Ahad, 10 April 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 2

Kembali lagi dalam Ulasan Maharaja Lawak untuk Minggu ke-2. Actually... (mcm Yus Jambu), expectation aku utk Minggu ke-2 ni tak tinggi sebenarnya, sbb kebanyakan peserta dah all out masa 1st week, so utk minggu ni tekanan semakin tinggi terutama utk peserta yg least favorite, idea pun semakin kering... Dan ternyata expectation aku betul, aku boleh cakap tak kurang dari separuh peserta yg betul2 boleh menggelakkan aku. Pilihan aku minggu ni, antara Jambu, Nabil, Jozan dan Sepah. They still the best.So utk tak membuang masa aku terus review persembahan setiap peserta.


Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

0. Usop Wilcha (Laugh-O-Meter: LMAO)
Pembukaan yang mantap oleh peserta terbaru Maharaja Lawak, Usop Wilcha hahahaha. Takdelah bukan peserta, just special appearance utk Intro Maharaja Lawak Minggu Ke-2 ni Usop Wilcha dijemput khas. Tapi mmg terbaik dan lawak, gimik Astro mmg menjadi. At least boleh pukul hampir separuh peserta Maharaja Lawak ni. Punchline yg kelako, "Awok dah kabo, awok nak set ni kaler pink... semua pink, bukannya koko...", "Eeee, semua miscommunication", "Kite bakooo je laa". Sape minat kat Usop Wilcha ni Like le Official Facebook dia iaitu Shy8.


1. Kumpulan XN3 (Laugh-O-Meter: HEHE)
Peserta yg mendapat bottom 3 minggu lepas, Kumpulan XN3 membuka tirai dengan persembahan sketsanya, sambungan daripada sketsa Pocong dan Toyol diorg masa kat Raja Lawak musim ke-2 dulu. Apa yg aku boleh cakap, byk yg tak menjadi malam tu, start dari runut bunyi awal persembahan, tembak nyamuk, mcm tak kena je dgn persembahan. Even baju ketat Pak Cu pun tak berapa membantu. Punchline yg kira OK la cuma satu je rasanya, "Byk ni dapat duit, jumpa tok bomoh kena marah lagi, bila tuko dapat byk ni, pasai apa, Duit Bangladesh.". Satu tak faham, abg Mamat Khalid nak panggil utk filem... hmm... jujur ke kesian?


2. Jihan (Laugh-O-Meter: HEHE)
Membawa watak Miss J (merujuk geng Tyra Banks dalam America's Next Top Model yg aww aww tu), seorang Fashion Designer, persembahan ada peningkatan sikit... diulangi, sikit... daripada minggu lepas. Boleh gelak sbb kesian tapi masih belum cukup menghiburkan. Jehan ni kekuatan dia pada lakonan sbb dlm sitcom or sketsa2 lawak dlm TV tu dia kira boleh tahanlah, tp utk stand up comedy masih kurang. Antara punchline yg boleh gelak, "Datin Maria nak baju yg urban, tp rambut dah beruben.","Yg berkedut-kedut tu bukan kain tapi kulit Datin.","Bank Muamalat...". Tp bagi kategori wanita, Jehan dah cukup bagus dan lawak dan at least lebih bagus dari sesetengah peserta yg akan aku ulas lepas2 ni. So Jehan harus diberi peluang berada di Maharaja Lawak.


3. Alex (Laugh-O-Meter: HEH)
Pada separuh masa pertama, OK lagi masih boleh buat org tergelak, aku leh nak bagi ranking HAHA, tp masuk separuh masa kedua, aku quite dissapointed n rank aku terus drop ke HEH. Takde benda lain ke yg ko nak lawakkan selain lawak membuang najis dalam jamban? Siap dgn sound effect masa buang kotoran badan tu. Lawak dgn member2 mungkin la boleh, tp dekat pentas gelanggang Maharaja Lawak aku rasa sgt tak sesuai, boleh aku cakap agak jijik dan murahan. Kalau lawak tandas sikit2 OK lagi ni dari awal sampai habis asyik pasal jamban dgn berak. Mmg patut la kena sound dgn Apek. Masa awal2 tu ada punchline yg quite good tapi aku tak berapa tak ingat. Nak tgk balik replay dia tak sanggup, korang tgk je la sendiri ye.


4. Kumpulan R2 (Laugh-O-Meter: LOL)
Ada org komplen lawak perompak R2 ni lawak Internet, aku pun pernah jugak terbaca lawak2 internet pasal perompak ni tapi tak ingat pernah dengar tak yg ni. Apa2pun good performance by R2, still lawak terutama Rahim si abg... Antara punchline yg lawak "Duit yg aku tanam tu aku sendiri tak ingat kat mana aku tanam. Kalau aku sendiri yg tanam pun tak tau, takkan org lain tau","Bos nak tempu... tipu lembu boleh... Tempu ye","Aku jadi mangkuk tandas, ko jadi benda yg dlm mangkuk tu","Gila kau, kalau anak lelaki dia dah besar tu bapak dia besar mana?"... Amboi2 double meaning lagi ye hehehehe.


5. Amir (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kali ini aku boleh cakap Amir ada peningkatan, and aku quite terhibur . Idea Super Mario tu agak kreatif, siap tanduk blok mcm game dah. Cuma takde kaitan Mario dgn mekanik kereta sbb Mario tu plumber... wuteva lah... Keyakinan tinggi, cuma mcm rushing cakap laju sgt... Loceng xbunyi lg pun. Punchline yg menarik spt "Ada satu kete baru cantek saya repair, nak hidup pakai ibu jari je, kete apa? kete controolll","Kereta lama lagi dahsyat, tak payah pakai kunci pakai ibu jari, pakai tapak tangan. Kereta battery kong ke tolak". Yang lawaknya sempat lg kenakan "AC Di Sini", siap baling topi mcm konsert Hujan pulak bak kata AC. Satu lagi jgn kondem aku kalau aku bagi point kat Amir agak tinggi dari beberapa peserta lain. Aku tak pernah membenci beliau atau sesiapa yg kurang lawak. Aku cuma tak suka akan lawak tu tapi aku akan still bagi moral support dan beritahu mereka agar jgn give up. At least diorg boleh jugak duduk kat atas pentas berani buat lawak depan org ramai, korang yg suka kondem2 tu boleh ke???


6. Man (Laugh-O-Meter: HEHE)
Man, man... apa yg ko cuba lakukan ni... Orang Minyak arab? And then terlalu byk benda nak diceritakan, dengan lawak tunduk2 tukang rambut tu aku dah pernah baca kat Internet. Please Man be more original, tunjukkan yg anda seorang Raja Lawak. Takde apa yg menarik aku nak ulas, just some2 joke yg sometimes tak difahami plus dgn loghat Arabnya "Ana lah ana lah ente lah ente lah","Makcik2, ana tak rogol warga emas lah"... apa rogol2 ni Man tak sedap telinga la dengar tak sesuai la utk budak2. Department rogol merogol? Akauntan Orang Minyak? Hmm... cuba lagi Man bangun! Bangun!


7. Kumpulan Jambu (Laugh-O-Meter: LMAO)
Gelanggang sebenar Maharaja Lawak baru bermula... Jambu u saved the day... T-Shirt pink, ulang lakon semula, lakonan selamba dan bersahaja Tauke dan Ayus ditambah dgn beberapa punchline yg kelakar seperti "Ha sekalilah, kalau boleh, depan sebelah tu apa zoo ye, haa lepas tu"."Eh... Zila Bakarin","Tok malu kat orang kampung tok, kenapa pakai BOXER je took" HAHAHAHA... "Tepok amai2 belalang kupu2", mmg gilo. Cuma content kurang isi mcm minggu lepas, so point utk Jambu turun sikit, but still my favorite.


8. Kumpulan Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Satu lagi kumpulan yg ditunggu2 kemunculannya, Sepah mmg jarang mengecewakan penonton. Membawa watak 3 org banduan masuk penjara, terdapat byk punchline yg menggelikan usus seperti "Org tgh elok berjogging kena langgar dari belakang patut ke?","Yeke, tak sedih pun","Tak yah uji akal, tgk muka dah tau, bodoh","Kita kat perpustakaan tak boleh bising tau","Ada satu buku ni mmg best bang, tajuk dia GAJAH LAWAN DENGAN ULAR SENDUK. Abg bayangkan muka surat 12 sy baca bla bla bla patuk buku lali gajah tu terduduk, org datang ambik buat kain. Kain apa? Gajah duduk???" HARHARHAR gilo betul shuib ni mmg kelakar. Yg lain2 tu korang tgk sendiri la mmg best.


9. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Sbb cerita Salesman Nabil tak habis minggu lepas, dia sambung lagi minggu ni. Bermula dgn fast forward babak2 minggu lepas sampai babak yg dia berenti, salesman bengong ni cuba jual penyembur api 2-in-1 utk bakor lalat dgn panaskan lauk dgn beg kertas senyum selalu lepas dia jual tali pinggang berkalendar minggu lepas. Mmg lawak n best... dapatla jugak tahu kesudahan rewind minggu lepas kenapa dia kena belasah awal2 tu. Punchline yg kelako spt "Abg nak terus pakai ko, resit nak resit","Awat tak jadi laakk","Menurut doktor lai tu yu, lalat merupokan punco utamo lauk menjadi sojuk","Jgn buat muka terperanjat mcm tu jangan","Ada lagi lalat bang, la taik lalat abg tu" dan lain2. Permainan prop mmg terbaik, nasib api tu keluar cuak jugak dah Nabil. Hepi gila dapat habiskan sketsa. Mmg berbaloi kitorang tunggu citer salesman ko kat minggu kedua ni. Dari dulu lagi kekuatan Nabil adalah sketsa dan penceritaan dgn orang halimunan yang mmg the BEST!


10.  Kumpulan Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Seperti yg dinanti2kan orang ramai, Jozan berjaya membuat lawak yg sgt best dan kali ni mendapat tempat PERTAMA dalam ranking aku. Cara meniru gaya Yusof Haslam oleh Johan mmg superb seperti yg dia pernah buat sebelum2nya. Antara punchline yg menggelikan medulla oblongata seperti "Tu speaker sapa pulak yg ko bawak balik tu?","Asal balik mabuk asal balik mabuk, besok papa nak kau keluar mabuk balik tak mabuk" Hahaha gilo lagi,"Dulu bapak byk habis duit hantar kau ke universiti Al-Azhar, balik2 alkohol jugak yg ko carik","Citer yg papa nak perbarui, nak ba barukan lagi citer tu... pembaharuan papa... yea itu yg papa nak sebut" muka n mata Zizan dah lain dah hahaha lawak2, "Kalau Bukit Kepong nak naik tinggi sikit, Bukuit Kepuing","Papa nak ucap tahniah kepada filem terbaru kufarat kau...","Dalam akaun papa, takde duit mama, tapi dalam akaun mama ada duit papa" dan byk lagilah... Mmg lawak, macam ni la Jozan yg kami nak... Satu yg aku nak highlight adalah setakat ni Johan merupakan pelawak yg paling SUPERB dalam meniru gaya orang lain.
* I ada receive komen pasal quote Jozan "Asal balik mabuk asal balik mabuk, besok papa nak kau keluar mabuk balik tak mabuk" tu mcm menggalakkan org mabuk. Be more positive & thinks this way, aku percaya Jozan xde niat apa2 pun yg tak baik, just menyindir org yang selalu balik rumah dlm keadaan mabuk dgn cara kelakar. Contohnya bapak dia menyindir anak dia yg balik rumah je selalu mabuk, nak marah dah tak boleh so dia sindir la anak dia.


11.  Kumpulan Wai (Laugh-O-Meter: HEH)
What The Fish?? Lawak apa korang buat ni. Xde isi langsung. Tang mana yg lawaknya? Ntah apa2. Amir pun lagi better la. Aku nak ulas pun tak sanggup. Mmg xde chemistry langsung la Kechik dgn Idlan Pon Pon ni. Pecah la balik weii... Tolong la berubah next week, naikkan balik rating korang. Aku tau korang boleh buat.


12. Kumpulan Balas (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan Balas membawa watak dan dialog Indonesia, bg aku agak kurang kelakar sbb tak berapa nak paham bahasanya. And then diorg nampak cam tak prepare n kurang rehearsal, byk detik terdiam n terlupa skrip, masa nak ending pun mcm lupa skrip. Still lawak, terdapat beberapa punchline lawak seperti "Tgk saja dress upnya, dah mcm Indonesia murtad","Siang gua buat rumah, mlm side income gua pecah rumah", dan masih lagi mengekalkan trademark lawak double meaning seperti "Kiranya sudah ada yg cocok... Adikku sudah cerainnn, bilangnya kurang cocok." So far minggu lepas lagi better.


Kesimpulan:
Untuk minggu ni secara keseluruhan aku kurang terhibur. Banyak peserta down and below expectation. Yg bagi aku sgt baik dan menepati standard seorang Maharaja Lawak hanya Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu. Yang lain masih belum layak malah aku rasa ada persembahan yg aku rasa mcm persembahan audition Raja Lawak, even tak layak pun nak masuk Raja Lawak. Kemon laaaa jgn la seksa penonton mcm ni. Takkan dari 12 peserta 4 je, 1/4 tu je yg aku boleh tengok? Pls, do something. N then kalau boleh jgn la buat lawak lucah and lawak jamban tandas dan sebagainya... Cari lagi bahan lain (tp jgn tiru bulat2 kat Internet), belajar dgn senior.

Bottom 5 utk minggu ni Wai, XN3, Amir, Jihan dan Man... Still takde penyingkiran sbb diselamatkan oleh Ahmad Idham. Tapi lepas habis je Maharaja Lawak tekan button R tu tgk XN3 paling bawah. Minggu depan ada tema pulak iaitu Muzikal Komedi... harap peserta2 yg ada kekuatan kat Muzikal Komedi dapat serlahkan bakat anda... Setakat ni yg aku tau yg best buat Muzikal Komedi adalah Jozan dan Sepah.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:
1. Jozan - ROTFLMAO
2. Nabil - ROTFLMAO
3. Sepah -  ROTFLMAO
4. Jambu - LMAO
5. R2 - LOL
6. Balas - HAHA
7. Amir - HAHA
8. Jihan - HEHE
9. XN3 - HEHE
10. Man - HEHE
11. Alex - HEH
12. Wai - HEH

So kita jumpa lagi dalam ulasan yg seterusnya minggu depan. To AC Mizal, kesian asyik kena bahan je gelang tu hahahaha. Lepas ni jual rantai magnet pulak koooot hehehe.
* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom  

28 ulasan:

  1. aku tabik spring kat lu bro..memang yang ini laa ulasan terbaik aku jumpa setakat ini..cuma satu je yang aku tak puas hati kalaw boleh rating "man RL5" sepatutnya "HEH" jaa..harap maklum~~~

    BalasPadam
  2. WAI mmg tak kelakar langsung !

    http://malaywood.blogspot.com/2011/04/review-maharaja-lawak-minggu-ke-2.html

    BalasPadam
  3. terbaekkkk... aku pun sama cuma rating tu terbalik sikit..

    1.jozan
    2.jambu
    3.sepah
    4 nabil..yang lain2 pandai2lah nak idup..hehe

    BalasPadam
  4. ulasan yg plg ummmppp n kena ngan jiwa i..trbaekkk la bro...btw truskn wat ulasan spt ni..but..hope2 sgt2 gnakn ayat2 yg "slow motion" skit yer...gd bro...thansk..

    BalasPadam
  5. best la u buat ulasan... sama ngan citarasa i la... best baca blog u...;)

    BalasPadam
  6. Thank u 4 supporting me. Nanti saya akan cuba teruskan utk review2 Maharaja Lawak sampai final.

    @Tanpa Nama #1
    Man tu ikutkan nak bagi HEH tp aku rasa still OK la drpd than WAI dan Alex, so bg la sikit point utk dia.

    @Tanpa Nama #2
    Tq 4 ur support, tapi tak paham la guna ayat slow motion skit huhuhu saya ni kampung sikit.

    BalasPadam
  7. mmg best lah..hihihih...xsia2....ranking kita ttp sm bro..hihihih.....nabil, jozan sepah..mmg xpnh mengecewakan...credit to nabil..sbb leh buat lawak bersiri n boleh menghabiskan lawak dia....crdt to johan...huhu...bukan jozan...johan yg boleh tiru suara datuk yusof..mmg sm lah...hihi...n best lah ulasan ni...tp, naper kat tv..xleh tgk keputusan undian eh...?

    BalasPadam
  8. siyes tak suke lawak double meaning...kalau tengok nga famili, memalukan je...

    tapi enjoy tgk maharaja lawak.hee

    BalasPadam
  9. Bro pesal jambu nombor 4? lawak jozan,sepah dan nabil still under bawah jambu.... Buat predicit tu biarlah ikhlas pastu kata lawak jambu takde content.Lawak jozan ada content ke? x abis abis hina org....

    BalasPadam
  10. @ainndz
    Boleh tgk undian, dekat Astro Warna je boleh, tekan butang R. Utk Jozan mmg kredit utk Johan sbb berjaya menghidupkan watak.

    @suNa husNa
    Betul lawak2 double meaning ni kalau dgn member2 bolehla, tp utk kuar kat TV tak sesuai rasanya terutama lawak jamban.

    @Tanpa Nama #4
    1st sekali ini bukan my prediction tp ranking sy based on pandangan dan pemerhatian sy sahaja. Setiap org ada pandangan masing2. Sy tak kata Jambu tu xbagus, kalau tgk ranking sy minggu lepas untuk Jambu no. 2 lagi. Sy suka keempat2 peserta Nabil, Jozan, Sepah n Jambu. Byk faktor yg sy guna utk buat penilaian spt carta orang ketawa, isi kandungan, komen org ramai kat Youtube, view ratings dan sbgnya. Kalau tgk Jambu punya punchline ada tp tak sbyk minggu lepas dan dia punya content just Yus bawak Tauke jumpa Tok Ketua then habis, kisah dia berkisar dkt situ je tak berkembang sgt dan punchline yg sy rasa betul2 kuat masa Zila Bakarin n Tok Ketua pakai Boxer, berbanding dgn contohnya Sepah, dia punya penceritaan pasal banduan tu berkembang dari Mamat sampai Jepp, kalau tgk Nabil pulak kita leh follow cerita dia start dari Minggu lepas dan berkembang sampai salesman tu kena belasah, manakala Jozan pulak aku bagi ranking tertinggi sbb kalau tgk carta gelak dia paling banyak, dan punchline dia plg byk terutama dari Johan dan xterpikir org pun spt esok aku nak ko keluar mabuk balik tak mabuk. Itu just pendapat aku, terpulang la org nak setuju atau tak.

    BalasPadam
  11. @psychic zero
    mmg xleh lah...abis je ML..trus tekan R nak tgk keputusan...smpi ke mlm td..still xleh jugak...huhuhu

    BalasPadam
  12. @ainndz
    Ooo yeke takleh yer... nak kene repot kat Astero nih huhuhu

    BalasPadam
  13. oke je ulsn dye..ape yg dye kte psl jambu 2 ade btolnye jgk..tp ranking i jmbu num2..sepah num 3...xpelaa..bro ni bkn hina org juz dye bg pndpt je...btol x bro...hurm pape pon i suppport u...

    BalasPadam
  14. jozan lawak cam bangang....xhbis2 lawak hina org, bahan org, main2kan agama. x sensitive langsung....sepah, nabil, jambu 100 kali lbh lawak bbnding jozan...aku pun tak paham kenapa org minat sgt ngan jozan padahal xdela lawak sgt

    BalasPadam
  15. @Tanpa Nama #5
    Betul sy mana xde nak hina mana2 peserta pun, even Amir dan Wai yg tak best tu sekalipun. Walaupun lawak diorg tak berapa nak menjadi tapi diorg still manusia yg ada hati dan perasaan yg perlu dihormati.

    @Tanpa Nama #6
    Kata anda ada betulnya jugak, tp kalau nak ikutkan ramai pun pelawak2 kat luar sana yg mengajuk atau bahan org, even sepah/nabil sekalipun dlm sketsa dia selalu je maki2 dan hina2 org dgn perkataan mcm bodoh bangang. Benda ni dah jadi kebiasaan, kalau anda betul2 nak tegur boleh contact tuan punya badan sendiri dekat Facebook diorg atau emel je kat Astero.

    BalasPadam
  16. aku dulu minat gak ngan jozan, tp bila xhabis2 nak bahan org aku jd menyampah pulak...agaknya apa perasaan yusuf haslam ek bila jozan wat lawak seoalah olah anak yusuf haslam pemabuk, kaki cubing? org ramai undi jozan pun sbb popular je, selalu kuar tv...tp bg aku yg betul2 pelawak mcm taukey, sepah, yus, nabil....tgk muka pun dah kelakar tu lum wat lawak lg tu. hehehehehe

    BalasPadam
  17. sokong komen @Tanpa Nama yg last skali ni..hihi

    BalasPadam
  18. @Tanpa Nama #7 & @aiindz
    Actually betul jugak kata anda, tapi sebenarnya ni salah Astero jugak sbb sometimes buat tema Tiru Gaya Selebriti, so pelawak2 ni sume tiru dan lawakkan selebriti2 yg lain. Mungkin lepas ni xpayah adakan tema2 yg pelik2 lagi. And Nabil, Sepah, Jambu mmg lawak dan sometimes lg lawak dari Jozan. Jozan ni dpt markah lebih sbb popular je.

    BalasPadam
  19. nak tiru gaya artis tak salah tp jgnlah selalu sgt nnti org naik menyampah...tp series aku ckp muka nabil, toukey, yus, sepah mmg lawaklah....klu tgk muka nabil ada iras2 s.samsudin kan. kah kah kah

    BalasPadam
  20. BAGI GUA AMIR PUN LAWAK DIE TAHAP HEH JE.. MALU SGT BILA AMIR N WAI NI KUAR WAT LAWAK.. SMPAI RASA NK TUKAR CHANEL LAIN.. SAMA TAHAP DGN LEMAN RL5 ARITU.. TERINGAT IDLAN MASA FINAL DIE JD PENYU TU.. SMPAI BERHARAP SGT MS PERSEMBAHAN HABIS CEPAT.

    BalasPadam
  21. en.psychic zero, sy rase penyingkiran utk minggu ke-2 akan diumumkan mase awal2 @ pembukaan ML wk3...meaning that b4 diorang start the 'gelanggang'...so, still ade penyingkiran..cume blom diumumkan lg...bisnes strategi utk tarik customer langgan MUSTIKA...sbb tu bile tekan button merah kt remote astro kite xleh view the ranking....(sy ada try td)...this is my opinion laaa

    BalasPadam
  22. http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9387&c=1&s=1

    BalasPadam
  23. @idafatimah
    Ooo yeke thanks for the info... betulla strategi Astero betul lah ni nak suruh org langgan Mustika... biznes mcm2 cara nak untung

    BalasPadam
  24. @idafatimah
    xleh kan..?tu lah..sy pun dah bnyk kali nk review reault..mengong tol astro..xsudah2 nak perabih duit org...sib bik lah nak tgk maharaja lawak...lau x...dah lm dah buang mustika tu..huhuhu

    BalasPadam
  25. ulasan terbaik~ good job~ gua mau dengar ulasan marketing astro gak beb~ tak cukup2 lagi kew astro nak kikis duit rakyat~

    BalasPadam
  26. Pandai ko ulas ek...bleh tukar profession ni...akak x pernah tgk Maharaja Lawak, Raja Lawak pun x...kesian kat depa...kalau buat lawak x jadi...anyway..akak tgk yg best2 jer..yg ko dah rating kat sini....mmg best la...i love JOZAN

    BalasPadam
  27. @Tanpa Nama #9
    Sy maleh nak komen byk2 pasal marketing Astero sbb kita ckp mcm mana pun diorg ada alasan tersendiri kenapa dia buat mcm tu, mostly because duit.

    @Aleyn
    Tak la pandai sgt kak alyn biasa2 je, tp kalau nak tgk just tgk yg best2 je yg rank tinggi2, yg bawah2 tu kebanyakannya xtgk pun takpe

    BalasPadam
  28. tanpa nama berkata,kau gila ka!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...