan masa Jozan buat minggu ketiga dulu di mana tiada gubahan lirik dibuat pada lagu, hanya mengaitkan dengan keadaan dan situasi. Suara Yus dan Tauke pun sedap bila nyanyi so menambahkan lagi elemen hiburan dalam persembahan. Banyak juga punchline lawak seperti "Jangan rembat towel", "Double enough". Dan kejutan paling best bila Zila Bakarin datang... ehehehe dapat jugak Pak Yus jumpa Zila Bakarin... tapi last2 sengau hehehe... Juga persembahan muzikal komedi yang paling banyak soundtrack untuk pusingan kedua ni. Kalau persembahan diorang macam ni sejak 2 3 minggu lepas aku rasa diorang boleh bersaing utk mendapat tempat pertama atau kedua.

Lagu asal yang digunakan:
- Sharifah Zarina - Langit Ketujuh
- Aris Ariwatan - 1, 2, 3, 4
- Lagu 1 and 2, 2 and 3, 3 and 1, 1 and 2, I Love U oleh Salleh Yaacob dalam Filem Keluarga 99
- M. Nasir - Apokalips
- Lou Bega - Mambo No. 5
- Ulek Mayang
- Righteous Brothers - Unchained Melody
- Lagu Sabun di bilik mandi dalam filem Laksamana Do Re Mi
- P. Ramlee dan Saloma - Yang Mana Satu Idaman Kalbu (filem Labu dan Labi)

1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 45%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 19%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%

Markah Keseluruhan: 94%

3. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO) 
Persembahan kedua Sepah pun tidak kurang hebatnya daripada persembahan pertama. Membuat sketsa pasal pasangan suami isteri yang gaduh dan tak bersefahaman. Jepp sebagai suami, Shuib sebagai isteri dan Mamat sebagai anak. Watak Mamat dalam sketsa ni seperti juga kebanyakan persembahan2 Sepah sebelum ini tak berapa menonjol. Even masa time menyanyi pun bila dia nyanyi je tergagap2 dan lari tempo. Walaupun dia nampak mcm ada sedikit kelemahan dalam kumpulan Sepah, namun yg aku respect kawan2 yg lain saling membantu dan tidak menjatuhkan rakan2 sekumpulan yg lain. Banyak punchline dan dialog yang lawak, ditambah dengan kejutan oleh Dafi yang jadik Shuib pulak sbb selalu Shuib nak jadik Dafi. Seperti juga persembahan peserta lain, runut bunyi sound effect tu tersangat2lah annoying. Dan aku quite kurang selesa dengan idea sketsa ni yang menunjukkan kecurangan suami isteri, siap boleh pulak kekasih gelap isteri tu datang peluk bini dia.

Lagu asal yang digunakan:
- Spring - Sampai Hati
- Wali Band - Cari Jodoh
- Lagu daerah orang Minang - Ayam den Lapeh

1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 47%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 20%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 8%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%

Markah Keseluruhan: 95%

4. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Persembahan Jozan untuk kali terakhir ni bagi aku merupakan kesimpulan kepada segala jenis persembahan mereka sepanjang ML. Dengan elemen lighting mcm sketsa curi tabung surau, mereka juga membawakan karakter terkuat mereka iaitu Johan sebagai Ah Chai dan Zizan sebagai Mael Lambung, bergaduh utk berebut kawasan, ditambah movement slapstik yang turut menjadi kekuatan Jozan. Terdapat bunyi2 buih yang sangat2 annoying. Elemen muzikal yang disuntik dalam persembahan mereka kali ni sangat menarik, dengan gubahan nyanyian lagu Ah Chai dan rap Mael Lambung yang original, tarian Beat It Michael Jackson, lagu Awan Nano versi Hafiz Johan yang melompatkan persembahan mereka 2 minggu lepas dan last sekali lagu patriotik gunakanlah bahasa kebangsaan kita, boleh aku cakap persembahan muzikal komedi terbaik pada malam tesebut. Aku setuju dengan Ahmad Idham, persembahan mereka adalah penutup Maharaja Lawak yang terbaik.

Lagu asal yang digunakan:
- Michael Jackson - Beat It
- Hafiz - Awan Nano + Search - Gadisku
- Lagu Patriotik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 47%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 19%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%

Markah Keseluruhan: 96%


PENGUMUMAN JUARA DAN PEMENANG MAHARAJA LAWAK 2011:
* Baru perasan Yus Jambu pakai baju T-Shirt kumpulan Sepah huhuhu.

JUARA Maharaja Lawak: Sepah (RM350,000) - Jumlah Markah: 64%.
 Naib Johan: Jozan (RM250,000) - Jumlah Markah: 60%.
Tempat Ke-3: Nabil (RM150,000) - Jumlah Markah: 52%.
Tempat Ke-4: Jambu (RM50,000) - Jumlah Markah: 46%.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni untuk PUSINGAN 1:

1. Sepah - ROTFLMAO (92%)
2. Jozan - ROTFLMAO (89%)
3. Nabil - ROTFLMAO (86%)
4. Jambu - LMAO (76%)

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni untuk PUSINGAN 2:

1. Jozan - ROTFLMAO (96%)
2. Sepah - ROTFLMAO (95%)
3. Jambu - ROTFLMAO (94%)
4. Nabil - ROTFLMAO  (93%)

Kesimpulan:

Secara kesuluruhan, nak kata puas hati sangat tu tak la sbb bagi aku ada persembahan peserta minggu2 lepas masa kat Kuantan, JB tu lagi meletop. Cuma aku faham beberapa persembahan mereka seperti Nabil dan Jozan ingin tampilkan kelainan dan buat mcm satu persembahan grand dengan menambah elemen dramatik dan efek agar ia memorable dan sesuai dengan persembahan terakhir mereka di Maharaja Lawak. Dan nampaknya kebanyakan persembahan peserta pada malam tu merupakan kesimpulan dari apa yang mereka telah pun lakukan sebelum2 ini seperti Nabil dengan salesman, Spiderman, lalat dan Bruno Mars, Jambu dengan Zila Bakarin, Sepah dengan Ustazah Bahyah dan Dafi manakala Jozan dengan Ah Chai, Mael Lambung dan lain2 elemen seperti yang aku ulas kat persembahan kedua Jozan kat atas.

Dan di akhir rancangan, setelah 13 minggu bertarung, Sepah telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Dan aku rasa yg paling frust sekali adalah fan Jozan sbb fan base Jozan paling ramai. Kalau Sepah fan dia byk yang silent voters je. Kalau ikut aku, Sepah mmg layak menjadi Juara disebabkan konsistensi persembahan mereka sejak minggu 1 lagi, tapi secara jujurnya aku lebih suka kalau Jozan jadi juara berdasarkan kepada semua kelebihan yang mereka ada. Lawak mereka lebih universal, dan kalau ikut populariti mereka paling popular. Macam Sepah lawak dia lebih kepada lawak2 melayu yang hanya boleh dinikmati oleh orang melayu, tapi disebabkan rata2 yg menonton ML ni orang melayu, so tak hairanlah Sepah boleh mendapat tempat dihati kebanyakan orang kita. Tapi apa2pun ini semua dah pun tertulis yang Sepah akan menjadi Juara, mungkin juga rezeki anak Shuib. So kita sebagai peminat terima dengan hati yang terbuka walaupun peserta favorite kita tak menang, tak guna dah pun nak gaduh2 ML dah habis dah pun. Yang penting, mereka semua adalah juara di hati kita.

Ada juga suara2 yg mengatakan Nabil paling untung sbb walaupun dia menang tempat ketiga, tak dinafikan dia mendapat hadiah paling banyak iaitu RM150,000 sebab tak perlu kongsi ngan orang lain, Sepah RM350,000 kena kongsi 3 orang, Jozan RM250,00 kongsi 2 orang dan Jambu RM50,000 kongsi 2 orang. Bagi aku tak menjadi isu pun semua tu, sbb dah tertulis jugak rezeki diorang banyak tu je, tapi yg paling penting adalah gelaran Maharaja Lawak itu sendiri yg bagi aku lebih tinggi nilainya dari hadiah2 yg ditawarkan. Dan kumpulan Jambu, walaupun dapat RM25,000 setiap sorang, bagi aku masih lagi puas hati, sape nak bagi RM25,000 utk 3 bulan keje. Kalau keje gaji RM5,000 sebulan pun 3 bulan baru dapat RM15,000. Dan pihak yang paling untung kat sini adalah Astro sebab berjaya melipatgandakan keuntungan korang sepanjang 3 bulan ini. Tapi aku tetap nak berterima kasih kepada Astro (walaupun korang ban aku dalam fan page Maharaja Lawak T_T) kerana menaikkan jumlah hadiah dan sediakan hadiah untuk tempat keempat kerana kalau boleh taknak ada finalist yang pulang dengan tangan kosong kerana mereka semua bagi aku satu permata dalam industri komedi tanah air.

Aku harap lepas ni semua finalist malah semua peserta ML akan terus sukses dan menyerikan bidang seni dan hiburan tanah air, jgn ada yg lepas ni senyap terus. Dan harap Astro lepas ni dapat fikirkan rancangan2 yg menarik dan fenomena lagi macam Maharaja Lawak... sebab AF pun dah takde tahun depan. Tahun depan mungkin akan buat Raja Lawak musim ke-6 pulak. Apa2pun, kalau sebelum ini finalist2 ni digelar Sepah Raja Lawak, Johan/Zizan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Yus/Tauke Raja Lawak, lepas ni mereka semua akan digelar Sepah Maharaja Lawak, Johan/Zizan Maharaja Lawak, Nabil Maharaja Lawak dan Yus/Tauke Maharaja Lawak. Dan kepada pembaca yang nak tahu peserta favorite aku... hehehehehe... hint dia korang tengok ulasan aku Minggu 12 tu balik dan check huruf pertama dalam setiap ulasan aku untuk setiap peserta mula dari pusingan pertama :). Tapi yelah adat pertandingan ada yg menang ada yg kalah... aku pun tak yakin yg peserta favorite aku boleh jadi juara disebabkan pelbagai faktor.

* UPDATED 26 Jun 2011: Aku bukan nak mempromosikan Astro atau apa, sbb aku tak dibayar pun. Rata2 ramai yang subscribe pakej Astro Mustika hanya disebabkan Maharaja Lawak dan byk juga dengar2 yg nak terminate lepas ML habis... Bagi aku mana2 yg berkemampuan dan minat kepada pelawak2 seperti Jozan, Nabil, Jambu dan Sepah... teruskan je subscribe pakej Astro Mustika, tambah RM12 je sebulan... sbb dekat Astro Warna sekarang dan akan datang aku yakin akan byk lagi rancangan2 komedi dan lawak jenaka yang dibintangi oleh pelawak2 favorite korang mcm Spontan, Oh Yeah, drama2 dan lain2. Boleh je nak tgk kat Youtube, cuma kalau masa ML korang bagi sokongan kepada mereka dengan mengundi, lepas habis ML korang boleh terus memberi sokongan dgn terus melanggan Astro Mustika dan tengok rancangan2 diorang. At least bila ramai yg subscribe, Astro akan membuat lebih byk rancangan2 lawak dibintangi oleh pelawak2 kegemaran korang tu. Dan cadangan aku utk pihak Astro kalau ada yg baca lah... aku harap korang boleh kumpulkan balik kesemua finalist ML ni dan buat satu rancangan komedi pentas macam Senario dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu... buat la dalam 12 episod ke... at least semua peminat ML boleh melepaskan kerinduan mereka pada lawak2 finalist ML.

* UPDATED 26 Jun 2011: Sumber daripada Twitter Ahmad Idham sendiri, setelah beliau didesak oleh ramai peminat ML dan Jozan, akhirnya beliau bersetuju untuk membuat filem Mael Lambung VS Ah Chai The Movie... penggambarana start September ini. Waahh ni adalah kezutan dan berita baik buat semua peminat ML dan Jozan sendiri amnya... Jozan sebagai watak utama, finalist lain mesti ada berlakon gak sebagai pembantu atau cameo. Murah rezeki Jozan... Terima kasih abang Ahmad Idham. You best brooo! Cuma satu je la... kalau boleh abang Ahmad Idham direct sendiri ye... jangan suruh Farid Kamil direct nanti jadik tak best pulak mcm citer Kongsi... Sorry Farid Kamil huhuhu.

* UPDATED 26 Jun 2011: Sumber dari fan page official Ustazah Bahyah, ramai yang meminta pendapat adakah Ustazah berkecil hati dengan kumpulan Sepah yang meniru gayanya. Postnya yang terakhir beliau memberi pesanan untuk kita perlu bersangka baik sesama insan dan jauhi sangka buruk. Aku percaya kumpulan Sepah takde pun nak berniat2 apa just untuk hiburan semata2 dan Ustazah Bahyah pun faham... Kalau tgk dari sudut positifnya, Ustazah Bahyah semakin terkenal dan tetiba semakin ramai orang yg Like fan page beliau, pada waktu blog ini ditulis ada lebih 600,000, malah anak2 muda yang sebelum ni tak kenal rancangan Semanis Kurma pun dah semakin ramai yang menontonnya. Terima kasih kepada Ustazah Bahyah dan juga kumpulan Sepah yang secara tidak langsung berdakwah melalui saluran jenaka.

So dengan berakhirnya pentas final Maharaja Lawak, maka berakhirlah ulasan aku untuk program realiti TV yang berprestij tinggi ini. Sebelum aku ingin mengundur diri, aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang 13 minggu aku membuat ulasan ML ni ada yang membuatkan orang tidak puas hati, mengguris perasaan dan mengganggu emosi pembaca. Aku hanya insan biasa yg punya seribu satu kelemahan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri sebagai seorang hambaNya di dunia ini. Sehingga bertemu lagi... Kalau ada masa rajin2 la singgah ke blog ini lagi ye... baca jelah apa2 yg aku tulis atau share kat sini... Akhir kata... Peace Yawwrrr!

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom

Jumaat, 17 Jun 2011

Ulasan / Review Maharaja Lawak 2011 - Minggu 12

Maharaja Lawak malam ni merupakan penentuan bagi 5 peserta sebelum ke final minggu depan. Dijangkakan satu peserta akan keluar malam ni dan 4 yang lain akan pergi ke final. Dijangkakan juga jika ada penyingkiran malam ni, R2 berkemungkinan besar akan meninggalkan pentas Maharaja Lawak dan kesemua big 4 iaitu Jozan, Jambu, Sepah dan Nabil akan ke final. Kalau nak diikutkan kesmua big 4 memang sangat layak untuk ke final dan kalau semua dapat pergi ke final, ia merupakan rancangan Maharaja Lawak/Raja Lawak yang paling best sepanjang ia diadakan selama 5 tahun ni.


Hari ni dalam siri Jelajah Maharaja Lawak yang terakhir akan diadakan di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru. Mengikut pengumuman daripada Astro, pas masuk percuma telah habis diberikan. Stadium memang sesak gila, berebut2 orang nak dapatkan pas. Asalnya sorang leh amik 2, last2 sorang leh amik 1 je... Tak sangka populariti Mahajara Lawak ni memang melampau2. Harap orang2 JB semuanya sporting2 belaka cam kat Kuantan jugak yang sporting dan support semua peserta ML. Gambar diambil daripada fan page official Maharaja Lawak.


Dalam ulasan aku minggu lepas sedikit sebanyak telah menimbulkan kontroversi sampaikan lebih 80 komen. Sebab apa, boleh tengok balik ulasan saya minggu lepas tu, saya malas nak ulas balik kat sini. Ada yg sokong, ada yg setuju, ada yang tak puas hati, ada yg memaki2 hamun... Takpe itu semua lumrah dunia, saya terima je dengan hati yang terbuka. Dekat fan page ML pulak kalau dulu fan Jozan VS Jambu, sekarang ni dah jadik perang fan Jozan VS Sepah sebab kedua peserta ini menunjukkan persembahan yang baik minggu akhir2 ni berbanding Jambu dan Nabil.

Dan ditengah2 kemeriahan Maharaja Lawak ni, timbul spekulasi yang menyatakan berkemungkinan hadiah bagi juara dinaikkan daripada RM300,000 ke RM400,000. Adakah ini bermaksud akan hadiah ke-4 di mana hadiah kedua dinaikkan ke RM300,000, ketiga RM200,000 dan ke-4 RM100,000? Kalau betul terima kasih pihak Astro sebab bagi saya kesemua big 4 layak untuk mendapat hadiah, rasa tak best pulak kalau ada sorang yg tak dapat hadiah. Lagipun untuk ML ni aja mesti Astro dah kaut untung banyak punya, dengan langganan pakej Mustika untuk tengok ML, dengan undian yang diorang dapat sejak minggu pertama. Ni dah minggu ke-12, yang pasti jumlah undian keseluruhan yg diorang dapat sepanjang ML mesti lebih daripada AF9 ataupun masa zaman Mawi AF3 dulu.

So untuk minggu ni saya akan cuba menilai persembahan peserta dengan adil dan saksama tanpa bias kepada mana2 peserta. Saya hanya akan menilai peserta dan membuat beberapa rumusan dan analisa sebelum kita pergi ke final minggu depan. Tapi saya tidak akan sama sekali mempengaruhi anda pembaca yg budiman semua untuk undi mana2 peserta. Korang semua teruskan undi dan menyokong peserta pilihan anda, sbb bagi saya keempat2 peserta deserve to win. Namun saya sebagai manusia biasa hendak membuat pengakuan yang walaupun saya suka kesemua big 4, namun ada satu peserta yang saya paling suka dan kalau boleh saya nak peserta tersebut menjadi Juara Maharaja Lawak yang julung2 kali diadakan ni... namun saya tak boleh bagitau sekarang siapa sbb nanti orang cakap saya bias pulak :). Saya akan bagitau dalam ulasan minggu final nanti selepas kita semua dah tahu siapa yang akan ditabalkan sebagai Juara.

Apa2pun sambil2 menunggu Maharaja Lawak malam ni, jom kita imbas kembali persembahan kesemua big 4 semasa zaman kegemilangan mereka di Raja Lawak. 

1. Kumpulan YoYo a.k.a Jozan (5 tahun lepas di Raja Lawak Musim 1)


Pertama kali Johan dan Zizan digabungkan dalam Raja Lawak musim 1, tak ingat minggu keberapa untuk buat sketsa secara berkumpulan. Saya ambil persembahan ini sbb ini satu2nya persembahan mereka secara berkumpulan dalam Raja Lawak. Masa tu nama kumpulan bukan Jozan cam sekarang tapi YoYo. Walaupun baru pertama kali digandingkan tapi nampak mmg sangat serasi. Corak persembahan tak banyak berubah dari dulu sampai sekarang, cuma rambut, badan dah naik sikit tu je kot. Kalau diorang buat lawak ni masa Maharaja Lawak pun konfirm orang gelak jugak.

2. Kumpulan JoPer a.k.a Jambu (5 tahun lepas di Raja Lawak Musim 1)


Yus dan Tauke pertama kali digandingkan dengan nama JoPer (Johor dan Perlis). Takde orang upload video persembahan ni kat Youtube, nasib ada orang upload kat Metacafe. Merupakan trademark mereka yang pertama iaitu Jinkaliwa Jinkalak yang sampai sekarang masih orang ingat. Seperti Jozan, mereka juga serasi dan ada chemistry walaupun digandingkan pertama kali. Mungkin sbb seperti Johan dan Zizan yang umur mereka berdekatan, faktor yang sama juga bagi Yus dan Tauke yang menyebabkan diorang boleh serasi dan lawak mereka mempunyai genre yang sama.

3. Ahmad Nabil Ahmad (4 tahun lepas - persembahan kedua di Final Raja Lawak Musim 2)

 

Nabil masa zaman2 Raja Lawak dulu mmg nampak innocent. Siapa sangka nasib seorang Mat Despatch boleh berubah menjadi juara Raja Lawak. Persembahan kedua Nabil waktu final Raja Lawak 2 memang kelakar, dia cerita pasal waktu zaman kecik2 dan berangan bila dah besar nak jadik apa. Persembahan pertama dia yang jadik Drakula pun best, tapi aku choose persembahan ni utk dipertontonkan sebab persembahan dia yang ni mirip kepada persembahan dia yang lain2, bercerita pasal diri sendiri, mat despatch, dan lain2. Aku tak tau mungkin aku sorang je tapi aku lagi suka kalau Nabil yang sekarang buat lawak macam dulu2 balik, lebih down to earth, cerita pasal diri sendiri, kerja dia, pasal awek, kenangan waktu budak2.

 4. Kumpulan Sepah (3 tahun lepas - persembahan kedua di Final Raja Lawak Musim 3 ) 


Ni merupakan persembahan kedua kumpulan Sepah waktu final Raja Lawak 3. Aku pilih persembahan yang ni sbb dia mirip dengan kebanyakan persembahan dia dulu dan sekarang yang lebih berbentuk kemelayuan. Persembahan ni bagi aku mmg lengkap, dengan joke sinis yg penuh dengan nilai moral, ditambah dengan persembahan muzikal yang menghiburkan, lawak yg dalam masa yg sama boleh buatkan orang insaf, ditambah dengan kostum dan prop membantu sketsa. Kalau persembahan ni ada kat Maharaja Lawak mesti aku dah bagi rating ROTFLMAO+ sbb memang lengkap.


Semua 4 peserta ni hebat2kan dan masing2 berada dalam kelas yang tersendiri. Dan kalau tengok walaupun ada peningkatan dari segi showmanship, idea, bahan dan isi kandungan namun corak persembahan mereka tak banyak berubah dengan genre lawak yang masih lagi sama, Jambu dengan lawak2 gaya, mimik muka dan kostum, Jozan dengan lawak spontan, bersahaja, Sepah dengan lawak kemelayuan dan Nabil dengan lawak bercerita dan stand up comedian. Setiap peserta mempunyai kekuatan pada genre masing2.

So korang macamana? Dah tengok semua persembahan lama diorang kat atas? Sekarang aku nak buat satu SIMULASI FINAL MAHARAJA LAWAK. Dengan tidak mengambil kira populariti ataupun persembahan minggu2 lain, katakan persembahan final ML nanti adalah seperti 4 video kat atas tu, siapakah yang korang rasa yang paling LAYAK menjadi Juara? Sila nyatakan peserta mana dan nyatakan sebab apa anda rasa perserta tersebut paling layak menjadi juara di kotak kat bawah...

Malam ni merupakan malam yang sangat kritikal, persembahan malam ni akan menentukan siapa yang masuk final nanti. Kalau 4 orang OKlah dah confirm big 4 semua masuk, tapi kalau katakan 3 orang je masuk 2 orang tersingkir, nampaknya salah seorang daripada big 4 akan terkeluar. Tak dapat aku bayangkan persembahan Maharaja Lawak tanpa salah seorang daripada Jozan, Jambu, Sepah atau Nabil.

What The Fish??? 2 penyingkiran??? Damn... jangan buat lawak Astro... aku nak semua big 4 masuk final! Kedudukan terkini sebelum persembahan bermula:
1. Jozan - 32%
2. Nabil - 23%
3. Sepah - 22%
4. Jambu - 19%
5. R2 - 4%
Minggu ni ada 2 pusingan mcm minggu lepas, pusingan pertama tema bebas dan pusingan kedua tema bergandingan dengan pelawak undangan.

Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

PUSINGAN PERTAMA

1. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Nampaknya Sepah buat lawak makanan diorang iaitu yang berbentuk kemelayuan lagi. Topik sketsa mereka kali ni adalah pasal khatan ataupun sunat. Jepp jadik bapak, Mamat jadik mak, Shuib jadik cucunya Boboy yg kena sunat. Secara overall memang lawak, ada banyak punchline yang menarik mcm ulat bulu masak asam pedas, Dafi puasa tak? Cuma aku ada rasa kurang selesa sikit sbb masih ada selit lawak2 yg menggelikan mcm korek idung masuk mulut, bau lagi daging dia, ada kulit dan juga ada part yg bagi aku mcm sensitif sikit bab Accapan, Sathiya dan Ali Mamak tu. Masa tgk tu rasa mcm lain mcm sikit tapi bila rupa2nya Ali Mamak ada kat situ masa persembahan kedua R2, aku rasa OK sbb mungkin dia dah cakap kat Ali Mamak backstage nak bahan dia. Tapi apa2pun hope semua just take it as hiburan sahaja ye. Pembukaan gelanggang Maharaja Lawak yang sangat best.

2. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Aku rasa Nabil sangat best malam ni. Satu lagi kekuatan dan kelebihan Nabil sejak Raja Lawak dulu adalah berlakon sketsa sebagai jurujual. Kali ni buat sketsa penjual CD/VCD cetak rompak tak berapa halal. Spiderman minggu lepas pun nak ikut lagi hehehe at least Nabil ada peneman. Lawak betul tajuk2 VCD haram dia, citer action Mail Lambung Kene Lambung, Hantu Mak Limah Balik Rumah Man Laksa di Kala Bulan Mengambang, cerita paling sedih kalau sensitif kena standby Sensodyne (haha takde orang gelak tapi aku rasa lawak gila sbb Sensodyne tu utk gigi sensitif), nak nangis kene guna gebor, tajuk citer Jablai - Jarang Dibelai. Ending dia mmg superb, boleh convert gerai VCD cetak rompak jadik gerai Otak2 Kempis, mmg kreatif. Apa2pun orang JB mmg sangat sporting... This is best bro.

3. R2 (Laugh-O-Meter: LMAO)
Buat sketsa pasal 2 orang kawan tengah memancing. Bagi tips cara memancing,citer pasal masalah dengan bini, kalau tak dapat ikan beli je kat pasar, tapi dibelinya ikan masin, kenapa tak beli je keropok ikan. Banyak lagi punchline2 lain yang menarik macam seminggu sekali je keluar, hari Rabu dengan Khamis, atuk dengan nenek Rahim kongsi gigi palsu. R2 tak mengecewakan minggu ni.

4. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Ingat lagi dengan watak Ah Chai yg selalu dilakon oleh Johan? Kali ni Ah Chai pulak jadik gangster macam Mael Lambung. Jozan membawa sketsa pasal seorang DJ Radio Erabersinar FM rentak suka hati anda, Mohd Fadzli Mohd Yusof yang tengah on air lepas tu dikacau oleh Ah Chai gangster mintak hutang, pakai baju Pink lak tu mcm kumpulan Jambu dah hehehe... Banyak punchline yg sangat lawak mcm hoi Fadzli Zainal, Yusof ke Zainal takde pedulii... Aku pedulii apenyee... utang bayar laa lari2 la, yong tau fuuu... Itu dia lagu terbaru dari Nasir Bilal Khan (bila masa dia menyanyi pulak hahaha). Yang bestnya Ah Chai leh jadik David Teoh... bukan janda tapi dara... bukan janji pastinya adoi... Citer Kongsi bukan citer gaduh punya, tajuk asalnya Gong Xi Fa Chai... cerita cinta tak yah hero2 punya, Cintai Sungai Kita.

5. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Lawak rancangan bual bicara bermula dari sekarang. Persembahan yang lepas2 ni semua sama je pasal rancangan bual bicara. Lawak bual bicara juga merupakan makanan kumpulan Jambu jugak yang mana sebelum ni dah 2 kali buat lawak rancangan Ape Pun Tak Boleh. Kali ni rancangan kuiz yang paling merepek iaitu Kau Salah, Kau Menang. Tauke mcm biasa sebagai hos rancangan dan Yus memegang dua watak peserta kuiz iaitu Mail Lompat dan Cobra. Yang lawaknya tagline Mail Lompat tunggu kejap la, Cobra pulak walaupun muka ganas tetiba pulak jadi sensitif. Tagline dia kau jgn nak kurang ajar dengan aku hahahaha. Segmen kuiz pertama ntah dari filem hindustan mana ntah tapi jawapannya KL Gangster. Hadiah2 dia lagi la lawak, tempat pertaman tiket penerbangan pergi tak balik2 ke pulau pandan jauh ketengah, gunung daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik apa pun tak boleh. Rasa ada hadiah kedua kalau tak silap ikan kekek mak iloi2 tapi sound tetiba jadik slow.


PUSINGAN KEDUA

1. Sepah feat Yasin (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Jeng jeng jeng kali ni kumpulan Sepah buat pasal rancangan forum bual bicara yg bertajuk Manisnya Kurma Ini yg dihoskan oleh suami isteri, Shuib dan Jepp. Rancangan ni diadaptasi daripada rancangan Semanis Kurma di TV9 yang dihoskan oleh pasangan suami isteri Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah. Tajuk forum adalah Hari Bapa, siap ada pantun anak kuda panjat pokok kelapa, hari ini kita cerita pasal Hari Bapa. Siap ada trademark baik punyer... Jepp cakap banyak siap semput lagi, kan abg dah cakap kalau nak cakap jangan senafas... Hai sempuuutt... Tetamu jemputan merupakan anak yang soleh iaitu Mamat dan bapaknya yang dah nak mati iaitu Yasin. Pakcik taknak datang dia yang bawak. Mamat pulak tak nak pergi belajar kat luar negara sebab kelas yg ditawarkan ada kat sini, kelas memandu. Secara keseluruhan mmg sangat lawak, cuma harap2 Ustaz Bahyah atau peminatnya jgn la amik hati ye... semua just utk hiburan je.

2. Nabil feat Bob Kuman (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Untuk persembahan kedua oleh Nabil ni masih lagi rancangan bual bicara iaitu Sihat Tak Saya. Siap ada sound track Black Eyed Peas - Dirty Bit. Nabil sebagai hos rancangan pakai siap pakai kostume orang gemuk dengan Bob Kuman sebagai selebriti jemputan. Tang Nabil duduk siap tergolek kerusi tu memang lawak. Bob nak duduk tak dibaginya, tak payah duduk lah saya tau mmg tak muat hehehe. Nak mengacara pun mengah je, malas je. Dengan tips jaga pemakanan kena cukup, vitamin, multi vitamin (mati dah vitamin tu), dedak, selipar getah. Last2 tu Nabil siap bukak baju seluar sampai tertanggal cawat, kalau badan betul dah bogel dah tu. Dan sukan olahraga yang Bob pegang rekod tu rupanya2 sukan Hula Hoop, kalau mcm ni 3 tahun pun tak jatuh. Memang terbaik Nabil dengan Bob.

3. R2 feat Ali Mamak (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Aaaa ni pun berkenaan rancangan iaitu forum perdebatan yang bertemakan peranan bapa lagi penting dalam rumahtangga, saya bangkang, belum lagi hehehe. Masa Ali Mamak masuk kena hey tambi. Lepas tu kena lagi pembangkang di sebelah kiri saya dari Bangla. Kumpulan R2 kali ni menggunakan sepenuhnya 'kelebihan' pada Ali Mamak utk dijadikan bahan dalam membantu persembahan mereka. Lopez sebagai pengacara dan Rahim sebagai pencadang. Ali Mamak tak habis2 nak bangkang belum sampai turn pun. Masa Rahim cakap Tuan Pengerusi Majlis yang bijaksana, Lopez jawab mana aku tahu, rasanya dia tersalah cakap, yg betulnya mana ko tahu? Tapi mmg Ali Mamak byk kena bahan, pembangkang yang mendung, pantun hitam-hitam, hilang gelap, awak kalau nak menang jgn usik hal peribadi. Punchline lain yang lawak, saya mencadang untuk membangkang, bapak negara takde, bapak takkan takde, ada time bergaduh je, kepala bapak kau hahahahaha. Ali Mamak mmg sportinglah.

4. Jozan feat Linda Onn (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Rancangan bual bicara lagi, kali ni rancangan budak2 mcm Tom Tom Bak iaitu Ong Ong Bak... Zizan dan Johan jadik peserta kanak2 adik Qusairy dan Huzaimy manakala Linda Onn jadik pengacara. Segmen pertama apa maksud bagai itik pulang petang, sekali Johan buat suara Donald Duck mmg kelakar gila. Zizan pulak buat bunyik anjing sbb rumah dia ada anjing je takde itik. Soalan kedua apa makna kaki ayam, Johan tak suka kaki ayam, kita suka nasi ayam. Zizan pulak kaki ayam bukan ayah kita, ayah kita kaki perempuan. Mamat Khalid pun terlibat jadik ayah Johan. Zizan siap nak peluk Linda Onn sedih mak dah takde, sekali Johan nyampuk ini berlakon kalau betul2 aku pun nak. Seterusnya segmen bunyi, Johan buat bunyi katak sbb kucing dia makan katak, bunyi ular Zizan buat bunyi anjing lagi sbb rumah dia ada anjing je. Tapi yg best 1Malaysia dah tau kak linda dah putus dgn Fahrin hehehe... Chemistry antara Linda Onn dengan Jozan mmg best.

5. Jambu feat Acong Sweetchild (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Alamak... masih lagi rancangan bual bicara, tapi utk Jambu ni kali kedua sbb persembahan pertama dia pun rancangan bual bicara jugak. Sekali lagi bergandingan dengan Acong Sweetchild, kali ni diorang buat rancangan Benda Boleh Setel, sebuah rancangan pasal mistik dan hantu2. Acong sebagai Cikgu Hashim datang nak mintak tolong buang saka dia iaitu Yus yang baru 7 jam mendamping dia. Saya bau halwa lah tetiba je hahahaha. Dahla saka berkemban. Part yang Tauke kena angkat n kena campak ngan saka Yus pun lawak. Kalau nak ikutkan kira kreatif lawak diorang, siap saka tu halimunan pada si Tauke. Last sekali Acong tipu Tauke pakaikan gelang dan suruh terima saka dari dia hehehehe.

Peserta terkeluar minggu ke-12: R2
Peserta yang pergi ke Final: Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu (Imuniti Juri)

Kesimpulan:

Bagi aku minggu ni paling puas hati selepas minggu lepas average rating utk persembahan kesemua peserta adalah ROTFLMAO. Cuma tak tau kenapa minggu ni byk peserta guna idea rancangan bual bicara, mungkin sebab bila jadi pengacara paling jalan paling senang nak buat lawak. Semua big 4 termasuk R2 dah buat persembahan yang sangat terbaik, sesuai dengan minggu kritikal sebelum final, cuma malangnya R2 tersungkur. Jambu pun ikutkan terkeluar juga, tapi biasalah Astro kan penuh dengan drama dan kejutan, juri gunakan imuniti pada Jambu untuk melayakkan diri ke Final minggu depan di Stadium Melawati, Shah Alam.

So siapakah yang paling layak untuk menjadi juara Maharaja Lawak? Seperti yang aku cakap kat atas, aku tak nak pengaruh sape2 utk undi sape2, tapi aku akan buat beberapa analisa dan statistik persembahan semua big 4. Table kat bawah ni menunjukkan taburan rating aku untuk setiap persembahan bermula dari minggu pertama. Kalau tengok last persembahan semua peserta bagi aku adalah sangat memberangsangkan.


Minggu
Peserta
Jozan
Jambu
Sepah
Nabil
1
LMAO
ROTFLMAO
LMAO
ROTFLMAO
2
ROTFLMAO
LMAO
ROTFLMAO
ROTFLMAO
3
ROTFLMAO
LOL
LMAO
ROTFLMAO
4
LOL
ROTFLMAO
ROTFLMAO
ROTFLMAO
5
ROTFLMAO
ROTFLMAO
ROTFLMAO
LMAO
6
LOL
ROTFLMAO
LMAO
LMAO
7
LMAO
ROTFLMAO
LMAO
LOL
8
ROTFLMAO
LMAO
ROTFLMAO
LOL
9
ROTFLMAO
ROTFLMAO
LMAO
LOL
10
LOL
LOL
ROTFLMAO
HAHA
11 - 1
ROTFLMAO
LMAO
ROTFLMAO
ROTFLMAO
11 - 2
ROTFLMAO
LMAO
ROTFLMAO
LMAO
12 - 1
ROTFLMAO
ROTFLMAO
ROTFLMAO
ROTFLMAO
12 - 2
ROTFLMAO
ROTFLMAO
ROTFLMAO
ROTFLMAO

Jadual berikut pula merupakan taburan jumlah terkumpul rating yang diperolehi oleh setiap peserta. Dengan mengira rating ROTFLMAO+ yang pernah Jozan dapat sebagai ROTFLMAO, pesertas yang paling terbanyak persembahan yang terbaik adalah Jozan dan Sepah sebanyak 9, diikuti dengan Jambu 8 dan Nabil 7. Sepah pula masih mengekalkan peserta yang paling konsisten dengan hanya ada rating LMAO dan ROTFLMAO.


Peserta
Rating
Jumlah Minggu
HEH
HEHE
HAHA
LOL
LMAO
ROTFLMAO
Jozan
0
0
0
3
2
9
12
Jambu
0
0
0
2
4
8
12
Sepah
0
0
0
0
5
9
12
Nabil
0
0
1
3
3
7
12
 

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni untuk PUSINGAN 1:

1. Jozan - ROTFLMAO
2. Nabil - ROTFLMAO
3. Sepah - ROTFLMAO
4. Jambu - ROTFLMAO
5. R2 - LMAO

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni untuk PUSINGAN 2:

1. Sepah - ROTFLMAO
2. Jozan - ROTFLMAO
3. Nabil - ROTFLMAO
4. Jambu - ROTFLMAO
5. R2 - ROTFLMAO

Jadual kat bawah pula merupakan ranking yang aku bagi kat peserta untuk setiap minggu. Berdasarkan statistik ranking aku tu, Nabil bermula dengan baik namun tengah2 menurun dan naik semula. Jozan pula bermula dengan biasa2 je tapi semakin lama semakin naik. Sepah mcm biasa sangat konsisten dan ada kalanya naik tempat teratas. Jambu pula bermula biasa2 jugak, kat tengah2 menjadi sangat meletop namun akhir2 menurun balik.


Minggu
Peserta
Jozan
Jambu
Sepah
Nabil
1
4
2
3
1
2
1
4
3
2
3
2
7
3
1
4
5
1
3
2
5
1
3
2
4
6
5
1
2
3
7
4
1
3
5
8
2
4
1
5
9
2
1
3
4
10
3
2
1
4
11 - 1
1
4
3
2
11 - 2
1
4
2
3
12 - 1
1
4
3
2
12 - 2
2
4
1
3

So secara keseluruhan, seperti jadual kat bawah kalau tengok dari segi ranking pula, Jozan dah 5 kali menggungguli tempat pertama, Jambu 4 kali, Sepah 3 kali dan Nabil 2 kali. Namun Sepah tak pernah dapat ranking bawah dari tempat 3. Jozan, Jambu dan Nabil masing2 pernah duduk bawah dari no. 5.


Peserta
Ranking
Jumlah Minggu
< 5
4
3
2
1
Jozan
2
2
1
4
5
12
Jambu
1
6
1
2
4
12
Sepah
0
0
8
3
3
12
Nabil
2
3
3
4
2
12

Dan berikut adalah persembahan yang aku rasakan terbaik antara yang terbaik untuk setiap peserta bagi keseluruhan minggu:
  • Jozan - Minggu 11 Pusingan 1 (Zamri Rockers tengah layan TV baru)
  • Jambu - Minggu 9 (Orang asli Amazon datang rancangan temubual Apa Pun Takbleh feat Acong Sweetchild) 
  • Sepah - Minggu 8 (3 makcik kat majlis rewang terpotong kaki)
  • Nabil - Minggu 3 (Muzikal komedi piano lalat bos jahat, bos jahat)
Berdasarkan kesemua analisa dan statistik yang telah diberikan ini, siapakah yang anda akan sokong dan merasakan paling layak untuk menjadi Juara? Walaupun kebiasannya persembahan sebelum2 tidak byk membantu undian pada final kerana persembahan final lah yg biasanya akan menjadi kayu ukuran utama menentukan siapakah juara, namun at least sedikit sebanyak kenangan dan prestasi persembahan2 terdahulu dapat membantu peminat Maharaja Lawak membuat keputusan siapakah yang mereka hendak undi. Aku? Seperti yg aku bagitau kat atas, aku akan bagitau peserta favorite no. 1 aku minggu depan selepas tamat final Maharaja Lawak, tapi aku ada letak hint tersembunyi dalam ulasan aku minggu ni. Kalau rajin cuba la cari dan decode :).

So harapan aku, semoga yang terbaik akan menang, dan yang kalah pula bukannya tak bagus, cuma takde rezeki dan mungkin ada orang lain yang lebih bagus dari kita. Kalah menang semua adat pertandingan, yang penting kita buat yang terbaik untuk memberikan persembahan yang terbaik. Last sekali sedikit panduan untuk mengundi:
  • Undilah Jozan sekiranya anda minat pada populariti mereka dan suka lawak2 bebentuk slapstik, spontan, pengacaraan dan mimic (ajuk gaya orang lain). Contoh pelawak yang bergenre hampir sama - Saiful Apek, Salleh Yaacob.
  • Undilah Jambu sekiranya anda minat pada lawak2 yg lebih dewasa, ganas, psiko, silent comedy, berkostum dan internationale. Contoh pelawak yang bergenre hampir sama - Mr. Bean, Allahyarham Din Beramboi. 
  • Undilah Sepah sekiranya anda minat pada lawak2 melayu yang penuh dengan unsur2 moral, budaya, adat, byk dialog dan sarat dengan penceritaan. Contoh pelawak yang bergenre hampir sama - Kumpulan Senario, Pi Mai Pi Mai Tang Tu. 
  • Undilah Nabil sekiranya anda minat pada stand up comedy yg penuh dgn idea kreatif, menguji akal, story telling dan byk interaksi dengan penonton. Contoh pelawak yang bergenre hampir sama - Harith Iskander, Afdlin Shauki.


***** UPDATED 19 Jun 2011 ******

Aku ni boleh dikira sebagai seorang yang mempunyai tahap humor yang tinggi. Aku boleh gelak kat apa jenis lawak pun, lawak bodoh ke, lawak merepek ke, lawak merapu ke, lawak Amir sekalipun aku boleh gelak. Tapi aku tengok kat komen banyak orang kutuk2 peserta A, tak suka peserta B, suka peserta C,  menyampah kat peserta D. Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini adalah unik, takde seorang pun yang betul2 sama semua sikap dan sifatnya. Ada yang suka makan ayam tak suka ikan, ada yang tak suka ayam tapi suka ikan, ada juga yang suka ayam dan ikan.

Begitu juga dengan lawak... Lawak ni sangat subjektif, bergantung kepada siapa yang dengar lawak tu dan penerimaan otak mereka memproses lawak tu. Ada yang boleh gelak guling2 pada suatu lawak dan dalam waktu yang sama ada juga yang berkerut dahi sambil berfikir "Apa yang lawak sangat aku pun tak tahu". Sebab lawak ni pun banyak jenis dan bidang, dan mungkin ada yang suka lawak jenis A tak suka lawak jenis B, ada yang boleh terima lawak C tak leh terima lawak D. Jadual kat bawah adalah jenis/bidang lawak yang aku cari kat Internet yang dah rumuskan dan sesuaikan dengan persekitaran masyarakat dan negara kita serta kepakaran peserta2 big 4 dalam bidang masing2:


Jenis Komedi
Penerangan
Jozan
Jambu
Sepah
Nabil
Komedi Bisu
Komedi yang tidak menggunakan suara atau dialog, hanya bergantung kepada gerakan dan bahasa badan serta bantuan muzik latar dan bunyi efek
O
O
O

Komedi Deadpan
Komedi yang dilakukan dengan selamba tanpa mimik muka dan sebarang perasaan yang menunjukkan kelucuan

O


Komedi Fizikal
Komedi yang menggunakan gerakan, bahasa badan dan fizikal manusia dan menjadikan ia lucu
O
O


Komedi Gelap/Hitam
Komedi yang menyentuh hal2 yang gelap seperti kematian, mayat, keganasan, seram dan lain-lain

O
O

Komedi Intelektual
Komedi yang isi kandungan dan bahannya intelektual dan kadangkala sukar difahami dan memerlukan orang berfikir untuk memahaminya



O
Komedi Karakter
Komedi yang memerlukan pelawak memain atau melakonkan sebuah karakter ciptaan mereka
O
O
O
O
Komedi Lucah
Komedi yang bersifat double meaning atau lucah samada dari segi percakapan atau gaya fizikal
O
O
O

Komedi Mengajuk/Tiru Gaya
Komedi yang memerlukan pelawak mengajuk atau meniru gaya orang lain dan menjadikannya lucu
O
O
O

Komedi Mengejek
Komedi yang menjadikan sifat dan kelemahan orang lain atau diri sendiri sebagai bahan lucu
O

O
O
Komedi Musikal
Komedi yang menggunakan muzik samada dengan menggubah lirik atau lagu itu sendiri dan menjadikannya lucu
O

O
O
Komedi Pemerhatian
Komedi yang menjadikan kebiasaan masyarakat atau keadaan yang berlaku dalam kehidupan seharian sebagai bahan lucu
O

O
O
Komedi Permainan Ayat/Perkataan
Komedi yang menggabungkan 2 atau lebih perkataan atau menggunakan pantun, peribahasa dan simpulan bahasa
O

O
O
Komedi Prop/Kostum
Komedi yang memerlukan pelawak bermain prop, objek dan kostum dan menjadikan ia lucu
O
O
O
O
Komedi Romantis
Komedi yang mempunyai unsur-unsur romantis dan percintaan tanpa melibatkan unsur lucah
O
O
O
O
Komedi Sitcom
Komedi yang berbentuk drama yang kebiasaannya lebih panjang daripada sketsa dan mempunyai jalan cerita dan karakter dalam sebuah persekitaran


O

Komedi Sketsa
Komedi yang dilakonkan dalam bentuk sketsa pendek yang hanya lebih tertumpu kepada bahan lucu dan kurang jalan cerita
O
O
O
O
Komedi Slang/Dialek
Komedi yang menggunakan bahasa slang tertentu dan dialek negeri/bangsa tertentu
O


O
Komedi Slapstik
Komedi yang menggunakan kelemahan dan kebodohan diri pelawak, biasanya dilakukan dengan gaya dan aksi badan yang pelik
O



Komedi Spontan
Komedi yang pelawaknya beraksi dan berdialog secara spontan tanpa sebarang perancangan, kebiasaannya dalam pengacaraan
O
O


Komedi Spoof/Parody
Komedi yang dilakukan dengan melakonkan semula babak atau adegan daripada filem, drama atau situasi yang lain dan menjadikannya satu kelucuan
O

O
O
Komedi Stand Up
Komedi yang memerlukan pelawaknya berdiri di depan penonton dan menghiburkan mereka dengan jenaka dan cerita lucu



O
Komedi Topik/Satira
Komedi yang bersandarkan kepada suatu topik dan isu-isu semasa dan penuh dengan satira (sindiran dan sinis)
O

O
O

Peserta yang ditanda dengan O adalah bagus dalam bidang komedi yang dinyatakan manakala yang tiada tanda O bukannya tidak bagus tetapi kurang bagus dan tidak sesuai dengan bidang komedi tersebut. Jadual ini dibuat berdasarkan pemerhatian dan pandangan aku sepanjang Maharaja Lawak, Raja Lawak dan karier mereka, kalau ada sebarang kesilapan, pembaca nak tambah atau bagi pandangan sila isi kotak komen kat bawah tu dan sertakan sumber rujukan. Rata2 banyak bidang lawak yang lebih dari seorang peserta pakar dalam bidang tersebut, tetapi terdapat beberapa bidang yang unik kepada seorang peserta sahaja di mana kepakaran bidang tersebut hanya ada pada 1 peserta iaitu:
  • Jozan - Komedi Spontan
  • Jambu - Komedi Deadpan 
  • Sepah - Komedi Sitcom
  • Nabil - Komedi Stand Up & Intelektual
Bayangkan kumpulan Jambu buat stand up comedy berdiri sambil bercerita jenaka, Nabil buat drama sitcom sorang2 atas pentas, Sepah buat lawak slapstik berjalan itik quack2 dan menari robot, Jozan buat lawak dengan muka kayu... Mesti kurang menjadikan. Tiada orang yang perfect, setiap peserta pun ada kelebihan dan kekurangan masing2. Sebab tu aku tak pernah mengutuk mana2 peserta dalam ML even Amir sekalipun, sebab aku tau bukan senang nak buat lawak atas pentas dengan beribu2 mata orang tengah perhatikan gelagat kita, keberanian diorag mmg aku sangat respect walaupun kadangkala lawak kurang menjadi. Aku yang nak berucap depan 5 6 orang pun gugup dan gemuruh, nak angkat tangan tanya soalan dalam seminar pun dah menggigil tangan. So kepada yang suka kutuk2 peserta tu, korang hanya layak mengutuk kalau korang berdiri sebaris dan sama tinggi ngan diorang. Tapi kalau nak kritik tu bolehlah...

So sekian sahaja buat minggu ni. Kita jumpa lagi minggu depan untuk ulasan terakhir aku untuk Maharaja Lawak. Sedihnya huhuhuhu... Tak taulah lepas ni blog aku akan meriah lagi tak macam sekarang. Sila tinggalkan komen, pendapat, teguran, kutukan dan apa sahaja di kotak kat bawah ye :). Terima kasih dan SaYoNaRa!

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...