Isnin, 13 Jun 2011

Jom Pergi Taman Cabaran Putrajaya

Hari Ahad yang lepas, aku dan rakan sepejabatku Haddy telah pergi ke Taman Cabaran di Presint 20, Putrajaya utk test trail Mountain Bike/MTB kat situ. Nak pergi ke situ boleh tengok Map kat bawah ni.


View Larger Map

Ada 2 kompleks Putrajaya Challenge Park, yang kat atas untuk Wall Climbing dan yang kat bawah untuk skating park (Skate Board & Roller Blade). Ada jugak BMX punya track. Kalau nak masuk trail MTB kat Taman Cabaran boleh masuk ikut skating park. Aku cadangkan bawaklah basikal sendiri, baru best dan puas. Kalau nak sewa pun boleh, RM20 untuk 3 jam, tapi condition basikalnya mmg quite bad. Dengan gear tak masuk, dekat tengah2 nak turun bukit boleh pulak brek depan belakang tak makan, nasib aku sempat tahan pakai gear kaki. Tak tau lah diorang ni buat ke tak maintenance kat basikal2 yg disewakan.

Kat bawah ni merupakan pelan trek MTB kat Taman Cabaran tu.
Secara overall trek dia mmg best, cuma aku tak dapat nak enjoy sepenuhnya sbb basikal yg aku pakai tu brek rosak. Bila downhill je terpaksa aku turun basikal tolak je. Yang lagi bestnya bila aku pulangkan balik tu aku cakap dekat orang yg jaga kaunter tu yang brek basikal rosak, dia jawab "Ye? OK..." dan dgn muka selamba badaknya continue tgk movie kat komputer kaunter tu. Takpe2 sabar je lah... moga2 satu hari dia diberi hidayah...

Ni beberapa foto yg kitorang sempat snap masa kat Taman Cabaran ni. 







Ni merupakan laluan yg kitorang sempat explore... byk lagi laluan mencabar yg tak sempat kitorang lalu sbb penat dan masa tak mengizinkan... dah nak maghrib dah... tu laa lain kali datang awal sikit waktu pagi. Tapi apa2pun sebelum tu kena sambar MTB sebijik... then tukar seat kasik lembut sikit kalau 2 3 hari la menanggung kesakitan huhuhuhu...
Macam mana best tak? Kalau berminat apa lagi jom pakat turun ramai2 gi berbasikal di Taman Cabaran ni... cuma satu lagi yg penting adalah Safety First, sbb takde sape2 yg tolong jaga kat hutan ni, pastikan pergi dengan kawan atau secara berkumpulan, battery handphone pastikan penuh, so kalau ada kemalangan atau kecemasan at least ada bantuan. Okeh sampai sini saje cerita aku pasal aktiviti kitorang Ahad lepas. Taman Cabaran, kami akan datang lagi...

12 ulasan:

  1. Mcm best aje .. bagus --> sedut udara bersih, keluar peluh, dll (ehem,ehem..tapi jgn lupa seblum tu singgah masjid dulu solat tahiyatul masjid & dhuha .. pasti lebih damai. Kebetulan ke dua2 masjid tu canggih).

    Kena tolak besikal tu best juga .. ade le hikmahnya, bukan kita sengaja. kan,kan? Yg pasti --> tak merungut sebaliknya senyummmmmmm

    (mcm JAMBU apa pun tak bolee, klu marah --> gelak, tapi hok yg kalau suka tu x leh ikut. huhu..)

    pak

    BalasPadam
  2. ...sambung..

    lain kali mmg kena pi awal pagi .. (solat dhuha waktu pagi hingga sblum zohor aje..)

    pak

    BalasPadam
  3. Waaa...nampak sangat mencabar....

    BalasPadam
  4. Itulah nak kena beli basikal sendiri baru terjaga sikit :).

    Kak aleyn pergi lah bawak husband dgn anak sekali jalan2 sini... dekat je dgn cyberjaya

    BalasPadam
  5. Basikal yg sesuai klu beli agak2 berapa? tapi lama2 klu aktiviti lasak cam tu.. rosak juga kan? Tapi first timer x leh lasak sangat, ikut kemampuan. Nanti kepenatan sangat, bdn sakit2 & semput datang. Kena worm up dulu..
    Memang, kena pi berkumpulan ---> apa yg penting, kerjasame...

    org tua hehe

    BalasPadam
  6. brape ringggit sewa basikal tu?

    BalasPadam
  7. @ahmad faezi
    Quite mahal jugak la, RM20 utk 3 jam... tapi mahal tu tak kisah sgt as long maintenance jaga... ni dia tak jaga sangat

    BalasPadam
  8. nak tnya mcm mne nak msok untuk cabaran b'basikal,,klau kte xade bsikal mcm mne..xtau nak tnye siape..ke mne hrus kteorg tju

    BalasPadam
  9. taman ne open tiap hari ke??
    dari kul bape sampai kul bape die on ek??

    BalasPadam
  10. kalau ikut fanpage kat fb:
    Mon - Tue: 10:00 am - 8:00 pm
    Wed: 10:00 am - 10:00 pm
    Thu: 10:00 am - 8:00 pm
    Fri - Sat: 10:00 am - 10:00 pm
    Sun: 10:00 am - 8:00 pm

    kalau takde basikal boleh sendiri boleh sewa

    BalasPadam
  11. roller blade ada disewakan ke?

    BalasPadam
  12. harga basikal selain yang mountain bike ada ke? and how much?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...