Khamis, 23 Februari 2012

Kereta Internet pertama Malaysia

Nak menang kereta Proton Inspira yang juga merupakan kereta Internet pertama di Malaysia? Jom join pertandingan "Win Malaysia's 1st Internet 4G Car Contest" anjuran YES dan Proton.


Cara2 menyertai -

1. Login dulu ke akaun Facebook.
2. Klik pada gambar di bawah atau link ini.


3. Klik Like pada fanpage Yes 4G.


 4. Klik Join Now pada page contest tu. Kemudian customize avatar anda, masukkan maklumat peribadi, masukkan slogan dan anda berpeluang untuk memenangi kereta Proton Inspira Internet tu... mana tau ada rezeki... check it out.

Selasa, 21 Februari 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 6

Seriously not in the mood nak tulis ulasan Raja Lawak minggu 6 nih, sbb aku tau rata2 pasti akan membosankan. Aku tahu kalau tema "Retro" je, mesti akan ramai yg pakai baju a go go lip lap lip lap pastu pakai rambut afro. Sepatutnya tajuknya kena "Zaman Dulu Kala", so peserta leh buat mcm2 sikit, zaman batu ke, zaman dinosour ke, retro ke, zaman rock kapak ke, zaman hang tuah ke, zaman renaissaince ke, dan lain2.
 Meter tahap kelawakan:
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kumpulan Shiro mengadaptasi cerita P. Ramlee watak Sarip Dol. Persembahan antara yg terbaik minggu ni. Walaupun Shiro ni kadang2 nampak biasa je tp aura tu dah nampak sbb mereka agak konsisten dari minggu pertama, ada calon finalis. Kumpulan Shiro merupakan satu2 peserta RL6 yg mampu melawak2kan juri terutama Shila Rusly. Jalan cerita dan kostum mmg memenuhi tema zaman dulu2.

2. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan pertama buat lawak retro rambung kembang. Persembahan bagi aku kurang memuaskan berbanding minggu2 sudah. Masih lagi menggunakan mamak sbg watak utama dlm sketsa. Punchline byk yg kureng menyengat. Jalan cerita juga kurang retro, hanya pakaian sahaja yg retro.

3. Skema (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HEH)
Kumpulan kedua buat lawak rambut kembang. Jalan cerita dalam kelas takde yg retro pun, cuma pakaian je retro, pakaian dan lagu je retro. Tak menjadiklah minggu ni.

4. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Sketesa adaptasi daripada cerita Ahmad Albab, so jalan cerita mmg ada unsur retro. Byk punchline yg menarik dan tak disangka2 mcm PHD - Pizza Hut Delivery, buang misai, mama tak online dan lain2. Antara persembahan yg bagus malam tu.



5. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan ketiga buat lawak rambut kembang. So bila dah retro mcm tu elemen muzik, disko, rambut, pakaian lip lap dan seluar kembang mesti ada. Tapi ni lain sikit, zaman 50an vs 70an. Lawak lebih kepada perbandingan di antara zaman, so far biasa2 je.

6. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kali ni idea Selak agak kreatif, buat watak Kassim Selamat VS Bruce Lee di mana scene diorg ter'cross over'. Ada punchline yg menarik cuma idea sudu garfu besar tu kurang best sikit. Kalau dia pakai je garfu biasa lagi OK.

7. Riki (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Kumpulan keempat wat lawak rambut kembang. Yang ni lagi, kostum, prop, muzik je yg retro tapi lawak lawak zaman moden dan syok sendiri. Punchline pasal lembu2 tu dah sengal dah tp jgn gelak byk sangat, biar penonton je yg gelak.

8. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Zero membawa crossover watak zaman2 dulu iaitu Ali Setan, Jamal Abdillah dlm cerita Azura dan Amy Search. Jalan cerita mmg menarik, punchline ada yg menarik cam aircond motor rosak tp tau tak kenapa org tak gelak... Persembahan mmg best, antara yg terbest... Kumpulan Zero juga sgt konsisten sekarang, salah satu calon finalis. Tp mamat yg jadi Jamal Abdillah tu mcm Shah Rukh Khan, ingat dia jadi SRK.

Peserta terkeluar minggu ke-6: Riki dan Skema

Kesimpulan:

Separuh daripada peserta buat lawak zaman retro rambut kembang. So kumpulan yg buat lawak lain daripada konsep retro tu lebih menarik daripada yg buat retro rambut kembang. Aku rasa pemilihan tema yg betul juga penting utk menentukan naik turun persembahan peserta. Untuk minggu ni bottom 3 adalah 2Yol, Riki dan Skema. Kalau berdasarkan persembahan minggu ni, mmg Riki dan Skema yg paling layak keluar minggu ini. Nampaknya lepas ni Angah hanya tinggal sekumpulan je anak didik iaitu 2Yol. Tapi Jozan mmg lawak minggu ni, terpaksa cakap bahasa Inggeris sometimes ok sometimes broken hanya semata2 kerana ada sorang penonton perempuan mat saleh.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Zero (Cif - Taukeh) - LMAO
2. Shiro (Cif - Taukeh) - LMAO
3. Selak (Cif - Pak Yus) - LOL
4. Albob (Cif - Pak Yus) - LOL
5. Cuit (Cif - Pak Yus) - HAHA
6. 2Yol (Cif - Angah) - HAHA
7. Riki (Cif - Angah) - HEHE
8. Skema (Cif - Taukeh) - HEH

* Kredit: Video oleh GuaTVutube.

Khamis, 16 Februari 2012

Super Lin-tendo

Sukan yg paling aku minat adalah basketball aka bola keranjang. Masa sekolah, di universiti, tatkala rakan2 melayu yg lain main bola sepak, ragbi, kriket, etc (masa zaman muda aku futsal belum glamer lagi), aku bersama beberapa rakan2 main basketball waktu petang2. Ada jugak la tournament kecik2 peringkat sekolah, daerah, kolej yg aku masuk tapi tak pernah menang pun. So bila dah masuk alam pekerjaan, aku dah tiada geng main basketball sbb rata2 officemate yg aku kenal semua main bola. So apakan daya dah takde sukan aku nak main, aku join jugaklah main futsal. Oh satu lagi sukan yg aku minat adalah tenis, sbb aku minat dgn Roger Federer.

Tapi aku bukan nak bercerita sgt pun pasal hobi sukan aku, tapi aku nak cerita pasal seorg bintang basketball yg bermain di NBA yg sedang meningkat naik. Ya dia org Amerika yg berketurunan Asia (Chinese/Taiwanese). Bukan Yao Ming, bukan Lin Dan, tapi star baru itu adalah Jeremy Lin yg kini bermain utk New York Knicks, sebelum ni bermain mewakili Harvard University. Info mengenai dia leh tgk kat wiki sini. Sebelum pertembungan NY Knicks dgn LA Lakers, Kobe Bryant ditanyakan soalan mengenai Jeremy Lin, dia tak ambil peduli langsung pasal mamat tu malah tak kenal pun. Sekali lepas Lakers kalah dgn Knicks, baru dia sedari kewujudan Jeremy Lin. Apa2 pun layan je video kehebatan Lin ni.

Slam dunk yg membuatkan org mula menyedari kehebatan Lin

Mengayamkan Kobe sewaktu perlawanan menentang LA Lakers

 Balingan kemenangan 3-pointer dgn masa berbaki 0.5 saat

Bagi peminat basketball dan NBA, kehadiran Lin merupakan satu fenomena baru dlm sukan tersebut yg selama ini diconquer oleh nigger black people. Pelbagai gelaran muncul seperti LIN-SANITY, LIN-CREDIBLE, SUPER LIN-TENDO dan mcm2 lagi... Ni yg buat aku nak main basketball balik... tapi first kena cari geng.

Selasa, 14 Februari 2012

Band Youtube

Nowdays dah biasa sangat dengan trend artis Youtube yang biasanya dikalangan perempuan comel, bertudung dan main gitar seperti pioneer dia Yuna, Najwa Latif, Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, Pika Eugene dan macam2 lagilah. Tak mustahil satu hari nanti Anugerah Juara Lagu akan diconquer oleh artis2 kelahiran Youtube, kalau dulu penuh dgn artis realiti show je.

Dah alang2 tu aku nak kenalkan sebuah selebriti Youtube yang belum lagi terkenal, baru je nak naik. Tapi selebriti ni bukan awek comel pakai tudung main gitar, tapi sebuah band indie iaitu Fuzzy Honey. Dengan genre musik grunge. Satu lagu yg mmg best adalah Selamat Tinggal.


Video ni direkod masa jamming so bunyi mungkin tak berapa nak sedap, tapi dengarnya band ni akan mula masuk studio utk rekodkan single mereka. Ada lagi lagu2 lain boleh tengok dekat channel mereka di sini. Satu lagi yg aku kagum, mereka menggunakan handmade EFX pedal yang mereka bina dan reka sendiri iaitu Hybrid-Pi, boleh tgk kat website sini. So layan jerlah lagu Selamat Tinggal ni ok.

Fuzzy Honey - Selamat Tinggal

Selamat ulang tahun cinta
Apa yang telah pun ku rasa
Dimana keadilan jiwa
Walau apa pun yang menimpa
Aku pasrah..

Selamat tinggal
Kepada semua yang ada dihadapanku
Apa yang kurasa hanya
Selamat tinggal
Kepada dunia didalam putarannya
Apa yang kurasa hanya

Bertahun kita mengembara
Punya satu agenda sama
Dimana keadilan jiwa
Walau apa pun yang menimpa
Aku pasrah..

Sabtu, 11 Februari 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 5

Untuk  Raja Lawak 6 minggu ke-5, peserta diberi tajuk "Komedi Musikal". Seriously kalau Kodan ada lagi mmg makanan Kodan lah ni. Mcm biasa, utk komedi musikal aku x expect lawak yg begitu pecah perut, sbb kebiasaan lawak musikal ni hanya lebih kepada menghiburkan. Musikal komedi boleh jadi pengubahsuaian lirik lagu sedia ada kepada bentuk yg lawak, atau lirik lagu tidak diubah tetapi dinyanyikan agar kena dengan situasi dan keadaan atau nanyian lagu original beserta lirik2 komedi. Kalau kena gaya mmg menghiburkan, ditambah lagi kalau suara penyanyi mmg sedap. Mmg biasa org cakap kita pelawak bukan penyanyi sbg alasan suara tak sedap, tp dgn suara yg tak sedap ditambah dgn tempo yg lari biasanya boleh membunuh mood penonton.
 Meter tahap kelawakan:
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Menggunakan KRU sebagai bahan lawak mmg idea yg bagus sbb KRU mmg merupakan kumpulan muzik yg sangat legend di Malaysia. Masing2 memainkan peranan yg baik sbg Norman, Yusry dan Edry. Ditambah dgn lagu yg x disangka2 yg bukan lagu KRU pun, suara pun OK tak kelaut mmg mendatangkan mood dan cukup menghiburkan.

2. Riki (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Lawak Riki kali ni kurang menjadi. Sketsa tak menarik, lagu pun tak menarik, bahan yg dilawakkan hanya hitam, wak lu, hitam, wak lu. Tambah pulak dgn mamat ketua tu yg lupa lirik mmg menghilangkan mood.

3. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Lawak minggu ni menghiburkan cuma punchline tak byk yg lawak. Watak dan jalan cerita tak berapa kuat, 2 org pendekar jalan2 then nak menyanyi lagu. Vokal nyanyian juga tak membantu utk menaikkan mood.

4. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Takde sebarang jalan cerita, cuma membuat persembahan boria. Bagi aku persembahan minggu ni kurang menyengat kerana boria tidak dekat di hati semua penonton, hanya org2 utara sahaja yg suka. Dan lagu2 boria yg dibawa juga tak berapa lawak sbb bukan bawak lagu boria. Kalau nak buat boria buat boria betul2, ubah lirik ke komedi, ini byk sangat mengarutnya dgn menjerit2 sampai sakit telinga.

5. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Membawa watak Usop Wilcha, lakonan mmg menjadi tapi musim filem Hantu Kak Limah dah habis... so sketsa yg dibuat kurang dapat menarik minat penonton, tapi OKlah sikit dari minggu2 lepas, still ada punchline yg boleh buat org gelak.

6. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Sketsa dan lakonan yg dipakai mmg menjadi, dan penggunaan lagu Aishiteru masa ending mmg best, sbb aku suka org melawakkan lagu2 yg popular ni. Suara nyanyian pun sedap, so far antara persembahan yg terbaik sama dgn Zero.

7. Skema (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kumpulan Skema kali ni mmg meningkat, terima kasih kepada Kopi dari kumpulan King. Peniruan watak Kopi tu mmg best. Lagu yg digunakan pun best mcm Cerita Kedai Kopi mmg kenalah dgn watak "Nama aku Kopi" dan suara mamat kopi tu pun OK, cuma suara mamat muka cina tu spoilkan sikit mood.

8. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Konsep yg dibawa oleh Albob sangat simple, 2 org berkebun sambil menyanyi seperti bekerja sambil just having fun. Bagi aku persembahan OK, dan ada part yg lucu. Cuma ada beberapa lagu yg ada pengulangan lirik dan kurang menarik seperti niat hati niat hati, tak tau kalau dia terlupa lirik.

9. GMan (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kalau nak dikira dari segi komedi muzikal mmg antara yg terbaik, sketsa cinderella mmg idea yg baik, watak M. Daud Kilau mmg sangat berkesan, lirik2 komedi yg digubah boleh tahan, lagu2 yg diguna mmg best terutama lagu Alif Satar yg popular masakini Lelaki Seperti Aku.

Masa Penyingkiran
Untuk minggu ni aku nak letak video penyingkiran sbb lagu yg Jozan nyanyi waktu tu mmg sangat best dan sedih. Kalau Jozan baca ni, aku mintak korang tolonglah buat lagu atau single bersama, Johan boleh menyanyi, suara sedap dan boleh tiru mcm2 suara, Zizan boleh rap, so kalau korang buat lagu bersama aku rasa mesti meletup di carta2 radio.

Peserta terkeluar minggu ke-5: GMan

Kesimpulan:

Minggu ni seperti yg aku jangka mmg takkan ada persembahan yg betul2 meletop dan membuat aku ketawa terbahak2, boleh kata cukup sekadar menghiburkan. Muzikal komedi susah nak buat jadi betul2 jadi lawak. Untuk minggu ni bottom 3 adalah Riki, Skema dan GMan. Kalau berdasarkan persembahan, paling layak keluar minggu ini adalah Riki, tapi yg terkeluar adalah GMan. Nak buat camner... Tapi bak kata Pak Yus, GMan terkeluar minggu ni dgn bermaruah.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Zero (Cif - Taukeh) - LOL
2. Shiro (Cif - Taukeh) - LOL
3. GMan (Cif - Pak Yus) - LOL
4. Skema (Cif - Taukeh) - LOL
5. Albob (Cif - Pak Yus) - LOL
6. 2Yol (Cif - Angah) - HAHA
7. Selak (Cif - Pak Yus) - HAHA
8. Cuit (Cif - Pak Yus) - HAHA
9. Riki (Cif - Angah) - HEHE

* Kredit: Video oleh GuaTVutube.

Sabtu, 4 Februari 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 4

Raja Lawak 6 sudah masuk minggu ke-4. Tema minggu ni "Cinta". Tema minggu ni OK sikit sbb tak terlalu spesifik... kerana cinta boleh jadi mcm2, cinta kepada awek, bini, kawan, mak bapak, Tuhan dan lain2. Tema ni jugak dah byk kali digunakan di Raja Lawak... setakat ni lawak tema cinta yg paling best dan epic adalah persembahan Nabil Raja Lawak 2 time bercinta zaman budak2, remaja dgn awek gemuk terangkat kerusi tu. Apa2 pun kita layan je persembahan peserta2 Raja Lawak 6 ni.
Meter tahap kelawakan:
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. GMan (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Aku agak tak suka bila org cuba buat lawak dgn buat watak orang gila. Bagi aku ia mcm cheap idea. Sbb bila dah jadik org gila, mmg dah konfirm la semua benda jadik tak betul, dan jalan cerita pun akan jadi mengarut2lah. Tapi kalau watak yg normal, buat something yg gila dan tak betul adalah lebih better. Persembahan biasa2 aje, punchline lawak yg menjadi pun kurang. Lawak telur2 tu pun agak annoyinglah. Cukup2lah lawak double meaning. Minggu lepas pun lawak telur jugak.

2. Kodan (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Serius frust dgn Kodan. Aku menaruh harapan yg agak tinggi dgn Kodan dari minggu pertama lagi. Tapi watak pengulangan black people dan juga permainan music background, tarian2 yg tak perlu sama seperti minggu2 lepas agak mengecewakan aku. Walaupun tak seteruk minggu lepas, tapi masih lagi belum cukup bagus. Ada la punchline sikit waktu hey man, hey dude hey wan tapi byk sgt masa dibazirkan dgn music dan tarian2 mengarut, masa 3 minit je pun.

3. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Idea Albob ni bagus sbb guna isu yg masih panas iaitu kemenangan lagu Hafiz - Awan Nano kat AJL26. Berlakon sbg watak Hafiz dan bapaknya Herman Tino mmg best, cuma isu cinta yg diketengahkan kureng sikit. Sepatutnya dia cuba bawak isu kasih sayang antara seorang anak dan bapa dgn melawakkan atau buat parody adegan dalam video klip Awan Nano antara anak bapak Hafiz dan Herman Tino tu. Tapi bila dia cerita jugak pasal cinta kat awek, rasa mcm tak perlu bawak watak Hafiz dan Herman Tino pun takpe, just buat je watak biasa bapa dan anak. Tapi secara overall masih lagi persembahan yg sgt baik.

Selingan - Babak Hafiz Awan Nano

4. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Aku harap peserta Raja Lawak jgn buat lagi persembahan pengulangan watak atau kesinambungan persembahan minggu2 sudah. Kalau persembahan menjadi pun, ia takkan meletup sangat sbb penonton akan rasa mcm persembahan tu dah basi sbb watak2 bapak, budak, cikgu zubaidah, prob kasut dan bakul tu semua minggu lepas punya. Kalau boleh cari watak lain dan idea lain. Untuk persembahan minggu ni boleh tahanlah, tapi tak boleh lawan minggu lepas.

5. Skema (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HUH???)
Cerita tunggang langgang, punchline kurang. Sepatut punchline mengurat pondan tu dah OK tapi sbb org dah takde mood so takde orang nak gelak sangat. Aku malas nak guna perkataan Sheila Rusly tu tapi mcm tulah ibaratnya.

6. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Merupakan persembahan paling top pada gelanggang minggu ke-4. Takde apa nak komen, ending puncline "Nak luah tak boleh nak ludah lagi adalah" mmg sangat terbaik. Setiap ahli kumpulan pun memainkan peranan dgn bagus. Syabas!

7. Riki (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Lawak ada, punchline OK, sengal pun dah cukup sengal dah, cuma jalan cerita dan konsep kurang sikit. Apa perkaitan Cowboy dgn Red Indian lepak kat kedai mamak kat Penang, tak nampak logik di situ. Kalau persembahan kumpulan GMan tu xpe sbb diorg tu gila so nak jadik apa pun jadiklah. Tapi lawak air nescafe + air ketum = nestum mmg terbaik.

8. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Pun ada pengulangan guna sketsa dan konsep yg sama, watak tuan rumah dan prop yg sama mcm minggu 2 dan 3, cuma ditambah watak baru org nak masuk minang. Byk punchline2 lawak, cuma mcm biasa cakap agak laju. So far antara yg terbaik, cuma jadi tak berapa nak sedap badan sbb ada pengulangan.

9. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kalau tgk dalam Youtube terlalu ramai org puji kumpulan Shiro, tapi aku masih tak boleh nak puji sangat sbb aku masih tak nampak kat mana punchline yg betul2 kuat. Yg aku lihat lebih byk lawak dan punchline mirip2 kumpulan Sepah. Kalau tgk persembahan kali ni pun trend ketawa penonton kat studio pun kurang, cuma jalan cerita jelah nampak OK sikit. Tapi kalau dia buat mamat yg tengah pancing tu pun rupa2nya nak bunuh diri terjun sungai jugak lepas nasihat2 orang rasa lagi menarik sbb ada jalan cerita yg twist dan tak masuk akal.

10. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Jalan cerita tak berapa kuat, cinta, hantu pocong, ustaz. Punchline pun masa awal2 OK makin lama trend gelak semakin menurun. Satu je yg boleh dipuji adalah ada unsur dakwah dalam persembahan ni. Yang lain2 perlu byk diperbaiki lagi.

Peserta terkeluar minggu ke-4: Kodan

Kesimpulan:

Banyak peserta dah menunjukkan peningkatan, cuma byk persembahan yg mempunyai pengulangan konsep dari minggu2 sudah. Minggu ni bottom 3 adalah Kodan, Selak dan 2Yol, dan yang terkeluar adalah Kodan. Kodan masa awal gelanggang pun dah ditangga paling bawah. Persembahan dia minggu ni tak dapat membantu utk menyelamatkan undian SMS. Walaupun aku agak kecewa sbb Kodan iaitu satu2nya peserta solo RL6 terkeluar, tapi kalau nak dibandingkan dgn bottom 3 yg lain iaitu Selak dan 2Yol, persembahan Kodan yg paling hambar sekali. Tapi kalau nak diikutkan dari segi persembahan peserta secara keseluruhan, yg patut keluar adalah Skema, tapi disebabkan Raja Lawak ni 100% undian SMS tak leh wat apa lah... lainlah kalau macam Maharaja Lawak Mega di mana juri juga boleh memberi markah untuk setiap persembahan peserta, bukannya semata2 undian SMS. So kepada Kodan, selamat maju jaya bro, aku pasti akan merindui lawak Aku Stacy versi Arab kau... terimalah...

Masa Taukeh bagi speech last sekali lepas VT Kodan terkeluar tu mmg sedih dan terharu... Takpe Taukeh ada 3 lagi anak didik anda yg akan terus berjuang. Terus turunkan ilmu dan idea2 gempak utk persembahan mereka di minggu2 akan datang.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Cuit (Cif - Pak Yus) - ROTFLMAO
2. Albob (Cif - Pak Yus) - LMAO
3. 2Yol (Cif - Angah) - LMAO
4. Riki (Cif - Angah) - LMAO
5. Shiro (Cif - Taukeh) - LOL
6. Zero (Cif - Taukeh) - LOL
7. Selak (Cif - Pak Yus) - HAHA
8. Kodan (Cif - Taukeh) - HAHA
9. GMan (Cif - Pak Yus) - HEHE
10. Skema (Cif - Taukeh) - HUH???

* Kredit: Video oleh Nazwa69 dan GuaTVutube.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...