Jumaat, 22 April 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 4

Maharaja Lawak tiba sekali lagi untuk menggamatkan Jumaat malam aku... Tak sabar nak tengok... Aku akan cuba update ulasan secara live kali ni...

Minggu ini Alex mengikuti jejak Wai, XN3 dan R2 meninggalkan pentas Maharaja Lawak...

Tema pada minggu ni adalah bebas... masuk kali ni dah 3 kali bebas, just 1 minggu je ada tema iaitu Muzikal Komedi... mungkin Astero tak nak mengikat diorg dgn tema yg pelik2 agar idea diorg lebih bebas dan fresh... al-maklumlah semuanya pelawak2 lama dah otai... Bak kata AC, Justin Bibirr tak lawaaakk... Maharaja Lawak je lawakk... daripada gi tgk Justin Bibir baik tengok Maharaja Lawak, lebih2 lagi ada Amir Bieberrrr hahahahaha.

Meter tahap kelawakan:

- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Amir (Laugh-O-Meter: LMAO)


Amir 1st? Alamak mcm nak spoil je malam ni. Sekali dia punya lawak mmg cam haram... Memula biasa je, citer pasal Superhero... Captain America jadik Captain AMIReka... Lepas tu masalah Spiderman & Ultraman... Last sekali klimaks dia... Mamat Khalid, Ahmad Idham ngan Apek2 sekali kena dgn si Amir ni hahahahha... tapi mmg tak dinafikan kalau lawak kene2kan orang mmg paling lawak xkira la sape yg buat... plus point utk dia ada karikatur utk setiap juri yg membantu persembahan...

Antara punchline yg best:
- "Kalau di Hollywood ada Captain America, di Malaysia ada Captain Amireka","Spiderman masa berlawan zas sini zas sana, habis berlawan hilang tah kemana, sarang labah2 tak kutip balik","Dah habis dah dah habis dah?... gelak la lagi","Ultraman lepas berlawan sepak bangunan, habis lawan terbang ke langit","Abang... abang... abang... Kalau 10 minit cakap mcm tu 10 otak kena makan dek zombi","Mazidul Akmal Sudik, 9 10 11 utk Nadi Arena"


2. Jozan (Laugh-O-Meter: LOL)


Jozan membawa watak 2 orang pencuri tabung surau... dan penceritaan dia amat unik di mana diorg dua kena tangkap polis dan disoal siasat dalam bilik lain2... Lepas Zizan cakap, tempat Johan gelap, then bila turn Johan tempat Zizan gelap, then tukar balik sampai la habis... Mmg kreatif... tak pernah lagi tgk sketsa mcm ni... idea baru... Lawak pun lawak... tau la sape yg curik tabung tu hahahahaha. Ini antara persembahan yg jarang Jozan buat iaitu berinteraksi secara solo dgn org halimunan, biasa diorg berinteraksi sesama sendiri. Walaupun ok tapi aku lagi suka kalau diorg berinterkasi sesama sendiri mcm biasa. Satu lagi kalau boleh elakkan buat lawak pasal solat, agama... Takut tersilap buat lain jadiknya.

Antara punchline yg best:
- "Saya pun tak pernah pergi masjid encik","Saya nampak tabung encik, saya pun... Allah...","Mana kiblat masjid ni?","Dia dah begini2 dgn tabung tu encik","Dia cakap saya buat gini2?","Saya tgk dekat kotak tu derma Ikhlas... saya punya ikhlas 30 je encik","Encik 10 minit saya tunggu baki tak keluar encik","Bukan pun saya asingkanlah... (masuk poket hahaha)","Apa nak takut duduk lokap, dalam lokap pun ada surau. Maknanya ada TABUNG"


3. Man (Laugh-O-Meter: HAHA)


Berlakon sebagai seorang warga Indonesia yang nenek moyang kaya raya cukup makan sampai 7 keturunan, tapi sebab dia keturunan ke-8 terpaksa datang Malaysia utk carik rezeki. Overall persembahan boleh tahan tapi sebab lawak byk pakai slang Indonesia so jadik kureng sikit, macam Kumpulan Balas minggu ke-2 dulu. Mungkin ada orang faham tapi ramai gak yg tak berapa nak faham. Cuma satu lagi teguran utk Man... kalau nak cakap LA ILA tu habiskan... LA ILA HA ILLALLAH maksudnya tiada tuhan yg disembah melainkan Allah... Kalau LA ILA sahaja maksudnya tiada tuhan.

Antara punchline yg best:
- "Sudah kali ke-4 gua dikencingin","Bikin rambut kalau tak nampak mcm Justin Bibir, Justin Lidah pun takpe","Handphone dalam plastik sbb bukan water resistant (ada ke henpon yg water resistant)","Saya sudak sampai dikuburan, bukan di poco-poco","Tak payah pergi Malaysia kita makan cukup sampai 7 generasi. Habis tu kenapa kita miskin bu... Sebab kita generasi ke-8","Nenek mana kebun? Kejap nenek bukak facebook ada itu farmville"


4. Jihan (Laugh-O-Meter: HEHE)


Jihan kali ini menjadi seorang cikgu Psikologi iaitu Cikgu Konah terpaksa melayan karenah anak muridnya Salina Gomez yg tergila2kan budak laki Sazeli Sam yg macam Justin Bibir... Punchline ikutkan OK cuma cara penyampaian tidak berapa mantap so secara keseluruhan tak berapa orang nak gelak... Satu lagi dia mungkin kena belajar hanya bercakap dgn org halimunan mcm Nabil dan Jambu tanpa perlu lakonkan balik watak org halimunan tu... contohnya tak payah dia lakonkan watak murid Salina Gomez tu, just keep lakonkan watak cikgu sahaja.

Antara punchline yg best:
- "Amran Aje Main? Ada? Takde?","Wic wan uwan?","Nampak cam saiko kan? Sbb saya cikgu psikologi","Cikgu kamu bagitau kamu tak buat kerja rumah, ponteng sekolah, sbb apa? Ce cite ce cite?","Sbb apa tak bawak? Dah tu kerja rumah sbb tu tinggal kat rumah","Tau tak tak boleh cium budak lelaki itu salah, perempuan pun tak boleh itu songsang","Cikgu hari ni saya dtg awal sbb tu saya byk buat salah, kalau saya datang lambat mesti sikit saya buat salah"


5. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Melakonkan sketsa penculik, mmg lawak... paling penting jgn tengok muka Shuib nanti MUNTAH hahahahaha. Banyak punchline yang mantap dan best... Cuma yg jadik killer kali ni dan yg kebiasaannya Jepp dan Shuib, Mamat byk diam... Tapi kalau nak tgk pun Mamat ni mcm kureng sikit lawak dia berbanding 2 org tu... Ahmad Idham cabar diorg next time jadikkan Mamat killer, tapi aku rasa tak payah kot sbb takut Sepah jadik tak lawak pulak nanti... Yg mana dah ok tu biarkan...

Antara punchline yg best:
- "Rasa nak muntah kena carik benda2 yg meloyakan ni... haa ko tgk muka dia... huarrrggh","Sabar2 tutup tutup muka ko aku nak muntah","Bapak ko tak doakan? Bapa saya kan peguam tau la dia bela diri dia sendiri","Kita mintak 3 juta. Jgn tamak sangat... itu bukan tamak, itu namanya adil... aku sejuta, ko sejuta, dia sejuta... Dia pun dapat? Dalam berniaga kena ada modal, dalam kes kita dia modal","Kita suruh bapak dia bank-in, haa pakai akaun aku mesti selamat","Jgn telefon, bapak dia cam suara, kita 3G. 3G nampak muka. Jgn tunjuk muka kita guna isyarat tangan","Apa tu? Bank-in... Apa pulak tu... aircond... apa kena mengena aircond... aircond dgn akaun kan tak jauh","Woit woit jgn tunjuk mukaaa nanti bapak dia muntah","Dapat duit yg pertama kena bayar zakat, yg kedua aku tolong ko ko kena tolong aku... tolong operate muka ko.","Tapi kalau kita kantoi camna? Ala apa susah bapak dia kan peguam bapak dia la tolong bela kita"


6. Alex (Laugh-O-Meter: HAHA)


Kali ni Alex jadik pilot bawak kapal terbang tapi lawaknye kureng menjadik sikit... kurang punchline yang betul2 umph. Jalan cerita pun agak kabur, kurang menarik dan kurang difahami. Dia lebih banyak mengajuk Saiful Apek dan kaitkan dgn cicakman... Dan persembahan pun mcm pendek je dan byk buang masa kat intro.

Antara punchline yg best:
- "Arigato gozaimas... xxx xxx xxx shokubutsuuu","Hey, lu aa... lu pilot man ka.. Bapak gua buat ini kapal bukan utk suka2, tapi lu buat gua punya kapal suka2 mcm bapak lu punya...","Mungkin kita akan jatuh ke bawah... kelaut kita kelaauutt","Pertama kali dalam hidup saya nampak cicak boleh bercakap..."


7. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Apa yg aku leh cakap adalah lawak Nabil mmg PELIK, WEIRD, FREAK dan paling LAWAK tahap gaban setakat ni HAHAHAHA... Bongok gileeeeerrr.... Tak pernah aku terfikir pasal Mesin Masa pun boleh jadik lawak? Dahla pergi masa lampau 5 minit sebelum je... Ada pulak pakcik tengah praktikal kene suruh tapau air.... mmg Genius. Ada yg cakap aku ni bias pada Nabil... aku admit mmg aku suka lawak Nabil sejak dari Raja Lawak dulu lagi mcm aku dah ckp sebelum ni. Dan aku rasa dia punya lawak sekarang pun mmg best dan sgt kreatif, tak pernah dibuat dan terfikir dek org, sometimes membuatkan org kena berfikir. Siap boleh plan ngan AC masa kat tengah2 tu, mesti org dah berbulu kenapa AC masuk awal sgt ahahaha... Tapi aku admit jugak yg aku suka lawak Nabil kalau dia buat lawak stand up comedy solo mcm ni je, kalau dia partner ngan orang atau berlakon kat tv ke filem ke mmg aku tak minat.


Antara punchline yg best:
- "Aaa blah la lu botak, dahla botak bulu hidung bersepah","Kalau aku tau sape cipta punch card ni aku punch gunalan muka dia la","Aku lambat2 datang pun dapat siap mesin masa ni","Kau cepat aktifkan sistem reverse osmosis (ni bukan teknologi penapis air ke hahahaha)","Kau cepat tingkatkan kuasa daripada 0 ke 240 watt the hell","Dan kau... siapa kau... Pakcik sori sori... Pakcik ni sape? Ooo budak praktikal? Tapi muka dah macam nak putus haid pun praktikal lagi...","Biar aku explain kat ko... bla bla bla... Apa kerja ko nak buat? Ko pergi tapau air utk kitorang?","Ni apa sempoa buat kat sini ni","Sekarang pukul 10.05 minit, kita patah bali ke pukul 10 je","AC: Dan kita sekarang bersama dengan peserta seterusnya... eh belum panggil dah sampai? Konfius ye jang? Ko konfius?","Dengan mesin masa ni aku akan ke masa silam, aku akan cari org yg cipta punch card tu, aku akan cekik dia","Aku boleh pegi zaman masa diorg baru nak buat KLCC, aku boleh bagi idea, ye Dato Mahathir, apa kata kita buat bangunan berkembar, namanya? KLCBil...","Kau... tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi... dan kau... tadi aku suruh ko tapau air kan? oo ni dah reverse"


8. Balas (Laugh-O-Meter: HEHE)


Menjadi Putera raja wannabe dan  pengemis a.k.a tukang tilik, kali ini Balas byk kali tersasul dan lupa skrip... mcm kumpulan Wai masa minggu pertama dah... kelam kabut sikit... orang gelak sbb kesalahan2 skrip. Sekali 2 ok lagi tapi kalau dah selalu sangat orang akan menyampah. Plus ranking korang aku terpaksa turunkan lagi... Cukup2 lah dgn lawak lucah tu... kali ni obvious sgt... enough is enough.

Antara punchline yg best:
- "Pakcik pengemis la bodo oii","Masukkan seringgit dah macam vending machine dah pakcik","Malam semalam saya pergi ke ladies night pakaian beragam pakcik","Kelab istirehat, saya terlupa jugak pusat istirehat.. Tempat isteri rehat suami enjoy","Namanya Halimah? Mendengar namanya sahaja pedang saya jadi tak tentu arah pakcik","Sensitif sungguh pedang anak ye","Nama sebenarnya Halim bin Abu... dia adalah cleaner dekat KLCC"


9. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Kumpulan paling GILOOO yg boleh aku cakap... HAHAHAHA mmg tak betul la Yus dgn Tauke ni.... Dah la Yus pakai baju perempuan... Warna Pink pulak tu HAHAHAHA... pecah perut pecah perut.... Satu2nya kumpulan yg dapat standing ovation daripada penonton... Lawak tak banyak dialog tapi mmg mantap... Ada ala2 Mr. Bean... Jambu you deserve to be no. 1 this week. Punchline bercakap tak banyak... kalau nak tau kena tengok sendiri... lakonan Yus mmg mantap. Siap ada babak blushing2 nak cium la hahaha uweeekk geli geleman tgk. Hari tu ada Zila Bakarin kali ni ada Nora Danish lak hehehe. Last2 dari Nora Danish last sekali terus tukar jadik Yus terus sepak Tauke ngan AC Mizal hahaha unpredictable mmg lawak. 1 of the memorable sketch dalam Maharaja Lawak.

Antara punchline yg best:
- "Mana pulak la cikaro ni... time2 gini mesti ada jogging... (Yus a.k.a Nora Danish pun keluar hahahaha)","Fuyooo Nora Danish tuu...","Yang penting kita enjooooy","Kenapa dia ikut I?","Kenapa awak ikut saya? Sbb saya sayang awak... Don't touch me!","Pakcik bagi cendol saya... dua dua dua","Tolong lepas tangan saya, kang saya menjerit, jerit la... PAP (kena tampo)","Pakcik cancel cendol","Peluk laa lagiii","Wooii!! Apa pegang2 ni? Kuang aja aaa. Kuang aja aaa... hang diam"


Komen Juri Secara Keseluruhan:
Mamat Khalid: Peningkatan Amir paling drastik, before takde org notice pun malah ramai tak suka, tapi boleh buat persembahan dgn sgt baik...
Ahmad Idham: Lawak pentas Maharaja Lawak dah ke naik satu tahap yang tinggi, bukan sahaja berlawak aje tapi dah pandai main lighting, prop, penggunaan pentas.
Saiful Apek: Peserta2 dah banyak peningkatan...

Peserta terkeluar minggu ke-4: Alex

Kesimpulan:

Tak sangka... mmg ada kejutan daripada peserta yg bawah2, cuma Amir je la... Jihan masih macam biasa... Jambu meningkat balik malah outstanding, Nabil, Sepah macam biasa still Top Player lawak tak hengat... Jozan dari segi idea mmg best tapi lawak kureng sikit. Man, Alex average... Balas... korang pikirlah sendiri...

Minggu ni Alex terkeluar... ramai orang tak puas hati sbb kalau dari segi konsistensi dan prestasi, Alex lagi ok dari Amir... pelikla sape undi Amir ni... perlu diingat markah undian SMS adalah 50% manakala 50% markah adalah dari juri, so kalau undian Amir rendah bagi minggu ni tapi persembahan dia bagus malam ni dia akan dapat markah yg tinggi dari juri... mcm Alex undian dia xdela tinggi sgt n persembahan dia malam ni pun so-so je so xleh buat apa markah dari juri kurang...

So bagi perserta yang dah dok tangga bawah2 tu, buatla yg terbaik tiap2 minggu agar dapat markah tinggi dari juri... Tiada ruang lagi utk korang buat silap... kalau tak bye bye lah jawabnya...


Ni merupakan undian pada pukul 12.30 pagi kira2 sejam lepas Maharaja Lawak minggu ke-4 habis... Jambu meluncur terus ke atas dengan 57%. Minggu ni mmg diorg deserve, rasa kalau minggu ni final dah menang dah Jambu... Nabil tempat kedua pun 16%... peserta favorite ramai Jozan pun yg sebelum ni 38% 40% dah turun ke no. 3 dgn 11%. Alex yg terkeluar mungkin undian 1% + dengan markah juri mungkin sikit, tu yang keluar tu... Mungkin Astero boleh paparkan sekali markah yg setiap peserta dapat daripada undian SMS + dgn markah juri so kita leh tgk sape yg mendapat markah tinggi di mata juri.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Jambu - ROTFLMAO
2. Nabil - ROTFLMAO
3. Sepah - ROTFLMAO
4. Amir - LMAO
5. Jozan - LOL
6. Man - HAHA
7. Alex - HAHA
8. Balas - HEHE
9. Jihan - HEHE

Korang setuju tak dengan ranking aku? Tak setuju takpaaaa masing2 kan ada pandangan dan selera masing2... It's a free country what... so kalau nak komen nak bagi pendapat masing2 dipersilakan tulis kat komen kat bawah... tapi kalau boleh jagalah bahasa ok... dan jgn la sampai nak gaduh2 semata2 pasal rancangan ni, Malaysia ni kecik je gaduh2 pun tak guna... sampai di sini sahaja... babaiii

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom  

24 ulasan:

  1. sien jozan ~~ haha

    BalasPadam
  2. saya kurang setuju dgn pendapat awak ttg Man..bg saya, saya boleh ketawa dan boleh paham dgn lawak dia tu..

    x kisah la kan..itu pendapat peribadi memasing..lain org, lain selera..kan? kan? hehehe

    BalasPadam
  3. yes, sy agree this week jambu the best.
    but jozan, sepah n nabil pun best jugak.
    <3 dorg yg best² ni. hehe

    BalasPadam
  4. apa masalah dengan free country? Kalau no free, tak boleh luahkan pendapat sendiri kat blog orang ke? Lagipun ini cuma rancangan lawak sahaja, tidak melibatkan negara apa pun..

    BalasPadam
  5. absolute agree ngn ulasan awk.. saya ltk blog awk dlm fav link saya... sng nk tgk minggu3 ulasan... tkper kn... :)

    BalasPadam
  6. @Tanpa Nama #1 & @ahmad faezi
    Tula mmg minat Jozan, tapi minggu ni kureng sikit... dia kena bawak lawak dia cam biasa kene berinteraksi sesama sendiri... jgn bercakap dgn org halimunan secara solo... plus markah dia kurang sikit pasal ada lawak yg berunsur agama... kalau boleh elakkan sbb boleh mencetuskan rasa ketegangan... ada yg boleh terima ada yg tak boleh... tgk jelah komen kat youtube tu. sbb tu jugak Amir aku letakkan kat atas dia sbb penonton lagi responsive kat persembahan Amir.

    @my.mastura
    Saya pun faham dan ketawa dgn lawak dia, tp respon dari penonton agak kurang... seperti yg saya cakap kat atas tu ada yg faham ada yg tak faham... kalau boleh lawak ni biar semua org faham...

    @Tanpa Nama #2
    Sama la dgn saya this week Jambu 1st, but yg lain2 pun bukannya tak bagus, lawak juga... kalau tgk ranking saya cthnya mcm Sepah walaupun saya letak no. 3 tapi dia punya meter lawak tetap no. 1 iaitu ROTFLMAO... rujuk meter lawak kat atas...

    @Tanpa Nama #3
    Yelah xde masalah pun dgn free country... nak tulis pendapat masing2 tulis je kat komen saya tak kisah pun... cuma org bila dah tak suka dgn pendapat org lain kebiasannya jadik emosional, mula la nak marah2 gaduh2 keluar perkataan yg tak elok... kita berdiskusi cara elok2 k

    @merryground
    Thank u very much... boleh je...

    BalasPadam
  7. jozan sangat hebat ajuk2..bagi la artis mane pn, sume menjadi..hahhaha

    BalasPadam
  8. @ahmad faezi
    Haah tu mmg kelebihan jozan, mengajuk, lawak spontan, kenakan orang...

    BalasPadam
  9. yup!!setuju..tp jozan lawak jgk minggu ni dan keluar dr kebiasaan dyorg..hihi..juz pndpt...2 sbb undian menurun kot coz zizan selekeh mcm nepal jual karpet dah tgk..hahah...btw...sye setuju dgn ranking yg awk buat...hee~ i love jozan....

    BalasPadam
  10. @acigha
    Rasa undian Jozan tak menurun, cuma undian Jambu tetiba naik mendadak masa persembahan diorg minggu ke-4, tu yg nampak mcm undian Jozan turun tp sebenarnya tak... kalau tgk sekarang kat website Astro Maharaja Lawak undian Jozan dah 1st balik dah

    BalasPadam
  11. smua peserta best melainkan yg 2 terkeluar awl tu....nsib la diorng da kluar awl2....

    BalasPadam
  12. @Tanpa Nama #4
    Kalau nak ikutkan semua peserta boleh jadi best... yg penting content dan cara penyampaian... kalau underdog sekali pun tp content dan penyampaian mantap still boleh naik...

    BalasPadam
  13. @Psychic Zero
    huhu..uwaaaa...xleh nak komen lelebih....sbb xdpt tgk..huhu....dpt tgk ulangan pun...smpi part nabil je..pastu...de kje len nak buat...sepah, jozan, nabil, amir, jihan...sempat tgk...yg lain xsempat...tp, pd sy...Nabil....mmg kreatif..!!jozan plak..pd sy..mcm xbaper patut je wat lawak camtu..de ke patut zizan takbir..tangan letak kat telinga mcm tu...mcm xbaper sesuai lah...mcm johan...lawak pun..tp, still takbir dgn betul..amir plak..mmg terkejut..!!tp, asben kata...bukan idea dia tu..mesti de org cucuk dia suh wat camtu..wallahualam...yg lain2 xleh nak komen..sbb xsempat nak study lg..huhu...neway, keep it up bro..mmg best ulasan ni...

    BalasPadam
  14. Emm,,kalau saya ada kuase tentukan kedudukan peserta- 1.nabil 2.sepah 3.jozan 4.jambu..tp tak kisah asalkan adil 50undi50juri...
    Tapi kalau nak kata jozan persenda agama tu mungkin sebab ramai yg takpaham apa yg nak disampaikan joza.kena tengok lg sekali baru tau sebenarnya itu bukan persendakan agama,,,
    Yg patut kena highlight bukan jozan tp man sebab dia sebut La ila,,,,tak habis,,mungkin sebb man xfemes mcm jozan somorg xnampak kesilapan dia

    BalasPadam
  15. @ainndz
    Tq again 4 ur support. Ulangan byk kali ulang kat astero warna, tak pun tgk je kat utube tu hehehe. Pasal Amir tu mungkin jugak ada orang bagi idea kat dia sbb lawak dia mcm lain daripada yg biasa dia buat... ntah2 peserta Maharaja Lawak yg lain jugak yg bagi idea kot.

    @Tanpa Nama #5
    Pasal yg cakap Jozan persenda agama tu, pada pandangan saya seperti yg saya ulas kat atas tu, mungkin dia takde niat nak persenda agama... tapi kalau boleh elakkan terus daripada buat lawak pasal agama sbb masyarakat yg terdiri daripada mcm2 background ni boleh buat tafsiran macam2, tak pasal2 kita bergaduh pasal ada yg marah ada yg backing... cuba kalau dia tak buat lawak pasal agama rasa takde pun org nak bising2, peminat jozan pun xperlu nak backing2. senang citer cuba elakkan di masa akan datang... yg pasal Man tu mmg saya dah tegur dan highlight kat ulasan saya kat atas tu.

    BalasPadam
  16. pe yg lwk nye psal amer??
    sbb kutuk juri ke?

    xtw nk gelak utk ape...

    BalasPadam
  17. AKU NAK KOMEN PSL JURI LA..AKU TGOK APEK KLU BAGI KOMEN PUNYE LA SKEMA..YE LA SBB SEBARIS NGAN PENGARAH2 FILEM HEBAT,MESTILA NAK TUNJUK PROFESIONAL DLM MEMBERI KOMEN..TAPI TAK BEST LA..APEK TAK JADI DIRI DIA SENDIRI..SKEMA NAK MAMPOS!! JADI KESIMPULANNYA..JADILAH DIRI SENDIRI..OK APEK!!

    BalasPadam
  18. aku setuju dari A-Z ulasan blog ni tentang ML mnggu 4.... terbaek punya ulasan and pandangan...

    BalasPadam
  19. @Tanpa Nama #6
    Ada yg suka ada yg tak suka... Even Jozan pun ada jugak yg suka ada yg tak suka... Lawak tu subjektif ikut orang...

    @Tanpa Nama #7
    Setuju juga... apek perlu kasik komen yg membina dan ada isi cam Mamat Khalid dan Ahmad Idham, tapi xleh nak salahkan dia jugak sbb dia pelawak yg lagi 2 tu pengarah, diorg lebih tahu camne nak kritik... tapi kalau bro marah pun jgn la guna bahasa yg kasar2 xbaik huhuhu

    @Tanpa Nama #8
    Tq very much

    BalasPadam
  20. ML riLy a gud show coz its give us new humour..huhu..

    walaupn ade lawak2 yg mmg x jadi but then itu lah sbnarnye yg menambahkan warna ML ni.. huhu..

    yg pasti lepas ni Jihan n Amir n Man n Balas akan seorang demi sorg tersingkir bcoz juri2 xkan gunakan imuniti utk dorg..:)

    BalasPadam
  21. @Alessandro Azirul
    Betul bro sekali lagi sy bersetuju dgn anda punyer komen... Sometimes ada lawak tak jadi, kesilapan skrip dan benda yg spontan terjadi tp sometimes benda2 yg tu la jugak yg buat kita gelak...
    Sy pun terfikir imuniti juri mungkin hanya akan digunakan kalau Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu terkeluar sbb diorg berempat ni dah layak ke final...

    BalasPadam
  22. i can imagine yg mamat khalid n ahmad idham dan plan sumthing big utk geng2 ML ni.. trilogi n prequeL semue ade kot nnt..

    pepun im njoying ur bLog..keep it up..

    ketawa itu senaman mental..:)

    BalasPadam
  23. bias ko nabil la lu bro...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...