Selasa, 19 April 2011

Jadi Komposer Lagu dengan Guitar Pro 6

Aku dari dulu teringin nak buat lagu sendiri... tapi sbb tak pandai sgt nak main gitar... tau pun setakat kod A, C, G, D, Em, Am, A, Dm... instrumen lain pun tak berapa nak reti... piano tu tau la picit2 sikit tapi tak tere la pun. Tapi kepekaan pada bunyi dan not lagu tu kira boleh la jugak. So aku try la carik2 software yg boleh guna utk compose lagu tanpa kita perlu tahu cara nak main instrumen. Macam2 software aku jumpa, tapi dlm banyak2 tu paling senang digunakan adalah Guitar Pro... yg paling latest Guitar Pro 6.


Nak belajar guna dia tak susah sgt lah... guna je kod taugeh atau music note mcm kat atas ni. Pastu adjust2 sikit, kalau tak tau kod apa nak pakai leh dapatkan bantuan virtual instrument cam guitar n piano/keyboard. 



Then korang leh mix kan instrument apa nak pakai cam Electric Guitar, Bass, Drum, Piano, Saxaphone... mcm2 lagi instrument by layer. Setiap layer tu kene masukkan kod taugeh so masing2 ada bunyi sendiri. Bila dah siap, play lagu kita dan tadaaaa... Tak perlu ada band pun dah boleh jadi 1 Man Band, buat lagu dan main semua instrument.

Selain daripada leh wat lagu sendiri, korang jugak boleh download fail lagu2 Guitar Pro yg ada berlambak kat internet yg orang dah buat, format fail dia *.gp3, *.gp4, *.gp5 dan *.gpx so korang leh dengar dan belajar camne kod utk main guitar ke piano ke lagu tu. Tapi kalau korang nak masukkan vokal sekali, maksudnya kalau korang nak rekod suara korang nyanyi dan mix sekali dgn lagu tu takleh pakai software Guitar Pro ni, kene pakai software lain mcm n-track Studio, etc...

Guitar Pro 6 Demo Video

So kat mana nak dapatkan Guitar Pro 6 ni? Beli je kat website dia... kalau nak yg ehem2 punya carik sendiri Google kan ader... Tapi make sure kalau nak bunyi sedap download dan install sekali RSE Soundbanks dia (Realistic Sound Engine) so that bunyi dia sebijik mcm instrument sebenar... kalau gitar karen tu mmg sebijik gitar karen... kalau takde RSE ni bunyik dia format MIDI je.

Setakat ni ada la 2 3 lagu yg aku dah buat, cuma 2 je dah finalize... ni contoh lagu yg aku dah buat... vocal takde so aku ganti vocal dgn Saxaphone... saper2 nak jadik penyanyi lagu aku ni sila contact utk audition hahahaha...
So kalau tak install RSE Soundbanks, bunyik dia standard MIDI je macam kat sini. Berbeza kan?

7 ulasan:

  1. Wah lepas ni bleh jadik komposer la....dah fofular nanti jangan lupa akak ek...hehe

    BalasPadam
  2. @Aleyn
    takdelah kak mana der popular amatur gila nih

    BalasPadam
  3. Wazzuupp.. gile rajin ko wat lagu ni ha..ha.. Gua pon dah start active balik bermain musik.. nanti aku kasik lirik and masuk dalam bonus track dlm demo aku.. ha.. ha.. Ape tajuk lagu tu??

    BalasPadam
  4. @Fuzzy Honey
    Ala kekadang bila dtg angin tu rajin la buat... hahaha... tajuk lagu dia aku letak super saiya... lirik pun ada tp cam hampeh sikit hahahaha

    BalasPadam
  5. Salam bro,

    Mcm hebat jer bro..dah leh wat lgu sndiri tu..sya pon minat gak..dah donlot yg free punye guitar pro6.. tapi belum tau operate lagi bro..

    BalasPadam
  6. @Tanpa Nama 6 Julai 2011 4:02 PM
    Hehe taklah hebat mana... masih lagi belajar2... kalau bro tau note muzik kod tauge tu lagi senang nak guna

    BalasPadam
  7. pakai sonar lagi real bunyi....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...