Isnin, 11 April 2011

Review Gantz Live Action Movie [Japanese]

Semalam sempat aku pergi GSC Alamanda tgk movie Gantz dengan wife aku. Movie Gantz ni diadaptasi daripada komik @ manga Jepun dengan judul yg sama. Genre manga dia adalah Action, Romance, Sci-fi, Seinen, Supernatural and a bit Matured. Nak tau lebih lanjut pasal Gantz leh tgk kat Wikipedia atau Gantz Wikia.


Tapi apa yg aku nak review adalah bukan pasal komik dia sbb aku dah tak follow sgt tapi pasal movie dia. Nasib baik movie dia org Jepun yg buat, sbb kalau ikut history movie yg diadaptasi daripada manga atau game Jepun yg dibuat oleh Mat Salleh mcm Dragon Ball, Street Fighter, Tekken, etc mmg sangat mengecewakan. Kalau Jepun buat at least originaliti manga dan environment cerita tu dikekalkan macam Death Note.

Trailer Movie Gantz

Sedikit latar belakang cerita Gantz, seorang pelajar Universiti akhir tahun yg tgh nak cari kerja, Kei Kurono (dilakonkan oleh Kazunari Ninomiya) dan kawan sekolah rendahnya Kato (lakonan Kenichi Matsuyama - L dalam Death Note) cuba menolong seorang lelaki mabuk yg jatuh kat landasan tren keretapi, tapi mereka tak sempat naik dan dilanggar keretapi. Bila mereka sedar, mereka dalam satu bilik yg ada sebuah bebola hitam yg besar dipanggil GANTZ. Bersama mereka dalam bilik tu org2 yg sepatutnya mati tapi diselamatkan oleh GANTZ. Sebagai tukaran dengan nyawa mereka yg telah diselamatkan, bebola tersebut memberi mereka senjata dan misi di mana mereka perlu memburu dan membunuh Makhluk Asing.

Makhuk Asing Bawang... Suka bawang.

 
Makhluk Asing Tanaka... sukakan radio

Makhluk Asing patung penjaga Temple... besar dan ganas

Dari segi jalan cerita dan plot mmg best. Byk benda yg pelik dan tak disangka2 berlaku. Terdapat juga beberapa adegan yg kelakar, yg sedih, yg matured, yg ganaz spt pecah2 kepala, putus kaki, kena tumbuk gila2, sbb tu citer ni kelas dia PG13. Kesan efek dia pun best, better la dari Hikayat tuut tuut... Cuma streotype citer Jepun, ada adegan yg agak slow sikit. Secara overall, bagi peminat manga Jepun dan Gantz, anda kena tgk movie ni. Even bagi yg tak pernah baca manga Gantz dan yg tak minat baca komik Jepun mcm wife aku pun boleh excited gak layan movie ni (btw thanks sbb temankan saya tgk citer ala2 katun ni huhuhu). So jgn buat masa, gi GSC and booking tiket cepat. Tak semua GSC ada, setakat ni yg aku tau Mid Valley dgn Alamanda je. Masa tayangan pun mungkin tak lama sbb cerita Jepun, so cepat tgk sekarang!

Awekz dan kostum yg sgt cool...

So ni point rating aku utk citer Gantz. Kalau korang tgk dan rasa tak best, jangan salahkan aku, masing2 ada taste sendiri:
Plot & Jalan Cerita: 8/10
Skrip & Lakonan: 7/10
Efek, Visual & Audio: 8/10
Markah Keseluruhan: 8/10

Bagi yg nak lebih mendalami dunia Gatnz, baca manga dia kat web MangaHere.

4 ulasan:

  1. banyakkan lagi review2 filem jepun yang best2 bro!
    aku suke review ko yg ni..thumbs up!

    BalasPadam
  2. @syafieq
    Tq syafieq for ur feedback. Aku sebenarnya dah jarang tgk movie Jepun... ni aku tgk pun sbb dia adapt dari one of my favorite manga. Xpe kalau ko ada cadangan filem2 Jepun yg best bagitau aku nanti aku try tgk and review...

    BalasPadam
  3. yer...GANTZ best..nanti ade sambungan die...april x ingat berapa hb...kat jepun dulu...xtau bile tayang sini....

    BalasPadam
  4. @demolina
    Kalau tengok kat website GSC http://www.gsc.com.my/Movie/ComingSoon.aspx bulan September 2011 baru tayang GANTZ 2... lambat lagi... xsabar nak tunggu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...