Jumaat, 27 Mei 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 9

Nampaknya Maharaja Lawak dah masuk minggu terakhir sebelum final minggu depan, itupun kalau Maharaja Lawak bersiaran selama 10 minggulah. Kalau minggu ni satu peserta tersingkir, so minggu depan hanya akan tinggal 5 orang masuk final. Dan aku nak mintak maaf sekali lagi kerana hari ni pun aku tak dapat buat Live Review sebab malam ni aku kena bertolak balik ke Besut, Terengganu untuk majlis pertunangan adik ipar aku. So ulasan aku pun mungkin lambat sikit. Walau macamana pun aku akan try add video esok kalau masa mengizinkan.
Sepanjang minggu ni, dekat fanpage ML dekat Facebook kebanyakan orang kali ni menghentam Nabil gila2 punya, siap ungkit kisah2 kontroversi dia dulu2 tu. Aku no komen, bagi aku hal kontroversi tu itu antara dia dengan tuhan, aku just menilai based on performance peserta untuk setiap minggu. Cuma aku pelik dulu bukan main ramai gila hentam Amir, bila Nabil hentam Amir utk korang, dia pulak kena hentam... Manusia mmg pelik. Tapi takperlah yang penting harap2 yg masuk final biar yg betul2 berkualiti. Pilihan aku untuk masuk final adalah Jozan, Jambu, Sepah, Nabil dan R2. Aku harap Balas yg akan terkeluar minggu ni based on diorang punya performance setiap minggu (mesti aku kena hentam dgn peminat Balas lepas ni huhuhu).

Apa2pun, layan je ML malam ni dengan tema persembahan dengan pelawak profesional. Cuma aku tak expect tinggi sangat untuk minggu ni sbb bukan senang nak dapat chemistry dengan orang lain terutama yang baru je bersama, lagi2 kalau gap umur besar atau genre lawak berbeza. Aku tak tahu mcm mana pemilihan pelawak tanah air dibuat utk digandingkan dgn peserta, tapi aku assume peserta diberi secara random pelawak yg hendak digandingkan dgn mereka dan diorg tak leh pilih sape yg diorang nak digandingkan. So nasib lah kalau dapat pelawak yang bagus atau yg sebaliknya.

PS: Wah tak sempat aku nak ulas dah ramai yg bagi ulasan dan pendapat huhuhu... Bagus2... Mcm ni yg kita nak, setiap orang bagi ulasandan mengkritik secara baik, bukan memaki hamun dan mengutuk peserta2 yg bukan kegemaran. Apa2pun, tq for sokongan yg diberikan anda semua dan sudi menjenguk ke blog saya yg tak seberapa ni...

UPDATED: Aku baru mendapat info terkini berkenaan persembahan seseorang peserta ML, so terdapat beberapa perubahan pada ulasan dan ranking aku. Sila scroll ke bahagian Nabil.

Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. R2 feat Sathiya (Laugh-O-Meter: LOL)
Minggu ni Kumpulan R2 memulakan pentas Maharaja Lawak dengan sketsa 2 orang polis iaitu Lopez dan Sathiya sedang soal siasat seorang suspek iaitu Rahim atas alasan... Tak berapa clear apa sebenarnya kesalahan yg dia buat. Punchline ada, namun tak berapa kuat dan nampak kelam kabut sikit terutama si Lopez, mungkin sbb kurang rehearsal ke tak tau lah. Dan kedua kumpulan R2 nampak mcm slow down sikit bila time Sathiya bercakap, mungkin diorg terlalu hormat kat Sathiya atau tak nak overshadow Sathiya. Tapi dengan kehadiran Sathiya menjadikan persembahan kumpulan R2 tak macam persembahan R2 yg biasa. Dan satu lagi yg aku notice bila habis persembahan, Lopez nampak mcm dalam kesakitan, sesak nafas atau sakit kaki tak tau la... Tak tau la orang lain notice ke tak.

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 60%.


2. Balas feat Nasrizal Ngasri a.k.a Bell (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan Balas membuat sketsa pasal seorang student yg stupid jumpa bomoh yg dilakonkan oleh Bell utk mengubati kestupidan dia. Aku bab lawak2 bomoh ni kureng sikit sbb dah terlalu skeptikal dan banyak dibuat. Kemudian tiba2 datanglah Hantu Makcik Karipap yg bagi aku lawak recycle yg failed. Punchline kelam kabut, timing tak kena, chemistry kurang, dan sorry to say but lakonan dan lawak yg dibawa oleh Bell tak menjadi. Selalu tunduk dan tak menunjukkan muka, cakap pun mcm tak natural. Mungkin sbb Bell ni tak biasa buat lawak live atas pentas, biasanya berlakon ikut skrip kat drama dan filem. Dan Balas pulak nampaknya tak pandai nak cover kelemahan Bell ni malah terikut sekali.

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 30%.


3. Sepah feat A.R Badul (Laugh-O-Meter: LMAO)
Lawak Melayu yang dibawa oleh Sepah dan pelawak undangan A.R Badul pasal nak merisik kahwin. First before that nak komen dulu pasal Badul, dia tak nampak macam Badul yg biasa, nampak mcm letih dan tak bersemangat. Mungkin sbb dah semakin tua, sbb seingat aku lawak Badul ni lebih kasar dari yang ni. Kedua,  kehadiran Badul dalam kumpulan Sepah menjadikan persembahan Sepah tak nampak cam biasa sbb Badul nampak mcm susah sikit nak ikut rentak diorang. Walaumacamana pun persembahan diorang tetap best, cuma minggu lepas aku cakap diorang ni paling konsisten, namun sometimes konsistensi masih tak cukup, diorang perlu buat something yg WOW utk memikat hati pengundi dan keluar dari kebiasaan lawak kemelayuan yg diorang biasa buat. Apa kata cuba lawak slapstik, atau lawak yg lebih menggunakan mimik muka dan bahasa badan selain daripada dialog yg biasa dibuat.

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 70%.


4. Nabil feat Sharifah Shahira (Laugh-O-Meter: LMAO --> LOL)
Nabil kali ni kembali dengan sketsa guru Taekwando nak ajar anak murid baru iaitu Sharifah Shahira. Nabil biasa buat persembahan solo dan biasanya kalau buat persembahan berkumpulan atau dgn partner lain dia jadik kureng sikit, mcm dalam cerita Spontan atau Oh-Yeah. Tapi kali ni aku bagi up sikit utk persembahan dia, walaupun last2 tu asyik mintak orang undi dan cakap kat juri jgn singkirkan dia. 1st sekali pasal partner dia Sharifah Shahira, mmg dia merupakan antara pelawak wanita yg dah established di tanah air tapi kekuatan dia juga lebih kepada lakonan drama dan filem, sbb kalau persembahan live atas pentas pun dia akan jadik kelam kabut dan kering idea, sama jugak mcm dalam cerita Spontan kalau siapa pernah tengok la, tapi Nabil berjaya mencipta chemistry dan menutup kelemahan Sharifah Shahira dan menggunakan kelemahan tersebut utk menjadikkan persembahan dia lebih berkesan. Plus dengan effect tikam, darah, simbah asid... aku rasa patut diberi kredit pada persembahan Nabil, lupakan pasal kontroversi dan gossip watsoever...

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 80%.

* UPDATED: Persembahan Nabil kali ni boleh dikira best jugak. Tapi yg tak bestnya aku mendapat berita yg persembahannya adalah dicopy daripada sketsa lama yg pernah dibuat oleh Jim Carrey, boleh tengok kat sini. Walaupun aku minat jugak Nabil, tapi kalau benda2 plagiat ni aku takleh accept jugaklah. So aku terpaksa menurunkan rating dan ranking aku bagi Nabil minggu ni. Aku harap Nabil dapat kembali menjadi Nabil mcm Raja Lawak 2 dulu yg fresh dengan idea walaupun cerita hanya pasal Mat Despatch dan Cinta Monyet.


5. Jozan feat Kencana Dewi (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Kali ni Jozan menggunakan kekuatan ahli masing2 secara maks, dengan Johan meniru watak Mamat Khalid yg mmg makanan dia, Zizan pulak menggunakan watak Mael Lambung, watak lakonan dia yg paling popular. Boleh kata recycle jugak, tapi recycle yang menjadik. Digandingkan dengan pelawak jemputan iaitu Kencana Dewi, sorry to say, kalau dia takde pun persembahan ni masih boleh berjalan dengan baik. Wataknya tak banyak sangat membantu, dialog pun tak banyak, chemistry pun tak berapa menjadi, lebih byk tergedik2 dan menjerit2. Tapi aku faham sbb Kencana Dewi ni bukannya jenis pelawak yang spontan dan tak selalu berlakon atas pentas live, dia pun lebih kepada lakonan komedi di drama dan filem.

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 60%.


6. Jambu feat Acong Sweetchild (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Persembahan last sekali iaitu kumpulan Jambu dan juga pelawak undangan iaitu Acong Sweetchild. Lawak recycle minggu pertama, Dato Jululudin Husun jadi Jililidin Hisin, tapi lawak recycle yang sangat menjadi dan meletup. Lawak Jambu mmg selalu takde isi, jalan cerita, tapi lawaknya sangat meletop. Ada orang cakap lawak Jambu mcm lawak badut a.k.a clown... aku tak nafikan ada jugak kebenarannya, tapi bukan sebarang clown tapi clown yg sangat LAWAK dan rata2 org ramai orang Malaysia suka lawak clown diorang berbanding dari yang tak suka sbb boleh dinikmati dan difahami dari semua golongan baik yang muda, budak sekolah, orang dewasa, makhluk asing, etc. Dengan kostum dan makeup yang gila, language yang rubbish, lakonan yg selamba, mmg sangat terbaik. Dan dalam byk2 peserta yg digandingkan, Jambu dan Acong merupakan gandingan yg paling mantap chemistrynya, sampai nampak mcm Acong tu salah seorang ahli kumpulan Jambu yg sangat serasi dan dah lama buat persembahan bersama, tak nampak kekok langsung. Tak tau la kalau sblm ni mereka mmg pernah digandingkan dalam drama ke, tapi overall, paling mantap sampaikan ketiga2 juri terkedu dan kena bagi komen. Betul kata Mamat Khalid dan Saiful Apek, lawak Jambu mmg INTERNATIONALE dan Maharaja Psikologi hahahaha. 

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 100%.


Peserta terkeluar minggu ke-8: Balas

Kesimpulan:

1st of all, Balas mmg deserve to keluar sbb persembahan dia minggu ni paling hancur berbanding peserta lain, dan prestasinya juga tak berapa bagus setiap minggu. Dan untuk minggu ni, aku rasa biasa2 je, walaupun ada persembahan yg outstanding, tapi tak byk yg menarik sbb peserta kena gabung dengan pelawak luar yg diorang tak pernah atau jarang bekerja sekali. So kebanyakannya mmg akan keluar dari persembahan biasa diorang. Tema minggu ini lebih kepada untuk menguji dan mencabar keupayaan peserta bukannya utk memberi persembahan terbaik.

Disebabkan minggu ni tinggal 6 peserta, so rasa masa persembahan pun dipanjangkan, so rasa macam lama je loceng nak berbunyi. Kalau persembahan tu outstanding rasa mcm jgn la habis cepat, kalau persembahan hampeh gila rasa mcm bila la nak habis ni. Bottom 3 minggu ni adalah Balas, R2 dan Sepah, dan yang terkeluar adalah Balas. Sepah masuk dalam bottom 3 pun sbb peserta dah tinggal sikit, so antara big 4 mesti akan ada satu peserta yg tersenarai dalam bottom 3, so tak la mengejutkan sangat.

Cuma satu je yg aku rasa tak berapa nak best adalah ingatkan minggu depan dah final, tapi ditambah lagi 3 minggu dan dibuat di beberapa tempat so ML akan ada 12 minggu keseluruhannya. Mmg la best lama sikit lagi leh tgk peserta ML beraksi tapi lambat lagi la nak tau sapa yg bakal dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak. Plus makin untung la Astro punya biznes dan makin pokai la peminat2 ML ni mengundi peserta2 kegemaran diorang. Aku baru nak keluarkan statistik persembahan dan analisa setiap peserta final based on persembahan setiap minggu tapi disebabkan minggu depan belum final, maka aku postpone dulu sampai minggu last sebelum final.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Jambu - ROTFLMAO
2. Jozan - ROTFLMAO 
3. Sepah - LMAO
4. Nabil - LOL
5. R2 - LOL
6. Balas -HAHA

OK sampai sini aje ulasan aku untuk minggu ni. Anda macam mana? Puas hati? Tak puas hati? Ada pendapat dan pandangan berbeza? Sila utarakan di bahagian komen di bawah untuk kita bincangkan bersama. Punchline kalau ada masa aku masukkan, kalau tak takdelah... sekarang ni mmg tersangat super hyper bz... Jumpa lagi minggu depan...

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom 

47 ulasan:

  1. wan, postkan kat blog ko pasal isu ni http://forum.cili.ws/showthread.php?tid=340

    BalasPadam
  2. rasanya sepah lagi baek dripd nabil td...

    BalasPadam
  3. kelaka btl tgk jambu perform..ada chemistry dgn acong sweetchild....jozan mmg best...yg laen...ada yg klaka jugak....yela...ssh jugak nk mix dgn org lain dan nk wujudkan chemistry...

    BalasPadam
  4. jozan lawak cam cibai, tp ade gak yg minat tak faham aku...jambu ngan sepah lg lawak aku rasa....patutnya diorg ni juara ML

    BalasPadam
  5. sepah lg lwk dr nabil sbnr nye...lawak jozan..perghh superb kot..hahahah..mael lambung dah popular satu malaysia!!

    BalasPadam
  6. Lambat lagi kot nak tunggu bro ulas. Tapi sebab dah ada ranking aku terasa nak komen. hehe..
    Bagi aku la, dalam membuat ulasan kite kena bina kredibiliti. Barula org respek dengan ulasan kita. So firstly aku nak kate yg bro punye ulasan mmg terbaik tiap-tiap minggu (maybe sebab cara olahan ayat bro kot) sebab tu aku respek. Tapi tak semestinya aku setuju sebab penilaian lawak ni mmg sgt subjektif.

    Pertama sekali, aku setuju minggu ni jambu tempat pertama. Berbanding minggu lepas, minggu ni diorang dapat buat aku gelak. Tapi agak terkilan sebab kumpulan sepah diletak di no. 4. Ada dua pendapat aku ttg ni iaitu:
    1) Sepah being underrated. tapi sebenarnya aku setuju sepah pada meter LMAO sebab minggu lepas diorang lagi lawak tahap gaban.
    2) Yg kedua nabil dan jozan being overrated. Jozan punye ranking no 2 is good enough tapi nabil punye persembahan agak hambar bagi aku. So, bagi aku (haha), meletakkan nabil di atas sepah sama la seperti underestimate sepah walaupun meter LMAO untuk sepah dah cukup baik.
    Tapi aku faham bahawa penilaian org tak sama maka aku respek ajelah apepun ulasan bro nanti. Hehe...

    Lastly just nak bagitau byk kali terbaca org bercakap bahawa lawak tak perlu mesej, asalkan org ketawa pun dah cukup. Pendapat aku pulak, kalau pelawak tu dapat memberi mesej (nasihat/sindiran) sambil membuat org ketawa maka itu lagi terbaik. Hehe... Kalau ada mesej je ataupun kreatif je tapi tak lawak pun tak guna jugak kan bro?

    Apepun teruskan mengulas sebab mmg tiap2 minggu aku menunggu nak baca ulasan kat sini. Peace!

    ~Alan~

    BalasPadam
  7. saya sOkOng alan..huhuhu
    kamu lah buat ulasan..ikhlas best kamu !
    ALLAH..kadang2 ORG xpandai menilai lawakkan alan..nabil?? sepah lagi terbaik kan..tnya hati..jawab sendiri..siddiq

    BalasPadam
  8. ramking saya :
    1. sepah ( gandingan sgt best)
    2. jozan ( sbb dapat gandingan yg x best)
    3. jambu ( makhluk bertanduk???? huuu huu huuu)
    4. balas ( bell ok la..)
    5. R2 ( x brp clear mula2)
    6. nabil ( kelam kabut )

    kesian sgt pd jozan sbb dpt kenchana devi...tp jozan berjaya membuat persembahan best walaupun nampak sgt muka johan x brp selesa dgn kenchana tu....
    jambu....sorry to say,mmg mengarut2...yg best n buat sy ketawa, cuma huuu huuu huuu ( tanda gembira)..
    yg lain, biasa2 je...

    BalasPadam
  9. ulasan yg menarik minggu ni...n klu blh biar la kelima-lima peserta masuk final..tp mcm x je...ape2 pun ramalan aku untuk final klu 3 je yg masuk ialah jozan,jambu n sepah...nabil lak persembahan die makin jatuh..sory pd peminat2 nabil tp sejujurnye nabil 4minggu kebelakangan ni mcm hilang arah...n untuk tuan punye blog PEMBETULAN SIKIT MAHARAJA LAWAK DITAMBAH 3MINGGU SO AKAN JD 13 MINGGU BUKAN 12..3MINGGU TAMBAH N MINGGU KE 13 FINAL...

    BalasPadam
  10. pelik tullah aku knape ade yg ckp nabil tak lawak....padahal aku tgk lawak je....aku yg tgk ngan mmber2 aku pun leh bantai gelak mlm2 buta..pnnonton pun aku tgk gelak je....klu tak lawak takkanlah org gelak....aku rase yg ckp tak lawak ni org yg anti ngan nabil kot...biasalah bila dah tak suka, buat lawak gila babipun org ckp tak lawak

    BalasPadam
  11. aku heran nape ko bg rating nabil tinggi..aku rase lawak die ntah pape.. klu ko minat nabil pon jgn la bias sgt.. skrg ni aku rase lawak die standet amir je..sbb asik makse org gelak!

    BalasPadam
  12. hehe bg aku nabil ttp lawak....mcm mana aku gelak tgk jambu ngan sepah, mcmtulah aku gelak tgk lwk nabil mase mggu ke9....cuba tgk lawak nabil dgn hati yg terbuka tanpa perasaan dendam @ sakit hati mesti kita ketawa punya....dia punya akhlak tu g mamposlah...tu antara dia ngan tuhan..kita punya akhlak bukan baik sgt pun....silap2 smbahyg pu ada yg tggal....ni bukan rancangan imam muda...

    BalasPadam
  13. erm kpd peminat2 nabil..maaf ye nabil bkn xlawak tp lawak die semakin menurun skang ni...sy bukan la org yg anti nabil untuk pengetahuan anda sy adalah slh seorg peminat bg big 4 iaitu jozan,jambu,sepah n nabil..tp terus-terang sy ckp start dr silent komedi persembahan nabil makin menurun dan mendatar...so harap2 nabil dpt improve persembahan die...dan kpd peminat2 nabil jgn mudah melatah ambil segala kritikan ini dgn hati yg terbuka..sbb ada sesetgh kritikan bukan untuk menjatuhkan nabil tp untuk menaikkan semangat nabil supaya dpt buat persembahan yg bagus dan menarik...

    BalasPadam
  14. aku tak anti pd sesiapa sbb aku bukan peminat fanatik jozan, sepah, nabil @ jambu...mana yg lawak aku gelak, yg tak lawak aku diam...tp klu tgk blk persmbahan nabil mggu ke9 lawaklah jugak...cuma cara dia ckp ala2 bruce lee tu je yg kureng ckit...klu dia ckp mcm biasa aku rase lg lawak....bg aku, aku ttp respek kat nabil sbb antara pserta solo spnjang raja lawak ni, dia yg paling lawak....man yg juara raja lawak 5 pun x mmpu menandingi nabil.. tp jambu, sepah ok rase paling konsisten setakat ni

    BalasPadam
  15. yg best minggu ni rasanya Jozan la kot...nabil best la juga tapi lawak x original rupenyer...tiru jim carrey.. sebijik lak tu..ubah2 sket je..dah abis idea nabil ni..sian..xkisah laa..peserta lain pon tiru jugak minggu sblum ni..Jambu mmg lawak..tp kosong laa..xde pengisian, ntah ler..

    BalasPadam
  16. Aku paham kalau ada yg heran bila org lain tak sependapat dgn die pada perkara yg die rasa "obvious". Tapi pesanan aku, jgn amik hati sgt la ye...kita kena terima perbezaan pendapat dalam ape2 hal sekalipun. Yg penting, jgn sampai gaduh la.hehe...

    Setiap org yg keluarkan pandangan mesti ada alasan masing2. Bukankah seronok bila kite dgr (atau baca) pelbagai jenis pendapat. Barulah meriah hidup kite. Tapi dgn syarat takde caci maki la. (p/s: kalau jumpa komen caci maki dekat mana2 pun sila la abaikan utk kesejahteraan diri sendiri...hehe.)
    Even though atas alasan personal sekalipun, kita kena jugak terima sebab kita tak boleh nak paksa org supaya terima pendapat kita, betul tak...? Lain la kalau niat kita nak brainwash org.haha...

    Ok2, just selingan je ni..Buat tuan punye blog, keep up your sincere review. (tak sabar nak tunggu ulasan keseluruhan maharaja lawak dari bro nanti...^^)
    Peace!

    ~Alan~

    BalasPadam
  17. @firdaus mmd, @acigha, @nano nono, @nur muslimah, @mustang palmall, @alan, @stapler dan @Tanpa Nama sekalian

    Thanks sbb sudi baca dan follow ulasan saya. Saya baru bukak hari ni dah 17 komen... tak sempat nak reply satu2. Thanks juga sbb sudi bagi pendapat masing2. Bagus jugak kita boleh saling tukar2 pendapat. Cuma sy nak bagitau yg saya pun minat all the big 4 Jambu, Jozan, Nabil dan Sepah... dan saya tak bias pada siapa2. Ulasan saya dulu saya pernah kritik Jozan sbb copy Gamarjobat, minggu ni saya kritik Nabil sbb copy Jim Carrey. Kalau peserta tu persembahan dia meletup even Amir sekalipun saya akan bagi kredit, sbb saya tak nilai peserta based on populariti atau tahap menyampah orang pada dia, tapi based on persembahan setiap minggu. Tapi setiap orang tak punya sama citarasa, mungkin saya cakap best, tapi mungkin ada orang cakap tak best, dan mungkin jugak ada org bersependapat dengan saya rasa best.

    Biasanya saya akan rating orang persembahan orang based on:
    1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 50%
    2) Isi kandungan dan jalan cerita - 20%
    3) Kreativiti spt penggunaan props, tahap spontan, kostum, etc - 15%
    4) Mesej dan nilai2 moral - 15%

    Sbb ni Maharaja Lawak, so elemen kelakar dan respon serta tahap gelak audien la menjadi ukuran utama, makin kuat org gelak dan makin kerap org gelak pada punchline2 makin tinggi la rating dia.

    BalasPadam
  18. besh nabil , sepah , jozan nun jambu jea ,
    haha , yg laen cam, haram c(=

    BalasPadam
  19. setuju dgn ulasan kali ni, i am a big fan of JoZan, heeee, setuju part yg takde Kencana Dewi tu pon takpe, JoZan boley wat org gelak :D yg laen, sy suka big 4 tu! menang kalah adat :D

    BalasPadam
  20. meluat tgok kt fb byk org kecam nabil sal tiru jim carrey. puak2 antinabil mmg tggu mase je kan..? nabil wat slek ckit je terus.. mcm nak diganyang malaysia nih.. tapi ade peserta *o*** cilok Gamarjobat xde pulak nak bising2.. such a hypocrite person.. (pd yg berkenaan sje, kalu x berkenaan jgn terase..) soklannya, sape yg start meniru dulu?

    BalasPadam
  21. @kaki winston
    Jgn cakap cam haram cuma tak berapa best je... :)

    @miss tembikai bulat
    Bet0l, menang kalah adat pertandingan... yg kalah bukannya tak bagus cuma takde rezeki itu je...

    @she's gee
    Bab2 kecam ni dari dulu dah ada, kalau dulu Amir jadik mangsa, ni Nabil jadik mangsa. Kalau nak kata meniru, bukan Nabil dan Jozan je, malah mungkin Jambu pun ada cuma kita tak tau je, dan peserta2 lain cam Man, R2 dan Balas pun byk cedok lawak internet... so tak boleh nak salahkan sapa buat dulu sape buat kemudian... cuma lepas ni kalau dah tau meniru tu salah cuba cari idea yg lebih original...

    BalasPadam
  22. aku sokong ALAN..mamat tuan punya blog nih minat NAbil..kalo dh minat..buruk mcm mana pun tetap ckp lawa...sbb tuh dia tak kritik sgt nabil..hahahahah...

    BalasPadam
  23. @Tanpa Nama kat atas ni
    Aku mmg minat Nabil... tapi aku tak fanatik. Boleh tak bezakan minat dan fanatik? Kalau aku fanatik even Nabil buat lawak bodo mcm mana pun tiap2 minggu aku bagi dia no. 1. Ko cakap aku tak kritik sangat Nabil? Ko dah baca belum ulasan aku kat Nabil kat atas tu, even aku letak link ke sketsa Jim Carrey yang dia tiru tu utk rujukan pembaca, dan aku boleh turunkan rating dia dari LMAO ke LOL. Kalau nak hentam aku pun baca la dulu ulasan aku, termasuk ulasan aku sebelum2 ni. Even masa Jozan tiru Gomarjobat aku tak letak link, dan masa korang sibuk2 kutuk mencarut kat Amir dulu aku backing persembahan dia yg bagus, so ko nak cakap aku fanatik Amir? So harap anda Tanpa Nama (at least kalau nak hentam pun letak la nama anda) faham ye...

    BalasPadam
  24. SAPE ADMIN SINI.. KAU DAH MINAT TEAM TU SEMUE KAU ULAS PASAL DIE BAIK-BAIK WALAUPON TAK TERBAIK MANE AKU TENGOK.. KALAU PILIHAN PON AGAK2 LA TAKYAH NAK PILIH BULU PULAK AKU TAKUT YANG BACE NI SEMUE TERPENGARUH DENGAN CITER KATUN KAU NI. KALAU SETAKAT MGULAS MCM NI ADIK AKU PON BOLEH. MINTAK MAAF CAKAP LA KAU MMG SENGAL PUNYE ORANG. DAN KALAU XSKE AKU KOMEN KT SNI TAK PAYAH GATAL2 BUBUH PETI KOMEN NI -BLACKJOKER-

    BalasPadam
  25. @Tanpa Nama / Blackjoker
    Dah tentu la aku admin lagi mau tanye. Bro kalau nak komen komen la aku takde problem pun, itu pun tujuan ada peti komen ni, tapi kita kan ada agama, ada tatasusila, nak komen pun ada adabnya... Tp kalau ko tak kisah aku takleh nak kata apa, aku sbg insan yg lemah ni cuba mengingatkan je.

    Bro sebenarnya ko minat kat sape ni sampai melenting tak tentu pasal ni. Ko marah sgt sbb aku rank favorite ko rendah? Aku buat ulasan ni just 4 suka2 n 4 fun, tak suruh pun ko ikut. Kalo ko ada pilihan sendiri just go for it, takde sape paksa, dan tak perlu nak marah2. Btw... thank you untuk 'pujian' ko tu.

    BalasPadam
  26. KAHKAHKAH NI BUKAN MARAH KAU XSUKE K CARE AKU? JGN BACE. AKU MMG SKE PUJI BUDAK YANG SUKE PRASAN PANDAI NI. AKU TAK FOLLOW PON BLOG KAU YNG BEST SANGAT NI TAPI DH PROMOTER MNYEMAK MSUK KT FACEBOOK UMUM AKU NAK TAHU JGK APE BEST BOLEH KONGSI RUPE2 NYE AYAT2 BUDAK BELUM BALIGH KT SNI. XPE LA KAU ADE MINAT CUME BAKAT N AKAL JE KURANG XPE BOLEH ASAH. AKU MINAT SEMUE TP CUME TAK BERKENAN CARA KAU TULIS AYAT NI. MACAM PANDAI TP CUME PRASAN PANDAI.. OK GUD LUCK -BLACKJOKER-

    BalasPadam
  27. @Tanpa Nama / Blackjoker
    Alhamdulillah... Takpe aku tak marah pun... Setiap insan ada kelemahan dan kekurangan, tiada siapa yg sempurna. Setakat penghinaan yg aku terima dari ko ni aku masih boleh bersabar. Dulu Nabi kena lempar dengan najis pun boleh bersabar, inikan aku insan yang lemah. No big deal ok. Thanx again.

    BalasPadam
  28. TO BLACKJOKER
    KO G MAIN JAUH2 BLEH.. MYEMAK JE KT SNI. KO NI... AI... JUMPA AKU TUMBUK KO RSANYA.. MESTI RSA BEST KAN DPT GDUH NGN ADMIN BLOG NI, TLISAN BSAR, MCM BEST LA... KO G BLA, JGN BKA BLOG NI, JGN BCA LG.. ORG X KCAU HDUP KO, KO KCAU HDUP ORG... NMA PUN BLACKJOKER, CAM SIAL.. IGT KO SORG JE ADA FACEBOOK.. HI BUDAK NI.. TNJUK SAMSENG SNI PLAK..
    TO ADMIN
    KO JGN LYAN BDAK MCM TU, X BTUL.. KO MMG BEST BUAT ULSAN.. TIAP2 MGGU AKU BACA..
    KEEP IT UP OK....

    BalasPadam
  29. -BlackJoker-
    aii sape la ni ye yg nasihat aku.. cakap tulisan besar kau pon same. pendapat masing2 kau xsuke jgn bce admin pon xde marah.. kau ni datang bulan tibe2 mgamuk. hahaha samdol mcm kau la buat rosak page tibe2 prangai macm babun..

    BalasPadam
  30. to blackjoker
    tau lak tlisan kecil. td x tau.. bengap ke?
    bru tau skrg? klu ak prgai cam babun, ko prgai cam babi.. g la sondol blog org lain..
    sory trksar bhsa.. aku mmg xleh la ngn org mcm ko ni... bla org bt baik ngn ko, ko naik kpla, mcm best la kn.. sbnrnye ko ni dtg bulan kan.. g main jauh2 la wei... ko nak femes je kt sni kan.. g main jauh2 k..

    BalasPadam
  31. -BLACKJOKER-
    AKU xfaham la bhase binatang ape kau gune lalala..
    admin block budak giler ni mencarut mgalahkan pondan wakakaka.

    BalasPadam
  32. to blackjoker
    lor.. tau plak mntk tlong admin.. kt atas kmen siap ktuk2 admin.. mmg x tau malu.. memalukan la ko ni.. bdak2 lg kot.. bru main facebook ke? bru pandai mlayri blog? ln kli hormat blog org ln k..
    assalamualaikum....

    BalasPadam
  33. -BLACKJOKER-
    wassalam eh nak bla k smbung wat kjer sekolah ea bgus nty upsr buat btol2.. hormat? kau dah mcm beruk dtg tibe2 mncarut tu care berok hormat orng k? pikir gne akal bkn bontot. haha

    BalasPadam
  34. to blackjoker
    aku rsa ko tu pk gna bontot.. g tgk upsr tutor tv kt astro.. sah2 bdk2 lg... ksian ko.. ko ni bkn stkt beruk dh, bpak beruk aku rsa.. klu ko hormat org ln, x jd mcm ni.. admin blog ni pnyala baik, tp ko ktuk2 dia.. mcm ko la plng hebat kt dunia ni.. tu la.. sian ko.. bdk2 lg.. seyes, prgai ko lbih drpda myet.. klu ko x hormat org, org x kn hormat ko k... kira blackjoker ko tu femes la skrg, femes la msuk blog org, tnjuk ko plng hebat.. nma bru ko, blackjokerpig, dtg blog org, sondol2 tnjuk power, glemer.. budak2..
    ln kli pk jgn gna bontot k..
    assalamualaikum....

    BalasPadam
  35. -BLACKJOKER-
    Saudara ni lagi elok pegi sembayang mnyemak blog orang mencarut dh mcm orang giler. xmalu k orang tengok. dah jd manusia buat la care ade akal xpayah gne bhase binatang.. n lagi bagus sedara mgaji dr mncarut tah bahase binatang ape kau pakai. kahkahkah untung lah skit dah jd manusia tu

    BalasPadam
  36. -BLACKJOKER-
    aku punye ayat xdela sampai main mak bapak same kn bapak dgn monyet.. apa beza kau dgn aku skrg?? kau lg teruk gne bhase mncarut tibe2 dapat dose free.. orang yang suke kawan dgn binatang mmg pandai gne bhase mcm binatang. aku xfaham ape kau mncarut dr td n aku syukur kau dapat dose free mncarut kahkahkah

    BalasPadam
  37. @Blackjoker & @Tanpa Nama
    Saya rasa cukup2 dah ye gaduh2... Kalau Nabi tau umat dia bergaduh sesama sendiri mesti dia sedih. Mcm ni lah, Blackjoker walaupun ko yg start dulu tadi tapi harap lepas ni jgn timbulkan lagi provokasi. Kita back 2 the square OK, bagi komen yg membina dan bernas pasal Maharaja Lawak je ok.

    Kepada Tanpa Nama, terima kasih sbb backing aku, tapi harap saudara tak payah layan sgt provokasi yg mcm ni, sbb sesetengah orang tu walaupun tau diri dia salah tapi dia akan cuba pusing balik nampak mcm kita yg salah, saya dah byk jumpa orang mcm tu kat internet dan juga realiti. Harap saudara bykkan bersabar ye... Anyways thanx again.

    BalasPadam
  38. -BLACKJOKER-
    AKU SUKA AYAT ADMIN NI NAK TEGUR GUNA BHASE MANUSIA.. OK IM SORRY BRO. KEPADE BDAK UPSR TU BLAJAR BHASE MANUSIA DRI ADMIN NI KALAU NAK JADI MANUSIA LA. HAHA

    BalasPadam
  39. KALO KO TAKMO AKU KECOH2 KT BLOG NIH..BAIK KO TUTUP JE BLOG NIH..EEEEE...GERAM BETUL AKU

    BalasPadam
  40. @Tanpa Nama
    Ni siape pulak ni huhuhu... Korang nak kecoh, kecohlah tapi harap jaga bahasa dan tatasusila yer... kalau tak rasa nak buat utk org lain, buatlah kerana Allah ye...

    BalasPadam
  41. adoii..apa yg gadoh2 ni...aku nk bc komen pasal maharaja lawak la...kpd semua..pls respect admin....sekaar mengingtkn diri sendri dan yg laen agar sm2 sokong maharaja lawak..okey...luv u ollss...

    BalasPadam
  42. korg ni psal maharaja lawak pun nak gdoh...

    BalasPadam
  43. huhuhu..gadoh2..seronot gado nih..hahahaha..
    kasi penuh ruang ceciter ni..hahahhaa

    BalasPadam
  44. @maiSecawan g
    Hahaha dah takder orang gaduh dah tak panas dah... nanti ulasan minggu 10 nanti ada la tu gaduh balik

    BalasPadam
  45. tp betul la jugak kata blackjoker(tp aku x sokong bahasa kesat dia),aku ada perasan jugak bila bca review ADMIN,ADMIN mcm pro Nabil,peserta lain klu x lwk sikit pun kena komen mcm2,itu x kena,ini x kena..kena low rating lg,of course nabil solo, tp itu bkn alasan utk ADMIN bg advantage.. apapun to ADMIN goodjob n i respect your komen..just nmpk sgt ADMIN pro to setengah2 peserta,just please write your review fairly..

    BalasPadam
  46. @Tanpa Nama kat atas
    eh eh bukan la saya ni pro Nabil... tapi kan saya dah cakap sy minat je semua empat4 peserta big 4 tu... nabil tu dah 3 minggu saya bagi low rating... minggu 10 tu saya bagi lagi bawah apa rating dia... mesti tak baca review saya tiap2 minggu ni... minat tak minat tetap kena kritik...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...