Ahad, 24 April 2011

Ulasan Akademi Fantasia 9 Minggu Ke-3

Aku dah cakap sblm ni kalau Hazama dan Fina masuk AF9 aku akan buat ulasan mengenai AF... Naah ambik aku diorg dah masuk minggu ketiga ni... Terpakso la den buat ulasan walaupun den ni bukannya pandai sgt menilai nyanyian orang ni... Kalau Maharaja Lawak tu boleh la... Ikut lawak mana yg paling wa geli usus... Takpe eden torai je lah ye...


So utk minggu ke-3 ni wa takde apa nak highlight sangat... ikutkan nak buat review start minggu depan sbb minggu depan baru ada Hazama dan Fina, minggu ni diorg cuma masuk takde buat persembahan, tapi takperlah. Apa yg aku leh cakap Operasi Gugur ni dah buat bebudak AF kecut perut... masing2 cuba buat yg terbaik tapi malangnya ada yg tak menjadi... Aku rasa salah satu faktor adalah sbb Glass House yg diorg belajar tu kat Jusco AEON Keramat AU2 tu... korang bayangkan la sambil belajar ada ramai orang tengok dari pagi sampai petang... nak korek hidung pun dapat... diorg terpaksa jadik fake... control macho... terpaksa tak pedulikan orang sekeliling... macam ikan dalam akuarium... kalau aku pun mmg tertekan... Ok takpe kita teruskan je la dgn ulasan pendek persembahan peserta.

1. Kay
Rating Aku:
Lagu - Salome
Nyanyian Asal - Chayanne

Personally aku tak suka mamat ni sbb dia berlagak dan rasa diri cam bagus belum lagi jadi artis pun... Tgk je la kat diari... tapi aku just menilai persembahan dia, pasal sikap tu sendiri mau ingatlah... Secara keseluruhan tak menarik sgt... lagu pun tak pernah dengar... tarian tak best... dengan student2 lain menari kat belakang tu serabut... dgn erti kata lain membosankan. Dah dapat lagu pilihan tu pilih la lagu best sikit.

Juri - Bukan calon gugur
Aku - Calon gugur

2. Miza
Rating Aku:
Lagu - Sofea Jane
Nyanyian Asal - Black <--- Jom Karaoke

Ni pun sorang lagi student yg aku tak suka sama la rasa diri cam bagus. Patutla kau terkeluar minggu ni. Aku tak nak la kutuk dari segi rupa ke penampilan ke, itu semua ciptaan Allah. Masalahnya attitude, kalau ye pun berlakon ada ke patut suruh student baru duduk tidur dalam toilet, hina gila... Cuba kalau ko duduk kat tempat diorang apa perasaan ko? Ok enough, persembahan overall tak best. Jauh beza dari Black... tak yah Black la, separuh dari Black pun tak sampai. Kenapa la tak pilih lagu yg ko bagus cam lagu Rihanna masa Konsert Tirai dulu... Lagu Black konon.

Juri - Calon gugur
Aku - Gugurkan je

3. Aida
Rating Aku:
Lagu -Terlalu Istimewa
Nyanyian Asal - Adibah Noor

Sengau... Hancus... Jerit pun kelaut... Adik ko berapa kali lebih bagus la... Dulu Candy nyanyi pun lagi best la... Tu la lain kali jgn kutuk adik sendiri... Adik sendiri pun tak nak support... Mcm ni ke adik beradik? Kan dah kena gugur...

Juri - Calon gugur
Aku - Dah kene gugur dah pun

4. Raqib
Rating Aku:
Lagu -Sebelum Cahaya
Nyanyian Asal - Letto

Lagu memang best, menyentuh perasaan. Tapi Raqib bawak lagu ni biasa2 je, tak teruk, tapi takde yg outstanding pun. Kalau nak kata tak mencabar tu mmg la tak mencabar vokal, tapi pedulikan, janji lagu best. Tapi masa starting goyang sikit lari tempo... Ingat Raqib ko tu mewakili persatuan budak2 nerd dan geek seMalaysia, jgn malukan budak2 nerd ni.

Juri - Calon gugur
Aku - Bukan calon gugur

5. Afif
Rating Aku:
Lagu - Kasihnya Laila
Nyanyian Asal - Jinbara <-- Karaoke version lagi

Afif ni tgk ada macam budak baik... Tapi suara sengau la dikk... suara pun mcm tak jelas mcm mengulum lidah... Macam malas nak bukak mulut besar2.... bahageaaaa... Dari segi persembahan pun Ebi AF5 dulu buat jauh lebih meletop walaupun suara biasa... Kalau tak dapat tackle penonton dari segi vokal at least dari segi persembahan kena mantap.

Juri - Calon gugur
Aku - Calon gugur

6. Erul
Rating Aku:
Lagu - Awan Nano
Nyanyian Asal - Hafiz AF7

Erul... student lelaki yg rasa paling ramai peminat terutama dari kalangan perempuan dan K-Poppers. Kallau aku komen ni sure kene kutuk... Lantaklah ni pandangan aku nak terima ke tak nak lantak korang la... Erul... dari segi attitude problem jugak sama la mcm Kay 2x5 la tu perasan diri bagus. Dari segi suara... ok... not bad... cuma ada note yg lari sikit... masalah dia cuma too jambu... budak2 sekolah dan remaja perempuan maybe suka tapi orang lelaki tak tau la... ada ke yg minat? Erul perlu jadi lebih maskulin, lupakan la K-Pop2 ni... aku pun suka jugak dengan lagu2 Jepun, J-Rock tapi tak perlu la nak ikut2 diorg... Apa2 pun, Hafiz nyanyi lagu ni lagi lunak dan sedap...

Juri - Tengah2
Aku - Aku tak minat tapi bukan calon gugur

7. Lena
Rating Aku:
Lagu - Tiada Tangis Lagi
Nyanyian Asal - Ella

Norman cakap mcm klon Ella...xde originaliti... tapi bagi aku lantaklah dia nak jadik klon sape... bagi tahap AF ni... dah cukup bagus even kalau jadik klon... Aku lebih rela dengar klon nyanyi dengan sedap daripada yg tak klon tapi nyanyi tah pape kelaut. Vokal dan persembahan paling bagus setakat ni dalam konsert minggu ke-3.

Juri - Bukan calon gugur
Aku - Sudah semestinya bukan calon gugur


8. Azri
Rating Aku:
Lagu - Satu
Nyanyian Asal - Dewa 19

Salah satu persembahan yg baik malam tu, dari segi vokal dan persembahan. Tapi no wonder la dia dah biasa buat persembahan, dia mmg dah ada band nama dia Breakfast Band, single dia Bagaikan Puteri selalu jugak keluar kat radio. Boleh check lagu dia kat sini.

Juri - Bukan calon gugur
Aku - Pun tak perlu gugur

9. Amir
Rating Aku:
Lagu - Dilema
Nyanyian Asal - D'Masiv

1st aku dengar what the hell lagu apa ni... Bila aku dengar dia nyanyi aku pun what the fish lagu tu mmg macam ni ke? Then aku dengar sarikata dia oh iblis oh iblis... dah takde benda lain ke nak sebut selain iblis setan tu? Then aku carik kat Youtube lagu dilema ni... susah gila nak carik tak glemer langsung... yg aku jumpe dia cakap lagu ni plagiat lagu Muse ada la... last2 jumpe jugak... so vokal lagu ni pun mmg biasa2 je takde yg mencabar mana, plus lagu pun tak popular... so Amir... bukan aku tak kesian kat ko, tone suara ko mmg best, gemersik gitu, tapi pemilihan lagu dah buat ko jatuh... sumbang... byk goyang. Ko patut pilih lagu yg lebih better yg sesuai dgn suara dan at least popular... sayang sayang... dah jangan nangis2... get up and start over again... jgn putus semangat.

Juri - Calon gugur
Aku - Pun dah kene gugur dah pun

10. Nera
Rating Aku:
Lagu - Fly Me to the Moon
Nyanyian Asal - Frank Sinatra

Ok utk minggu ni persembahan dan vokal ok... tak kelaut mcm minggu2 yang lepas... Tapi bagi aku Nera pun patut kena gugur sbb antara 3 minggu, minggu ni je yg OK minggu2 sudah mmg tak best langsung. Tapi nak buat mcm mana, mungkin sbb dia amik kira persembahan minggu ni je so Nera, ko mmg bernasib baik. Tapi lagu ni lama sangat lah dikk... kalau boleh nyanyi la lagu yg baru2 dan popular baru boleh meletop.

Juri - Kak Ogy - calon gugur, Norman & Hattan - bukan calon gugur
Aku - Kalau ikut prestasi minggu2 lepas, calon gugur... tapi kalau tgk malam ni punya persembahan aje, bukan calon gugur

Kesimpulan  

Berikut merupakan ranking aku secara keseluruhan utk minggu ni:

1. Azri (3.5/5)
2. Lena (3.5/5)
3. Raqib (2.5/5)
4. Nera (2.5/5)
5. Erul (2/5)
6. Afif (1.5/5)
7. Kay (1.5/5)
8. Miza (1/5) --- Out
9. Aida (0.5/5) --- Gugur
10. Amir (0.5/5) --- Gugur

Utk minggu ni, berita buruk adalah aku tak rasa berapa nak terhibur... sgt bosan... berita baiknya adalah Fina dan Hazama masuk. So yg kena singkir Miza manakala yg kena gugur Aida dan Amir. So aku harap lepas Fina dan Hazama masuk diorg boleh jadik lebih baik, jgn lepas masuk tengok2 diorg pun menurun jadik 2x5 je dgn budak2 AF yg lain. Kalau tak sia2 je aku support korang masuk AF minggu lepas. But then... Fir nak buat Fir Fever mcm Bieber Fever??? Bro ko buat lawak la... masuk la Raja Lawak lagi baik.

Bagi peminat2 Aida atau Amir atau mana2 yg tak puas hati Fina dan Hazama masuk, janganla salahkan diorang. Kalau nak salahkan, salahkan pihak Astro. Hazama, Fina, Fir dan Hani tu takde terhegeh2 pun nak masuk AF, tapi Astro yg panggil diorang audition balik sbb prestasi bebudak AF yg sedia ada tu terok sangat. So salahkan la Astro, salahkan la jugak bebudak AF tu sbb teruk sangat, salahkan la jugak orang yg amik diorg masuk AF dulu masa audition.

Kalau ada produksi AF baca blog aku ni (kalau ada laaaa), aku nak bagi cadangan sikit... Boleh tak ubah format persembahan tu, tak payah dah buat mcm stail lama2, cikgu bagi lagu yg ntah apa2, then student terpaksa la nyanyi lagu yg ntah pape tak kena dgn suara diorg... dah la stress duduk rumah kaca, tambah stress lagi kena nyanyi lagu yg tak kena dgn suara. Aku cadangkan buat mcm American Idol ke, or at least One In the Million ke. Biar tiap2 minggu pelajar pilih sendiri lagu apa diorg nak nyanyi, tak kisah la rock ke pop ke K-Pop ke. Cuma mungkin produksi boleh bagi tema apa utk minggu tu macam lagu popular ke, lagu zaman 90-an ke, English song ke, lagu P-Ramlee ke... tapi pemilihan lagu biar diorg sendiri tentukan hala tuju diorg, penyanyi jenis apa diorg nak jadik. Kalau diorg nak jadik rockers ke penyanyi Jazz ke R&B ke biarkan... tak semua boleh jadik penyanyi versatile... even Amy Search sendiri pun rockers... cuba bagi lagu dangdut sekali tengok boleh tak boleh... tapi kalau student tu sendiri nak jadik versatile, pengajar guide la... Biar student sendiri tentukan diorg nak jadi penyanyi mcm mana, persembahan mcm mana diorg nak buat, baru la mengembangkan idea kreatif diorg. Ini tidak semua benda kena suap dgn cikgu, produksi... mmg takkan berkembang la even lepas kuar AF pun.

Ok sampai di sini sahaja... but b4 that just nak story kat u ollz punya la excited flood komen kat fanpage Akademi Fantasia kat Facebook malam tu bagi setiap wall post persembahan pelajar nak suruh Pak Nil baca... last2 kena block dgn Facebook hahahaha bengong betul... Nasihat aku jgn la flood2 dgn komen kat wall post tu nanti habis kena block mcm aku...

Oklah jumpe lagi next week...
* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom 

6 ulasan:

  1. aah...memang tak best pun minggu nih.. yess!! hazama dgn adik si aida tu masuk... kenapa eh, ramai tak menyerlah plak af kali ni? cuma menyerlah dari segi rupa je mmg kenot go la kan... suara pun kene ada gak apa kalu nak bg org vote... btw, sy tak afundi pun.. harapkan org lain je undi.. :)

    BalasPadam
  2. @khalidahmacambaguss~O_o
    mungkin ramai tak menyerlah sbb kebanyakan org yg best2 dah masuk AF yg awal2, so yg tinggal saki baki masuk kat AF9 ni yg biasa2 je. tula terpaksa tarik balik yg otai2 org lama mcm Hazama... saya pun tak undi jugak... sorang pun xdeserve undian saya hehehe... kalau Hazama tu tgklah kalau dia perform bagus mungkin sy undi... mungkin tidak. setakat ni yg saya pernah undi just Heliza masa AF5, Nabil masa RL2 & Faizal Tahir punya final performance masa kat OIAM dulu...

    BalasPadam
  3. aku stuju dgn ulasan2 dri bro PZ.. n then attitude dak2 AF9 ni mmg bnyk perlu diperbaiki..

    n mmg bnyk yg berlagak bgus n of koz Miza deserved 2 b vote out..huhu.. n amin n aida juga has nothing 2 give 2 our music industry..

    cume mnggu 4 nnt aku rse juri2 akn bg komen2 +ve coz itu yg terjadi dgn komen berselang-seli nadanya..miahaha..

    pepun top 3 of cos Azri + Lena + ikut ske la sape2 coz yg lain x best..miahaha..

    BalasPadam
  4. @PoP-Soul
    jgn jeles aaa hehehe

    @Alessandro Azirul
    Tq bro... sy pun setuju dgn anda... Satu lg yg saya nampak kat AF9 ni ramai yg mengalami masalah dgn attitude... sama ada ia just lakonan sbg strategi provokasi Astro utk menaikkan rating dan melaga2kan orang tak tau la... tp dah pasti ia tak elok dan tak baik... Cuma tunggu Hazama dan Fina perform je... n harap diorg dalam diari cool je... xyah la nak layan sgt bebudak lain dan provokasi astro tu...

    BalasPadam
  5. ehehe..lets Fina n Hazama nail it.. pepun aku pn x expect much from them..

    still Azri n Lena must keep improve..miahaha..

    okies c u in next concert..

    foRza Blues..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...