Sabtu, 2 April 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 1

Sebenarnya aku merupakan peminat Raja Lawak dari musim 1 lagi... dan time musim ke-2, setiap show mesti aku takkan tinggal. Masa tu lawak Nabil mmg terbaek, tiap2 minggu pecah perut, kat youtube tengok balik. Tak jemu tgk lawak dia. And then Raja Lawak 3, 4 dan 5 walaupun tgk tp dah kureng sikit... nafsu nak tgk tu tak macam Raja Lawak 2... mungkin sbb aku rasa quite bored sbb takde peserta lepas tu yg boleh lawan stand up comedy Nabil, walaupun ada yg bagus tapi still Nabil is the best. But u know lah kalau dah dunia artis, populariti artis tu susah nak naik tp nak jatuh senang je terutama bila ada byk gossip dan kontroversi berkaitan perempuan/lelaki. Sama kes la dgn Nabil... mungkin lupa diri sikit kot... tapi aku bukan nak citer sgt pasal Nabil, itu hal peribadi dia... Mulai minggu ni aku akan cuba buat ulasan mengenai rancangan yg boleh dikatakan HOT tahun ni, lebih HOT rasanya daripada Akademi Fantasia musim 9 yg terakhir tu yg akan dihoskan oleh Pak Nil. Pandai betul Astro cari duit. Rancangan yg aku maksudkan adalah Maharaja Lawak 2011 di mana semua otai2 Raja Lawak dari Raja Lawak musim pertama hingga kelima akan berentap.


Masa start pengenalan, paling lawak dah tentu Jozan. Masuk stage tgk muka dan gaya pun dah lawak. Tak dinafikan gandingan mereka berdua adalah yg terbaik bagi lawak spontaneous. Mereka mmg hebat mengacara, mengajuk gaya orang, mengenakan orang... tapi... haaa ada tapi... Tunggu ulasan nanti... Then masuk juri... Yg 1st ingatkan Afdlin Shauki, badan dah agak sama, yg 2nd tak leh teka, yg 3rd masuk2 dah tau Saiful Apek dgn kasut berodanya tu...Rupa2nya yg 1st tu Mamat Khalid, the creator of Hantu Kak Limah Balik Rumah dan 2nd juri Ahmad Idham... Hosnya AC Mizal pun not bad, rasa lebih sesuai kot jadi hos rancangan lawak dari jadi hos Akademi Fantasia. Then persembahan start dengan kumpulan Jambu (Gabungan Yus dan Tauke RL1).

* Setiap peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
* Kalau tak tau maksud LOL, LMAO, ROTFLMAO carik kat Google.


1. Kumpulan Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Persembahan diorg memang kelakar habis dan sangat sempoi. Aku setuju dgn Mamat Khalid, kumpulan Jambu menunjukkan maturity atau kematangan yg tiada dalam peserta lain. Dengan punchline yg sangat kelakar, muka Tauke yg selamba badak dan bersahaja, muka Yus yg dah macam Loque, cakap takde sangkut2, timing yg sgt tepat... aku boleh cakap yg persembahan kumpulan Jambu adalah antara yang terbaik minggu ni. Tak perlu buat lawak lucah, double meaning, lawak bodoh, bantuan prop, jerit2, marah2, kata2 kesat, sentuh mana2 sensitiviti. Antara punchline yang kelakar, "Kembali kita ke rancangan ape pun xboleh", "Yg bahagia, Datuk Jululudun Husun", "Minta maaf datuk, saya pengacara ni praktikal, baru pertama kali... eh bukan, last time..." dan byk lagi punch2line yg menarik...


2. Man (Laugh-O-Meter: HAHA)
Man yang merupakan Juara Raja Lawak 5 masih tercari-cari di mana kekuatannya dalam stand up comedy. Masa dlm Raja Lawak pun sometimes ok, sometimes ko, cuma masa final dulu menjadi. Ada punchline yang menarik seperti "Nama pendek anu, nama panjang anu dalam botol.", "Very deep deep purple" dan "Kenang daku dalam doa makanmu." Namun bila masuk bab cerita bawak awek naik pesawat ringan tu, aku teringat yg aku pernah baca somewhere kat Internet dulu, contohnya di sini. Before ni pun byk lawak2 Man yg diceduk dari Internet. Secara overall menghiburkan, cuma kena cari lawak yg lebih original. Masih perlu banyak belajar cara menjadi stand up comedian yg baik sbb Man bergerak solo, lebih banyak cabaran.


3. Kumpulan XN3 (Laugh-O-Meter: HAHA)
Masih seperti di dalam Raja Lawak musim ke-2, masih tak banyak perubahan dan peningkatan, mungkin sbb lepas keluar dulu terus senyap, tak byk pendedahan. Keluar kat TV pun jarang2 sangat. Agak kelam kabut dan tak relax. Namun masih menghiburkan tapi tak memorable, antara punchline yg ok "Terbako XXX (tak clear sgt) habih cerita", "Dalam ni takde mangkuk, mangkuk" dan lain2. Even lawak adik beradik pun dulu dah buat, cuma kali ni adik beradik Jin, dulu adik beradik Hang kalau tak silap. And then parang besar yg Pak Cu bawak tu mcm takde function.


4. Amir (Laugh-O-Meter: HEH)
Aku sebenarnya tak nak komen byk pasal Amir ni... korang nilailah sendiri. Dia mungkin lawak, tp lawak di kalangan kawan2 dia. Tapi ni Maharaja Lawak, dan sebagai peserta solo, sebenarnya cabaran dan dugaan tu lebih kuat. Tapi dari awal lagi pun dia masa Apa Cerita Maharaja Lawak, dia xletakkan harapan tinggi pun dan sedar diri. Xpelah Amir, at least ko dah cuba, just jgn give up dan berlatih lagi.


5. R2 (Laugh-O-Meter: LOL)
Kumpulan R2 yang mendapat tempat ke-2 dalam Raja Lawak musim ke-5 mula menunjukkan taringnya dengan persembahan yang mantap walaupun sometime si adik Lopez tu cam terdiam di tengah sketsa, mungkin tengah ingat skrip, n sometime tersasul "Selalu kau paling lawat kat sekolah", gabungan Lambat dan Awal kot huhuhu. Tapi ada peningkatan berbanding masa Raja Lawak dulu, dan boleh dikatakan lebih better dari Man. Idea macam pernah dengar dan mungkin dicedok juga, tapi mereka dapat olah dan persembahkan dengan berkesan. Punchline yg menarik seperti "Kalau kau tak tau Ali aku lagi tak tau", "Yang tak datang Hassan... Tadi sains saya tiru Ali, matematik saya tiru Hassan", "Lembu makan rumput, rumput habis, lembu dah kenyang lembu jalan", "Sekolah kita kan besoo" dan lain2.


6. Alex (Laugh-O-Meter: HEHE)
Sebenarnya aku agak skeptikal dengan tajuk idea lawaknya "Lepas aku jadi Artis", or "Lepas aku keluar Raja Lawak". Tak kisahlah ko nak jadik apa pun, tapi utk pertandingan Maharaja Lawak cuba cari idea yg fresh sikit. Dan cukup2 lah dengan idea melawakkan badan sendiri yg besar tu... Gali lagi Alex, buat mcm dulu kat Raja Lawak time satu minggu yg ko jadi cikgu sekolah tu... Dan janganlah wat lawak tandas, pegang itulah inilah...


7. Kumpulan Jozan (Laugh-O-Meter: LMAO)
Bila Jozan start je, expectation semua orang mmg tinggi. Yelah kedua2nya Johan dan Zizan dah menempa nama yg besar dalam dunia seni komedi. Semua orang mahukan persembahan yg sangat mantap dari mereka, tapi at the end of the show aku setuju dgn Mamat Khalid, itu je yg korang boleh buat? Bukannya tak lawak, tapi tak cukup bagi seseorang yg dah lebih otai dari peserta lain. Dulu masa jadi pengacara raja lawak selama 4 musim bukan main best mengenakan orang, kali ni korang pulak yg terkena hahaha. Seperti yg aku cakap kat atas tadi, sebenarnya kekuatan Jozan adalah pada spontaneous joke, mengajuk cakap orang, mengenakan orang dan mengacara. Tapi bila kena buat sketsa atau berlakon komedi, jadiklah mereka mcm masa kat Raja Lawak musim pertama dulu masa diorg bergandingan. Lawak mmg lawak, tapi on par, sebaris mcm peserta2 lain jugak, takde yg lebih. So for Jozan, kena lebihkan usaha, kalau takleh tackle audien dgn sketsa, buat something yg biasa korang buat b4, mengajuk ke, kenakan orang ke cam ko kenakan Nabil tu hahaha dll. Antara punchline yg menarik, "Lindsey Lohen menangis kerana Johen", "Gambar Nabil berci.... bercuti", "Goyang goyang kepala goyang goyang... cepatlah angkat", "Me, me? 2 person? 1 only", "Ok going straight, Hollywood, Woodpecker" dan banyak lagi... Mmg terbahak2 la jugak gelak hahahaha.


8. Kumpulan Wai (Laugh-O-Meter: HAHA)

Kumpulan Wai, gabungan baru Juara dan Naib Juara Raja Lawak ke-4, Kumpulan Kechik dan Idlan Abg Kassim Pon Pon. Tapi aku pun sebenarnya tak yakin boleh ke Sabahan dan Kedahan ni bergabung, serasi ke. Dan lepas show tu apa yg nampak adalah byk lagi loophole dan ketidakserasian mereka, terutama Idlan. Dia masih xleh nak follow cara Kechik tu... last2 kena sound... kesian jugak si Idlan tu, tp nak buat mcm mana sape suruh ko tak ingat skrip. Aku jugak agak tak berminat lawak2 diorg pasal jenazah, bapak, mandi jenazah/wajib... kalau boleh bab2 agama ni jgn dijadikan bahan lawak. Kalau korang still nak bersaing dalam Maharaja Lawak, byk lagi homework yg nak kena buat. Tapi bab Idlan lupa tu mmg lawak hahaha, "Nak dok cerita lagi loceng dah bunyi, kita rasa sampai sini jelah kot no", "Bapak, bukan bapak kena cakap lain bapak lupa ya"... Tapi yalah, sepatutnya as team kena coorperate dan backing satu sama lain bukan menjatuhkan member... apa nok buek.


9. Jihan (Laugh-O-Meter: HEHE)
Merupakan satu2nya peserta wanita dalam Maharaja Lawak. Jihan kelihatan semakin kurus dan cekung. Sama seperti Alex, membawa cerita peristiwa yg berlaku selepas bergelar artis. Secara overall ada peningkatan dari yg dulu, lebih berkeyakinan dan berani, cuma masih perlu banyak usaha lebih kalau nak lawan otai2 lain. Minggu ni berjaya menggunakan giginya sebagai bahan lawak, harap minggu depan ada idea baru selain gigi. Juga berjaya mengenakan Zizan dan Nabil, "Sekurang2nya gigi ni boleh taruk besi, kalau korang taruk besi kat hidung dan telinga, kontroversi ek".


10. Kumpulan Sepah (Laugh-O-Meter: LMAO)

Seperti yang dijangka kumpulan Sepah, gabungan 3 sahabat ni masih mampu menggegarkan gelanggang. Dengan watak 2 orang pesakit dan seorang doktor, lawak2 yg dipersembahkan mmg kelakar, tak macam dulu2 asyik buat lawak double meaning je. Ada banyak peningkatan, sempoi je. Antara punchline yg menarik, "Kenapa yg awak makan friskies ni?", stetoskop kat kepala, "Ye dokter", "Jangan makan benda berangin, paling penting jgn makan satu benda tu mmg berangin... kipas", "Dokter geleng kenapa? Ni habit dari kecik", "Loceng pun dah bunyi, elok gi sembahyanglah" dan lain2. Masih salah satu peserta yg menjadi calon juara.


11. Kumpulan Balas (Laugh-O-Meter: LOL)
Percubaan membawa sketsa Hantu Makcik Karipap mengacau budak asrama penuh tengah study waktu malam agak berjaya. Cekap menggunakan prop2 seperti bakul, kuih karipap, kuih pau byk membantu persembahan mereka. Namun masih ada unsur2 lawak double meaning seperti kebanyakan persembahan mereka sebelum ini. Punchline yg menarik seperti "Nak ni student tapi stupid nak.", "Makcik cerita pun bulu roma naik nampak, seram.", "Abu mengaripap ibunya di dapur" <--- tapi bunyik macam... huhuhu entahlah. Kalau nak jadi Maharaja Lawak rasa content kena lebih matang dan elakkan byk buat lawak2 double meaning lagi.


12. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Nampaknya Astro masih mempercayai bakat yg ada dalam diri Nabil dengan meletakkan dia peserta terakhir membuat persembahan dan ternyata mmg tepat. What else can I say? The Master of stand up comedy is BACK!!! Ketepikan kontroversi dan gossip, just look at his performance. Genius! Seperti persembahan masa Raja Lawak musim ke-2 dulu, storyline sketsanya disusun dan diolah dengan sangat baik, tak kelam kabut, punchline yg tak boleh dijangka. Bermula dengan kena belasah, then rewind backward mmg superb! Antara punchline yg best, "Takdo minto sodokahnyo bang, ado nampak den bawok tisu ko, ado nampak den bawok tongkat putih maaf maaf maaf ado?", "Mak ai susah betul nak berniago jual barang sini ha, kang nak jual maruah kang...", "Ha tu dia, tu dia sorang2 tengah dok makan bangang nampaknya." Sorang jo? Sebelum tu nak tanya ada masalah bini sakit? Takdo? Takdo nampaknya boleh lepak lamalah. Tak nak 2 minit, 4 minit 4 minit yo", "Den nak jual barang ni, apo dah ado? Jangan tipu bang den baru buat barang ni malam tadi. Mmg takdo mano2 jgn nak membongak, mmg takdo den sorang je ado setakat ni" dan banyak lagi rasanya. Tapi yg paling lawaknya... "Ini takdo kat tempat lain bang, tali pinggang berkalendar", HAHAHAHA mana la dia dapat idea buat lawak cam sial tu... TALI PINGGANG BERKALENDAR what the hell??? HAHAHA mmg gelak guling2... The rest korang layan sendiri. Nabil ni tak dinafikan kalau lawak spontan or lakonan dia kurang sikit, tapi kalau stand up comedy, mmg dialah master. Tapi sayang sketsanya tak dapat dihabiskan sbb masa terhad sgt. Rasa last sekali mesti dia nak cakap trademark dia "LU PIKIRLAH SENDIRI!!!".

Kesimpulan:
Secara keseluruhan aku mmg terhibur dan gelak guling2 dgn beberapa persembahan dari peserta Maharaja Lawak. Mmg terbaik! Seperti dijangka tiada penyingkiran pada minggu pertama, dengan Amir, Jihan dan XN3 di tangga terbawah. Cuma format pemarkahan 50% juri, 50% undian SMS agak tidak adil sbb ada juri yg dah berkawan baik dgn peserta mcm Apek dgn Nabil, Mamat Khalid dgn Jozan, takut akan bias. Tapi kalau nak 100% undian SMS pun payah jugak sbb kalau tgk undian semalam, 60% adalah milik Jozan. Yelah sbb dalam byk2 peserta Jozan yg paling terkenal dan popular sbb selalu keluar TV, show dan kurang kontroversi esp. Zizan. Tapi kalau nak diikut persembahan, hampir sama je dengan peserta2 yg lain, malah ada yg lebih baik. So aku harap pengundi dapat bijak menilai, bukan hanya undi berdasarkan populariti semata2 tapi undilah berdasarkan bakat dan mutu persembahan setiap minggu. Bukannya aku tak suka Jozan, aku pun peminat Jozan cuma untuk Maharaja Lawak kali ni kalau boleh biar yg terbaik menang.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:
1. Nabil - ROTFLMAO
2. Jambu - ROTFLMAO
3. Sepah - LMAO
4. Jozan - LMAO
5. R2 - LOL
6. Balas - LOL
7. Man - HAHA
8. XN3 - HAHA
9. Wai - HAHA
10. Alex - HEHE
11. Jihan - HEHE
12. Amir - HEH

Korang macam mana?
* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom dan Zahm100

22 ulasan:

  1. ko nye ranking x bley pakai laa... nabil tu bley trime lg tp jambu? apekah..

    BalasPadam
  2. ak stuju dgn k0 nye ranking....
    mmg sesuai sgt...
    n ak harap j0zan akn mng...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama #1, setiap org ada pendapat dan pandangan masing2. Ni pendapat dan pandangan aku berdasarkan pemerhatian aku, ko baca balik ulasan aku kenapa aku pilih Jambu no. 2.

    Tq Tanpa Nama #2, aku pun harap Jozan boleh menang, tapi aku harap diorg mantapkan lagi diorg punya sketsa, pesaing semua otai2 tu. Utk maharaja lawak ni aku harap yg terBAIK dan yg terKELAKAR akan menang, tak kisahlah sape.

    BalasPadam
  4. gua harap lu teruskan blog ni sebagai blog review maharaja lawak hingga ke episod final. ini pulak ranking gua untuk episod 1:

    1. Nabil - ROTFLMAO
    2. Balas - ROTFLMAO
    3. Sepah - LMAO
    4. R2 - LMAO
    5. Jozan - LOL
    6. Man - LOL
    7. Alex - HAHA
    8. Jihan - HAHA
    9. Jambu - HEHE
    10. XN3 - HEHE
    11. Amir - HEH
    12. Wai - HEH

    BalasPadam
  5. bro, gua stuju dengan komen ko... tapi di awal penceritaan lu memang bias bro... awal2 lu da cakap sal nabil... the rest ulasan komen semua logik dan adil.... Untuk standup komedi... Setiap musim RL ade bakat berlainan... RL1 YUS plus Tauke.. RL2... Mestila Nabil.... RL3 - Owg kg aku sepah... RL4- Takde...(Tak best - sepatutnya tak de yang boleh bergelar raja musim tu) RL5 - (Man and Rahim je (R2))... Secare pendapat aku... without using any prop. mencarut. unsur kotor. JAMBU TERBAEKKK... Maybe ramai tak suke pendapat aku... Tapi itulah hakikat.. diorang tak tau yang YUS n TAUKE lau stand up komedi ni tak de sape leh Chalange...

    BalasPadam
  6. @MJ
    Tq for ur support, aku akan cuba utk buat review sampai final Maharaja Lawak.

    @sazali
    Kalau nak kata aku bias, tak jugak kot sbb aku admit dulu mmg aku minat Nabil, tp lepas apa semua kontroversi yg melanda aku jadi kureng sikit. But then now for Maharaja Lawak, aku akan sokong sapa yg paling lawak. Aku pun minat jugak Jozan, Tauke, Yus, Sepah, R2 tu tapi setiap peserta pun persembahan mereka ada turun naik. Sebenarnya ikutkan aku pun nak bagi Rank No. 1 aku kat Jambu, serius diorg paling lawak, tp sbb bila sampai turn Nabil, dier buat something yg fresh dan idea dia tak terpikir dek orang, rewind + tali pinggang kalendar, tambahan pulak dia peserta solo, Jambu 2 orang, so aku bagi dia point lebih sikit, tapi at least Jambu still my favorite termasuk Jozan n Sepah.

    BalasPadam
  7. haha.. patutlah industri lawak kt malaysia kureng cket sbb ad gak org rase pelawak mcm Jambu tuh sbnanye klako... ish3...

    BalasPadam
  8. @Tanpa Nama #3
    Kalau kau rasa tak kelakar itu hak ko, even kalau kau rasa amir tu pun kelakar itu hak ko jugak... Setiap org ada citarasa dan pendapat masing2. Kalau takde yg lama takde yg baru.

    BalasPadam
  9. bagus tuan blog..pemerhatian ko sgt details..aku setuju..sila komen sampai final..i followwww..
    ramai tak nampak jambu..tapi aku setuju dgn ko..aku gelak guling2..

    BalasPadam
  10. Jambu hebat apa.....gaya, mimik muka...cuma time aiskrim skit blur..tapi lain canteek..gua support blog ni teruskan review setiap episod............

    BalasPadam
  11. Jambu sangat best..mungkin kita hilang fokus sebab lepas2 tu punya show sangat lawak juga..so kekelakaran jambu kita dah lupa..tapi bila bukak youtube...walaweiiiiiiii..diorang memang sangat kelakarnya punnn..heheheh.
    Btw review kamu sangat best..cuma saya juga suka balas...tak kira lah komedi pasal apa pun..cuma kita kena positif...actually pasal hantu makcik karipap tu memang wujud..cuma diorang kreatif dalam mengolah...ngeeeeeeee...jangan marahhh :p

    BalasPadam
  12. suka lah blog ni....mmg rank kita sm..and mang xdinafikan..bab2 stand up comedy ni..mmg nabil terbaik...tgk ulang2 kali pun..he's still the best...mcm jozan tu..diorg kena get along...berdiri sm2..lau salah sorang xde..mmg xleh buat apa...n pendpt sy lah..zizan lau compare ngan johan...better johan lg..ida lg pandai melawak compare ngan zizan..pndapat sy je...sorry lau de yg tersinggung.. :)

    BalasPadam
  13. @Tuan Speaker Zahir
    Tq, aku akan cuba buat yg terbaik utk review sampai final.

    @Tanpa Nama #4
    Jambu mmg best, tapi tang aiskrim tu la punchline plg lawak, semua org tak sangka, dari serius2 tetiba loceng bunyi je, tauke ~ "ha aiskrim dah sampai", hahahaha gila lawak guling2

    @luvly_diana
    Semua ranking start dari LOL ke atas tu kira best dan enjoyable, Balas pun termasuk juga. Pasal hantu karipap n lawak sekolah asrama tu pun saya gelak jugak sbb dulu pun sy sekolah asrama juga, cuma mungkin lawaknya tak berapa sesuai utk semua audien terutama golongan yg lebih dewasa.

    @ainndz
    Mmg Jozan best, tapi kalau diorg solo agak kureng sikit. And then xdinafikan Johan lebih lawak dan berbakat dari Zizan. Johan boleh tiru and ajuk suara dan gaya orang, boleh menyanyi. Zizan menyanyi kureng sikit tp boleh rapping. Tp satu yg Zizan lebih dari org lain termasuk Johan dan Nabil adalah disbbkan perwatakan dia mcm budak baik dan kurang kontroversi. Sbb tu dia boleh menang Pelakon Komedi Popular ABPBH 2010.

    BalasPadam
  14. @Psychic Zero
    hmm..kat situ lah lemah nyer nabil..mungkin culture shocked kot..tp, apa pun...sy xpnh luntur dri minat kat nabil ni..sbb pd sy..dia mmg berbakat lam melawak ni...cuma tu lah...kontroversi bnyk sgt..hmm...apa pun...tuk maharaja lawak ni..
    1. Nabil
    2. Jambu
    3. Sepah
    4. Jozan

    mmg sm lah ranking ni...hihii

    BalasPadam
  15. Hehehe..Nabil tetap dihatiku..ngeeee. Dia memang Raja Stand up comedy...janganlah kita pikirkan kontrovesi yang dah berlaku kat dia..sekarang kita mencari Maharaja Lawak..bukan nak carik Bintang Fofulorrr....:p

    BalasPadam
  16. @ainndz
    Tq, ramai gak yg dah bersependapat dgn saya. Apa2 pun kita tunggu minggu seterusnya samada diorg boleh maintain atau peserta lain boleh pintas.

    @luvly_diana
    Betul tu, Zizan dah jadik bintang popular kat ABPBH 2010, so utk Maharaja Lawak biar yg paling berkualiti menang tak kiralah sape

    BalasPadam
  17. http://spasticmental.blogspot.com/2011/04/maharaja-lawak-episod-satu-wat-pecah.html

    jambu no 1, nabil no 2, zizan no3, balas 4, sepah 5 r2 6

    BalasPadam
  18. best2..bgos blog..
    memg btoi lah 2 ranking 2..
    jambu lwak gler la kot.. nabil pon lawak gler.. coz ak skong nabil.. hahaha

    BalasPadam
  19. aku suka review nie..telus..xde bias..peminat kene pandai menilai..bukan sebab popular je undi tp lawak yg sama je n menidakkan org lain yg lebih lawak hanya kerana kontroversi..

    BalasPadam
  20. hehehe sblum ni semua sokong jozan...belum hbs raja lawak lg da yakin jozan juara....tp bila aku tgk ML, sbnarnya ramai lg peserta yg lbh lawak dari jozan spt jambu, sepah, nabil..cuma diorang ni kurang publisiti je..macam jozan tu dah biasa mengacara tu sbb org ingat dia lawak padahal xdela lawak mana pun..setakat lwk bahan org, ejek org, goyang2 kaki bolehlah...hehe..aznil klu jd pengacara pun lawak gak mcm jozan

    BalasPadam
  21. sokong MISS DEE 4 DINO dgn TANPA NAMA...at least biarlah bila mengundi tu..mengundi based on bakat....bukan pd populariti seseorang tu...sbb ni..maharaja lawak..bukan maharaja popular..hihi

    BalasPadam
  22. Betul cakap anda semua, jgn kerana populariti semata2 kita sokong, tp kena tgk juga pada kualiti persembahan dan lawak. Kita tgk minggu ke-2 pulak siapa yg naik siapa yg turun.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...