Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2011

Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru2 ini telah mengeluarkan draf cadangan bagi penubuhan Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia (Board of Computing Professionals Malaysia). Asas penubuhan lembaga ini adalah sama seperti lembaga2 kerjaya yang lain seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan lain2. Antara fungsi lembaga2 seperti ini adalah menaikkan martabat bidang masing2 serta mereka yang terlibat dalam bidang tersebut, bertanggungjawab dalam pendaftaran ahli professional dalam bidang masing2, juga sebagai pengawal tata kelakuan bagi mereka yang terlibat dalam profession mereka di Malaysia.


Berikut merupakan draf cadangan bagi penubuhan Bil Pengkomputeran Professional 2011 / Computing Proffesionals Bill 2011 (CPB2011) yang dipaparkan di laman web MOSTI. Kalau nak yang Bahasa Melayu pun ada, boleh bukak kat sini, tapi ayat tunggang langgang sebab ia just direct translation guna Google Translate.
COMPUTING PROFESSIONALS BILL 2011 (DRAFT)

Aku sebagai salah seorang yang mempunyai kerjaya dalam dunia pengkomputeran amat bersetuju dengan penubuhan lembaga ni. Dah lama sangat bidang kerjaya ICT ini sebenarnya di pandang rendah berbanding profesion lain, biarlah seseorang tu merupakan segelintir daripada rakyat Malaysia yg Oracle Certified. Bagi orang luar, kerja IT ni sama je, dok baiki pasang komputer, buat website, main Internet, tukang install software, tukang betulkan formula Excel dan lain2. Kalau mak bapak kita tanya nak jadik apa, kita jawab doktor, fuuh bangga... nak jadik jurutera, fuuhhh i'm proud of u son... nak jadik cikgu, bagus anakku... cuba ckp nak jadik programmer, atau IT Executive... dahi berkerut2 sambil berkata, ko biar betul nak, dah fikir masak2 ke? Bidang IT ni takde masa depan... lagipun dah berlambak2 sgt graduan IT kat universiti, itupun ramai lagi yg menganggur. Takpun bila jumpa kawan lama, kita tanya kerja apa sekarang? Aku doktor kat HUKM, or aku engineer oil & gas keje kat Petronas, or aku sekarang keje arkitek tengah design Menara Warisan Merdeka 100 tingkat tu... waaah hebat ko sekarang... then ditanya balik, ko pulak kerja apa... aku keje IT je... ooooooo IT... dan perbualan senyap seketika...

Ramai sebenarnya yang tak tahu profesion IT ni byk cabang dan byk kelainan antara satu sama lain mcm Network Engineer, System Developer, Web Programmer, Database Admin, System Admin, Data Center Admin, System Analyst, Security Engineer, Backup Engineer, ICT Trainer, tu belum yang lebih niche mcm HP-UX Expertise, SAP Consultant, C++ Developer dan lain2.

So dengan adanya badan yang khas bagi profesion ICT tu sendiri, secara tidak langsung ia lebih mengiktiraf sendiri kerjaya aku dan beratus ribu orang yg terlibat dalam industri ICT ni. Kalau Jurutera ada yang mendapat gelaran Ir., Arkitek ada gelaran Ar., aku cukup bangga kalau ada salah seorang pakar ICT dalam Malaysia yang mendapat pengiktirafan Cr., ITr. or whatsoever. Malah tak mustahil sekiranya Malaysia akan ada agensi khas bagi ICT seperti Jabatan ICT Negara, sama seperti Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Audit Negara, dll dan mungkin juga akan ada Kementerian ICT sendiri. Ia secara tidak langsung menaikkan martabat kerjaya IT itu sendiri di kalangan masyarakat di negara kita.

Tapi yelah, dengan adanya badan yang mengawal selia ICT ni, sape2 yg terlibat dalam Critical National Information Infrastructure (CNII), nak tau boleh check sini, perlu berdaftar sebagai ahli dan perlu ada kelayakan formal seperti sijil, diploma or degree in IT/ICT/Computer Science, professional certificate seperti CCNA, LPI, RHCE, OCA, ITIL atau lain2. Mungkin draf perlu lagi diperhalusi dan ditambah baik lagi, tapi apa yang aku lihat, ramai gila orang menentang penubuhan badan ni dengan macam2 alasan yang dangkal dan menjelekkan terutama masa Open Day Board of Computing Professionals Malaysia kat MOSTI tempoh hari, dan kebanyakan orang yang menentang ni the so called Computing Professional, kecoh dan menggelabah nak mampus. Antara alasan2 penentangan:

  • Akan membantutkan inovasi, idea dan kreativiti dalam industri ICT.

    - Celah gigi mana yg membantutkan inovasi, CPB ni hanya disyaratkan pada CNII. Senang cerita ia hanya melibatkan sektor awam dan juga sektor kritikal seperti perbankan, tenaga, komunikasi dan lain2. Kalau setakat nak buat website sendiri ke, syarikat ke, design network cyber cafe ke lantak korang la.

  • Bill Gates, Steve Jobs, Mark Zuckenberg whatever tu takde kelayakan apa2 degree ke, diploma, sijil, cert dalam IT tapi boleh je berjaya

    - Kat sini pun kalau korang ada SPM je pun hatta budak sekolah, buat software sendiri, bukak bisnes, dapat jual laku, boleh jugak berjaya, tak perlu berdaftar dengan BCPM pun. Tapi at the end kalau nak masuk dalam sektor CNII ni, kenala ada kelayakan. Even Bill Gates walaupun dia takde degree, tapi dia nak ambik pekerja dalam Microsoft mesti dia tengok kelayakan jugak koooot... Korang pun kalau ada syarikat besar sendiri pun, nak ambik DBA mesti tengok dia ada kelayakan jugak koooot... kalau dia ada pengalaman 10 tahun dalam Oracle sekali pun tapi kelulusan setakat SPM, korang nak hire ke?

  • Saya takde apa2 kelayakan formal, tapi saya dah kerja 10 tahun dalam industri ICT, adakah saya tak dikira professional kalau tak dapat pengiktirafan daripada BCPM?

    - Wow, 10 tahun pengalaman, tapi takde kelayakan apa hatta sijil komputer sekalipun? Pengalaman apa 10 tahun, Linux? Sekarang dah kerja? Apa susah, ambik je la LPI ke, RHEL ke, etc. Kata pengalaman 10 tahun, takkan nak amik cert pun tak boleh kooot. Takde duit? Orang lain pun mcm tu juga, pinjam PTPTPU nak amik diploma, degree kat universiti. Takkan dah kerja 10 tahun pengalaman takde duit kot nak amik cert... Oklah taknak jugak, so tak payah la kerja dalam sektor CNII.

  • Akta ini akan membunuh komuniti Sumber Terbuka di Malaysia

    - Tang mana pulak dikatakan membunuh komuniti open source ni. Dalam draft tu takde sebaris ayat pun yang menyatakan penghalangan atau penghapusan sebarang komuniti open source. Sesapa nak guna open source tu guna lah takde masalah pun. Kalau ada yg pakar open source lagi bagus, but then daftar la dengan badan ni, at least korang boleh menyumbang something pada CNII dengan kepakaran korang.

  • Dengan adanya akta ni, ahli yg berdaftar mungkin boleh kena denda dan juga hukuman penjara.

    - Dah ada yg buat tahi, takkan nak lepas mcm tu je? Dah tentu la ada hukuman. Dahla CNII ni merupakan aset yg berharga dan kritikal buat negara, dah dapat projek, lepas tu salah guna kuasa, bocor maklumat dan rahsia negara yg boleh mendatangkan kemudaratan, kalau yg keje utk bank tu, disebabkan kecuaian menyebabkan hilang berjuta2 duit pelanggan, atau dapat maintenance contract penyelenggaraan PC, mula2 OK, 3 4 bulan lepas tu hilang tak nampak batang hidung. At least dgn adanya akta ni semua buat kerja dgn lebih jujur, amanah dan cekap.

  • Saya takde apa2 kelayakan, tapi saya tere gila buat sistem, game, application android, adakah lepas ni saya boleh kena hukuman sbb buat program tapi takder kelayakan.

    - Buat la program hape ke, game ke, website ke, portal jual beli ke, apa2 ke, selagi benda yg korang buat tu takde kaitan langsung dengan CNII apa ada masalah?

  • Paling karut - Akan menyekat kebebasan suara sbb lepas ni apa2 berkaitan ICT walhal tulis blog pun kena register dengan kerajaan, malah nak hantar email pun kalau tak berdaftar akan dikenakan tindakan (aku ada terbaca kat blog mana ntah, kalau ada link lagi best)

    - Satu lagi alasan yang bebal. Ini akta bagi Computing Professional, bukan akta menyekat kebebasan bersuara kat Internet or whatsoever sampai nak tulis blog pun kena daftar. Lagipun blogger ni kerjaya profesional kah? Dan takkan la nak hantar email pun kene daftar dgn badan ni? Cara diorang membuat kesimpulan mcmlah diorang je yg cerdik pandai, orang2 yg membuat draf ni semua bodoh? Ahli panel yg buat CPB ni semua org yg bijak2 belajar tinggi2... Takkan la diorang ni bodoh sangat pun sampai blogger2 bangang ni boleh buat rumusan yg cam tahap budak tadika? Hmm aku mintak la mana2 blogger atau orang yg tak terlibat dalam profesion IT ni tak payah la nak ulas2 pasal benda ni, tak berkaitan pun dgn hidup dan mati korang.

Ada mcm2 lagi alasan bodoh tapi aku maleh nak ulas semua. Kesimpulannya, bill ni masih lagi draf dan masih ada ruang untuk diperbaiki. Ini tidak belum apa2 dah tolak dah bantah, buat petition, buat group kat facebook. Yang dok bantah tibai2 tu baca ke tak draf tu? Aku tahulah orang2 zaman sekarang ni, sikit2 bangkang, sikit2 bantah, tak puas hati demo, semua benda ada je yg tak betul, tak puas hati, carik kesalahan orang. Korang je ke yg betul dan mulia, orang lain salah? Daripada dok bangkang2 tak tentu hala tak tahu hujung pangkal, apa kata bersama memberi cadangan dan idea yg bernas dalam penubuhan badan ni. Sampai bila lagi kerjaya ICT ni nak dilihat sebagai longgokan sampah sarap. Dahla yang ada kelulusan tu berlambak sampah sarap, tambah lagi yg takde kelulusan. Berapa ramai yg memilih bidang IT sebagai pilihan pertama dalam borang kemasukan Universiti? Berapa byk website jabatan kerajaan yang dah kena hack sbb guna Joomla yg selalu ada security threat tu? Dahla tu, ownernya pun ambik tak peduli pun nak buat security patch. Berapa byk database kat jabatan kerajaan yg designnya macam longkang. Berapa byk vendor2 yg byk buat taik sbb buat sistem caca marba tak ikut flow dan prosidur yg mempunyai sikap "Asal boleh jalan sudah", tapi dia punya code tunggang langgang. Patut semua yg byk tinggalkan tahi dan nama busuk pada industri IT ni dilarang sama sekali untuk menjadikan computing ni bidang profesionalisme mereka, sama seperti seorang doktor yang cuai dalam kerjaya2 atau seorang arkitek membuat design bangunan yg salah dan menyebabkan kebahayaan pada orang ramai.

Lastly paling aku hairan, apa ke hal Tony Pua DAP dgn MCA ni sibuk2 pasal penubuhan badan ni? Korang ni kerja dalam bidang IT ke???

Jumaat, 8 Julai 2011

Perhimpunan Ber... Sigh...

Kalau jadi esok, 9 Julai 2011 merupakan tarikh untuk segelintir rakyat Malaysia berhimpun kat KL untuk perhimpunan yang dinamakan BERSIH 2.0.


Siap ada video promo lagi...


Jadi apa sebenarnya tujuan Bersih 2.0 ini? Daripada laman web rasmi bersih, ada 8 tuntutan iaitu:
  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam  
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor
Nak tau lagi detail tengok la kat website dia tu... aku maleh nak copy paste. Plan asal perhimpunan ni adalah untuk menghantar memorandum 8 tuntutan ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Perhimpunan Bersih 2.0 kali ini diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan. Dapatlah sambutan segelintir rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk Cina, India dan golongan paling ramai iaitu Melayu. So siapa sebenarnya Ambiga ni? Korang baca la sendiri dekat wiki ni. Tak paham Bahasa Melayu? Bacala kat wiki omputih ni. OK dah kenal dia siapa? 



Kalau tengok kat video kat atas, Ambiga ada cakap (minit ke 2:46) yang ia tidak langsung agenda politik. Alo kawan... yang ko buat tuntutan macam2 tu bukan pasal politik ke? Dengan menggunakan Artikel atau Perkara 10 Fasal (1)(b) dalam Perlembagaan Malaysia, mereka menggunakannya sebagai alasan untuk meneruskan perhimpunan ini:

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Tapi berdasarkan perenggan di atas - ia masih Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4):


(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Perhimpunan ni plan asal nak buat kat atas jalanraya tengah2 KL, berkumpul dekat SOGO, DBKL dan Masjid Kg. Baru kemudian berarak ke Istana Negara untuk hantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kalau tengok kat map kat bawah ni tak ke jauh nak berjalan kaki ramai2 tu.

Legend: A - Masjid Kg. Baru, B - SOGO, C - DBKL, D - Istana Negara


View Larger Map

Seriously, berapa ramai korang nak kumpulkan orang untuk perarakan ni? 10,000? 50,000? 100,000? Sejuta? Dok jalan kaki ramai2 pergi Istana Negara... Ambiga dan penganjur boleh jamin ke keselamatan orang2 awam lain? Boleh beri jaminan ke ia berjalan secara aman dan tak mengganggu ketenteraman awam? Kat stadium tengok perlawanan bola pun boleh jadik rusuhan, baling mercun, bakar kerusi, pecah cermin kereta, gaduh sana sini... itu pun Polis dan FRU jaga, inikan pula perhimpunan jalanan. Cuba kalau polis buat bodoh je tak jaga, lagilah macam2 boleh jadi...

And again, seriously... Perlu ke angkut dan bawak beribu2 orang semata2 nak hantar memorandum pada Yang di-Pertuan Agong? It just a piece of paper OK? Berat sangat ke memorandum tu kena bawak ramai2? So lepas tu kata nak kena tukar dekat Stadium Merdeka. OK tujuan asal nak bagi memorandum kat Yang di-Pertuan Agong, so kalau dok berhimpun kat stadium tu sampai ke matlamat nak bagi memorandum tu? Baik dok rumah je lagi baiklah. 

Daripada info yang diperolehi daripada emel berantai, disebabkan Bersih ni polis akan buat road block start dari malam Khamis sampai Ahad dekat jalan2 berikut:

1) Putrajaya to KL
2) Towards Kajang toll from Bangi
3) Jalan Enggang towards AU2 and AU3
4) From Damansara toward Penchala
5) Αfter Bukit Jelutong/Shah Alam traffic into Kampung Subang
6) Damansara toll to Kayu Ara
7) Subang airport road
8) Jalan Haji Sirat to Taman Sri Pekan
9) Klang
10) In front of Monash University
11) Τowards Cyberjaya
12) Jalan Kampung Pandan into KL


Polis akan set up juga 58 road block pada Jumaat malam Sabtu. Beberapa jalan juga akan ditutup iaitu:

1) Lebuh Ampang
2) KLCC
3) Bank Negara
4) Dataran Merdeka
5) Sogo
6) Chow Kit
7) Menara Sultan Ismail
8) Masjid Negara
9) Jalan Raja Chulan
10) Jalan Ipoh
11) Sentul
12) Jalan Tuanku Abdul Rahman
13) Jalan P.Ramlee
14) Jalan Bandar
15) Subang Jaya ( Near Segi )
16) Sunway Pyramid and Subang Parade
17) The Federal Highway
18) LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
19) The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan


So terima kasih Ambiga, terima kasih bersih, terima kasih polis. Anda telah menyusahkan beratus2 ribu penduduk sekitar Lembah Klang... event pada hari Sabtu semua kena batal, operasi pejabat, pasaraya pada hari Sabtu di KL semua kena tutup, ekonomi pada hari Sabtu kat KL jadik lembab, majlis perkahwinan tak ramai orang nak datang. Semua orang malas nak keluar rumah.

Aku bukan penyokong mana2 parti politik, tapi aku sangat neutral. Kedua2 pihak aku dengar, dan tak semua kedua2nya betul, tak semua kedua2nya salah. BN nampak macam tak ramai je sokong, tapi bila pilihanraya menang. PR nampak macam ramai gila yang sokong, tapi bila pilihanraya kalah. Adakah 100% sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tu salah? 


Korang buat perhimpunan ni pun belum tentu menang pilihanraya. Aku ada cadangan yang lebih baik daripada berhimpun ramai2 tak tentu arah jalanraya tu. Majoriti penyokong BN adalah generasi lama dan tua, manakala majoriti penyokong PR adalah generasi baru dan muda. Kalau nak diikutkan dari segi bilangan, mmg ramai lagi yang menyokong PR sekarang ni, tapi adakah generasi muda ni pi mengundi? Kebanyakannya orang2 lama je yang rajin pergi mengundi, yang muda2 ni dok jerit, komen, merungut sana sini mengundinya tak jugak. Ada tu cakap je lebih tapi mengundi pun tak layak lagi. Apa kata kepimpinan2 parti politik ni, mana2lah.. fokus berkempen untuk mendaftarkan generasi2 muda ni untuk mengundi pilihanraya serta memberi pendedahan kepentingan dan bagaimana cara2 nak mengundi. Bukan dok sibuk upgrade line internet je, mmg le bebudak ni tak gi mengundi, baik layan Facebook, Youtube, online game, chatting, paling busuk pun mengundi untuk Akademi Fantasia atau Raja Lawak.

Dan satu lagi, pasal perhimpunan bersih ni, tujuannya untuk hantar memorandum. Aku cadangkan daripada angkut ramai2 orang yang kebanyakannya bukan orang KL pun, Ambiga dan para pemimpin yang lain boleh buat satu petition secara online atau manual dengan mengutip nama dan tandatangan orang yang menyokong tuntuntan2 tersebut. Masa setiap sesi ceramah kat dewan2 tu, ambik tandatangan. Aku yakin, korang leh dapat lebih byk sokongan daripada jumlah peserta yang nak datang perhimpunan bersih tu. Lepas tu cukup la 10 orang pemimpin utama Bersih, tak perlu ramai2 sangat, mohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong dan serahkan memorandum dan petition, aku percaya cara ni efektif, malah mungkin akan menambah sokongan kepada korang sbb takdela nak mencetuskan huru hara dalam negara kita. Sebab tu korang jadik pemimpin, jadik wakil rakyat. Korang adalah suara kepada rakyat yang telah diberi mandat untuk mewakili mereka. Kalau pemimpin nak heret sekali orang yg korang wakilkan tu, tak gunalah jadi pemimpin atau wakil rakyat. Kalau mcm tu penuh la parlimen semua rakyat pun nak join nak bersuara. Setahun punya persidangan pun tak habis.

Galeri foto gambaran KL dan perhimpunan Bersih boleh tengok kat sini

So perhimpunan dah habis... Macamana? Tercapai tak hajat nak bagi memorandum tu pada Yang di-Pertuan Agong? Tapi tak payah bagi memorandum tu pun, aku tgk kat berita Awani, Pengerusi SPR dah tau dan dah jawab pun mengenai tuntutan2 Bersih ni tadi. Aku tengok byk video yang menunjukkan polis menggunakan kekerasan, sembur air dan kasi gas pemedih mata...  pukul sana, heret sini, jerit sana, jerit sini. Dan banyaklah yg blame dan salahkan polis cakap polis ganas lah tak betullah... Yang Bersih ni pun satu... Dah tau polis dah bagi amaran, yang datang jugak buat apa? Memang kenalah... Samalah dengan Patriot ke, Perkasa ke, dan lain2 perhimpunan poser... Dan korang pun tak boleh nak salahkan sangat polis tu... Ingat diorang pun suka sangat ke buat kerja tu? Pukul, terpekik terlolong kat orang awam. Cuba korang duduk kat tempat diorang jadi polis? Tulaaa jadik polis tak nak, so jgn la mengutuk2 sangat orang yang terpaksa jadi polis ni. Kalau time ada jenayah perompak masuk rumah kena ragut, polis jugak korang carik. Memang la ada jugak polis yang kurang cekap... Kalau korang rasa korang cekap pergila jadik la polis. Ingat, polis2 ni hanya "Saya yang menurut perintah". Perintah sape? Menteri... tapi menteri2 ni pun "Saya yang menurut perintah". Perintah sape? Sendiri mau ingat lah. 

Yang aku nampak, Bersih ke, Patriot ke, Perkasa ke, Polis ke kebanyakannya Melayu + Islam. So sama2 tibai masing2, maki sesama sendiri, even dekat Facebook pun aku tengok dari elok2 kawan dari satu sekolah, satu universiti, satu tempat kerja, disebabkan fahaman politik yang berbeza terus bergaduh dan putus saudara. Sorang maki kau bodoh, sorang maki kau bangang. Aku Malu laaa! Sedih! Tak puas hati? Tak perlu la bergaduh, tak perlu berdemonstrasi jalanan, tak perlu begitu taksub. Setel jela kat peti undi OK? Tapi daftar la dulu mana2 yang belum daftar tu ye. Aku tgk iklan SPR, ada 3.9 juta warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang layak mengundi tak mendaftar SPR lagi. Ada tak di antaranya yang pergi perhimpunan tadi? 3.9 juta tu banyak tu, boleh mengubah sesuatu. So kalau belum daftar, daftar dulu, lepas tu mengundi, habis undi gi minum teh tarik sama2 kat mamak, tak kisah la ko parti ayam ke itik, lepak sama2 ketawa sama2 kan bagus...

Sedikit sebanyak gambar / foto warna warni sepanjang perhimpunan Bersih 2.0: 

Jalan KL dah mula jem sejak malam disebabkan banyak roadblock dan jalan kena tutup

KLCC pun kena tutup jugak...

Taklimat pagi untuk anggota polis

Jalan kena tutup... pagi masing tenang di ibu kota

Pelancong angkat beg larikan diri dulu

Jalan KL sesak teruk...

Beberapa peserta Bersih 2.0 melakukan solat hajat di Masjid Negara

Kelihatan peserta Bersih mula keluar dari Masjid Negara untuk pergi berarak

Jalanraya di ibukota sudah mula dibanjiri peserta perhimpunan

Dekat Petaling Street pun ramai orang... King mesti marah ramai orang langgar kawasan dia

Beberapa peserta sempat bersolat secara berjemaah di kawasan berumput tengah ibukota

 Pasukan FRU sudah bersedia untuk menghadapi tentangan daripada peserta perhimpunan

COOL gila uniform, helmet dan mask FRU... cambest je pakai

Di lokasi yang berlainan, kumpulan Patriot pun nak join langgar kawasan

Bagusnya ayat...budi bahasa budaya kita...

Di lokasi yang berlainan juga, sekumpulan orang yang ketuanya tidak berbaju nak cari orang yang berani langgar kawasan diorang. Jangan sampai Abang Long Fadil turun sudah...

FRU vs orang awam

Sedia semua??? Rapatkan barisan...
Mula! Bom asap

Semburr lagi...

Kan dah kena tangkap

Siap koyak baju lagi

Perempuan pun kena tarik jugak... Kesian makcik ni... tapi nak salahkan polis takleh juga... diorang hanya buat keje dia... Kalau makcik ni, warga tua sanggup turun medan perang, diorang pun mesti dah bersedia untuk hadapi apa jua risiko yang bakal dihadapi.

Patriot baju merah pun tak lepas jugak... lock leher dia kita smackdown

Khairy Jamaluddin a.k.a KJ pun kena sembur dan tangkap jugak...

Kesian Ambiga cedera kena papah dgn bodyguard dia...

Polis angkut ramai2 naik lori polis peserta yang diorang sempat tangkap

Tu yang kat tengah tu macam budak je lagi... dah layak mengundi ke belum?

Semua tahanan Bersih di ambil keterangan dalam suasana yang aman damai... Macam open interview kat Career fair pulak.

Bestnya kena tahan, siap makan free macam kenduri kahwin lagi... 

Khemah untuk tahanan bersolat pun disediakan...

Ok perhimpunan dah tamat... jom kita balik... siap bersalam lagi polis dan peserta perhimpunan... pagi kita gaduh, petang kita kawan...


So Bersih 2.0 dah tamat. Ada beberapa t-shirt berkaitan post-perhimpunan yang sangat KooL... Leh check kat sini http://ijaicool.blogspot.com/2011/07/t-shirt-kool-untuk-dijual.html


Rabu, 6 Julai 2011

KFC? Oh No!

Anda suka makan KFC? Teringin nak makan Snack Plate Hot & Spicy, Cheezy Wedges dan juga Zinger Burger? Think twice... at least for now...



Aku pun nak kata suka sangat tu tak la... tapi once in the blue moon ada la jugak makan KFC ni. Tapi baru2 ni dalam sehari dua lepas ada kawan2 Facebook share pasal rakaman video pekerja KFC a.k.a Kentucky Fried Chicken, tidak tahu cawangan mana, mengesat2kan ayam goreng (original atau hot & spicy) yang belum dimasak yang baru sahaja dilumur dengan tepung dekat tapak kasut.



Kemudian hari ini ada orang share lagi video kakitangan KFC jugak, kali ni diorang memerah kain lap sisa2 minyak ke dalam bekas goreng ayam, daripada perbualan mereka tempat goreng ayan hot & spicy.


Aku tidak tahu apa motif mereka2 ini berbuat demikian, tetapi bagi aku kemanakah moral anda sebagai seorang manusia? Dan aku percaya yang buat itu adalah orang yang sebangsa dan seagama denganku. Daripada percakapan mereka, "Ini yang tadi belum yang tadi tadi lagi", nampaknya mereka sudah lama membuat aktiviti yang terkutuk ini tanpa sebarang rasa bersalah. Dan seperti video yang pertama, kemungkinan berlaku oleh orang yang sama dan di cawangan yang sama. Ada jugak kedengaran suara orang perempuan, kemungkinan rakan sekerja yang menegur perbuatan mereka tetapi hanya digelakkan oleh para belia tersebut.

Masalah masalah... inilah masalah moral dan etika yang melanda anak muda dan generasi muda kini. Ini yang kita nampak sebab ada rakaman video, yang lain2 yang kita tak nampak? Mungkin ada yang meludah dalam Big Mac yang kita makan, yang menjual pada kita ayam goreng yang dah jatuh kat lantai, yang mengumpul kuah sate bekas dan sisa orang makan untuk dijual semula pada pelanggan, memasak nasi goreng sambil hisap rokok... itu baru masalah moral di kedai makan, belum lagi kes 3gp melayu yang berlambak2 kat internet...

Berkemungkinan juga budak2 unmatured a.k.a tak matang a.k.a bawah umur ni sengaja nak jatuhkan biznes atau sabotaj KFC sebab siap rekod lagi video dan sebarkan. Aku harap budak2 nakal ni dapat berubah... Ingatlah kalau anda buat jahat pada orang, satu hari mungkin orang lain akan berbuat jahat pada anda... Yang makan KFC tu pulak kebanyakannya orang Islam, orang Melayu, ahli keluarga anda, saudara mara anda, rakan2 anda... Kenapalah busuk sangat hati sampai nak buat dajal pada orang lain? Kalau ditakdirkan pula yang makan makanan kotor anda tu terkena penyakit yang teruk dan meninggal, adakah anda boleh senyum lagi ketika itu? Adakah anda rasa ia tidak akan dihitung di hari pembalasan kelak?

Kepada yang berkenaan, buatlah pengakuan terbuka dan meminta maaf kepada masyarakat... Aku yakin masyarakat boleh memaafkan korang. Ingatlah kalau masyarakat tak maafkan korang terutama yang dah termakan air tangan korang tu... Nescaya hidup korang takkan aman dunia akhirat. Korang dah elok2 diberi kudrat, tubuh badan dan akal yang sempurna untuk bekerja, bila dah dapat kerja buat benda2 yang bukan2... Tau tak ramai lagi penganggur2 kat luar sana yang berebut2 nak duduk kat tempat korang yang boleh buat kerja dengan betul dan amanah. Kepada pihak pengurusan KFC, saya harap pihak anda dapat menjalankan penyiasatan ke atas perkara ini dan mengambil tindakan kepada pekerja yang berkaitan agar dapat menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka dan orang lain. Janganlah kerana setitik nila habis rosak susu sebelanga. Fikir2 dan renung2kanlah...

*** UPDATED 11 Julai 2011 ***

Pada 6 Julai 2011, Pengarah Operasi Restoran KFC, En. Mohammad Alwi dah mengeluarkan kenyataan rasmi dari pihak KFC berkenaan insiden ini. Boleh rujuk kat video di bawah. Cuma aku rasa terganggu sedikit badan dia asyik goyang2...

Rabu, 15 Jun 2011

Portal Malaysia Berdepan Ancaman Serangan Cyber

Seperti yang mungkin ramai dah yang tahu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghantar surat arahan rasmi kepada semua pembekal Internet atau ISP di Malaysia seperti TM dan Jaring di bawah Section 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 untuk memblock beberapa laman web terutamanya laman web yang yang digunakan untuk file sharing. 10 website yang kena block adalah:

1. http://www.warez-bb.org
2. http://www.thepiratedbay.org
3. http://www.movie2k.to
4. http://www.megavideo.com
5. http://www.putlocker.com
6. http://www.depositfiles.com
7. http://www.duckload.com
8. http://www.fileserve.com
9. http://www.filestube.com
10. http://www.megaupload.com

Aku pernah ada akaun kat Megaupload satu ketika dulu, share dengan kawan2 ofis... Website2 ni kalau ada akaun dia, download rate mmg laju gila... puas hati. Aku jugak pernah ada akaun Hotfile dan Rapidshare, tak tau kenapa tak termasuk dalam list tu. Setakat ini ada lagi ISP yang dah block website2 tu dan ada juga yang masih boleh access. Sama ada patut atau tidak laman2 web ni disekat aku tak leh jawab sebab ia dah termaktub dalam undang2 dan akta yang telah digubal. Lagipun Kerajaan pernah mendapat surat amaran daripada Paramount Studio kalau tak silap kerana aktiviti download mengdownload filem2 secara illegal ni lah yang selalu dilakukan oleh rakyat negara kita. Kadang2 memang rasa tak puas hati jugak sbb tak dapat la nak download movie ke lagu ke dari website2 tu, tapi nak buat mcm mana...

Tapi walaupun website2 ni ke block, banyak lagi website file sharing lain yang ada kat Internet ni yang boleh orang gunakan. Dan banyak juga cara2 yang boleh digunakan dan akan digunakan untuk bypass blocking ni mcm guna proxy, VPN, Ultrasurf, anonymizer, tunneling dan lain2 lah... aku tak nak ajar korang cariklah sendiri... Cuma apa yg aku nak citer ia bukan berenti setakat ni. Tindakan kerajaan Malaysia untuk memblok2 website ni terutama website PirateBay.org dan WikiLeaks telah mengundang kemarahan daripada sebuah organisasi Hackers antarabangsa yang bernama Anonymous telah melancarkan Operation Malaysia dengan menghantar cabaran dan amaran kepada kerajaan Malaysia untuk menghack portal www.malaysia.gov.my pada Rabu, 15 Jun 2011 7:30 PM GMT iaitu pada malam ini pukul 3:30 pagi! Image kat bawah merupakan surat cabaran yang mereka letak kat website mereka.


Video berikut pula mengandungi amaran mereka yang mereka postkan di Youtube. Kalau tengok kat komen2 kat Youtube, lebih ramai yang rakyat Malaysia yang menyokong tindakan Anonymous ni daripada yang membantah. (* Video asal dah diremoved oleh owner, so aku republish balik video yg diupload oleh user lain)


"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor."

Organisasi Hackers Anonymous ni sangat terkenal dan merekalah yang bertanggungjawab menghack website Sony, tapi menafikan mereka yang melumpuhkan Sony Playstation Networks pada bulan April yang lalu yang kemudiannya telah diakui dilakukan oleh kumpulan hackers yang lain iaitu LulzSec.  Adakah mereka akan berjaya? Tak tahulah, sbb Polis, Cybersecurity, MAMPU dan lain2 telah mengambil tindakan untuk menguat dan meningkatkan security ke atas sistem2 dan juga menjalankan penyiasatan berkenaan ancaman ini. Mintak2lah hackers ni tak berjaya. Kalau aku yang jaga server tu, tengah malam pukul 3 pagi aku cabut je kabel network kat server tu tak dapat la diorang nak hack pukul 3.30 pagi tu.
Lain2 perkembangan terbaru, beberapa website tempatan dah pun kena hack dan hack, salah satunya adalah www.tourmalaysia.com.my. Ni bukan website official Tourism Malaysia, yang official kat www.tourism.gov.my. Ni mungkin website salah satu agensi pelancongan yang ada kat Malaysia.


Kumpulan yang bertanggungjawab untuk hack dan deface website ni adalah Rilekscrew, kumpulan Hackers tempatan yang aku cerita sebelum ni hack akaun facebook Heliza Helmi dan Linda Onn. Aku ada jugak post jugak kat Facebook diorang mintak diorang tolong defend sekali sistem2 kat Malaysia yg berkemungkinan boleh kena hack, tapi diorang lagi nak tolong hack ada lah huhuhuhuhu. Mungkin diorang pun bengang dengan tindakan kerajaan memblock website2 file sharing tu.

Lagi berita mengenai ancaman ini boleh tengok kat sini:

Bagi aku, aku tak menyokong tindakan hackers luar yg menyibuk2 hal negara kita, sebab tempiasnya mesti akan kena kat aku jugak sebagai orang yg menjaga network operation, tapi dalam masa yang sama, aku juga kurang senang dengan tindakan SKMM memblock website2 file sharing ni sbb ada byk jugak benda yg tak illegal yg boleh dikongsikan seperti ebook dan video pendidikan, slide2 presentation, research work paper, benda2 lain yang berilmiah... cuma ada ke yg nak download benda2 tu? Tapi yalah, kalau tindakan yg dibuat tu adalah untuk kebaikan rakyat dan kerajaan, aku pun takleh nak cakap apa, kita terima jelah dengan hati yang terbuka... Cuma yang aku risaunya, selepas Anonymous ni berjaya atau tidak untuk hack portal Malaysia ni, diorang akan hack pula website2 kerajaan yang lain dan website2 Malaysia yang lain, malah mungkin akan menyebabkan kumpulan hackers terutama hackers Indonesia untuk join serangan ni...

***** UPDATED *****

Kat berita TV, paper, Internet, Blogs semua mengeluarkan berita yang banyak laman web Malaysia dan kerajaan telah digodam a.k.a hack. Ada yang cakap 41 website, ada yg cakap 51, kat Buletin Utama lebih 90 website. Sebenarnya media ni telalu over-exaggerated. Takde banyak mana pun website yg kena hack, defaced or DoS oleh kumpulan Anonymous ni, yang diorang report website kena DoS sampai takleh bukak tu pun kebanyakannya bukan tak boleh bukak sbb kena attack tapi server tu sendiri didownkan oleh Admin bagi mengelakkan kena hack, tapi media report lebih2 pulak. Ni senarai website kerajaan Malaysia yang dikatakan antara yang telah dihack:


So kebanyakannya telah switched off server mereka, bukan kena DoS attack pun. Tapi tak taulah kenapa main website yang diorang nak attack www.malaysia.gov.my masih takleh bukak lagi... takkan lama sangat tutup kot. Dan satu lagi yg sibuk2 nak hack asalnya kumpulan Anonymous je, ni ada pulak kumpulan hackers tempatan Dragon Force sibuk2 nak join hack ni kenapa? Aku tgk Anonymous tak byk pun hack, yg lebih2 ni geng2 Dragon Force pulak. Apsal korang nak sibuk2 hack time ni, dulu takde kecoh2 nak hack. Nak tumpang glamour la tu... Patut korang sebagai citizen of Malaysia kena tolong defend kita punya cyberspace daripada diceroboh, ni korang join sekali kenapa? Bayangkan kalau negara kita kena serang dengan negara luar, then segelintir rakyat Malaysia yang tak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan join sekali negara luar tembak rakyat negara sendiri... Tak ke pengkhianat namanya? Dan sebab korang lah aku terpaksa tak tido malam demi menjaga kedaulatan cyberspace negara kita. Terima kasih kerana telah menyusahkan aku dan berpuluh2 ribu penjawat awam yang bergred F ni...

Selasa, 17 Mei 2011

Hacker Malaysia yg dah takde kerja

Salam, just nak share dgn korang yg ada satu group Hacker Malaysia yang diorang gelarkan sebagai RileksCrew... ni Facebook diorang, ni website diorang. Diorang ni punya la takde keje sampai ramai Fanpage selebriti Malaysia kena hack dgn diorang, antaranya adalah Linda Onn Fanpage dan juga selebriti kegemaran aku Heliza Helmi punya personal akaun Facebook dan syarikatnya HHP.
Betul2 takde kerja la diorang ni... just nak publisiti murahan je... gila glamer sungguh... Sama je cam Hackers2 Indonesia dulu... 2x5. Otak tu Allah bagi elok2 untuk kebaikan disalahguna ke arah kemudaratan. Habis dengan server yg hosting portal kerajaan http://www.pemandu.gov.my/gtpbm/rilekscrew/ pun kena hack. Berani betul diorang ni.
Aku harap sape2 yg dah jadik mangsa tu boleh laporkan ke pihak polis sambil2 tingkatkan lagi security akaun FB ke server ke, patch mana2 yg patut, tukar dan ketatkan password, tutup mana2 port yg tak pakai, kalau server organisasi/syarikat tu jgn lupa pasang  Firewall, IPS, IDS dan yg sewaktu dgnnya. Benda ni bagi aku sama bahayanya dengan kes orang baling2 asid kat orang perempuan, sbb boleh menjatuhkan maruah individu/negara malah silap hari bulan boleh hilang data2 dan maklumat2 yang penting kepada orang awam dan negara. So hackers... beware... jgn ingat korang boleh selamat buat kerja2 tak tentu hala ni, kat Malaysia ramai expert dalam cyber security yg boleh trace korang sampai lobang cacing.

Khamis, 17 Mac 2011

Rakaman 1st Person View Tsunami di Jepun

Pada yang belum tengok lagi footage berikut, ia menunjukkan rakaman 1st person view Tsunami yang melanda Wilayah Miyagi di Jepun pada 11 Mac 2011 baru-baru ini. Korang boleh lihat betapa laju dan derasnya air laut tu menelan dan memusnahkan semua yang ada di depannya. Rasa-rasa kalau kita berada di situ atau ia berlaku di negara kita, adakah kita hidup lagi, atau adakah kita boleh meneruskan lagi kehidupan?



Ada kamu kisah dengan kejadian ini??? Atau buat tak kisah sebab bukan korang yang kena?

Aku kisah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...