Isnin, 4 April 2011

Coret-coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Blog aku ni dah macam blog hiburan pulak dah, setakat ni citer pasal Hiburan paling banyak huhuhu. Takpe kita layankan je lah... Semalam tamatlah sudah ABPBH 2010 yg diadakan di Arena of Stars, Genting Highland dengan Pelakon Filem Lelaki Popular, Shaheizy Sam menjadi juara, terima kasih pada Dato' Siti sbb tarik diri.

Antara highlight event ABPBH 2010 malam tadi yg memorable adalah:
1. Kehadiran Usop Wilcha dari Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sangat lawak dan kelakar menggamatkan suasana sebelum pengumuman Bintang Paling Popular. (Video credit to nazwa69)
 

2. Persembahan Dato' Siti Nurhaliza yg sangat mantap dan kreatif dengan gabungan K-Pop (walaupun I tak minat K-Pop huhuhu). (Video credit to Atoszone11)

Berikut adalah senarai pemenang ABPBH 2010 serta 3 tahun sebelumnya:

Kategori
2010
2009
2008
2007
Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj. Nawawi
Aznil Hj. Nawawi
Aznil Hj. Nawawi
Aznil Hj. Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Fara Fauzana
Fara Fauzana
Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail
Faizal Ismail
Faizal Ismail
Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana
Fara Fauzana
Fara Fauzana
Fara Fauzana
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
6ixth Sense
Bunkface
Meet Uncle Hussain
Sofaz
Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan
Nabil
Nabil
Saiful Apek
Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah
Noorkhiriah
Noorkhiriah
Sheila Rusly
Artis Baru Lelaki Popular
Shahir
Black
Nabil
Dafi
Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali
Yuna
Stacy
Mila
Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak
Remy Ishak
Rosyam Nor
Rosyam Nor
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Tiz Zaqyah
Dynaz
Dynaz
Penyanyi Nasyid Popular
Rabbani
Rabbani
Rabbani
Rabbani
Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir
Aizat
Mawi
Mawi
Penyanyi Wanita Popular
Yuna
Datuk Siti Nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza
Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam
Que Haidar
Que Haidar
Rusdi Ramli
Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Fasha Sandha
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Dato’ Rosnani Jamil
Datuk Khadijah Ibrahim
Jamal Abdillah
M. Nasir
Bintang Paling Popular
Shaheizy Sam
Datuk Siti Nurhaliza
Nabil
Mawi

Manakalah pemenang Artis/Bintang Paling Popular sejak 1990:
Aishah (1990), Zainal Abidin (1991), Eman Manan (1992), Sofia Jane (1993), M Nasir (1994), Ziana Zain (1995), Siti Nurhaliza (1996 - 2001), Rosyam Nor (2002), Saiful Apek (2003), Siti Nurhaliza (2004), Mawi (2005 - 2007), Nabil (2008), Siti Nurhaliza (2009), Shaheizy Sam (2010). 

So kalau nak ikut statistik Artis/Bintang Paling Popular:
Wanita, Penyanyi - 9 kali
Wanita, Pelakon - 1 kali
Lelaki, Penyanyi -5 kali
Lelaki, Pelakon - 5 kali
* Pelakon tu termasuk TV/Filem/Komedi
Penyanyi wanitalah paling banyak menjadi Artis/Wanita Popular, 7 daripadanya disumbangkan oleh Dato' Siti Nurhaliza.

Tahniah buat semua pemenang ABPBH 2010 dan juga yang lepas2. Namun apa yg nak aku coretkan adalah cara pengundian dibuat. It's all about Trend, terutama untuk beberapa Kategori dan Hadiah bagi pembaca/pengundi. Macamana BH (Berita Hairan) nak tarik orang mengundi? Dia tawarkan hadiah macam2, Grand Livina lah, pakej percutian lah, bagi pembaca yg mengundi pemenang setiap kategori dengan tepat. 

So macam mana nak mengundi dengan tepat sedangkan pemenang belum ditentukan dan adalah berdasarkan undian? So kalau org yg macam aku, contohnya aku minat dekat Salleh Yaacob (contoh je tau) bagi Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, tapi aku nakkan hadiah Grand Livina tu, kalau berdasarkan trend yg selalu menang Faizal Ismail, dah tentu aku akan pangkah Faizal Ismail sbb tak yakin Salleh Yaacob boleh menang. Daripada bagi artis kesukaan aku menang baik aku sendiri je yg menang ye tak? Begitulah seterusnya juga dengan kategori2 lain seperti Kumpulan Nasyid, Pengacara TV, Penyampai Radio dan Artis Komedi... Sbb tu kalau tgk trend asyik orang/muka sama je menang... sbb orang yg pangkah tu bukan sebab dia minat kat artis tu tapi sbb diorg ikut trend tahun2 lepas dan juga diorg agak2 sape yg boleh menang.

Korang faham tak apa yg aku cuba sampaikan ni? Kalau tak faham buat2 faham jelah ye... Aku harap BH akan tukar format pengundian utk ABPBH tahun depan dan yang berikutnya... tak yah la kasik2 hadiah kat pembaca, takpun pemenang bagi pembaca tu randomly pick tak semestinya yg pangkah tepat dgn pemenang anugerah. Barulah dapat melahirkan pengundi yang jujur dan ikhlas macam saye hehehehe... 

Apa2 pun, jgn lupa vote USOP WILCHA utk ABPBH 2011!!!


2 ulasan:

  1. hopefully,nexyer dpt usop plak bintang paling popular..heje

    BalasPadam
  2. Tol gak kan....daripada ikhlas jadik x ikhlas plak......

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...