Selasa, 31 Mei 2011

Sasuke Malaysia & Malaysia Freerunning Challenge 2011

Pada 27-29 Mei 2011 yang lepas telah berlangsungnya Hari Belia Negara: Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya. Hari Jumaat 27 Mei tu aku sempat la jugak pergi round sikit2 kat booth tentera tengok kereta kebal, senapang, meriam, helikopter tentera dan macam2 lagi la sebab diorang buat kat depan ofis aku je. Tapi yang lagi 2 hari tu aku tak dapat pergi sbb adik ipar aku tunang so aku kena balik ke Besut. Tapi bila aku balik sini, aku dapat tau yg kat Hari Belia tu ada 2 event yang aku rasa kesal sikit sbb termiss tak dapat nak tengok. Event tu adalah Sasuke Malaysia dan juga Malaysia Freerunning Challenge.

1. Sasuke Malaysia
Stage Sasuke @ Ninja Warrior versi Malaysia telah dibangunkan depan Palace of Justice Putajaya. Kalau tak tau apa Sasuke @ Ninja Warrior ni, ia boleh dikatakan mcm satu game show atau extreme sports yg terkenal kat Jepun dan juga Amerika, boleh baca kat sini. Sasuke ni mmg sangat mencabar ketahan fizikal dan mental peserta di mana semua halangan/obstacle mmg mencabar. Peserta perlu lepas 3 stage, setiap stage ada halangan yang semakin lama semakin susah, lepas tu dah lepas ketiga2 stage baru la pergi ke Final stage. Tapi apa yg aku tengok paling penting diorang perlu ada tangan yang sangat kuat untuk menampung berat badan peserta dalam tempoh yang lama sbb aku tgk byk obstacle yg menggunakan tangan. Kat bawah ni contoh rancangan Sasuke Japan oleh salah seorang peserta lagenda Sasuke Japan iaitu Makoto Nagano:
Hebatkan? Untuk Sasuke Malaysia ni hanya satu stage je lepas tu terus gi final stage, itupun tahap kesusahannya tak macam Jepun punya, mungkin sbb ni just episod pengenalan. Pemenang cabaran Sasuke Malaysia akan dihantar utk menyertai Sasuke Japan. Setakat ni aku pun tak tau sape menang, sape yang lepas, tapi ada info mengatakan ia akan keluar kat TV mungkin dalam bulan 8 sempena Hari Kemerdekaan, tapi tak tau channel berapa. Ni adalah contoh peserta yang telah berjaya dirakam oleh YTVMalaysia.
Macam mana? Mencabar tak? Ni baru stage 1. Aku pun harap aku dapat masuk sbb dari kecik aku minat benda2 extreme mcm ni walaupun aku tau mungkin takkan lepas pun Stage 1. Tapi kalau tak dapat masuk pun aku harap ada peserta dari Malaysia yg berjaya at least pergi ke Stage 3 bila pergi kat Sasuke Japan nanti. Seriusly, tahap fitness orang Jepun dan orang Malaysia mmg berbeza, tak tau ada tak orang Malaysia yg boleh buat macam Makato Nagano tu. Mungkin saudara di bawah ni boleh membawa cabaran dari Malaysia manalah tahukan...

2. Malaysia Freerunning Challenge

Freerunning, parkour, freerunning, parkour? Freerunning dan parkour nampak cam sama tapi ada beza sikit. Aku pun maleh nak ulas panjang2 korang baca la sendiri kat link wikipedia aku bagi tu, cuma secara ringkasnya:

- Free running uses acrobatic moves to respond with buildings and their environment in an emphasis on asthetics and athletics.

- Parkour is more about being able to quickly escape and evade pursuers using free running techniques to access the inaccessible.

So freerunning dan parkour ni selalulah dikaitkan sekali sbb selalunya akan dicombinekan freerunning dan parkour. Perkataan dan juga sukan parkour ni berasal dari Perancis. Aku selalu enjoy video2 freerunning dan parkour ni kat Youtube dan selalu teringin nak buat mcm tu, tapi nak buat mcm mana umur dah lanjut badan pun tak fit. Ni salah satu video parkour yg mat salleh selalu buat:
Nampak macam senang je diorang buatkan. Aku minat betul2 gaya2 akrobatik mcm front flip dan back flip tu, kalau aku dapat buat mmg cool gila. Then aku pun pernah terfikir rasa2 ada tak orang Malaysia yg boleh buat mcm tu, lari2 kat tengah bandar KL, lompat bangunan sana sini. Bila aku dapat tau pasal Freerunning Challenge kat Hari Belia tu aku pun search kat Youtube, dan tak sangka, ramai belia2 kita yg dah lama pun berkecimpung dalam Freerunning dan Parkour ni, aku je tak tau... dan tak kurang hebatnya berbanding mat salleh, cuba tgk je video pemenang Freerunning Challenge ni iaitu saudara Zulfakar dari team Shimura Runners:
Hebat tak? Selamba gila dia pusing2 badan mmg aku kagum. Betul2 tak sangka ramai juga anak2 belia kita yg hebat2 mcm ni... Aku harap sukan2 mcm ni akan menjadi lebih glamer dan mendapat tempat dikalangan belia2 muda kita. Dan aku jugak berharap dapat buat benda2 cool mcm ni, dulu waktu sekolah boleh la jugak buat front flip sbb masuk silat dulu.

Dan aku percaya, dengan Sasuke + Freerunning + Parkour ni, Ninja moden atau Urban Ninja boleh wujud dimuka bumi ini macam video ni:
 

Macamana best tak? Kalau best layannnnn... Kalau tak best layaaaann jugak heheheh.

Jumaat, 27 Mei 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 9

Nampaknya Maharaja Lawak dah masuk minggu terakhir sebelum final minggu depan, itupun kalau Maharaja Lawak bersiaran selama 10 minggulah. Kalau minggu ni satu peserta tersingkir, so minggu depan hanya akan tinggal 5 orang masuk final. Dan aku nak mintak maaf sekali lagi kerana hari ni pun aku tak dapat buat Live Review sebab malam ni aku kena bertolak balik ke Besut, Terengganu untuk majlis pertunangan adik ipar aku. So ulasan aku pun mungkin lambat sikit. Walau macamana pun aku akan try add video esok kalau masa mengizinkan.
Sepanjang minggu ni, dekat fanpage ML dekat Facebook kebanyakan orang kali ni menghentam Nabil gila2 punya, siap ungkit kisah2 kontroversi dia dulu2 tu. Aku no komen, bagi aku hal kontroversi tu itu antara dia dengan tuhan, aku just menilai based on performance peserta untuk setiap minggu. Cuma aku pelik dulu bukan main ramai gila hentam Amir, bila Nabil hentam Amir utk korang, dia pulak kena hentam... Manusia mmg pelik. Tapi takperlah yang penting harap2 yg masuk final biar yg betul2 berkualiti. Pilihan aku untuk masuk final adalah Jozan, Jambu, Sepah, Nabil dan R2. Aku harap Balas yg akan terkeluar minggu ni based on diorang punya performance setiap minggu (mesti aku kena hentam dgn peminat Balas lepas ni huhuhu).

Apa2pun, layan je ML malam ni dengan tema persembahan dengan pelawak profesional. Cuma aku tak expect tinggi sangat untuk minggu ni sbb bukan senang nak dapat chemistry dengan orang lain terutama yang baru je bersama, lagi2 kalau gap umur besar atau genre lawak berbeza. Aku tak tahu mcm mana pemilihan pelawak tanah air dibuat utk digandingkan dgn peserta, tapi aku assume peserta diberi secara random pelawak yg hendak digandingkan dgn mereka dan diorg tak leh pilih sape yg diorang nak digandingkan. So nasib lah kalau dapat pelawak yang bagus atau yg sebaliknya.

PS: Wah tak sempat aku nak ulas dah ramai yg bagi ulasan dan pendapat huhuhu... Bagus2... Mcm ni yg kita nak, setiap orang bagi ulasandan mengkritik secara baik, bukan memaki hamun dan mengutuk peserta2 yg bukan kegemaran. Apa2pun, tq for sokongan yg diberikan anda semua dan sudi menjenguk ke blog saya yg tak seberapa ni...

UPDATED: Aku baru mendapat info terkini berkenaan persembahan seseorang peserta ML, so terdapat beberapa perubahan pada ulasan dan ranking aku. Sila scroll ke bahagian Nabil.

Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. R2 feat Sathiya (Laugh-O-Meter: LOL)
Minggu ni Kumpulan R2 memulakan pentas Maharaja Lawak dengan sketsa 2 orang polis iaitu Lopez dan Sathiya sedang soal siasat seorang suspek iaitu Rahim atas alasan... Tak berapa clear apa sebenarnya kesalahan yg dia buat. Punchline ada, namun tak berapa kuat dan nampak kelam kabut sikit terutama si Lopez, mungkin sbb kurang rehearsal ke tak tau lah. Dan kedua kumpulan R2 nampak mcm slow down sikit bila time Sathiya bercakap, mungkin diorg terlalu hormat kat Sathiya atau tak nak overshadow Sathiya. Tapi dengan kehadiran Sathiya menjadikan persembahan kumpulan R2 tak macam persembahan R2 yg biasa. Dan satu lagi yg aku notice bila habis persembahan, Lopez nampak mcm dalam kesakitan, sesak nafas atau sakit kaki tak tau la... Tak tau la orang lain notice ke tak.

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 60%.


2. Balas feat Nasrizal Ngasri a.k.a Bell (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan Balas membuat sketsa pasal seorang student yg stupid jumpa bomoh yg dilakonkan oleh Bell utk mengubati kestupidan dia. Aku bab lawak2 bomoh ni kureng sikit sbb dah terlalu skeptikal dan banyak dibuat. Kemudian tiba2 datanglah Hantu Makcik Karipap yg bagi aku lawak recycle yg failed. Punchline kelam kabut, timing tak kena, chemistry kurang, dan sorry to say but lakonan dan lawak yg dibawa oleh Bell tak menjadi. Selalu tunduk dan tak menunjukkan muka, cakap pun mcm tak natural. Mungkin sbb Bell ni tak biasa buat lawak live atas pentas, biasanya berlakon ikut skrip kat drama dan filem. Dan Balas pulak nampaknya tak pandai nak cover kelemahan Bell ni malah terikut sekali.

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 30%.


3. Sepah feat A.R Badul (Laugh-O-Meter: LMAO)
Lawak Melayu yang dibawa oleh Sepah dan pelawak undangan A.R Badul pasal nak merisik kahwin. First before that nak komen dulu pasal Badul, dia tak nampak macam Badul yg biasa, nampak mcm letih dan tak bersemangat. Mungkin sbb dah semakin tua, sbb seingat aku lawak Badul ni lebih kasar dari yang ni. Kedua,  kehadiran Badul dalam kumpulan Sepah menjadikan persembahan Sepah tak nampak cam biasa sbb Badul nampak mcm susah sikit nak ikut rentak diorang. Walaumacamana pun persembahan diorang tetap best, cuma minggu lepas aku cakap diorang ni paling konsisten, namun sometimes konsistensi masih tak cukup, diorang perlu buat something yg WOW utk memikat hati pengundi dan keluar dari kebiasaan lawak kemelayuan yg diorang biasa buat. Apa kata cuba lawak slapstik, atau lawak yg lebih menggunakan mimik muka dan bahasa badan selain daripada dialog yg biasa dibuat.

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 70%.


4. Nabil feat Sharifah Shahira (Laugh-O-Meter: LMAO --> LOL)
Nabil kali ni kembali dengan sketsa guru Taekwando nak ajar anak murid baru iaitu Sharifah Shahira. Nabil biasa buat persembahan solo dan biasanya kalau buat persembahan berkumpulan atau dgn partner lain dia jadik kureng sikit, mcm dalam cerita Spontan atau Oh-Yeah. Tapi kali ni aku bagi up sikit utk persembahan dia, walaupun last2 tu asyik mintak orang undi dan cakap kat juri jgn singkirkan dia. 1st sekali pasal partner dia Sharifah Shahira, mmg dia merupakan antara pelawak wanita yg dah established di tanah air tapi kekuatan dia juga lebih kepada lakonan drama dan filem, sbb kalau persembahan live atas pentas pun dia akan jadik kelam kabut dan kering idea, sama jugak mcm dalam cerita Spontan kalau siapa pernah tengok la, tapi Nabil berjaya mencipta chemistry dan menutup kelemahan Sharifah Shahira dan menggunakan kelemahan tersebut utk menjadikkan persembahan dia lebih berkesan. Plus dengan effect tikam, darah, simbah asid... aku rasa patut diberi kredit pada persembahan Nabil, lupakan pasal kontroversi dan gossip watsoever...

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 80%.

* UPDATED: Persembahan Nabil kali ni boleh dikira best jugak. Tapi yg tak bestnya aku mendapat berita yg persembahannya adalah dicopy daripada sketsa lama yg pernah dibuat oleh Jim Carrey, boleh tengok kat sini. Walaupun aku minat jugak Nabil, tapi kalau benda2 plagiat ni aku takleh accept jugaklah. So aku terpaksa menurunkan rating dan ranking aku bagi Nabil minggu ni. Aku harap Nabil dapat kembali menjadi Nabil mcm Raja Lawak 2 dulu yg fresh dengan idea walaupun cerita hanya pasal Mat Despatch dan Cinta Monyet.


5. Jozan feat Kencana Dewi (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Kali ni Jozan menggunakan kekuatan ahli masing2 secara maks, dengan Johan meniru watak Mamat Khalid yg mmg makanan dia, Zizan pulak menggunakan watak Mael Lambung, watak lakonan dia yg paling popular. Boleh kata recycle jugak, tapi recycle yang menjadik. Digandingkan dengan pelawak jemputan iaitu Kencana Dewi, sorry to say, kalau dia takde pun persembahan ni masih boleh berjalan dengan baik. Wataknya tak banyak sangat membantu, dialog pun tak banyak, chemistry pun tak berapa menjadi, lebih byk tergedik2 dan menjerit2. Tapi aku faham sbb Kencana Dewi ni bukannya jenis pelawak yang spontan dan tak selalu berlakon atas pentas live, dia pun lebih kepada lakonan komedi di drama dan filem.

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 60%.


6. Jambu feat Acong Sweetchild (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Persembahan last sekali iaitu kumpulan Jambu dan juga pelawak undangan iaitu Acong Sweetchild. Lawak recycle minggu pertama, Dato Jululudin Husun jadi Jililidin Hisin, tapi lawak recycle yang sangat menjadi dan meletup. Lawak Jambu mmg selalu takde isi, jalan cerita, tapi lawaknya sangat meletop. Ada orang cakap lawak Jambu mcm lawak badut a.k.a clown... aku tak nafikan ada jugak kebenarannya, tapi bukan sebarang clown tapi clown yg sangat LAWAK dan rata2 org ramai orang Malaysia suka lawak clown diorang berbanding dari yang tak suka sbb boleh dinikmati dan difahami dari semua golongan baik yang muda, budak sekolah, orang dewasa, makhluk asing, etc. Dengan kostum dan makeup yang gila, language yang rubbish, lakonan yg selamba, mmg sangat terbaik. Dan dalam byk2 peserta yg digandingkan, Jambu dan Acong merupakan gandingan yg paling mantap chemistrynya, sampai nampak mcm Acong tu salah seorang ahli kumpulan Jambu yg sangat serasi dan dah lama buat persembahan bersama, tak nampak kekok langsung. Tak tau la kalau sblm ni mereka mmg pernah digandingkan dalam drama ke, tapi overall, paling mantap sampaikan ketiga2 juri terkedu dan kena bagi komen. Betul kata Mamat Khalid dan Saiful Apek, lawak Jambu mmg INTERNATIONALE dan Maharaja Psikologi hahahaha. 

Tahap chemistry dengan pelawak undangan: 100%.


Peserta terkeluar minggu ke-8: Balas

Kesimpulan:

1st of all, Balas mmg deserve to keluar sbb persembahan dia minggu ni paling hancur berbanding peserta lain, dan prestasinya juga tak berapa bagus setiap minggu. Dan untuk minggu ni, aku rasa biasa2 je, walaupun ada persembahan yg outstanding, tapi tak byk yg menarik sbb peserta kena gabung dengan pelawak luar yg diorang tak pernah atau jarang bekerja sekali. So kebanyakannya mmg akan keluar dari persembahan biasa diorang. Tema minggu ini lebih kepada untuk menguji dan mencabar keupayaan peserta bukannya utk memberi persembahan terbaik.

Disebabkan minggu ni tinggal 6 peserta, so rasa masa persembahan pun dipanjangkan, so rasa macam lama je loceng nak berbunyi. Kalau persembahan tu outstanding rasa mcm jgn la habis cepat, kalau persembahan hampeh gila rasa mcm bila la nak habis ni. Bottom 3 minggu ni adalah Balas, R2 dan Sepah, dan yang terkeluar adalah Balas. Sepah masuk dalam bottom 3 pun sbb peserta dah tinggal sikit, so antara big 4 mesti akan ada satu peserta yg tersenarai dalam bottom 3, so tak la mengejutkan sangat.

Cuma satu je yg aku rasa tak berapa nak best adalah ingatkan minggu depan dah final, tapi ditambah lagi 3 minggu dan dibuat di beberapa tempat so ML akan ada 12 minggu keseluruhannya. Mmg la best lama sikit lagi leh tgk peserta ML beraksi tapi lambat lagi la nak tau sapa yg bakal dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak. Plus makin untung la Astro punya biznes dan makin pokai la peminat2 ML ni mengundi peserta2 kegemaran diorang. Aku baru nak keluarkan statistik persembahan dan analisa setiap peserta final based on persembahan setiap minggu tapi disebabkan minggu depan belum final, maka aku postpone dulu sampai minggu last sebelum final.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Jambu - ROTFLMAO
2. Jozan - ROTFLMAO 
3. Sepah - LMAO
4. Nabil - LOL
5. R2 - LOL
6. Balas -HAHA

OK sampai sini aje ulasan aku untuk minggu ni. Anda macam mana? Puas hati? Tak puas hati? Ada pendapat dan pandangan berbeza? Sila utarakan di bahagian komen di bawah untuk kita bincangkan bersama. Punchline kalau ada masa aku masukkan, kalau tak takdelah... sekarang ni mmg tersangat super hyper bz... Jumpa lagi minggu depan...

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom 

Jumaat, 20 Mei 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 8

Ya Maharaja Lawak datang lagi untuk minggu ke-8. Mungkin hari ni aku akan cuba buat Live Review tapi mungkin tidak sbb malam ni kena keluar shopping utk personal event esok. Kalau balik awal sempatlah buat kalau tak, esok jelah korang baca ulasan aku yer.

So minggu ni kalau nak ikutkan tinggal 6 peserta je, tapi sebab ada undian masuk, kemungkinan besar R2 yang akan masuk sbb undian masuk dia kat Facebook paling tinggi jauh meninggalkan peserta lain, dalam 60K++ Like kalau tak silap, Alex 10K++, yang lain2 bawah 10K. Amir yg innocence (aku rasa dia cuma innocence dan naif, bukan over-confident atau berlagak mcm orang lain cakap, tak caya suruh dia naik Awan Guling mesti boleh) yg rasa diri dia dapat masuk balik pun tak dapat undian yg ramai daripada peminat Maharaja Lawak. So untuk minggu ni mungkin ada 7 peserta perform atau R2 hanya akan perform minggu depan, kita tengok je lah malam nanti.

Expectation aku minggu ni? Entahlah... dah 8 minggu dah ni... tak tau diorg ada idea apa lagi tak... Tema pun masih bebas. Mungkin setiap peserta akan guna formula lawak yg sama...

Meter tahap kelawakan:

- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

 1. Nabil (Laugh-O-Meter: LOL)


Nabil kembali buat Stand up Comedy, kali ni bawak citer yg terlalu urban iaitu trend teknologi zaman sekarang seperti telefon bimbit, twitter dan facebook serta ayat2 yg digunakan oleh org sekarang seperti Watever dan OMG. Walaupun secara overall masih menghiburkan, namun ada beberapa kelemahan Nabil pada minggu ini yg turut makan dirinya sampai dipilih sebagai bottom 3 minggu ni. 1st, dia terlalu bahankan Amir sedangkan Amir dah terkeluar. Mmg ramai orang tak suka Amir dan Amir pernah buat lawak pasal Irma Hasmie ex-awek Nabil pada satu persembahan dia minggu keberapa ntah, but then Nabil dah balas balik pun dlm persembahan dia lepas2 tu. Ini dia bahan lagi Amir dan acted mcm happy gila Amir dah terkeluar. Chill out bro, ko tu nama besar dalam industri, tak perlu la kisah sgt pasal Amir tu, just be cool. 2nd, dia buat stand up comedy mcm kat US dgn cara bercakap dan bercerita kepada penonton, mcm dia buat pasal GPS tu, plus tajuk dia kali ni terlalu moden. Bukan semua audien dan penonton main twitter, Facebook tu mungkin la ramai... dan berapa ramai je org Melayu Malaysia ni yg tgk citer Keeping Up with the Kardashians... so tak ramai yg dapat catch-up lawak dia terutama golongan2 makcik2 pakcik2 dan student2 budak sekolah, padahal yg byk mengundi golongan2 ni lah. Satu lagi Nabil banyak kali ulang2 dialog yg sama. Di harap Nabil dapat ambil benda ni sbg pengajaran utk kembali menyinar, lakukan stand-comedy berbentuk sketsa dgn orang halimunan seperti yg biasa dia buat sejak Raja Lawak lagi, insya Allah boleh pergi final.


2. Jambu  (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kali ni Jambu buat sketsa pasal seorang saintis (Tauke) telah berjaya satu robot (Yus) yg dipanggil Roboroi sebab dia boroi dan juga kuat melatah. Formula yg digunakan masih sama iaitu kostum pelik, lawak menggunakan kekasaran mcm tampar2, dialog yg mengarut, pergerakan badan dan mimik muka yg lucu. Memula Tauke jadi saintis tapi last2 Yus ambik remote Tauke dan control Tauke sbb rupa2nya Taukelah robot. Walaupun kelakar tapi masih kurang berbanding lawak2 yg diorg pernah buat dulu.


3. R2 (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kumpulan R2 yang dapat masuk balik hasil undian Like di Facebook buat sketsa pasal seorang designer kereta (Lopez) dengan orang gila (Rahim) tengah tunggu bas kat bus stop. Byk punchline yg lawak yg byk didokong oleh si abang Rahim. Watak orang gila yg dipegangnya mmg menjadi. Walaupun ramai cakap adik dia Lopez tak lawak sangat, tapi dia tetap diperlukan untuk feed abang dia sebagai killer. Rasa kalau abang dia buat lawak sorang2 pun tak jadi jugak. Tapi lawak tengok bontot kereta tau kereta dari mana tu mcm pernah ku tonton tapi di manaaa ya? Takperlah, overall mmg sangat lawak dan mmg R2 xsepatutnya keluar dulu dan deserved utk masuk balik.


 4. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Sketsa Jozan minggu ni paling hilarious dengan adegan2 dan lawak2 slapstick dari Zizan dan Johan. Lawak2 slapstick mcm ni mmg salah satu daripada makanan diorang. Mengisahkan tentang seorang pesakit yg luka kat tangan (Johan) jumpa doktor (Zizan) mintak operate tangan dia yg luka. Johan mintak doktor bius dulu sebelum operate, namun tetiba je lampu black-out dan bermulalah adegan yg gila di mana doktor Zizan nak jugak bius Johan last2 terbius tangan sendiri, lepas tu kaki, kepala... Mmg hilarious. Cuma nak last2 tu ada aksi yg kurang senonoh sikit masa Johan dgn Zizan duduk menonggeng sambil goyang2 tu. Masa tgk ulangan Maharaja Lawak Sabtu hari tu kat rumah aku penuh dengan kawan2 wife aku, bila kawan2 perempuan wife aku ni bila tgk je adegan tu diorg menjerit "Euuuuwwwwwww, apa niii". So Jozan harap jgn wat lagi aksi tu ye huhuhuhu. Tapi secara keseluruhan mmg kelakar tak ingat.


5. Man (Laugh-O-Meter: LOL)
Man kali ni buat lawak pasal kisah seorang atuk yg terkenangkan peristiwa dulu2 bersama cucunya yg kini belajar kat Amerika. Secara keseluruhan persembahan Man ok la not bad, ada lagi yg lebih bad sebelum2 ni, namun masih tak cukup nak lawan persembahan peserta yg lain. Ada punchline yg kelakar, ada jugak yg tak jadik, dengan last2 tu time hadiah datang tu betullah bak kata juri tak ada pun takpe sbb orang dah tak berapa nak gelak dah. Dan satu lagi Man kelihatan nampak mcm selalu pegang dia punya ehem2... Mungkin tak perlu kot buat mcm tu. Dan nampaknya Man mcm dah tau malam ni malam dia akan terkeluar. 





6. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Sketsa Sepah mengisahkan 3 orang makcik yg tengah dok bergossip kat majlis rewang. Macam biasa dengan menggunakan formula Sepah yg sama, byk adegan dan dialog yg sangat lawak, plus dengan effect terpotong kaki tu mmg kelakar + meremang bulu roma. Cuma akhir2 tu dialog lebih byk antara Shuib dan Jepp manakala Mamat diam je. Bagi aku, persembahan Sepah dan Jozan adalah top 2 dan yg terbaik pada minggu ini namun untuk minggu ni aku akan pilih Sepah sebagai no. 1. Sebab apa... baca kat kesimpulan kat bawah nanti.



7. Balas (Laugh-O-Meter: LOL)
Balas mengambil peluang sempena Hari Guru untuk buat sketsa pasal 2 orang budak sekolah berjumpa dan gossip pasal subjek, cikgu dan awek. Punchline ada, namun at the end tu bila masuk part cium2 awek tu, bak kata Mamat Khalid, aku jadik tak selesa, sbb lawak tu lebih kepada budaya barat, tak berapa sesuai utk orang Malaysia terutama org Melayu. Mmg kreatif idea tu, pasal penambahan, penolakan, pendaraban dan pecahan tu, kalau kat luar negara mesti orang gelak berguling2 punya. Tapi secara overall, masih menghiburkan.



Komen Juri Secara Keseluruhan:
Juri: Peserta mcm Man bukan tak bagus tapi sbb ada lagi yg bagus daripadanya... Inilah Maharaja Lawak, pencarian juara di antara juara. Nabil mmg kena kondem, perserta favorite yg tak disangka2 leh jadik bottom 3. Dan sbb banyak sgt tema bebas, maka minggu depan akan ada tema iaitu setiap peserta akan berpasangan dengan pelawak profesional tanah air yang sedia ada utk menguji kemampuan peserta buat lawak dengan pelawak lain.

Peserta terkeluar minggu ke-8: Man

Kesimpulan:

Secara keseluruhan aku agak berpuas hati dengan persembahan semua peserta minggu ni. Bagi aku semua OK, takde yg terlalu teruk sampai suasana sunyi sepi mcm time dulu2 ada Amir, Jihan, XN3, Wai dan sebagainya. Semua aku bagi rating LOL ke atas, namun ye lah adat pertandingan, dalam banyak2 LOL pun, Man yg aku kira paling lemah persembahan dia. So kalau dikira dari persembahan minggu ini mmg patutlah dia yang terkeluar pun.

Minggu ni Nabil dapat bottom 3, lepas tu nampak dia mcm overrated sikit mcm tak boleh terima kenyataan. Aku walaupun dulu minat gila Nabil, tapi kalau mcm ni attitude dia, susah la nak ambik hati peminat lagi. Kalau nak ikutkan big 4 punya trend persembahan mcm ni:

1. Jozan: -/\-/\//
2. Jambu: --////-
3. Sepah: /-----
4. Nabil: ///--\\\
* / : Meningkat, \ : Menurun, - : Konsisten

Jozan naik turun naik turun, Jambu semakin naik, Sepah konsisten dan Nabil naik naik dan sekarang semakin menurun. So kalau ikut trend ni, aku rasa 3 peserta yg berpeluang besar ke Final adalah Jozan, Jambu dan Sepah dan Nabil tak akan dapat pergi final kalau dia tak buat something utk pikat hati penonton dan pengundi, tapi kalau dia tak kisah pasal hadiah RM300K, RM200K atau RM100K tu takpelah.

So utk minggu ni, seperti aku cakap kat atas, yang terbaik adalah Jozan dan Sepah, namun minggu ni aku akan memilih Sepah sebagai yang terbaik atas dua sebab, pertama, Jozan punya lawak ada satu adegan yg meresahkan hati, kedua, Sepah walaupun aku tak pernah bagi dia persembahan terbaik mingguan, tapi secara jujurnya lawak Sepah aje yg tak pernah walau sekalipun mengecewakan kita setiap minggu... mereka tak la meletup sangat tapi mereka sangat konsisten. Setiap sketsa yg diorang buat pasti orang akan gelak. Atas 2 faktor ni aku pilih Sepah sebagai ranking no. 1 minggu ini.... kredit harus diberikan kepada mereka bertiga.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Sepah - ROTFLMAO
2. Jozan - ROTFLMAO
3. R2 - LMAO
4. Jambu - LMAO
5. Nabil - LOL
6. Balas - LOL
7. Man - LOL

Ok sampai sini sahaja ulasan aku minggu ni. Sorry terlambat update sbb minggu ni Jumaat dan Sabtu betul2 sibuk ada hal. Kalau ada masa aku akan update lagi punchline utk setiap peserta. Btw, nampaknya brader GuaTVdotcom yg channelnya kena ban minggu lepas kat Youtube masih tidak putus asa dan bukak channel baru utk memberi yg terbaik buat peminat Maharaja Lawak. Terima kasih bro.

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom 

Khamis, 19 Mei 2011

Apa itu Istidraj?

* Sila luangkan masa 5 minit untuk baca artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya, insya Allah.

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

* Artikel ini saya dapat dari post seorang rakan di Facebook, dan bila di Google saya jumpa banyak blog yg telah berkongsi artikel ini, namun tidak dinyatakan penulis asal artikel ini. Namun saya ada terjumpa beberapa blog yang menyatakan ia ditulis oleh seseorang bernama Abu Hanifah. Kepada beliau, terima kasih kerana telah menulis satu artikel yang amat berguna kepada kita.

Selasa, 17 Mei 2011

Hacker Malaysia yg dah takde kerja

Salam, just nak share dgn korang yg ada satu group Hacker Malaysia yang diorang gelarkan sebagai RileksCrew... ni Facebook diorang, ni website diorang. Diorang ni punya la takde keje sampai ramai Fanpage selebriti Malaysia kena hack dgn diorang, antaranya adalah Linda Onn Fanpage dan juga selebriti kegemaran aku Heliza Helmi punya personal akaun Facebook dan syarikatnya HHP.
Betul2 takde kerja la diorang ni... just nak publisiti murahan je... gila glamer sungguh... Sama je cam Hackers2 Indonesia dulu... 2x5. Otak tu Allah bagi elok2 untuk kebaikan disalahguna ke arah kemudaratan. Habis dengan server yg hosting portal kerajaan http://www.pemandu.gov.my/gtpbm/rilekscrew/ pun kena hack. Berani betul diorang ni.
Aku harap sape2 yg dah jadik mangsa tu boleh laporkan ke pihak polis sambil2 tingkatkan lagi security akaun FB ke server ke, patch mana2 yg patut, tukar dan ketatkan password, tutup mana2 port yg tak pakai, kalau server organisasi/syarikat tu jgn lupa pasang  Firewall, IPS, IDS dan yg sewaktu dgnnya. Benda ni bagi aku sama bahayanya dengan kes orang baling2 asid kat orang perempuan, sbb boleh menjatuhkan maruah individu/negara malah silap hari bulan boleh hilang data2 dan maklumat2 yang penting kepada orang awam dan negara. So hackers... beware... jgn ingat korang boleh selamat buat kerja2 tak tentu hala ni, kat Malaysia ramai expert dalam cyber security yg boleh trace korang sampai lobang cacing.

Ahad, 15 Mei 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 7

1st of all, I'm Sorry sebab lama tak update blog ni. Sepanjang minggu susah nak dapat internet sbb pergi berkursus, ditambah pula dengan masalah2 yg memecahkan kepala... Dan hari Jumaat yang baru ni aku nak buat Live Update ulasan Maharaja Lawak minggu 7 tapi malangnya main site Blogger yg hosting blogspot aku ni pulak buat hal, sehari suntuk buat maintenance... So tak dapatlah nak buat Live Update... walaumacam mana pun aku akan teruskan jugak dgn ulasan aku ni... biarpun ringkas sikit dari yg sebelum...
So minggu ni ada tema iaitu Silent Comedy atau Komedi Bisu... idea tema ni Ahmad Idham yg cadangkan minggu lepas setelah melihat kekuatan persembahan Jambu minggu lepas yg sangatlah kelakarnya. So kita akan teruskan dengan ulasan persembahan setiap peserta.

Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Sepah (Laugh-O-Meter: LMAO)
Sepah membuat persembahan pasal bomoh nak ngangkung hantu, last2 bomoh pengsan, hantu tu pulak yg jadik bomoh. Kombinasi lakonan 3 orang dengan timing sound effect yg mmg tepat menunjukkan Sepah mmg bersungguh2 dalam membuat komedi bisu ni. Jalan penceritaraan mmg senang difahami dan mudah buat audien ketawa. 

Antara punchline yg best:
- Masa bomoh pengsan, hantu dan shuib tolong angkat bomoh. Hantu keluarkan streoskop check dada, keluar lagu dag dig dug. Masa buat CPR pakai paip getah. Hantu tu mengubat bomoh dgn lagu Ulik Mayang di Ulik. Shuib telefon ambulan, ambulan datang lepas tu blah sbb nampak hantu. Mintak tolong lori sekali datang lori surat khabar lama, sombong tak nak naik. Last sekali shuib baca doa, hantu lintang pukang lari.


2. Amir (Laugh-O-Meter: HEHE)
Biasa silent comedy menjadi kelemahan peserta solo, dan Amir mmg nampak paling ketara. Persembahannya mmg tidak menjadi sangat dan nampak sangat macam kartun. Mmg susah nak buat silent comedy sorang, kalau ada partner at least sorang feeder sorang killer... Dan masa persembahan Amir, byk betul suara2 annoying atau menjengkelkan datang dari audien. Betul2 pematah semangat peserta dan juga spoil kepada penonton. Kalau ye pun rasa benci, tak perlu kot nak menjerit2 mcm orang gila. Memalukan kaum je.

Antara punchline yg best:

- Masa awal2 Amir suruh audien senyum, kelakar gila muka Amir senyum dengan gigi terkeluar. Masa bergaduh keluar kain jadik matador. Masa cahaya setempat kat Amir tiba2 berubah, macam Mr Bean sungguh. Keluar baju hulk hogan, last sekali pakai baju seksi glitter.


3. Balas (Laugh-O-Meter: LMAO)
Balas buat lawak pasal suami isteri kaya bergaduh. Takde lawak lucah... ye lah silent comedy kan, n then Fendi pakai baju perempuan dah sebijik macam perempuan... Dengan makeup lagi. Setakat ni lawak Balas kali ni mmg boleh tahan. Silent comedy mereka mmg sangat menjadi.

Antara punchline yg best:
- Masa suami bukak radio keluar lagu Geli Mat. Suami bukak pintu ke atas, kereta mahal... Isteri tunjuk baju ada gincu besar gila lepas tu kene penampor, n then suami pulak belasah gila2 punya. Memula dua2 nak angkat beg tak larat, suami siap ketaq lutut lagi, last2 boleh je tarik beg tu ada roda.


4. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Seperti jangkaan ramai, silent comedy yg menjadi makanan kumpulan Jambu mmg menjadi. Dengan penceritaan yg mengarut dan tak masuk akal, gaya badan dan mimik muka, kostum yg lawak dah cukup buat audien ketawa. Cerita pasal 2 orang nak bertanding berenang. Pastu macam2 la kejadian ngarut2 yg buat org pecah perut. Tapi still tak puas hati ada suara penonton yg sangat annoying "Boleh tuju lagu", byk kali pulak tu, betul2 mengganggu mood penonton.

Antara punchline yg best:
- Masa mula jumpa peluk2 main tepuk tampar last2 Yus tertampar muka Tauke, pastu Tauke tak puas hati tampar balik muka Yus. Masa tunduk nak start terjun kolam, Tauke tertidur, macam Mr. Bean yg tertidur atas kerusi. Tauke terjatuh kolam sebelum start. Masa tengah berenang kat atas kerusi, Tauke boleh pulak tolak kerusi kasik ke depan sikit, lepas tu Yus tarik balik kerusi dia then buat berenang kuak lentang. Tengah elok2 berenang boleh lak Tauke surfing atas kerusi tu dgn soundtrack Hawai Five-0. Yus tak puas hati suruh tukar kerusi, last2 boleh lak bonceng sama2 mcm naik motor. Klimaks dia, last2 buat renang berirama... Memang superb.


5. Nabil (Laugh-O-Meter: LOL)
Persembahan Nabil kali ni pasal seorang perompak nak lari lepas merompak guna motorbot dekat laut. Byk guna props mcm ikan jerung, enjin motorbot, ikan patung, dll. Jalan cerita ada cuma nampak kelam kabut sikit, lepas tu sometimes perlukan pertolongan org lain mcm yg bawak ikan dalam laut. Timing dengan sound effect kat background pun tak berapa sync. Susah peserta solo nak buat silent comedy dan ini betul2 merupakan kelemahan Nabil. Tapi still menghiburkan dan kelakar. Last sekali mmg nampak muka Nabil stress dan kecewa.

Antara punchline yg best:
- Masa kena kejar polis tu, tengok kiri kanan kiri kanan. Lepas start enjin motorbot, Nabil ke depan ke belakang, rupanya tali bot tak cabut lagi, lepas gigit pakai gigi, Nabil kena tinggal dengan bot. Lepas naik bot effect gelak kat polis mmg kelakar mcm gelak kartun. Enjin bot rosak, kena kayuh pakai tangan, datang la ikan jerung... tapi malangnya tersangkut kat tangga. Bila Nabil terjatuh dalam air kena kena lawan dengan ikan jerung. Last sekali bila naik ke darat, jumpa harimau pulak, lepas tu kepala putus kena gigit.


6. Jozan (Laugh-O-Meter: LMAO)
Silent comedy Jozan kali ni berkisar pasal persembahan magic yg tak jadi. Zizan biasa buat lawak mcm ni dekat Lawakking dulu segmen Poyo Magic. Dan satu lagi diorg ada suntik sedikit elemen pelawak Jepun Gamarjobat yg buat lawak magic tak jadik, boleh try carik kat Youtube. Ada beg magic dan ada board hitam kat belakang. Nasib baik board tu diorg bukan buat magic sekali, kalau tak sebijik Gamarjobat. Satu lagi persembahan mereka mmg sarat dengan soundtrack lagu Looney Tuneslah, macam2, nampak cam persembahan klasik Charlie Chaplin pun ada. Overall mmg menghiburkan dan kelakar.

Antara punchline yg best:
- Masa intro awal2 tu lagu te nenenet te nenenet te nenenet diorg pun ikut sama tunduk tunduk tunduk. And then setiap kali habis magic tak habis2 tabur kertas. Masa Zizan nak start buat magic, Johan pergi lepaskan burung merpati. Magic tali Zizan, n then masa Zizan bagi Johan botol air nak buat magic dengan topi, Johan pergi minum air tu. Then Zizan tuang air dalam topi air tak jatuh, rupa2nya ada pampers dalam tu hahaha. Lawak belon tak bergerak, yg ni cam lawak Gamarjobat cuma diorg guna beg. Magic ikat handkerchief last2 terikat dengan seluar dalam.


7. Man (Laugh-O-Meter: HAHA)
Man dress-up pakai baju kurung buat sketsa pasal kisah sejarah suasana orang dulu2 perang dengan Jepun. Boleh lah kira menghiburkan cuma punchline lawak byk yg tak jadik, dan nampak cam recycle sikit dari Raja Lawak dulu2. Byk juga suara annoying dlm persembahan Man ni, sama cam time Amir. Mungkin ramai orang dah menyampah dgn 2 orang ni, tak taulah... Tapi sekali lagi aku cakap bukan senang peserta solo nak buat silent comedy, at least diorg patut diberi penghargaan atas keberanian dan semangat diorg.

Antara punchline yg best:
- Masa awal2 Man nak pergi basuh kain kena cium dgn laki dia... Lepas laki dia mati kene tembak Jepun, dia tak puas hati nak balas dendam bawak senapang nak lawak org Jepun. Masa dia masuk berkawad tu sama mcm Yus pernah buat masa Raja Lawak 1 dulu. Masa naik helikopter siap badan goyang2 mcm real. Masa jumpa timebomb bunyi tit tit tit tiba2 tukar jadik tukang jaga parking hehehe. Klimak dia bawak bendera Malaysia... mcm tengok teater patriotik pulak.


Peserta terkeluar minggu ke-7: Amir

Kesimpulan:

Nampaknya kali ni kumpulan Jambu betul2 dah menunjukkan taringnya... Silent Comedy mmg betul2 makanan diorg. Dan nampaknya tema kali ni betul2 dah menyusahkan dan memeningkan peserta2 solo seperti Nabil, Man dan Amir... Sbb komedi bisu ni biasanya perlukan 2 3 orang utk menjayakannya baru orang boleh faham, kalau just interaksi dengan orang halimunan dan persekitaran mmg orang susah nak tangkap apa yg cuba kita lakukan, silap2 haribulan nampak la mcm cerita kartun.

Dan jangkaan aku minggu ni salah seorang dari big 4 meleset, sbb nama peserta yg diundi keluar sebanyak 2 kali oleh peserta lain adalah Amir dan Man (Nabil obviously mmg nampak sangat salah seorang yg undi keluar Amir). Nampaknya peserta pun undi based on performance rakan2 mereka, bukan sbb nak kurangkan persaingan which mean satu persaingan yg sihat. Dalam byk2 peserta, hanya Nabil yg takde sape2 undi keluar. Jambu pulak terselamat dari tersingkir sbb diorg merupakan kumpulan no. 1 minggu ni. So antara Man dan Amir, ditambah undian peserta lain + markah juri + undian penonton, akhirnya Amir yg terkeluar... dan yang mana mungkin menggembirakan ramai pihak di luar sana. Sekali Astro buat kejutan lagi daaaa... minggu depan ada Undian Masuk pulak utk peserta2 yg dah tersingkir, caranya just undi Like dekat Facebook Fanpage Maharaja Lawak di sini sebelum 18 Mei 2011, jam 12pm. Setekat blog ini ditulis, kumpulan R2 mengungguli jumlah Like yg paling banyak, berkemungkinan R2 yg akan dimasukkan semula, dan diorang mmg deserved utk masuk berbanding peserta lain.


Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Jambu - ROTFLMAO
2. Balas - LMAO
3. Sepah - LMAO
4. Jozan - LMAO
5. Nabil - LOL
6. Man - HAHA
7. Amir - HEHE

Oklah sampai di sini sahaja...Dan nampaknya kali ni Astro betul2 tak nak bagi orang upload video Maharaja Lawak ni kat Youtube... kedekut betullah. Korang dah dapat byk untuk dah dgn Maharaja Lawak ni, dahla kena subscribe dekat Astro Warna lagi, lepas tu kena SMS undian lagi... ini pun nak berkira ke. Cubalah buat CSR sikit (Corporate Social Responsibility)... Tak pasal2 source video aku dari channel GuaTVCom kena banned. Terpaksa cari sumber lain dgn kualiti video yg cantik... Nasib baik ada channel ButtonTVS... tq so much...

* Kredit: Video oleh ButtonTVS.

Jumaat, 6 Mei 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 6

Jumpa lagi dalam Maharaja Lawak minggu yang ke-6. Malam ni mungkin dapat update sikit je, video serta ulasan penuh mungkin lambat sikit sbb minggu ni mmg sibuk sikit dengan kerja... Tak sempat pun nak buat ulasan AF atau update blog... esok pulak nak kena jadik urusetia perlawanan badminton kat ofis aku.... Tapi untuk Maharaja Lawak aku try jugak utk update...


Minggu lepas Jihan terkeluar, so minggu ni hanya tinggal 7 peserta yg akan berentap iaitu 2 peserta dari Raja Lawak 1 - Jozan dan Jambu, 1 peserta dari Raja Lawak 2 - Nabil, 2 peserta dari Raja Lawak 3 - Sepah dan Amir manakala 2 peserta dari Raja Lawak 5 - Balas dan Man. Wakil dari Raja Lawak 4 semua dah terkeluar.

So aku harap minggu ni masing2 dapat buat lawak yg menjadik dan terbaik, even Man dan Amir sekalipun. Sbb diorg dah masuk last 7, so aku harap setiap seorang dari mereka at least dapat ranking LOL ke atas. Most of the peserta sebenarnya kita dah dapat agak macamana bentuk persembahan diorg sbb diorg dah ada formula nak buat lawak seperti berikut:

1. Sepah - Lawak kasar, mengena2kan kawan2 sekumpulan, mesti ada statement buat2 bodoh mcm "Family aku kawin dekat2 mcm pakcik aku kawin ngan makcik aku, pak ngan aku kawin dgn mak ngah aku...","Anak lelaki kan? Taklah! Ha aku tau.... mesti perempuan. Mana ko tau ni???"

2. Jambu - Lawak kasar jugak, byk main face expression dan body language, pakaian pelik2 + warna pink, cerita xde motif, bila bunyi loceng mesti Tauke & Yus bertukar watak jadi benda lain.

3. Balas - Berlakon sketsa, paling penting mesti ada lawak lucah.

4. Nabil - Berlakon dengan orang halimunan, tak boleh jangka watak apa, lawak cerdik n sometimes buat org berpikir 2 3 kali baru paham lawak dia, pandai susun jalan cerita.

5. Jozan - Boleh jadik macam2, persembahan takleh nak jangka, mungkin ajuk artis, kenakan orang, spontan, berlakon sketsa dengan feeder dan killer yg mantap atau menyanyi muzikal komedi.

6. Man - Takleh nak jangka lawak apa nak buat, tapi biasa jadi watak sesuatu karakter pastu bagi ceramah dan selit sikit2 dgn lawak internet dan mastika.

7. Amir - Sama jugak sekarang ni takleh nak jangka lawak apa dia nak buat... tapi mostly mcm Man jugak jadik satu karakter dan bagi ceramah. Content lawak kadang2 ok kadang2 x, mungkin idea sendiri mungkin ada orang bekalkan idea utk dia. Tapi muka mmg tebal dan tak malu lebih sikit dari Man bila dok atas pentas.

So undian SMS kedudukan peserta sebelum Maharaja Lawak start:
1. Jozan - 28%
2. Jambu - 18%
3. Nabil - 16%
4. Balas - 16%
5. Sepah - 15%
6. Man - 5%
7. Amir - 3%

Meter tahap kelawakan:


- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Balas (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan Balas buat sketsa pasal pesakit pakcik dan doktor. 1st half of sketsa menghiburkan... Tapi 2nd half bila dah masuk lawak lucah pasal nasi lemak aku naik boring dah... Kemon la Balas...


2. Jozan (Laugh-O-Meter: LOL)
Zizan pergi tukang urut Johan nak urut kaki bengkak sebab tendang anjing kencing kat tayar kereta dia. Kali ni macam kurang punchline sangat sbb banyak bercerita pasal benda lain sepanjang sketsa. Agak kurang berbanding sebelum2 ni, macam dah kering idea.


3. Amir (Laugh-O-Meter: LOL)
Amir sedih sbb kawin tapi takde anak, padahal baru je kawin 3 bulan. Lepas tu dia jumpa kotak ada orang buang bayi. Walaupun kali ni tak dapat respon sgt dari penonton tapi aku respek dgn dia, tak takut, berani and then setiap soalan penonton dia selamba je jawab. Aku tak tau la aku yg mental ke atau Ahmad Idham yg salah tapi aku rasa aku lagi terhibur dgn persembahan Amir dari Jozan. Dan satu lagi aku respek pasal Amir persembahan dia mesti ada mesej dan pengajaran, kali ni pasal pembuangan bayi dan juga Hari Ibu. Amir kalau ko terkeluar minggu ni pun jangan risau... biar la ramai org tak suka ko tapi ko keluar dengan bermaruah.


4. Nabil (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kali ni Nabil buat kelainan dengan tak buat sketsa macam biasa, takde orang halimunan dah tapi dia bercerita  kepada penonton pasal pengalamannya dengan GPS. Ala GPS yg carik2 arah jalan dalam kereta tu. So far kelakar, dan setiap cerita dia tak lost, aku berminat utk dengar. Sempat lagi bahan Amir masa awal2 tu balas dendam pasal Amir bahan dia last week pasal Irma.


5. Man (Laugh-O-Meter: LOL)
Man jadik adik Chef Wan iaitu cawan... byk cakap, kuat gossip, mulut laser... Nak ajar memasak la konon... Sempat lagi buat lawak double meaning sekali tak pernah2 dibuatnya hehehehe. So far ada peningkatan... Tapi masalah Man dia tak konsisten, kejap ok kejap tak kejap tak kejap ok.



6. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Jambu buat lawak pasal perlawanan Ping Pong... simple je... xde jalan citer pun... takde motif pun... tapi mmg LAWAK NAK MAMPUS hahahahha. Paling terbaik setakat ni, paling meletup mcm minggu Nora Danish... Tak perlu cakap banyak, dengan gerak badan dan mimik muka dah boleh jadik lawak. Tak hairan kalau minggu ni undian diorg paling tinggi lebih dari Jozan. Lawak diorg mmg gila... tak masuk akal langsung...


7. Sepah (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kumpulan Sepah buat sketsa pasal mat rockers melepak2 sambil main gitar2... Diorg nak buat semi-muzikal. Persembahan pun masih macam biasa... format lawak2 yg kita dah boleh expect sama cam yg aku tulis kat atas tu. Masih lawak tapi kureng sikit dari Jambu.


Komen Juri Secara Keseluruhan:
Juri: Juri bersetuju yang paling lawak adalah Jambu... so mereka bersepakat dan bersetuju utk minggu depan ada tema iaitu Silence Comedy iaitu kekuatan Jambu.

Peserta terkeluar minggu ke-6: Tiada

Kesimpulan:

Persembahan kebanyakan peserta minggu ni agak average... biasa2 aje, nasib baik ada Jambu penyelamat keadaan. Paling meletup meninggalkan peserta2 yg lain. Sangat best... Jambu punya lawak je yg boleh buat aku ketawa terbahak2 berguling2 cam orang gila. Sampai juri pun jadikkan diorg benchmark utk tema minggu depan iaitu silence comedy. Minggu ni ada kejutan, takde orang tersingkir. Mungkin juri nak uji semua peserta yang tinggal utk buat silence comedy dan try beat Jambu.

Satu lagi kejutan, format penyingkiran lain sikit dan rasa yg paling ramai org akan sakit hati... Penyingkiran minggu depan akan dibuat oleh peserta yang dapat undian dan markah juri tertinggi... Dah macam rancangan survivor dah. Biasanya peserta yg prestasinya teruk akan tersingkir, tapi kali ni mungkin peserta yg prestasinya tertinggi akan terkeluar. Contohnya, minggu depan tempat pertama adalah Jozan, rasanya dia takkan keluarkan Amir punya sbb dia tau Amir bukan pencabar mereka, so diorg akan keluarkan peserta yg dia rasa pencabar utama diorg contohnya Jambu, Nabil atau Sepah. Begitu jugak yang lain. So aku rasa minggu depan akan tersingkirnya salah seorang daripada big 4 iaitu Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu. Astro apsal la ko buat format mcm ni adoiyai... aku nak 4 orang tu pergi final... nampaknya Amir dan Man akan terselamat lagi utk minggu depan...

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Jambu - ROTFLMAO
2. Sepah - LMAO
3. Nabil - LMAO
4. Amir - LOL
5. Jozan - LOL
6. Man - LOL
7. Balas - HAHA

Ok habis sudah LIVE REVIEW aku... Video dah up, ulasan panjang dan punchline akan aku update lambat sikit sbb esok aku ada hal... Maybe malam esok sikit kot. So stay tune and terima kasih sbb sudi menjenguk ke blog aku... Babai...

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...