Sabtu, 31 Disember 2011

Ulasan Maharaja Lawak Mega

Maharaja Lawak Mega dah pun melabuhkan tirainya pada Jumaat baru2 ni. Seperti yg semua org dah tahu keputusan adalah seperti berikut:

1. Juara adalah Kumpulan Osbon yg dianggotai oleh Mr. Os dan Abon
2. Naib Juara Kumpulan Boboi (Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik)
3. Tempat ke-3 Kumpulan Saehu pelawak dari Indonesia (Eko, Bocil dan Vicha)
4. Tempat ke-4 Kumpulan Syok (Suhaimi dan Ariff Sudin dari Singapura serta Ifa Radziah)


Mungkin ada yg tertanya2 (ada ke???) sebab kenapa aku tak buat review Maharaja Lawak Mega tiap2 minggu berbanding Maharaja Lawak dulu.

1. Sebab aku malas peserta yg masuk adalah dari kalangan otai2 pelawak/comedian tanahair yg ada yg pernah mengecapi zaman kegemilangan satu ketika dulu dan ada juga yg pencapaian dalam bidang lawak biasa2 aja.

2. Sebab peserta bukan sahaja dari Malaysia tapi juga Indonesia dan Singapura. Bukan sbb aku terlalu bersifat kenegaraan, tapi bagi aku disbbkan perbezaan budaya dan bahasa, susah rakyat Malaysia nak faham lawak negara lain terutama Indonesia dan mungkin akan ada konspirasi yg ke final nanti akan ada wakil dari semua negara seperti yg telah berlaku walaupun mungkin ada pelawak tanahair yg lebih layak pergi final.

3. Peserta yg masuk bertanding terlalu ramai sampai 17 kumpulan/peserta menyebabkan minat aku hilang masa awal2 dulu, tak larat aku nak tgk setiap satu 17 peserta buat persembahan.

4. Peserta ni adalah otai2 dan org2 lama dalam industri seni ini, dan penyertaan mereka ke dalam MLM ni juga bukanlah sbb mereka nak sangat masuk tapi adalah sebab dijemput Astro, so bagi aku walaupun aku tahu akan ada yg lawak kurang menjadi, siapa aku untuk komen persembahan diorang. Aku hormati status mereka sebagai otai2 lawak, dan tujuan mereka masuk MLM ni pun just atas jemputan, biar mereka have fun atas comeback mereka.

5. Juri serta format pertandingan. Aku tak kisah sangat kalau juri bukan dari bidang lawak, tapi kewujudan juri seperti Chef Wan yg terlalu lantang mengkritik sampai kadang2 menjatuhkan air muka peserta menyebabkan aku lagi sakit hati tgk MLM dari nak gelak2. Dah la diorg buat lawak atas pentas ni atas jemputan, kena kutuk pulak tu bila persembahan hambar. Sepatutnya MLM ni tak perlu juri yg mengkritik, cukup sekadar bagi markah seperti Juara Lagu, sbb peserta2 yg masuk adalah org lama dan juga atas jemputan, at least hormat dan beri sedikit muka pada mereka. Sbb tu la timbul mcm2 kontroversi pasal Chef Wan dgn Adlin, Sobri, Afdlin Shauki, mcm2 lagi lah... Kalau nak ikutkan diorang tu sekapal dlm industri seni, kawan2 selebriti... so bila dah gaduh2 kutuk2 tuh jadik tak best. Dan atas sebab2 mcm ni jugakla ramai pelawak2 otai menolak jemputan utk MLM ni mcm Saiful Apek sbb dia dah tau benda2 mcm ni pasti akan berlaku.

6. Takde Nabil dan Jozan hehehe...

Sedikit komen aku utk peserta finalis...

1. Kumpulan Boboi 
 
So kalau ikut favoritism aku, aku sokong Boboi, sbb bagi aku lawak mereka lebih segar dengan isu2 terkini, versatile dan byk sindiran2 sinis. Walaupun mereka selalu buat lawak watak budak2, tapi bagi aku mereka punya talent tak perlu dinafikan based on persembahan dan lakonan2 mereka dalam pelbagai rancangan lawak, drama dan filem. Dan dalam MLM ni pun, persembahan mereka paling konsisten setiap minggu. Diorang ni mcm Jozan dalam ML, kumpulan yg popular dan paling strong, favorite ramai org yg menjangkakan diorang jadi juara tapi akhirnya dapat no. 2.



2. Kumpulan Osbon 

Aku tak kisah Kumpulan Osbon yg dinobat sebagai juara sbb diorang pun bagus, dan persembahan mereka setiap minggu juga konsisten, kadangkala down dan kadang2 meletup. Cuma yg betul2 menyerlah adalah Abon sbg killer dan Mr. Os just feed saja pada Abon. Lagipun Abon mmg dah biasa dgn stand-up atau stage comedian manakala Mr. Os lebih kepada komedi dalam filem @ drama. Formula lawak diorang pun dah boleh baca, Abon cuma perlu kenakan Mr. Os gila2. Satu yg bagus diorang ni, diorang bermula sebagai underdog waktu awal2 dulu, bukan peserta favorite, tak siapa sangka diorang boleh menang.



3. Kumpulan Saehu

Yg betul2 mengangkat kumpulan Saehu ni cuma Bocil je, kalau Bocil takde dah tentu awal2 keluar. Bila diorg buat persembahan aku tak fokus sangat, sbb lawak diorang tak berapa nak faham. Tapi nak kata diorg tak bagus tak boleh jugak, mungkin lawak diorg kurang sesuai di Malaysia, tapi kalau untuk org Indonesia mungkin lawak gila. So korang layan je lah ye.



4. Kumpulan Syok

Bagi aku kumpulan syok ni kadang2 ok kadang2 tak. Kalau aku juri aku bagi diorang no. 3. Kalau aku jurilah. Byk sebenarnya punchline yg lawak terutama dari si Suhaimi (bagi sape2 yg pernah tgk lawak qunut kat youtube tu kenal la dia) cuma kurang respon dari penonton Malaysia tak tahu kenapa. Mungkin sbb diorang org Singapura tak tahulah... Cuma utk MLM final ni patut diorang letak Boboi atau Osbon buat persembahan terakhir, sbb bila persembahan diorang dah meletup awal2, so bila Syok buat lawak biasa2 mood dah turun. So korang layan je lah ye.






Before umum keputusan dan pemenang, kumpulan Jozan muncul dan buat lawak yg mmg best. Sangat lawak dan spontan. Bagi aku diorang tetap the best spontaneous comedian kat Malaysia. 



So itulah sahaja satu2nya ulasan/review aku untuk MLM. Yang mana dok gaduh2 tu tak puas hati sana seni kutuk mengutuk harap2 dapat bermaaf2an dan berbaik semula. Nak kata budak2 semua dah besar2 panjang, tapi gaduh mengalahkan budak2, tulis2 kat Facebook la apa la ntah pape.

Dan aku harap lepas ni kalau nak buat lagi Maharaja Lawak Mega, jgn ada juri yg mengkritik2, juri dok bawah diam2 bagi markah dan juga ada juri awam yg bagi markah on the spot, kalau nak lagi menarik bagi masa 15 saat selepas diorg buat persembahan utk juri profesional dan juri awam bagi markah, lepas tu markah tu kuar kat skrin mcm ada sebuah rancangan Jepun, kalau best tinggilah markah kalau rendah rendahla markah, dan markah yg ada tu la nanti akan ditambah dengan SMS penonton, dan masa last sekali nak umumkan penyikiran just tunjuk je markah semua org.

So dengan posting terakhir aku pada 2011 ini juga aku nak mohon juta kemaafan kepada reader semua sekiranya ada salah dan silap dan aku akhiri dengan ucapan...

SELAMAT TAHUN BARU 2012 !!!


Kredit video to nazwa69.

Rabu, 28 Disember 2011

One Piece Kaizoku Musou

Aku dah ada sebab untuk beli Sony Playstation 3, Game baru One Piece - Kaizoku Musou. Daripada trailer dan gameplay kat Youtube mmg cool dan best gila. Harap game ni follow jalan cerita One Piece dari mula sampai Time Skip. Pada yg tak tahu, One Piece ni manga atau komik jepun yg berkisarkan mengenai seorang budak bernama Monkey D. Luffy yg mengembara ke lautan untuk menjadi Raja Lanun. Lain2 boleh baca sendiri kat sini.


Trailer game Kaizoku Musou:

Lagi trailer panjang sikit:

Trailer yang lagi panjang:

Game ni hanya ada kat PS3, develop by Tecmo Koei (yg develop game Dynasty Warrior) dan published by Bandai versi Jepun pada 1 Mac 2012. Untuk version Europe & North America belum ada sebarang pengumuman, so kalau nak faham jalan cerita kena tunggu versi EU/NA.

Last sekali, One Piece > Bleach > Naruto. Fanboy Bleach dan Naruto jgn marah aaa, baca dulu One Piece dari awal, korang akan tau maksud aku.

Jumaat, 23 Disember 2011

Saga Artakusiad

Aku ni bukanlah peminat novel, aku bukan suka sgt membaca buku tapi aku suka baca komik especially manga. Ada satu masa borak2 dgn member yg suka baca novel, borak punya borak aku terimbas kembali nostalgia lama yg aku jugak pernah baca novel dan buku2 cerita waktu zaman persekolahan dulu. Mcm2 sekolah rendah buku yg aku baca Enid Blyton, Nancy Drew, 5 sekawan, 7 penyiasat, mcm2 lagi lah. Bila di sekolah menengah, masa tu dalam lingkungan pertengahan tahun 90-an, aku kurang baca buku sendiri sbb duduk asrama penuh dan terpisah daripada dunia luar. Tapi setiap kali pergi library, aku akan baca buku2 cerita yg ada kat library mcm cerita penyiasatan Sherlock Holmes, Tin Tin dan satu lagi novel yg aku pernah baca adalah Saga Artakusiad, novel bergenre fantasi. Setelah lebih 1 dekad, aku dah lupa mcm mana jalan cerita novel ni.

Oleh kerana dah terimbau kenangan lama, aku rasa berminat utk baca balik buku yg pernah memberi aku kenangan zaman persekolahan dulu. So aku cariklah kat Internet pasal buku ni, jumpalah kat Mudah.my ada org jual satu set koleksi Saga Artakusiad yg mengandungi 6 novel kesemuanya bertajuk:

1. Permata Aurorius
2. Kota Arialun
3. Kembar Artakus
4. Petua Azkram
5. Puteri Alindalia
6. Pedang Aurora


So aku pun order dan akhirnya sampai di tangan aku. Cover semua dah lain sbb ni adalah cetakan ke-2 pada tahun 2010 selepas cetakan pertama pada akhir 80-an dan awal 90-an.



Saga Artakusiad ni ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Masa aku baca dulu aku rasa tak baca semua sbb kat library sekolah masa tu aku jumpa 4 siri je. Gambar kat bawah ni novel merupakan kulit buku asal cetakan pertama.


Berikut adalah sinopsis Saga Artakusiad yg diambil daripada website rasmi Saga Artakusiad:
Rizal telah dibawa oleh satu kuasa ghaib ke alam Aurora yang penuh misteri. Oleh kerana pada dirinya terdapat tanda-tanda kebesaran seperti yang tercatat dalam kitab-kitab kaum Aurora, dia telah diangkat sebagai pemimpin atau Artakus puak Armorikus. Sebagai Artakus, dia diharap dapat mengembalikan keagungan kaum Aurora dan membebaskan mereka daripada kezaliman Morrok – musuh Armorikus yang ganas. Dia juga terlibat dalam pertentangan Arasis (siang) terhadap Osria (malam) yang cuba memusnahkan alam…

Untuk menyekat rancangan jahat Osria, dia harus pula membantu Merkia (makhluk yang terhasil daripada cahaya) merampas Permata Aurorius yang berada di Kota Arialun dalam genggaman Herakos (makhluk yang terhasil daripada kegelapan).
Kisah saga ni lebih kepada cerita fantasi seperti Lord of the Rings, Knights of the Round Table (Pahlawan Meja Bulat, juga salah satu buku yg aku pernah baca dulu2 versi terjemahan BM) dan kisah2 pahlawan zaman medieval. Saga ni tak habis sampai buku ke-6 dan ada sambungan buku ke-7 iaitu Legenda Numerius pada tahun 2004 namun ia diterbitkan sendiri oleh penulis dengan bilangan yg sgt terhad iaitu 500 naskah sahaja dan setakat ni belum diterbitkan semula. Harap2 aku dapat carik buku ni untuk koleksi aku.

Utk info lebih lanjut boleh layari website rasmi Saga Artakusiad dan juga FB Kelab Peminat Ahmad Patria Abdullah.

Khamis, 22 Disember 2011

Tutorial Basic Excel Macro Dan VBA Programming

Tutorial ni mengandungi panduan untuk membuat simple programming dengan menggunakan Excel Macro dan VBA (Visual Basic for Application). Mana2 version MS Excel boleh digunakan untuk buat macro, tapi untuk tutorial ni menggunakan MS Excel 2010. Dengan VBA programming korang leh buat form, letak button, combo box, list box dan lain2 mcm buat aplikasi Windows. So sesape yg baru nak berjinak2 atau berminat nak buat Windows Application mungkin boleh mula dgn VBA programming.

Nota Kursus Basic Excel Macro Dan VBA Programming

Rabu, 21 Disember 2011

Dragon Ball Parody

Bagi peminat2 anime/manga dan juga Dragon Ball, just nak share satu video youtube Dragon Ball parody yang sengal troll face bertajuk Dragonzball p pasal pertarungan epik antara Son Goku (Kakarot) dan Vegeta.


Yang tak follow atau tak pernah baca manga Dragon Ball atau tgk anime dia mungkin tak faham kot, layan jelah. 


Soundtrack utk buat video ni guna sejenis peralatan muzik mcm wisel yg bunyinya sangat annoying iaitu Kazoo.

Selasa, 20 Disember 2011

Terowong IPv6

Kepada yg tak tau, IPv6 dah dijelaskan di sini. Sekarang ni major2 ISP seperti TMNet, Jaring, berukband2 yg lain seperti Celcom, Maxis, Digi masih belum support IPv6. Ini bermaksud internet di negara kita dah ketinggalan ke belakang. Cuba je try masuk website2 ni - http://ipv6.google.com mesti tak boleh. Kalau boleh anda mmg ajaib. Walaupun ISP tak ready, tapi masih ada cara utk access kepada dunia internet IPv6 iaitu dgn menggunakan kaedah terowong IPv6 atau IPv6 tunnelling. Caranya mudah dan straight forward sahaja, ikut sahaja langkah2 seperti berikut.

Step 1
Mula2 masuk ke website http://tunnelbroker.net/ dan klik butang Register dekat section Tunnelbroker Login dan kemudian register la macam biasa dgn maklumat2 palsu korang. Lepas register, email yg mengandungi password akan dihantar kat email korang, so make sure bagi email yg betul. Lepas dapat email, login guna username anda dan password yang diberikan (password boleh ditukar kemudian).
Step 2
Lepas dah login, klik Create Regular Tunnel.

Pada IPv4 Endpoint tu, kalau IP anda tak keluar secara automatik, pergi kat google, taip "what is my ip", nanti dia akan bagitau IP anda. Ingat ini adalah IP public Internet korang, bukan private IP kat PC.  Kalau takde masalah dia akan keluar mesej "IP is a potential tunnel endpoint". Dekat Available Tunnel Servers tu, klik je pada Singapore tu je yg terdekat, Malaysia takde lagi. Bila dah selesai klik Create Tunnel.


Step 3
Kemudian detail2 berkenaan network korang akan diberikan. Kalau tgk kat situ ada tulis Client IPv6 Address seperti 2001:470:35:516::2/64. Haaa itulah IPv6 komputer korang. Boleh la amik kertas salin ke, copy paste kat Notepad ke. Then klik pada tab Example Configurations.


Kat situ pilih je OS yang korang guna, contohnya bagi Windows XP konfigurasi seperti berikut:

ipv6 install
ipv6 rtu ::/0 2/::216.218.221.42 pub
ipv6 adu 2/2001:470:35:516::2


Kalau pilih Vista/Windows 7:

netsh interface teredo set state disabled
netsh interface ipv6 add v6v4tunnel IP6Tunnel 175.139.19.61 216.218.221.42
netsh interface ipv6 add address IP6Tunnel 2001:470:35:516::2
netsh interface ipv6 add route ::/0 IP6Tunnel 2001:470:35:516::1


Untuk OS lain pun ada seperti Linux, FreeBSD, MacOS, tapi aku tak pernah try OS yg lain. Windows XP pun tak pernah try lagi, aku pernah try untuk Windows 7 je.

Step 4
Dekat komputer korang, buka MS DOS Command Prompt dan copy paste satu2 konfigurasi yg telah diberikan seperti di atas mengikut OS anda. Untuk Windows 7, kalau anda guna Streamyx/Unifi atau apa2 Internet yg pakai wireless atau berkongsi banyak PC yg biasanya Internet diconnect secara automatik lepas anda turn on ADSL Router/modem, bermaksud komputer anda mempunyai private IP yg didapati secara automatik daripada service DHCP router internet anda. Dapatkan IP private anda dengan buka command prompt dan jalankan arahan C:\> ipconfig.


Setelah dapatkan private IP komputer anda seperti gambar di atas, gantikan IP yg terdapat pada konfigurasi tunnel Windows 7 seperti yg dihighlight dengan kaler merah kat atas tu dengan private IP PC anda seperti berikut sebelum runkan command tersebut.

netsh interface ipv6 add v6v4tunnel IP6Tunnel 192.168.0.104 216.218.221.42

Lepas dah complete run semua command konfigurasi, runkan balik command C:\> ipconfig dan tgk kat baris bawah sekali, ada maklumat seperti berikut:

Tunnel adapter IP6Tunnel:

   Connection-specific DNS Suffix  . :
   IPv6 Address. . . . . . . . . . . :
2001:470:35:516::2
   Link-local IPv6 Address . . . . . : fe80::2158:d11c:aa27:f80b%20
   Default Gateway . . . . . . . . . :
2001:470:35:516::1


Anda akan lihat IPv6 yg korang dapat dari website tunnelbroker tadi telah disetkan pada komputer anda. 

Step 5
Lepas dah settle semua, last step adalah untuk cuba test masuk website2 yg IPv6. Antara website yg hanya boleh dicapai oleh IPv6 secara native adalah seperti berikut:

- http://ipv6.google.com
- http://ipv6test.google.com/
- http://www.v6.facebook.com
- http://www.ipv6.mampu.gov.my

Kalau korang boleh bukak tu maksudnya komputer korang dah enable IPv6. Welcome to the future of the Internet!

Website lain yg boleh dicapai secara Dual Stack (IPv4 dan IPv6) - http://www.kame.net/ (kalau korang hanya ada IPv4, gambar kura2 tu statik dan tak bergerak).
 Lagi website2 yg digunakan untuk membuat IPv6 connectivity testing:
- http://test-ipv6.com/
- http://ipv6-test.com/

Nota Kaki
Aku dah test kat Windows 7, dan konfigurasi untuk Windows XP tu pun mungkin boleh berjaya. Internet line yg aku gunakan TM Unifi. Kalau Streamyx pun kemungkinan berjaya. Tapi aku dah try buat guna line berokband Digi dan gagal, sebabnya masa tunnelbroker tu check public IP tak berjaya disebabkan ada masalah.

Khamis, 15 Disember 2011

Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru2 ini telah mengeluarkan draf cadangan bagi penubuhan Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia (Board of Computing Professionals Malaysia). Asas penubuhan lembaga ini adalah sama seperti lembaga2 kerjaya yang lain seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan lain2. Antara fungsi lembaga2 seperti ini adalah menaikkan martabat bidang masing2 serta mereka yang terlibat dalam bidang tersebut, bertanggungjawab dalam pendaftaran ahli professional dalam bidang masing2, juga sebagai pengawal tata kelakuan bagi mereka yang terlibat dalam profession mereka di Malaysia.


Berikut merupakan draf cadangan bagi penubuhan Bil Pengkomputeran Professional 2011 / Computing Proffesionals Bill 2011 (CPB2011) yang dipaparkan di laman web MOSTI. Kalau nak yang Bahasa Melayu pun ada, boleh bukak kat sini, tapi ayat tunggang langgang sebab ia just direct translation guna Google Translate.
COMPUTING PROFESSIONALS BILL 2011 (DRAFT)

Aku sebagai salah seorang yang mempunyai kerjaya dalam dunia pengkomputeran amat bersetuju dengan penubuhan lembaga ni. Dah lama sangat bidang kerjaya ICT ini sebenarnya di pandang rendah berbanding profesion lain, biarlah seseorang tu merupakan segelintir daripada rakyat Malaysia yg Oracle Certified. Bagi orang luar, kerja IT ni sama je, dok baiki pasang komputer, buat website, main Internet, tukang install software, tukang betulkan formula Excel dan lain2. Kalau mak bapak kita tanya nak jadik apa, kita jawab doktor, fuuh bangga... nak jadik jurutera, fuuhhh i'm proud of u son... nak jadik cikgu, bagus anakku... cuba ckp nak jadik programmer, atau IT Executive... dahi berkerut2 sambil berkata, ko biar betul nak, dah fikir masak2 ke? Bidang IT ni takde masa depan... lagipun dah berlambak2 sgt graduan IT kat universiti, itupun ramai lagi yg menganggur. Takpun bila jumpa kawan lama, kita tanya kerja apa sekarang? Aku doktor kat HUKM, or aku engineer oil & gas keje kat Petronas, or aku sekarang keje arkitek tengah design Menara Warisan Merdeka 100 tingkat tu... waaah hebat ko sekarang... then ditanya balik, ko pulak kerja apa... aku keje IT je... ooooooo IT... dan perbualan senyap seketika...

Ramai sebenarnya yang tak tahu profesion IT ni byk cabang dan byk kelainan antara satu sama lain mcm Network Engineer, System Developer, Web Programmer, Database Admin, System Admin, Data Center Admin, System Analyst, Security Engineer, Backup Engineer, ICT Trainer, tu belum yang lebih niche mcm HP-UX Expertise, SAP Consultant, C++ Developer dan lain2.

So dengan adanya badan yang khas bagi profesion ICT tu sendiri, secara tidak langsung ia lebih mengiktiraf sendiri kerjaya aku dan beratus ribu orang yg terlibat dalam industri ICT ni. Kalau Jurutera ada yang mendapat gelaran Ir., Arkitek ada gelaran Ar., aku cukup bangga kalau ada salah seorang pakar ICT dalam Malaysia yang mendapat pengiktirafan Cr., ITr. or whatsoever. Malah tak mustahil sekiranya Malaysia akan ada agensi khas bagi ICT seperti Jabatan ICT Negara, sama seperti Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Audit Negara, dll dan mungkin juga akan ada Kementerian ICT sendiri. Ia secara tidak langsung menaikkan martabat kerjaya IT itu sendiri di kalangan masyarakat di negara kita.

Tapi yelah, dengan adanya badan yang mengawal selia ICT ni, sape2 yg terlibat dalam Critical National Information Infrastructure (CNII), nak tau boleh check sini, perlu berdaftar sebagai ahli dan perlu ada kelayakan formal seperti sijil, diploma or degree in IT/ICT/Computer Science, professional certificate seperti CCNA, LPI, RHCE, OCA, ITIL atau lain2. Mungkin draf perlu lagi diperhalusi dan ditambah baik lagi, tapi apa yang aku lihat, ramai gila orang menentang penubuhan badan ni dengan macam2 alasan yang dangkal dan menjelekkan terutama masa Open Day Board of Computing Professionals Malaysia kat MOSTI tempoh hari, dan kebanyakan orang yang menentang ni the so called Computing Professional, kecoh dan menggelabah nak mampus. Antara alasan2 penentangan:

  • Akan membantutkan inovasi, idea dan kreativiti dalam industri ICT.

    - Celah gigi mana yg membantutkan inovasi, CPB ni hanya disyaratkan pada CNII. Senang cerita ia hanya melibatkan sektor awam dan juga sektor kritikal seperti perbankan, tenaga, komunikasi dan lain2. Kalau setakat nak buat website sendiri ke, syarikat ke, design network cyber cafe ke lantak korang la.

  • Bill Gates, Steve Jobs, Mark Zuckenberg whatever tu takde kelayakan apa2 degree ke, diploma, sijil, cert dalam IT tapi boleh je berjaya

    - Kat sini pun kalau korang ada SPM je pun hatta budak sekolah, buat software sendiri, bukak bisnes, dapat jual laku, boleh jugak berjaya, tak perlu berdaftar dengan BCPM pun. Tapi at the end kalau nak masuk dalam sektor CNII ni, kenala ada kelayakan. Even Bill Gates walaupun dia takde degree, tapi dia nak ambik pekerja dalam Microsoft mesti dia tengok kelayakan jugak koooot... Korang pun kalau ada syarikat besar sendiri pun, nak ambik DBA mesti tengok dia ada kelayakan jugak koooot... kalau dia ada pengalaman 10 tahun dalam Oracle sekali pun tapi kelulusan setakat SPM, korang nak hire ke?

  • Saya takde apa2 kelayakan formal, tapi saya dah kerja 10 tahun dalam industri ICT, adakah saya tak dikira professional kalau tak dapat pengiktirafan daripada BCPM?

    - Wow, 10 tahun pengalaman, tapi takde kelayakan apa hatta sijil komputer sekalipun? Pengalaman apa 10 tahun, Linux? Sekarang dah kerja? Apa susah, ambik je la LPI ke, RHEL ke, etc. Kata pengalaman 10 tahun, takkan nak amik cert pun tak boleh kooot. Takde duit? Orang lain pun mcm tu juga, pinjam PTPTPU nak amik diploma, degree kat universiti. Takkan dah kerja 10 tahun pengalaman takde duit kot nak amik cert... Oklah taknak jugak, so tak payah la kerja dalam sektor CNII.

  • Akta ini akan membunuh komuniti Sumber Terbuka di Malaysia

    - Tang mana pulak dikatakan membunuh komuniti open source ni. Dalam draft tu takde sebaris ayat pun yang menyatakan penghalangan atau penghapusan sebarang komuniti open source. Sesapa nak guna open source tu guna lah takde masalah pun. Kalau ada yg pakar open source lagi bagus, but then daftar la dengan badan ni, at least korang boleh menyumbang something pada CNII dengan kepakaran korang.

  • Dengan adanya akta ni, ahli yg berdaftar mungkin boleh kena denda dan juga hukuman penjara.

    - Dah ada yg buat tahi, takkan nak lepas mcm tu je? Dah tentu la ada hukuman. Dahla CNII ni merupakan aset yg berharga dan kritikal buat negara, dah dapat projek, lepas tu salah guna kuasa, bocor maklumat dan rahsia negara yg boleh mendatangkan kemudaratan, kalau yg keje utk bank tu, disebabkan kecuaian menyebabkan hilang berjuta2 duit pelanggan, atau dapat maintenance contract penyelenggaraan PC, mula2 OK, 3 4 bulan lepas tu hilang tak nampak batang hidung. At least dgn adanya akta ni semua buat kerja dgn lebih jujur, amanah dan cekap.

  • Saya takde apa2 kelayakan, tapi saya tere gila buat sistem, game, application android, adakah lepas ni saya boleh kena hukuman sbb buat program tapi takder kelayakan.

    - Buat la program hape ke, game ke, website ke, portal jual beli ke, apa2 ke, selagi benda yg korang buat tu takde kaitan langsung dengan CNII apa ada masalah?

  • Paling karut - Akan menyekat kebebasan suara sbb lepas ni apa2 berkaitan ICT walhal tulis blog pun kena register dengan kerajaan, malah nak hantar email pun kalau tak berdaftar akan dikenakan tindakan (aku ada terbaca kat blog mana ntah, kalau ada link lagi best)

    - Satu lagi alasan yang bebal. Ini akta bagi Computing Professional, bukan akta menyekat kebebasan bersuara kat Internet or whatsoever sampai nak tulis blog pun kena daftar. Lagipun blogger ni kerjaya profesional kah? Dan takkan la nak hantar email pun kene daftar dgn badan ni? Cara diorang membuat kesimpulan mcmlah diorang je yg cerdik pandai, orang2 yg membuat draf ni semua bodoh? Ahli panel yg buat CPB ni semua org yg bijak2 belajar tinggi2... Takkan la diorang ni bodoh sangat pun sampai blogger2 bangang ni boleh buat rumusan yg cam tahap budak tadika? Hmm aku mintak la mana2 blogger atau orang yg tak terlibat dalam profesion IT ni tak payah la nak ulas2 pasal benda ni, tak berkaitan pun dgn hidup dan mati korang.

Ada mcm2 lagi alasan bodoh tapi aku maleh nak ulas semua. Kesimpulannya, bill ni masih lagi draf dan masih ada ruang untuk diperbaiki. Ini tidak belum apa2 dah tolak dah bantah, buat petition, buat group kat facebook. Yang dok bantah tibai2 tu baca ke tak draf tu? Aku tahulah orang2 zaman sekarang ni, sikit2 bangkang, sikit2 bantah, tak puas hati demo, semua benda ada je yg tak betul, tak puas hati, carik kesalahan orang. Korang je ke yg betul dan mulia, orang lain salah? Daripada dok bangkang2 tak tentu hala tak tahu hujung pangkal, apa kata bersama memberi cadangan dan idea yg bernas dalam penubuhan badan ni. Sampai bila lagi kerjaya ICT ni nak dilihat sebagai longgokan sampah sarap. Dahla yang ada kelulusan tu berlambak sampah sarap, tambah lagi yg takde kelulusan. Berapa ramai yg memilih bidang IT sebagai pilihan pertama dalam borang kemasukan Universiti? Berapa byk website jabatan kerajaan yang dah kena hack sbb guna Joomla yg selalu ada security threat tu? Dahla tu, ownernya pun ambik tak peduli pun nak buat security patch. Berapa byk database kat jabatan kerajaan yg designnya macam longkang. Berapa byk vendor2 yg byk buat taik sbb buat sistem caca marba tak ikut flow dan prosidur yg mempunyai sikap "Asal boleh jalan sudah", tapi dia punya code tunggang langgang. Patut semua yg byk tinggalkan tahi dan nama busuk pada industri IT ni dilarang sama sekali untuk menjadikan computing ni bidang profesionalisme mereka, sama seperti seorang doktor yang cuai dalam kerjaya2 atau seorang arkitek membuat design bangunan yg salah dan menyebabkan kebahayaan pada orang ramai.

Lastly paling aku hairan, apa ke hal Tony Pua DAP dgn MCA ni sibuk2 pasal penubuhan badan ni? Korang ni kerja dalam bidang IT ke???

Rabu, 14 Disember 2011

Portal Tafsir Al-Quran

Dalam beberapa bulan lepas, aku hadiri taklimat berkenaan Ruby on Rails, kalau nak tau lebih lanjut pasal RoR ni cari kat Google. Ia merupakan web programming language macam PHP, JSP dan lelain dan ia jgua based on framework. Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal RoR ni, yg aku nak cerita pasal company yg bagi taklimat ni ada bina satu website tafsir Al-Quran dalam Bahasa Melayu yg bagi aku sangat berguna dan interaktif. 


Setiap surah ada terjemahan dalam Bahasa Melayu dan juga English. Terdapat juga bacaan yg boleh diperdengarkan terus atau boleh didownload dalam format MP3.


Fungsi yang agak menarik adalah fungsi carian, di mana contohnya anda hendak cari pasal kejadian bumi, just masukkan ke dalam kotak carian dan tekan cari, portal ini akan memaparkan kesemua surah dan tafsiran yang mempunyai kaitan dengan kejadian bumi.


Website yang sangat berguna ni boleh dicapai di www.surah.my. Semoga developernya sentiasa dirahmati dan diberkati atas usaha mereka membangunkan website ini.

Selasa, 13 Disember 2011

Jangan Panik!

Baru2 ni keluar kat berita lagu single Bunkface yg latest iaitu Panik nak kena haram dengan RTM. Tak kisah la RTM nak haram ke tak, aku no komen, tapi sbb keluar kat berita la aku baru tau pasal lagu ni... rasa mcm dah lama jugak Bunkface tak keluar lagu baru lepas mereka terbitkan album Phobia Phoney tahun 2010. So bila dengar lagu Panik ni, cam best jugak la... tak kisah la apa mesej disebalik yg cuba disampaikan, kita layan je...



Bunkface - Panik

Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya

Pre-Chorus
Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti
Aku hadapi

Chorus
Biarkan ku pergi juang
Bertentangan terus dan mati
Satu dunia sudah bersedia
 Biarkan ku pergi juang
Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia
Sudah bersedia

Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna

Ulang Pre-Chorus & Chorus

Ku selalu berasingan jauh
Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu kebenaran
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju

Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terusan mati
Satu dunia sudah bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia

Selasa, 6 Disember 2011

Kisah Sejarah Telefon Bimbit Aku

Lama sangat tak menulis, seriously rasa takde semangat nak menulis, dengan macam2 hal keje, masalah peribadi, kekusutan hidup, kesibukan duniawi dan lain2. Akhirnya aku kembali nak menulis. Kali ni just nak share sejarah hidup aku bersama telefon bimbit a.k.a handphone a.k.a mobile phone.

1. Ericsson T10s
Ni merupakan handset pertama aku dan satu2nya handset aku yg pakai ada antenna, dengan warna hijau kebiruan, dibeli sekitar tahun 1999 kalau tak silap. Masa tu Ericcson tak gabung dengan Sony lagi. Kalau tak silap masa beli dulu sekali dengan line TMTouch dalam RM900++. Duit PTPTN tu buat sia2 je beli benda alah ni. Antara ciri-ciri yang tak menarik adalah seperti byk pilihan housing murahan dgn bermacam2 kaler, tak berapa nak berat, cepat gila panas kalau tengah bercakap, mempunyai skrin yang kecil hanya yg boleh muat 2 baris SMS, flip yang senang patah, antenna yang boleh dicabut (tak tahu mcm mana ada satu masa tu antenna aku boleh hilang).

Tahun beli: 1999
Status: Rosak lantas hilang tah ke mana.

2. Nokia 3310
Handset kedua skrin hitam putih aku beli pada sekitar tahun 2001 adalah kerana mengikut trend ramai orang pakai handset model ni, kalau tak silap harga dalam RM600++. Nokia 3310 boleh dikatakan model terlaris zaman tu.Kaler handset aku kalau tak silap cam kat bawah ni, biru gelap. Antara ciri2 handphone ini adalah byk jugak housing murahan yg colourful, boleh buat ringtone monophonic sendiri yang mana sangat annoying (menjengkelkan), boleh lukis gambar dan letak wallpaper pixelate hitam putih, skrin yg agak besar membolehkan trend menghantar sms bercorak, ada game snake, jatuh banyak kali pun tak rosak2 dan mcm2 lagi lah. Masa ni dah terminate line TMTouch dan pernah pakai prepaid Adam, kemudian register line student package Adam (telefon dan SMS Adam ke Adam free) yang kemudiannya jadik Timecel dan kemudiannya lagi kena beli ngan Maxis. Nombor yg dipakai start dari line Adam tu sampailah sekarang aku masih pakai.

Tahun beli: 2000
Status: Rasa mcm dah rosak atau dah bagi kat orang.

3. Nokia 5210
Aku ni bukannya jenis yg selalu sangat tukar handset. Handset aku yg seterusnya dibeli sekitar tahun 2002 adalah Nokia 5210. Bagi aku handset ni design dia sangat cool. Ciri2 kebanyakan sama macam Nokia 3310, yang membezakan ke'cool'an dia adalah badannya diperbuat dengan getah keras yang tahan lasak (baru sesuai buat baling anjing), housingnya senang dibuka dan ditukar2 serta backlight LCD warna oren. Handset ni aku pakai dalam tempoh yang agak lama disebabkan ia sangat cooooool dan susah rosak. Dah banyak kali jatuh pun masih lagi OK.

Tahun beli: 2002
Status: Bagi kat orang sbb tukar yang baru. Tapi sekarang dah rosak dan hilang kot.

4. Nokia 7610
Tak tau kenapa tapi start dari Nokia 3310 aku dah serasi dengan handphone Nokia dan susah nak tukar brand lain. Tahun 2004 masa tu beberapa bulan selepas start kerja lepas grad, aku beli handset Nokia 7610 warna hitam merah yang lebih dikenali dengan Nokia Daun, mungkin sbb bentuknya mcm daun. Merupakan handphone kaler aku yang pertama. Kalau nak beza dgn handphone hitam putih sebelum2 ni mmg byk perbezaan dan ciri2 baru denga OS Symbiannya, cuma ciri2 yg aku rasa best masa tu adalah boleh amik gambar pakai back camera, boleh main lagu MP3, boleh install game macam2 dan juga masih ada banyak housing murahan. Memory card pun kecik je, 64Mb.

Tahun beli: 2004
Status: Bagi kat orang sbb tukar yang baru. Sekarang masih ada, boleh dipakai cuma dah takde orang nak pakai.

5. Nokia 6280
Tahun 2006 aku beli handset baru iaitu Nokia 6280 dan merupakan handphone slide aku yg pertama. Masa ni aku beli handset ni atas 2 kriteria, kamera yg agak berkualiti pada masa tu dgn button snap photo kat tepi memberikan feel mcm kamera sebenar serta ciri2 slide yang aku rasakan sangat cool time tu. Selain daripada tu ia mempunyai semua ciri2 standard handphone pada ketika itu, dan aku selalu jugak browse internet pakai WAP browser dgn GPRS, masa ni 3G belum ada lagi dan main game 3D Rally. Merupakan handphone yang paling lama aku guna dalam sekitar 3 tahun. Pernah rosak LCD sekali.


Tahun beli: 2006 Status: Bagi kat orang sbb tukar yang baru. Sekarang masih ada, boleh dipakai tapi bateri dah kembung sbb pernah sekali tertinggal dalam kereta waktu tengah panas, so takleh nak tutup cover belakang.

6. Nokia 5800 XpressMusic
Nokia 5800 XM merupakan handset latest aku dan yg sedang dipakai, dibeli pada tahun 2009 selepas start keje di tempat baru. Time ni beli 2 unit, satu warna hitam biru untuk aku, satu lagi warna hitam merah utk wife aku. Merupakan handset touch screen aku yg pertama. Mempunyai mcm2 ciri2 yg aku rasa menarik (perasaan pada 2 tahun lepas yg mana dah tak valid sejak setahun kebelakangan ni). Ciri2 yg aku boleh cakap adalah touch screen yg tak berapa sensitif, stylus yang dah berapa kali hilang, ada wifi yg aku selalu guna untuk main internet secara minima, OVI Store yg tak berapa nak best, game dan software yang terhad dan juga tak berapa nak best kalau dibandingkan dengan Apple dan Android phone, memory card yg selalu corrupt menyebabkan data aku selalu hilang, kamera yang boleh tahan dgn kualiti video high quality (tapi jauh ketinggalan dengan HD). Satu yg aku rasa masih best handset ni adalah ia boleh diinstall dengan Garmin GPS dan berfungsi dengan amat baik sekali, so kalau aku dah tukar handset baru aku akan gunakan handset ni sebagai GPS full time.

Tahun beli: 2009
Status: Sedang digunakan dan rasa macam akan ditukarkan pada tahun depan.

7. Akan datang???

Ntah, tapi yg confirm aku akan sambar satu Android smartphone, mungkin tahun depan. Antara yang dah shortlisted:

A. Sony Ericsson Xperia Play
Sebab nak beli: Mempunyai ciri2 gamepad mcm PSP Go, Playstation Certified game, sesuai utk hardcore gamers mcm aku.

B. Samsung Galaxy Note
Sebab nak beli: Skrin yang sangat besar dan juga stylus sangat memenuhi kehendak aku sebagai multimedia savvy guys (harktuih).

Nampaknya setelah lebih 1 dekad bersama Nokia, mungkin akhirnya aku terpaksa mengucapkan Goodbye Norkiah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...