Jumaat, 10 Jun 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 11

Untuk minggu ni Maharaja Lawak masih dalam Siri Jelajah Maharaja Lawak dan untuk minggu ke-11 ni bersiaran secara langsung dari Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Peserta masih lagi 5 sebab minggu lepas tiada penyingkiran. Tema minggu ni apa yek? Bebas lagi ke... Yelah kot. Fan page Maharaja Lawak kat Facebook masih lagi panas, dengan Adminnya yang suka sangat block2 orang. Antara yang aku kenal Ahmad Haziq, Firdaus Baharuddin dan lain2 yg selalu men'ceria'kan page ML mcm Budak Baik dan ahli keluarganya, Amir Sharifuddin, Black Joke R, Amanda Qistina dan lain2. Nantilah tunggu panas sikit aku tambah lagi.
Ok so Maharaja Lawak pun dah start, so aku layan dulu lah yer... Mana2 yg masih takde pakej Astro Mustika tu tunggu la nanti aku update video ye. Expectation aku masih tak tinggi minggu ni, tapi aku masih percaya kalau semua tak jadik, Sepah masih ada sebagai penyelamat keadaan. Dan harap2 orang Kuantan sporting, tak macam audien kat Pulau Pinang minggu lepas.

Kedudukan peserta untuk undian SMS terkini masa Maharaja Lawak baru start:

1. Jozan - 33%
2. Sepah - 23%
3. Nabil - 20%
4. Jambu - 20% 
5. R2 - 4%

Big 4 masih lagi menguasai undian dengan Jozan, mcm biasa masih lagi mengungguli peratusan undian SMS. Jozan paling berpeluang tinggi menang ML sbb diorang ada fan base yg kuat iaitu Jozaners manakala peserta2 lain kebanyakannya mendapat undian daripada silent voters. Kalau ada penyingkiran minggu ni, yg paling berpeluang cerah untuk tersingkir adalah R2, tapi semua boleh berubah dengan undian voters dan juga markah daripada juri.

Untuk minggu ni tak lama 7 minit macam minggu lepas, kali ni 3 minit je tapi setiap peserta kena buat 2 persembahan, pusingan pertama bertema bebas manakala pusingan kedua adalah pusingan kejutan yang bertemakan peserta dikehendaki membuat persembahan dengan props yang diberikan.

Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

PUSINGAN PERTAMA 

1. Jambu (Laugh-O-Meter: LMAO)
Jambu buat sketsa pasal babak kat disko ladies night. Masih guna formula yang sama, takde jalan cerita, takde motif, kostum, lawak kasar, dan Yus pakai baju perempuan lagi. Tauke nak ngurat Yus tapi tak layan lepas tu kena belasah. Secara keseluruhan lawak tapi saya rasa sudah tiba saya mahukan sesuatu yang baru dari Yus dan Tauke.

2. R2 (Laugh-O-Meter: LOL)
Untuk persembahan pertama sketsa R2 buat pasal seorang pembeli iaitu Lopez nak beli buah dari seorang peniaga orang asli, Rahim. Ada dialog2 yang kelakar dan idea yg best. Tapi bagi aku quite sensitif sikit sbb mcm menunjukkan orang asli ni masih mcm dulu dan kurang cerdik, tapi bak kata Idham, just take positive dan sebagai hiburan je.


3. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Sepah buat lawak pasal Shuib nak bunuh diri sebab clash ngan awek dia, Mamat dan Jep pulak dok pujuk2 Shuib jgn bunuh diri, last2 kena sepak je. Kali ni takde prop dan kostum tapi masih buat audien gelak. Cuma aku tak puas... sekejap dan simple sangat. And then satu je aku nak komen, mungkin tak payah guna idea Dafi tu lagi kot... dah selalu sangat dah Dafi Baik Punya ni kena bahan dgn diorang, cuba carik artis lain sikit cam Mawi ke, Shahir ke, Erul ke dan lain2.

4. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Mungkin ada orang cakap aku bias, tapi bagi aku minggu ni persembahan Nabil dah meningkat balik. Nabil jadik tukang urut nak tarik customer. Memula cakap omputih slang cina, lepas tu cakap Melayu pun slang cina. Dengan prob patung Spiderman dan juga kaki palsu, aku mmg terhibur dgn lawak Nabil. Dan satu benda aku notice masa awal2 sebelum start persembahan masa VT Nabil tu dia mintak maaf kat sesiapa aja yg tersinggung dengan dia sepanjang ML. Dalam ulasan minggu lepas aku ada cadang kat Nabil supaya minta maaf agar dia dapat balik aura dia... dia ada baca kot ulasan aku ni huhuhuhu.

5. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO+)
Ni adalah lawak paling sakit jiwa aku pernah tengok... Mmg giloooooo... Sketsa mmg lawak tahap LIPAN dan idea mmg kreatif GILA. Zamri Rockers iaitu Zizan baru beli TV, tengok channel Astro Oasis kat TV keluar Johan jadi Dr. Fadzilah Kamsah cerita pasal buang bayi, lepas tu sedih sangat tak tahan. Kalau ustaz pun sedih rockers pun sedih. Lepas tu tukar pulak Astro Prima tgk video klip Hafiz nyanyi lagu Awan Nano Nano Nano Nano... apa lain sgt lagu ni. Lepas tu tukar pulak Astro Awani tgk berita, last2 tgk Astro Warna tgk Maharaja Lawak. Ni lawak Maharaja Lawak paling LAWAK pernah aku saksikan... terima kasih Jozan.


PUSINGAN KEDUA

1. Jambu (Laugh-O-Meter: LMAO)
Sketsa kedua adalah tugasan mengejut iaitu setiap peserta diberi prop dan peserta perlu buat la apa pun lawak dgn prop yg diberikan. Jambu diberi Stereka dan Hair Blower, lawak mmg lawak cuma tiada jalan cerita, lebih kepada sayang2 abg ada benda ni, abg2 sayang ada benda ni dan kadang2 takde kaitan dgn barang sebelumnya dan begitulah sampai ke penghujung.

2. R2 (Laugh-O-Meter: HAHA)
Prop yang diberi adalah kerusi plastik kecik dgn penyandar kerusi besi. Tahap kelucuan kurang sikit dan penggunaan prop tidak dipelbagaikan. Yang penyandar kerusi tu just digunakan sekali je, dan objek2 yg dilakonkan pun tidak banyak jelas penggunaannya. Lawaknya lebih kepada Rahim buli adik dia dan plus ada lawak tandas yg bagi aku dah tak perlu kot. R2 perlu lebih kreatif utk sketsa last2 minit nih.

3. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Sepah dapat beg AF dan raket badminton sebagai prop tugasan. Jalan cerita mmg sangat kreatif dan setiap barang yg dilakonkan mmg menjadi. Start dengan Shuib tengah memasak nasik pakai raket then datang Jep dan Mamat bawak Laptop... time ni mmg kelakar gila. Cuma kat sini nampak lebih kepada Shuib dan Jep yang menghidupkan cerita manakala Mamat kureng sikit.

4. Nabil (Laugh-O-Meter: LMAO)
Nabil dapat prop Kuali dan Petola. Jadik pembaca berita lepas tu jadik askar tengah cari UFO yang mendarat di Bukit Beruntung. Nabil masih lagi dapat menggunakan otaknya dengan sekreatif mungkin utk buat lawak dan membentuk jalan cerita, sbb waktu tengah buat persembahan nampak sangat Nabil tengah fikir idea apa nak buat lepas tu. Plus dia dapat membentuk objek dengan menggabungkan kedua2 prop mmg satu idea yang baik. Teringat masa kat Raja Lawak dulu Nabil dapat kon merah tu, cuma masa tu mungkin ramai suka sbb dia yg paling terbaik masa tu, tapi ini Maharaja Lawak, walaupun dia dah cuba yg terbaik tapi masih ada lagi orang lain yg lebih baik. 

5. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Dengan berbekalkan Vacuum dan Kerusi lipat, sekali lagi Jozan membuat persembahan yang sangat memukau penonton. Mmg dah disangka, lawak2 spontan ni mmg kekuatan diorang. Bagi la apa2 task last minit, mmg diorang boleh buat. Dan tak disangka prop yg diorang dapat ni mmg kena je dgn objek yg diorang buat mcm public phone, handphone, motor chopper, joran, snorkling, diving tank, sudu, garfu chopstick, ikan, penimbang ikan. Sangat puas hati dengan Jozan malam ni, baik pusingan pertama mahupun pusingan kedua ni.

Peserta terkeluar minggu ke-11: Tiada

Kesimpulan:

Apa yang aku boleh cakap, minggu ni sangat puas hati terutama dengan Jozan, Sepah dan Nabil. Jambu boleh la tapi kureng sikit, mungkin sbb dah 11 minggu disuapkan dengan lawak dgn formula yg sama so aku mcm dah jemu sikit. Tapi all big 4 masih ladi deserve utk menjadi big 4 dan keempat2 masih lagi layak untuk ke final. Dan satu lagi audien kat Kuantan mmg best dan sporting... wa caya sama u orang beeb. Takde pun suasana sepi seketika melanda dewan.

Masih lagi tiada penyingkiran, dan kalau taakulan aku betul, akan ada 4 peserta pergi final dan kesemuanya adalah the big 4. Sebab minggu depan kat JB mungkin satu peserta akan terkeluar dan kemungkinan besar juga yang terkeluar adalah R2, so Jozan, Sepah, Jambu dan Nabil semua akan ke final dan they all deserve it. Cuma kat final nanti cuma sorang je la yg takkan bawak pulang hadiah sbb hadiah dari No. 1 ke No. 3 je... tak tau la tetiba kalau Astro nak bagi hadiah saguhati utk pemenang tempat ke-4.

Ni juga kali pertama aku bagi rating ROTFLMAO+ pada peserta ML iaitu Jozan, sbb lawak dia kali ni bagi aku lebih daripada rating ROTFLMAO yang Sepah dan Nabil dapat utk pusingan 1 tu. Kalau malam ni malam final, terus terang aku cakap Jozan lah juaranya. So peringatan kepada setiap peserta, yg menentukan kemenangan setiap peserta bukanlah peminat semata2, tapi persembahan itu sendiri bagi setiap minggu, sbb saya percara ramai silent voters yg akan vote bukan kerana minat kepada peserta semata2 tetapi kerana kualiti persembahan lawak bagi minggu tu plus juga markah dari 3 juri tu.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni untuk PUSINGAN 1:

1. Jozan - ROTFLMAO+
2. Nabil - ROTFLMAO
3. Sepah - ROTFLMAO
4. Jambu - LMAO
5. R2 - LOL

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni untuk PUSINGAN 2:

1. Jozan - ROTFLMAO
3. Sepah - ROTFLMAO
2. Nabil - LMAO
4. Jambu - LMAO
5. R2 - HAHA

So sampai sini sahaja ulasan aku minggu ni. Jangan lupa bagi pandangan dan pendapat anda pula di kotak kat bawah tu. Dan sekali lagi ye aku ingatkan kalau boleh gunakan la bahasa yg elok2... tak salah pun kan... orang berbudi kita berbahasa... Thankx for visiting my blog again, see u next week. AdiOs!

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom 

87 ulasan:

  1. rumah x de asteruk...cdihnye...but wth,tetap sbar mnunggu review dri anda....harap perfomance dyeorg lbih bgoz dri mnggu lpas(x expect tnggi sngat, lau jatoh saket)...

    BalasPadam
  2. org kaya n mampu mcm tuan punya blog nih xpe la..siap beli byk pakej astro..maklum lah mampu..kita yg tak mampu nih tunggu je la utk download..

    BalasPadam
  3. wah kali ni dasat punya ulasan sampai tahap ada tahap baru ROTFLMAO x 2. hahaha

    BalasPadam
  4. @peminat blog
    Tq sbb sabar menunggu ye, skrg dah up video so enjoy ye huhuhu

    @Tanpa Nama #1
    bukan kaya tak kaya, cuma mampu la nak bayar astro pakej basic + rm12 utk pakej mustika bulan2... takkan kena kaya baru boleh nak langgan pakej mustika? kalau mcm tu saudara ada internet ni pun kira kaya jugak?

    @Tanpa Nama #2
    Itula... lawak diorang dasat sgtlah sampai berair mata.

    BalasPadam
  5. internet nih aku pakai free lah..kolej punya..dh tentu internet free berlambak skang..tak penah aku byr internet...jgn ko nk tipu la byr pakej astro basic je..kejadah nye astro basic je..mesti ko amek full pakej astro..aku penah nampak ko la bro..ko penah dtg birthday party heliza kan?? ko bw kete lancer putih kan?

    BalasPadam
  6. @Tanpa Nama #3
    Amboi stalk ke ni huhuhu... nanti saudara dah habis belajar dah keje saudara juga boleh dapat apa yg saudara nak... yg penting kena belajar dan kerja bersungguh2lah... btw apa kata saudara komen utk maharaja lawak je ye.. :)

    BalasPadam
  7. aku setuju kali ni jozan punya lawak baru best. yang peliknya, mcm mana punya bagus kumpulan sepah dan jambu, tetap jozan yg ranking utama. padahal kumpulan yang sentiasa konsisten idalah jambu dan sepah. Agak-agaknya mana silapnya. Silap mata penonton kot. Jangan masa final nanti pihak juri berpaling tadah sudahlah. Kalau nak iktiraf maharaja biarlah kena pada yg sepatutnya. Memang kalah menang adat pertandingan. Tetapi berilah gelaran tersebut kepada yang berhak. Pihak astro kena ambil perhatian di atas komen-komen penonton. Jangan sibuk mengaut keuntungan, keluhan-keluhan penonton diabaikan. Ingat tiada astro jika tiada penonton....

    BalasPadam
  8. mmg aku tabik kt nabil sbb dia mohon maaf..aku harap dia xkena kutuk lagi..kesian aku tgk dia asyik kena kutuk...papepon jozan ngan sepah the best

    BalasPadam
  9. saya setuju dgn ulasan awak...jozan mmg tersangat best mlm ni...kreatif giler...so encik admin nak ubah kata2 ke yg mengatakan juara maharaja lawak samada jambu atau sepah?? kamon la...sy dh meluat tgk jambu dari awal2 lagi..

    ranking saya:
    1. jozan
    2. jozan
    3. sepah
    4. nabil
    5. r2

    sori, jambu x termasuk dlm senarai...i'm sorry

    BalasPadam
  10. ROFTLMOA x 2 tuh ! yeahhh, JoZan terbaek ! setuju dgn ulasan kali ni, best ! tahniah semua peserta :D gelak tahap tak hengat la part JoZan tgk channel astro tu :))

    BalasPadam
  11. saya amat meminati komen2 saudara untuk maharaja lawak ini... TETAP apabila saudara memberi ROTFLMAO x 2 kepada jozan itu bererti saudara tiada pendirian di dalam menilai aspek2 yg sepatutnya yg patut diberikan.. apa kata saudara rendahkn ranking sepah dan nabil dan beri hanya kepada jozan rotflamao.. sya membaca komen saudara dari minggu 1 lg.. iye, saya akui jozan mmg best TETAPI kte msti igt stiap pyokong msti ada pembenci.. gnakan ranking saudara yg biasa.. jgn ada pnmbhan...
    sekian terima kasih..

    BalasPadam
  12. yeah!!!jozan sgtlah best!!!x penah tgk lwk yg selwk itu!!!

    BalasPadam
  13. Salam, saya sgt setuju ulasan kali ni.. Tapi sori ye, mcm tanpa nama kat atas ni cakapla, kamu kena moderate kan la ranking mereka. xsedap plak tgk ada ROTFLMAO x2 mcm tu. A bit emo kot...
    Kalau xboleh nak rendahkan meter sepah dan nabil kepada LMAO sebab maybe kamu rasa mmg diorang deserve, bagi jela tiga2 ROTFLMAO tapi jozan ranking pertama...

    Apepun ni pandangan saya je. Saya mmg suka baca blog ni tiap2 minggu...so harap kamu kekalkan sikap professional dalam ulasan...:)

    BalasPadam
  14. Bila kita dah mula buat blog & akan ada banyak responds, mungkin ada yg kita & org lain suka & sebaliknya.. bersedia la dgn dada terbuka akn ujian tu..

    semuga bertambah matang ..

    yg menyayangimu .. pak

    BalasPadam
  15. ulasan y bgus..

    BalasPadam
  16. admin2, masa lawak jambu yg gile meletup, xde pun bg ROTFLMAO x 2.. tgh2 best bca, tba2 ada ranking yg lbih power dri ROTFLMAO.. jd hlng mood gua.. first, stiap pserta ada kekuatan dan kekurangan msing2.. talk about jozan, dorg mmg lawak klu dorg ajuk jd artis ln, jd org ln tp apabil dorg x ajuk, jd x lawak kan.. jd jgnlh bit emo sgt, bla jozan bt admin ktwa gila2, trus bg ranking yg x relevan mcm tu.. mcm tanpa nama kt atas ckp, klu x nk rndhkn ranking nabil ngn sepah, bt jozan yg ptma.. apabila mmbuat ulsan, jgn hanya fkirkn humor anda sorg sbb bg sya, msa kumpulan jambu bt psmbhan psal ping pong, nora danish, dan yg amazon pun ROTFLMAO x 2 sbb sgt lwak tp knpa admin x bg sbb admin x mnat lawak mcm tu, admin suka lawak ajuk artis.. ok smpai sni aji...
    jgn bias dlam mmbri ranking krana apabila org ln bca blog admin ni, first dorg akn tgk, wow jozan dpt ROTFLMAO x 2, mmg jozanlah plng power, dn dorg akn undi.. sbb ranking ni plng power, smpai smua pserta x pnah dpat kcuali jozan.. nmpk sgt jozan plng lawak...
    hiasi diri, hiasi peribadi, jumpa lagi..
    assalamualaikum...

    BalasPadam
  17. rsanya mmg agak keterlaluan klu jozan dpt rangking ROTFLMAO 2x...mmg betul diorg plg terbaik pd mlm tu,,,tp rasanya peserta yg lain pun ada yg lbh baik pd mggu2 sebelumnya,,,tak penah plak dpt laugh meter double mcm tu,,,jozan buat yg terbaik mmgkin psl tersentak minggu lps jd botom 3...same mcm sepah,,,jd diorg kuarkan ape yg diorg buat plng bgs utk selamatkan kedudukan diorg,,,dn kemungkinan besar jambu pun akan buat bnda yg same setelah diorg plak rsa jd botom 3....aku still tak paham nabil ttp jd botom 3 lepas ape yg dia buat,,,mgkin peminat dah bosan dgn dia? atau mungkin dia terlalu tertekan dgn kedudukan dia dlm ML ni sampai terpaksa mintak pandangan dr mamat khalid utk selamatkan kedudukan dia,,,nabil kreatif,,,dn aku rasa tak mungkin kerana dia satu2nya peserta solo yg buat dia presure mcm tu,,,dia bole jd raja lawak dulu,,,dn bole buat penonton gelak terbahak2 dlm rancangan yg di hoskn nya,mcm lu pikir lh sendiri,,,jd sepatutnya dia bole bg cabaran kpd 3 emperor yg lain mcm jozan,sepah dan jmbu,,,harap nabil tak kecewakan semua peminat dia...kpd jambu harap tak gunakn benda yg sama mcm yg sudah2,,,jgn buat short cut utk buat penonton ketawa,,,,dan sepah satu2nya peserta yg sentiasa buat lawak org melayu@malaysia,,,harap kekalkan tredemark korang,,,sentiasa selitkan unsur2 nasihat dlm lawak korang...kerana korg sentiasa mengingatkn aku pada bujang lapok@do re mi....for all ur guys,,,terutama big 4 @ 4 emperor,,,keep up the gud work..

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum...

    1st of all buat pembaca yg budiman, terima kasih atas komen dan pandangan tuan2 dan puan2 sekalian. Sebagai seorg manusia biasa, saya juga tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Minggu2 sebelum ni saya bagi rating tertinggi pada Jambu, org hentam saya cakap Jambu lawak merapu, lawak badut. Minggu2 sebelum lagi saya cakap Nabil bagus saya kena hentam lagi cakap saya ni bias. Kali ni saya bagi Jozan terbaik, masih ada lagi yg tak puas hati terutama daripada peminat peserta lain.

    Kalau mana yg dah start follow my blog dari awal, saya merupakan seorang peminat lawak jenaka, dan dalam ML ni, sy meminati kesemua keempat2 peserta favorite iaitu Jambu, Jozan, Nabil dan Sepah. Tapi saya minat, bukan fanatik. Oleh itu penilaian saya bukannya pada peserta, tapi pada persembahan peserta setiap minggu. Even Jambu, Jozan dan Nabil saya pernah letak diorang di kedudukan bawah, cuma Sepah je yg sy tak pernah letak bawah sgt sbb persembahan mereka sgt konsisten.

    Saya cuba untuk menjadi adil dan tidak emosional dalam membuat ulasan, tapi saya masih lagi manusia biasa yg punya byk kelemahan. Untuk minggu ni, bila saya tgk lawak Sepah dan Nabil, saya bagi rating ROTFLMAO sbb mmg lawak, tapi bila tiba part Jozan, saya terus jadi WOOW, sbb bagi saya untuk minggu ni Jozan dah bawa lawak tu ke satu tahap yg lebih tinggi dan bagi saya ini adalah persembahan terbaik mereka sbb perencahnya semua cukup. Tahap kelakar, jalan cerita, isi kandungan, respon audien dan juri, spontaneous, kreativiti, penggunaan prop, kostum, nilai moral2 (pasal pembuangan bayi), lawak yg variasi dgn campuran tema komedi lain seperti muzikal komedi dan tiru gaya selebriti, dengan ending yg cukup sempurna dgn AC Mizal, semuanya cukup dan Jozan dah bagi lebih daripada apa yg diorang bagi kat kita.

    Tapi Jozan pun still mcm orang lain, ada jugak time yg lawak diorg tak menjadi dan tak bagus, dan time tu ada peserta lain yg lagi bagus. Saya ambik contoh persembahan terbaik Jambu sepanjang ML bagi saya adalah Orang Asli Amazon, tapi kenapa saya tak bagi lebih dari ROTFLMAO? Sbb walaupun lawak2 sangat, tp masih ada yg kurang spt nilai moral dan variasi lawak. Persembahan terbaik Sepah dan Nabil juga sama, walaupun sangat best tapi kalau markah penuh tu 100% just 100% je lah diorang dpt, cuma persembahan Jozan kali ni lebih dari 100% lebih dari apa yg saya expect.

    So saya harap penjelasan saya ni dapat diterima oleh semua walaupun saya tahu mesti ada je yg tak leh terima. Sy juga memohon maaf sekiranya ulasan dan kritikan saya ini ada yg menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan pembaca. Apa2pun ML ni just satu rancangan hiburan je, so harap peminat2 peserta Jambu, Jozan, Nabil, Sepah tak payah lah gaduh2... tak berbaloi pun gado2 sbb benda ni. Minggu depan mungkin Jozan turun balik, mungkin Nabil pulak naik, mungkin Jambu buat lawak luar dari kebiasaan, mungkin Sepah tak buat lawak melayu lawak Internationale pulak ke sapa yg tahu... Watever it is, tq sbb masih lagi sudi membaca ulasan saya ni... Nanti lepas habis ML mesti blog saya akan sunyi sepi balik macam sebelum ML... tanpa korang apalah blog Ada Kamu Kisah??? ni...

    PeAcE :)

    BalasPadam
  19. sorry admin,,,tp aku setuju sgt dgn padangan ko,,,bg aku time jambu buat lawak org asli amazon punca lwak diorg bkn jambu,,,tp ahcong sweetchild tu,,,aku pun peminat ML ni,,,aku cuma harap yg menang harap yg paling terbaik,,,jgn kecewakan peminat korg,,,

    BalasPadam
  20. Okla, acceptable la jugak alasan admin ni..tapi xnk tukar kepada ROTFLMAO+ ke? mcm tu nampak lagi kemas gitu...hihi...
    Opss!sekadar pandangan je.xnk tukar pun xpe...;)

    BalasPadam
  21. @Tanpa Nama kat atas
    Hmm ok jugak... Tq for ur suggestion... Macam gred ujian A, A+ gitu kan...

    BalasPadam
  22. tanpa nama selain yg diatas,
    selama aku dok baca kan, aku anggap apa yg kena tulis adalah dari pendirian penulis....
    lagipun benda ni bukan sensitf sgt...lain la kalau penulis tersilap tulis pasal bab2 agama, lagi wajar kita perbetulkan....

    BalasPadam
  23. @Tanpa Nama kat atas
    Betul tu... saya pun insan baru belajar yg lemah dan serba kekurangan... sila tegur dan perbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesilapan... terima kasih :)

    BalasPadam
  24. Jgn jadikan alasan "sye ni manusia lemah" utk menutup salah ko yg emo tuh..terima je komen org lain..kalo xleh terima, jgn dok sibuk promote blog ko nih kt facebook..okay..da...the fact is ko buat blog nk org lain bacakan..so..terima je la pandangan org lain..

    BalasPadam
  25. Hmm tgk daripada ayat sedara tu siapa sebenarnya yg emo nih :). Kalau saya emo dari dulu saya dah melenting memaki hamun tak tentu pasal. Ada ke saya ckp saya tak terima pandangan orang lain?

    Xpelah mungkin saudara tak suka dgn pandangan saya, tp ada juga yg suka kan? Allah jadikan manusia ni unik, tak semua orang suka dgn benda yg kita suka dan kita pun ada benda yg tak suka dengan benda yg orang lain suka. Sbb tu saya ckp saya tak dapat nak puaskan hati semua org. Tapi betullah kan semua manusia adalah lemah, yg Maha Kuat adalah Allah. Ok chill :)

    BalasPadam
  26. ada 5 ranking tba2 ada plak yg tmbah plus.. plikla.. jd mcm x best... bla admin nk bt table, tba2 jozan sorg ada +... klu nk iktkan, msa jambu main ping pong, mmg glak gile2... bla kte dh tetapkan ada 5 ranking, pas tu tba2 ada pnmbahan, nmpk mcm diri kte ni x ttp pndirian... x yah amik psa A+, A- ape, contoh, sepah, nabil, ngn jozan dlm pekse, dorg dpta A, tp jozan dpt 100 mrkah, ttp A kan, x kn ckgu dorg nk bg S plak, lg power dri A.. seyes jd x best sbb nmpak org akn undi jozan shja, dorg akan ckp, pnh ke pserta lain dpt ROTFLMAO+, pnh? xpnh kn? confirm ckp jozan la plng lawak.. igt ape yg anda tlis ni mmpengaruhi org..
    gna ranking yg anda tetapkan.. lowerkan stiap ranking psigan 1 spya jozan hanya dpt ROTFLMAO. bru nmpk anda telus dlm mmbuat ulsan dan org x kn mmpertikaikan anda...

    BalasPadam
  27. Saudara Tanpa Nama, saya ni jenis terbuka dan terima je pandangan orang lain. Minggu ni saya boleh katakan persembahan Jozan mmg deserved utk jadi yang terbaik antara yg terbaik, tp dalam masa yg sama saya tak sanggup nak turunkan rating Sepah dan Nabil semata2 nak bezakan dgn Jozan sbb diorang pun mmg deserved utk dapat rating ROTFLMAO. Dan saya pun tak sanggup nak turunkan rating Jambu dari LMAO ke LOL dan R2 dari LOL ke HAHA.

    Macam nilah saudara, think positive, mungkin bila saya bg rating yg special pada Jozan minggu ni, peserta lain pun akan cuba bersungguh2 utk mengejar Jozan dan seterusnya dapat memberi lawak yg lebih baik kepada kita? Itupun kalau diorang baca la ulasan saya ni. Begitu juga kepada pengundi, mungkin bila dah jadi mcm ni, peminat peserta lain mcm saudara akan rasa tercabar dan lebih gigih menghantar undian utk peserta pilihan mereka.

    Cuba tgk minggu lepas, saya siap tulis lagi peserta pilihan utk juara ML adalah antara Jambu dan Sepah, secara tak langsung saya dah mempengaruhi orang utk undi Jambu dan Sepah, tp minggu ni tgk2 Jozan pulak yg meletup. Saya pun yakin pengundi2 sekarang lebih bijak memilih berdasarkan persembahan mingguan peserta bukan based on minat semata2.

    BalasPadam
  28. Sudah2 la tanpa nama oi.. benda camni pun nak kecoh ke.. dia nak taruk A+ ke Z+ ke lantok dia la..dah ni blog dia..orang lain tak kecoh pun, dia sorang kecoh...tak de kerja admin nak ubah semua demi puaskan hati kau tu.. benda tak kontroversi camni pun nak gi kecoh.. tak faham aku

    BalasPadam
  29. Xpela bro, mmg mustahil nak puaskan hati semua org...kepada tanpa nama - tanpa nama yg xpuas hati, sudah2la ye. Bro ni pun ada pendapat die sendiri. Die siap bagi alasan lagi kenapa jozan deserve dapat ROTFLMAO+ (tak ego utk terima pendapat tanpa nama yg mintak tukar dari 'x2' kepada '+' tu yg aku lagi respek tu. hehe...).

    Personally aku setuju jgk minggu ni persembahan Jozan sgt lawak dan bermutu. Xde ape kot yg nak digaduhkan...:) Minggu ni Sepah pun best...nabil pun best...persaingan mcm ni yg kita sbg penonton nak tgk, ye tak?

    Bro admin, jujur kate aku mmg suke bila bro bagi ulasan ikut kepala sendiri. Sebab tu aku suke ulasan kat sini..:) Tinggal lagi 2 minggu...teruskan ye.

    Salam...Peace!

    p/s: suke ulasan tak bermakna setuju 100% ye. hehe. jgn marah...:p

    -Alan-

    BalasPadam
  30. x besh dah.. dh jd ngarut blog ni..

    BalasPadam
  31. x best.. bias :)

    BalasPadam
  32. @Alan
    tq sbb sudi nak baca ulasan sy yg tak la best mana pun huhuhu... takpe saya open, tak pernah pun saya nak marah sape2 kat sini :)

    @Tanpa Nama
    saya pun terfikir sebenarnya saya bias dekat siapa ye? Jozan ke? Jambu ke? Nabil ke? Sepah ke? ntahla, mungkin saya bias kepada lawak yg berkualiti kot :)

    BalasPadam
  33. mmg x puas hti.. dri mggu ptma bca blog ni smpai skrg.. nthla... mcm tanpa nama kt atas ckp, x yah rndahkan ranking, bt jozan yg ptma.. bla admin bt ada ranking lain, siap ada +, dh hlng mood nk bca pas ni... pas ni nk bt table, nk rmuskan, tba2 ada yg +, mggu dpn plak, ada ++, final, +++.. ln kli x pyh bg ranking la mcm tu... dri mggu ptma smpai spluh, best bca, logik tp dh mcm ni.. adoai.. nthla admin, nk ckp byk, blog anda.. ikt andala..
    tp tu la, rmai bca blog ni, siap advertise kt fb ML, tkut rmai terpengaruh.. dri sy baca komen dri atas smpai bwh, rmai x stju ngn ranking admin.. if u thing u are right, dont ask our opinion.. u can put watever u want but remember, wat u do now people will see..

    BalasPadam
  34. yang backup admin...
    ketara sgt la korang bukan penyokong jozan...
    pigi daaa....
    TAKUT LA TU....

    BalasPadam
  35. @Tanpa Nama kat atas
    Salah kot ayat tu, bukan yg backup admin tp yg tak sokong admin. Kalau backup tu yg sokong admin :)

    BalasPadam
  36. layakkah JOZAN utk rating ROTFLMAO+ itu?memang persembahan best tp,asik ulang2..johan dah pnh jd fazilah kamsah,mamat khalid..zizan x abis2 dgn watak gangster..best & kreatif tp lawak ulangan..JUST WONDER,ADEKAH JOZAN HANYA MAMPU MENIRU WATAK ORG LAIN???my 2 cents..ASSALAMMUALAIKUM..

    BalasPadam
  37. saya suka soalan2 mencabar dari tuan2 tanpa nama ni at least ada jugak benda sy boleh jawab :)

    bagi saya layak, sbb walaupun johan pakar dlm tiru meniru watak dan pernah buat sblmnya tp kali ni diadun dgn cerita yg lebih kreatif dan mantap dan membawanya ke satu tahap yg lain.

    kalau bro ckp adakah jozan hanya mampu meniru watak org lain, benda yg sama juga berlaku pada peserta lain, sbg contoh adakah sepah hanya mampu buat lawak berbentuk kemelayuan yg hanya org melayu je faham? adakah jambu hanya mampu buat lawak yg takde jalan cerita dan berkostum cross gender? adakah nabil hanya mampu buat lawak stand up comedy tp tak pandai buat lawak spontan dan silent comedy? setiap peserta pun ada kekuatan dan kelemahan masing2, benda tu tak perlu pun dipertikaikan...

    BalasPadam
  38. salam...agak kesian jgk tgk tanpa nama,tanpa nama ni bg komen x setuju dgn ranking admin ni...trima jela..ni blog dye...dye ada hak utk menilai..bg saya jozan lyk utk dpt + 2...sbb mmg semua yg admin trgkan kt ats 2 betol..jdik ape lg yg anda semua x puas aty??chill la ni juz lwk t8 it sbg positiv ye semua...pape pon nabil dgn sepah pon mmg best mlm 2....

    BalasPadam
  39. bce komen2 dari atas sampai bawah. maaf lah ye. tp ini pandangan individu. if "tanpa nama" ni ade pandangan korang masing2, ape kata buad entry di blog disendiri. kan mudah ? jgn la komen, menunjukkan anda ni sebenarnya mengunakan nafsu daripada akal. sebab kerana nafsu lah anda mengarut dan tak berpuashati. dan maaf lagi 1, kalau anda kata lawak jozan ade lawak ulangan ,sy rasa semua pserta maharajalawak mmgbuad lawak ulangan. JAMBU tak abes2 ngan lawak tnpa bersuara,tnpa jln cerita,lawak jd perempuan. sepah dengan lawak DAFI, OMG ! nabil pun penah buad lawak ulangan. so jgn bagi komen tanpa mengunakan akal fikiran anda ye. maaf kalau telanjur berkata .

    kepada admin blog, suka bce blog anda mengenai entry kali ni. yess, sememangnya jozan berjaya buad 1 persembahan yg bole mengWOOWWWkan kita semua. sakit perut sy bila tgk lawak mereka. mggu ni mereka buad yg TERBAIK, setelah berapa kali mereka menghampakan semua org :)

    BalasPadam
  40. -BLACKJOKER-
    aku dh ckp admin ni mcm budak2, bru baligh. tu la korang sokong sgt, baca sgt. tgk admin ni jgk yg untung, nuffnang, traffic busy, rmai msuk blog dia, yg msuk ni sume bg dia lg kaya la.. tgk kt atas dia siap cover ckp ada astro basic+mustika last rpa2nya ada full pakej.. nk tipu tp x pandai, ko igt kt sni x de org knal ko.. nsb baik ada org knal, siap nk tipu lg.. aku x ksah la psal blog ko ni tp aku srnok rmai x puas hti ngn blog ko.. yg pntg ko jgn advertise ko fb ML lg.. pas ni pembaca blog ni, jgnlh bca, jgnlh follow.. x betul admin blog ni..

    BalasPadam
  41. @achiga & hazirah
    Tq 4 ur support, tp kalau minggu depan jozan buat tak best dan saya kena bagi rating rendah jgn marah ye :)

    @blackjoker
    Saudara masih wujud kat blog ni ingat dah tak nak komen dah lepas 2 3 minggu lepas :). Pasal kat atas tu aku tak cakap pun aku ada full pakej... its true aku ada astro basic dgn mustika (sports discovery hbo apa semua aku tak subscribe pun), plus aku ada line internet streamyx utk main internet. Kalau ada yg kenal aku kat sini Alhamdulillah... at least boleh buat ramai kawan. Pasal nuffnang tu aku rasa ko tak tau kot konsep dia, kalau traffic byk tp takde org klik kat iklan nuffnang kat atas tu takde nye aku dapat duit pun dan aku tak pernah promote pun dalam setiap ulasan aku ni suruh orang klik. Aku rasa sepanjang aku buat blog aku ni aku tak pernah nak mencaci, mencarut, memaki2 mana orang atau peserta, tapi rupanya ada jugak org macam saudara yg suka menghina, menghasut, menuduh aku tak betul, merendah2kan org lain dan seronok bila melihat saudara seIslam anda jatuh, itu pun kalau saudara ni org Islam lah. Ini baru kat Internet belum kat realiti lagi. Takpe u can say whatever u want, takde masalah pun kat aku... aku still dgn hidup aku cam biasa takde effect pun. Cuma ingatlah dalam hidup ni kadang2 kita di atas kadang2 kita di bawah, dan setiap perbuatan yg kita buat akan dinilai dan dihitung, buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat... sekian tazkirah utk pagi ni, Assalamualaikum :)

    BalasPadam
  42. jozan memang pernah buad tak best. tapi bukannya tak best sampai kita takde tergelak. adatlah, bukan senang nak buad lawak ni. act, lawak jozan ni lebih kearah spontan, if pakai skrip kdg2 mmg hancur jugak. hikk. kita memang tiap2 tahun tgk jozan . so rsenya rata2 peminat jozan tahu kekreatifan jozan lebih kearah spontan,muzikal dan body languange. ape2 pun, pserta lain ade kelebihan masing2 .

    tak kisah pun, if mggu depan, jozan buad tak best rating admin bg rendah. sbb inikan page admin, hak mutlak admin utk bg pendapat. and kita just terima dengan hati terbuka :)

    BalasPadam
  43. hahaha, sian lah kat admin ni, hanya buat ulasan melalui pendapat diri sndri, pastu dah kena kondem, sabar la ye admin :)yang laen komen emo tak tentu pasal ni nape? kita ni hanya peminat mereka je, lagipun ni kan entry admin, sukati dye la nak cakap ape, yang laen kalau tak puas ati, buat la blog sndri then ajak org ramai2 bace, we will see pulak camne, ape2 pon, ni just pertandingan antara selebriti2 tu sndri, bukan pertandingan antara penyokong2 or peminat2 mereka, menang kalah adat pertandingan la, itu biasa, admin ni punya ulasan takde pon menambahkan undian2 or markah mereka, sekadar pendapat diri sndri je, sian la kat admin :)cukup2 lah tak puas hati pada peserta2 laen mcm kat page fb ML tu, kat sini pon nak tambah lagi? kalau suka, support abes2, kalau tak suka, takmo la perlekehkn kemampuan mereka ok ! :) sekadar pendapat, maaf kalau tak setuju :)

    -ABC123-

    BalasPadam
  44. @hazirah sulaiman
    Benda ni simple je kot tapi tak ramai yg faham... masing2 ada kelebihan dan kelemahan masing2... tq sbb memahami :)

    @ABC123
    Tq atas komen saudara... takpe orang ni mcm2 ragam ada yg matang ada yg kurang tapi nak buat mcm mana kita terima je lah. Saya pun OK je, ni baru kat Internet, kat realiti saya dah jumpa macam2 lagi jenis orang... Selagi saya mampu nak jawab saya jawab je lah

    BalasPadam
  45. Salam...

    pada aku, ini la persembahan ML yg paling best...semua peserta pon lawak.....Apapun, aku rasa yg membantu lawak peserta2 tu menjadi adalah respon penonton2 di studio/dewan..dan penonton di Kuantan memang sporting....syabas penonton2 di sana....harap2 penonton di Johor Bharu pasni pon sporting la yer...

    BalasPadam
  46. salam..
    ape yg admin bagi rating tu x mempengaruhi kputusan sape yg bkl jdi juara ML. So, biarlah dia nk bgi rating mcm mn pun..yg ak pelik, apsal org laen x puas hati. Klo nk puas hati, buat blog sndiri pastu bagilah rating mcm mn pun. Yg pnting klo nk bg peserta yg kita minat sgt2 bakal mnjadi juara, undi jgn x undi. x pyh la nk gadoh2 psl rating. Jgn lupa Undi Maharaja Lawak pilihan anda sekarang! Taip ML<jarak><Nama Peserta> atau ML<3/5/10><jarak><Nama Peserta> untuk (3/5/10 undian) ke 3299!!
    Peace Yo!

    BalasPadam
  47. asalamualaikum...kpd admin,,,pedulik kan lh ape org nk ckp kt ko...aku pon pelik knp ramai sgt yg sakit hati kt ko,,,aku rasa 90% ulasan ko dlm ml nih tepat,,,walaupun ade jgk yg kureng,,,biasalah namenya pun manusia,,,mesti ade kesilapan,,,yg aku tak phm knp ramai yg marah sgt dgn pendapat ko,,,bknnya ko ada condemkan peserta pun,,,aku rasa ko buat semata2 nk tgk kuality sebenar semua peserta ML nk bangkitkan idea serta semangat peserta ML.same mcm komen mamat khalid atau ahmad idham terhadap nabil bila nabil 1st kena botom 3,,,adakah diorg nk kondemkan nabil? aku rasa tak,,,diorg kate mcm tu nk naikkan semangat nabil supaya tak jd botom 3 lg,,,that all,,,come on lh guys,,,walaupun diorg bertanding nk rebutkan sape yg terbaik antara terbaik selain wang tunai tu,,,diorg pun bersaing secara sihat je...yg tak masuk akalnya peminat2 plak yg over sampai maki memaki antara satu same lain,,,adakah pemenang nnti akan bg sikit duit yg diorg menang kpd peminat yg fanatik dgn diorg??? last ly hope jgn lah ade yg kutuk mengutuk antara satu dgn lain,,,fikirlh dgn rasional...dan kepada admin aka psychic zero abaikan lh ape pun pendapat org2 yg anti ko,,,teruskan lh buat ulasan ikut penilaian ko yg bernas tu,,,pasal mmg mustahil nk puaskan hati semua org even ko dah buat yg paling terbaik...

    ps:-sedangkan manusia yg terbaik dlm dunia nih pun(rasullulah S.A.W) banyak yg benci sampai nk bunuh baginda,,,jd paham2 kn je lh eh...

    wasaalam...

    BalasPadam
  48. yahooo nabil dah kembali.....ni barulah nabil yg aku kenal masa raja lawak 2 dulu...aku lbh suka nabil wat lawak ngan org halimunan dr bercerita mcm minggu sblum ni...final komfom nabil leh g

    BalasPadam
  49. yessss...!!akhirnya NABIL yg di tunggu2 dah muncul..sgt berpuas hati dgn NABIL kali ni..hope dia akan trus bangun xtdo2 dah.!!n bila dia minta maaf pd slot promo tu....rs sedih sgt..n npk sgt keihklasan dia..especially bila dia kata...lawak kali ni tuk mak ayah dia..mak ayah dia mmg de wat perawatan bekam rs nyer kat mambau..lau silap..maaf kan sy ok....neway, still peminat tegar NABIL..!!chayok2 NABIL..!!



    @Psychic Zero
    ulasan yg best..kipidup bro...whatever people said...juz ignore..bcoz they no nothing :)


    peace yaaaa...!!

    BalasPadam
  50. Macam2 respond ... terima le aje dgn senyum. Klu manusia ni sama aje tak exiting le .. cuma harap2 kata2 kesat tu jauhi le ye, pada semua2..

    Apo nak heran, klu klik kat forum agama pun bertelagah .. bab qunut tak qunut le, bab perlu jamak solat ke tak..dll .

    Peace. huhu

    BalasPadam
  51. yeahh, mnusia ni byk ragam .just sabar :)

    BalasPadam
  52. saya rasa persembahan jozan yg ke-2 lagi deserve utk dpt ROTFLMAO+

    xpenah terfikir vakum boleh dijadikan chopper dan burung unta.

    neway xkan pasal ROTFLMAO+ pun nk dperikaikan..mmg diorg best n deserve 4 it.

    BalasPadam
  53. persembahan jozan mmg btul2 best time 2..2 yg mmg ptut dpt ROTFLMAO..bg org yg stuju ngn ulasan admin,dh nmpak trg2 dorg ni anti jozan..

    BalasPadam
  54. *bg org yg x stuju

    BalasPadam
  55. Wah dah 55 komen dah, byk sangat tak terlarat nak reply satu2... kepada yg menyokong, setuju dan tak setuju... terima kasih buat anda... korang semua mmg best... Kepada yg tak puas hati dan dok memaki2 tu, terima kasih juga... nanti minggu ni punya ulasan ML saya akan try buat special punya sbb minggu ni merupakan persembahan terakhir sblm final... so nantikan :)

    BalasPadam
  56. aku pun pelik....bukan lawak pun jozan tu...lawak tang mane?acu citer?part mana yg boleh gelak?.....musykil2.....

    BalasPadam
  57. admin cam sial.. aku skong blackjoker.. x yah bka blog la klu rasa diri tu hebat sgt...

    BalasPadam
  58. Wah tak pernah pun rasa diri hebat... Allah yg Maha Hebat :)

    BalasPadam
  59. APA JOZAN ROTFLMAO???? masa aku tgok persembahan diorg aku senyum pun tak... Rasa meluat dan busan dgn telatah diorg ada la....

    BalasPadam
  60. @Tanpa Nama atas
    Ok persembahan peserta yg mana satu yg saudara tengok senyum dan ketawa? Boleh share sekali?

    BalasPadam
  61. dulu aku x skong blackjoker sbb tba2 dia tduh melulu admin, tp skrg aku skong blackjoker.. admin mgrut.. btl ckp blackjoker, admin mcm budak2.. tgk ranking pun mcm sial.. keep it up blackjoker... gua sokong sama lu... bljr ngn blackjoker dlu admin mcm mna nk bt blog k...

    BalasPadam
  62. Ooo...x tahu plak aku nk buat blog pn kene ade blajar cara nye ye. admin cume meluahkn perasaan dia je. Lg pn ni blog dia kn? aku rase korang susah nk bezakan antara PENDAPAT dan KENYATAAN. blog ni hanya PENDAPAT admin shj. x perlu pun stuju dgn pendapat admin.

    BalasPadam
  63. @Tanpa nama atas
    Takpe kita orang Islam pun disuruh untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad... So boleh bagi link ke blog Blackjoker? Mana2 ada ilmu yg bermanfaat dalam blog dia boleh saya ambil dan gunakan...

    @Asim
    Takpelah bro... orang macam2 jenis, yg penting kita kena kuat dan bykkan bersabar :)

    BalasPadam
  64. hIdUp BlAcKjOkeR

    BalasPadam
  65. Wah blackjoker dah semakin glamor kat sini... lepas ni boleh start buat persatuan penyokong blackjoker :)

    BalasPadam
  66. blackjoker cri publisiti murahan je kt sni..blah r kalo x ske..ni nk komen bukn2..kalo ko nk ikut pndpt ko,wt r blog sndiri..n wt pndpt ko sndiri..

    BalasPadam
  67. admin ranking mcm sial.. mcm budak baru baligh.. blackjoker pandai dlm menilai blog dan ulasan.. hidup blackjoker...

    BalasPadam
  68. Tanpa Nama kat atas ni ayat sama je mcm yg sebelum2nya... org sama ke, atau ntah2 blackjoker :)... takpelah... tapi tulah dari semalam aku tunggu mana link ke blog blackjokernya... kan pandai menilai blog dan ulasan... byk benda aku nak belajar cara2 membuat blog dgn beliau nih...

    BalasPadam
  69. ade ke blackjoker.blogspot ? teringin gak nk tgk dia buat ulasan :))

    -ABC123-

    BalasPadam
  70. "Greetings, Psychic Zero , We have seen the censorship taken by the Psychic Zero blog, blocking opinion of user. Psychic Zero is one of the world's strictest human, even blocking out opinion of the user. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of Psychic Zero interference. Do not think that no one else notices. Your structured blog has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your blog. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor."
    -Anonymous-
    We hack your blog at 17 June 2011, 3.30 A.M.

    BalasPadam
  71. "Greetings, Psychic Zero , We have seen the censorship taken by the Psychic Zero blog, blocking opinion of user. Psychic Zero is one of the world's strictest human, even blocking out opinion of the user. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of Psychic Zero interference. Do not think that no one else notices. Your structured blog has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your blog. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor."
    -Anonymous-
    We hack your blog at 17 June 2011, 3.30 A.M.

    BalasPadam
  72. psychic zero...anda seoranggg ilmuwan...kawe tabik spring pada demo...demo memang seorang ahli seni..tahu mana yg elok mana yg tak elok...ini yg kite cari..pedulikan org lain... kita adalah kita..yakin diri...be yourself.... tahniah...

    BalasPadam
  73. @Anonymous wannabe
    Peeeh hackers anonymous nak hack aku lak huhuhu... Dah la ayat sama copy paste dari entry latest aku pastu tukar sikit2 Malaysia jadi nama aku hehehe. Yg bestnya hackers Anonymous ni layan pulak Maharaja Lawak hehehehe... Takpelah kalau nak hack dipersilakan... kalau berjaya hack maksudnya security blogger.com/blogspot.com ni yg lemah, bukannya aku... :)

    @Tanpa Nama kat atas
    Tq bro... tapi kawe ni bukannye ilmuwan, masih byk lagi kelemahan dalam diri kawe... Cuma kawe akan cuba terai utk jadi yang terbaik... Apa2pun thanx again atas komen saudara...

    BalasPadam
  74. KaWan ... blackjoker & geng tu sbnarnya dia minat kat blog u, saja nak gurau & sakat u tu .. reverse saikoloji (sori klu salah eja), layan jgn tak layan.. klu tak, tak meriah le blog ni..

    Minggu ni saya harap persembahan JAMBU pula naik rating wlu saya ni bkn peminat sapa2 , cuma suka2 aje nengok (ni klu bkn peminat JAMBU bole marah kot ...huhu..)

    Bole tuju lagu?

    BalasPadam
  75. Saye pulak suka layan blog ni sbb admin ni sedara saya .. tulis yg baik2 ye sedara ku!!

    kita semua sedara.

    BalasPadam
  76. admin bijak... n semua yg x puas ht 2 siallll... mak bpk dorg x ajar kot... ataupun, makbpk dorg sma mcm dorg gak, siaaallll.. wakakkakaaka... admin, u mmg betol.. aku pminat jozan tp kalo admin beri ranking yg rndh kpd jozan mcm mggu2 lepas, xda pon aku x puas ht mcm blackjoker dgn kuncu2 nye yg BODH tue.. aku rilek je,, mmg layak admin bg ranking rendah kpd jozan sbb dorg x berapa menyerlah, dan skrg suka ht dye nk bg ranking roltfmao+ kpd jozan sbb mereka layak menerima ranking tersebut... pepon, blackjoker siallll...


    -BLACKJOKER SIALLL- aahahahahah -

    BalasPadam
  77. Tanpa Nama 12:36

    Jgn le guna perkataan s..l tu, klu marah pun control le. Sabar, sabar .. tu kan separuh dari iman.. Sedih parent u tau klu tau u guna 'word' tu. Kita kat sini suka2 aje ..kan, kan..

    kita semua sedara

    BalasPadam
  78. mmg betol pon ape yg tanpa nama 12.36 tu ckp kan .. memang sial betol ... huh !!

    BalasPadam
  79. @Tanpa Nama 10:39 AM
    Sedare ke huhuhuhu... sedara yg mana satu ce cite ce cite

    @Tanpa Nama 12:36 PM & 1:38 PM
    Salam bro... tq sbb bagi sokongan, tapi kalau boleh jgnlah gunakan kata2 kasar yer... kita nasihat je dgn cara yg berhikmah Insya Allah lagi berkesan :)

    BalasPadam
  80. -BLACKJOKER-
    blackjoker bijak... n semua yg x puas ht 2 siallll... mak bpk dorg x ajar kot... ataupun, makbpk dorg sma mcm dorg gak, siaaallll.. wakakkakaaka... blackjoker, u mmg betol.. aku pminat jozan tp kalo admin beri ranking yg rndh kpd jozan mcm mggu2 lepas, xda pon aku x puas ht mcm admin dgn kuncu2 nye yg BODH tue.. aku rilek je,, mmg layak blackjoker bg ranking rendah kpd jozan sbb dorg x berapa menyerlah, dan skrg suka ht dye nk bg ranking roltfmao+ kpd jozan sbb mereka layak menerima ranking tersebut... pepon, admin siallll...


    -ADMIN SIALLL- aahahahahah -

    BalasPadam
  81. ni mcm tiru word yg tanpa nama 12.36 bg kn..nmpk bna lah blackjoker tu bodoh...xda pembelajaran....

    BalasPadam
  82. Ni betul2 lawak tahap ROTFLMAO+ bila baca komen2 yg mencapai 82 citers, (esp yg kemudian2 tu) ..ha ha ha.. terguling2 sampai nak keluar air mata .. bukan aje program tu lawak, komen2 tu pun lawak.. tahniah, tahniah.. esp pada BLACKJOKER, lebih2 lagi admin kerana berjaya buat saya gelak. Kamu semua tak gelak ke?

    Kenapa le selama ni kita tak perasan yg blackjoker tu pencetus lawak .. ni bukan cobaan, ni betul2 lawak.

    kita semua sedara

    BalasPadam
  83. ha ha ha ha ha
    ha ha ha ha ha
    blackjoker lawak..
    malam ni pakat2 tengok sapa paling lawak

    BalasPadam
  84. wan.. ko tak payah layan budak2 nih.. buang masa ko jer.. belh tahan gak emo diorang nih sampai ushar ko abeh.. siap tau pakai keta apa.. haha.. tak per.. nanti aku panggey budak2 utmx10 ramai lepak kat sinih yer.. kitaorg pakat puji ko eh.. haha..

    BalasPadam
  85. Tanpa Nama 11.56, tak pe.. tak pe.. baiknya awak ni. Yg sakat admin tu suka2 aje...dia mmg kenal admin.. & admin tak perlu pening2. Semua suka2 aje.

    Aku ni kan sedara admin nak bagi semangat. Sbb tu aku tolong jawab bagi pihak dia. huhu. kita sambung kat minggu ke12 pulak.

    kita semua sedara

    BalasPadam
  86. Cool and I have a swell supply: What Renos Add Value home remodeling contractors near me

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...