Khamis, 31 Mac 2011

Review Avril Lavigne New Album - Goodbye Lullaby

Setelah lebih 3 tahun menyepi tanpa album baru, kini Avril Lavigne kembali dengan album terbaru dan yg ke-4 iaitu Goodbye Lullaby pada 2 Mac 2011 dengan genre yang sama seperti album2 sebelumnya iaitu Rock & Pop. Sebelum ini Avril Lavigne mula menjadi terkenal dengan lagu Complicated dan Sk8er Boi sekitar tahun 2002, masa tu aku dah tahun 3 kat U.


Berikut merupakan Track listing bagi album Goodbye Lullaby:

1. Black Star
2. What the Hell
3. Push
4. Wish You Were Here
5. Smile
6. Stop Standing There
7. I Love You
8. Everybody Hurts
9. Not Enough
10. 4 Real
11. Darlin
12. Remember When
13. Goodbye
14. Alice (Extended version)

Deluxe Edition Bonus Track
15. What the Hell (Acoustic)
16. Push (Acoustic)
17. Wish You Were Here (Acoustic)
18. Bad Reputation

Antara lagu yg best dalam album ni seperti single pertamanya What the Hell (juga video klip dia yg sangat HOT!!! Cari sendiri kat Youtube),  Push, Wish You Were Here, Stop Standing Here, I Love You dan lain2... kalau anda peminat Avril Lavigne anda tak akan hampa dengan album ini seperti juga album2 sebelumnya iaitu Let Go (2002), Under My Skin (2004) dan The Best Damn Thing (2007)...

My rating for this album: 3.5/5

So how? Kalau anda kipas susah mati Avril Lavigne dapatkan album dia kedai2 CD berdekatan, kalau anda kipas senang mati, dapatkan MP3 dia pepandai carik sendiri yerrr...

Kalau my wife terbaca my blog, this song is 4 u my dear...

You’re so beautiful
But that’s not why I love you
I’m not sure you know
That the reason I love you is you
Being you
Just you
Yeah the reason I love you is all that we’ve been through
And that’s why I love you

Rabu, 30 Mac 2011

Where to Buy Folding Door

Last couple week kami berhajat nak tukar pintu bilik kami guna folding door. Lama jugak la cari kat Internet kat mana la area Puchong ni ada kedai pintu. Setelah mengGoogle dan Google Map, jumpa satu kedai ni dekat Puchong, nama dia Reliance Home... So survey2 kira Ok la not bad, banyak pilihan pintu dgn harga yg agak berpatutan, siap boleh customize lagi. Visit website dia http://www.reliancemetal.com.my/ dan kat bawah ni lokasi kedai pintu tu:


View Larger Map

Tempoh dia siapkan pintu dalam seminggu ke 2 minggu, after that dia datang and pasang kat rumah. Ni lah folding door yang kami beli, harga dalam RM500++. Ruang pun jimat, siap ada cermin, tak payah dah nak beli cermin lain. Anda rasa camana OK tak?

Selasa, 29 Mac 2011

Jom Migrate IPv4 ke IPv6

Dah berapa hari tak update blog... sibuk, sangat sibuk. Terutama dengan projek IPv6 yang dah nak diimplemen di pejabat aku. Apa kejadahnya IPv6 ni?

Kalau nak diikutkan perancangan awalnya ISP di Malaysia akan IPv6 enabled by 2006, Sektor Awam 2008 dan seluruh Malaysia 2010. Sekarang dah 2011, tapi rasanya tak sampai 0.1% website yg dah IPv6 enabled kat Malaysia ni. Even tak dengar satu hapak pun kat TV ke, News ke yg mewar2kan perkara ni. ISP sendiri pun tak habis2 promote High Speed Broadbandnya, tapi abaikan benda alah IPv6 ni. Sekarang roadmap IPv6 dah direvise semula, di mana Gov. Agencies 2011 dan Malaysia 2012. Tapi rasanya macam nak kena revise je lagi.

Berbalik pada persoalan tadi, apa bendanya IPv6 ni? Mungkin ramai yg dah tahu tapi tak berapa faham. Aku akan cuba terangkan dengan cara yg paling mudah tanpa mengira secara teknikalnya. IPv6 bermaksud Internet Protocol version 6. Habis tu version sekarang apa? Sekarang kita pakai version 4, pendeknya IPv4. So semua IP Address yang kita belajar zaman tok kadok dulu dan masih gunakan sekarang semuanya adalah IPv4, menggunakan alamat 32bit. Contoh IPv4 ni 10.10.4.1, 172.15.1.1, 201.54.87.5 dan byk lagi. So IPv4 ni secara konsepnya, range dia boleh bermula dari 0.0.0.0 sehingga 255.255.255.255, so kombinasi yang boleh dibuat dengan IPv4 ni sebanyak 4,294,967,296 (232) alamat yang unik iaitu lebih kurang 4.3 billion.

Para saintis dan pakar komputer zaman pokcik mokcik dulu tak terfikir pun yg pengguna IP ni leh sampai 4 billion, so diorang rasa cukup dan dah cukup byk, sbb masa tu komputer berapa kerat je. Then selepas Internet boom, semua orang dah ada PC dan Internet, IP address semakin byk digunakan. Hari ni, semua benda yg nak akses ke Internet kena ada IP, komputer, server, mobile phone, internet phone, iPad, gadget dll. Lepas ni mungkin setiap peralatan elektronik seperti TV, peti ais, mesin basuh, trafik light akan ada IP sendiri. Dan pada tahun 2011, kesemua blok IPv4 telah habis diallocate kepada kelima2 Regional Internet Registries dan sedang menunggu masa untuk habis. Tak caya tengokla IPv4 Exhaustion Countdown counter ni...

Source: INTEC Systems Institute, Inc.

Bagi menampung keperluan pengguna IP address yg semakin bertambah ni, para saintis dan cendekiawan komputer ni ciptalah IPv6 yang menggunakan alamat 128 bit. Formatnya adalah seperti 2001:0ba0:01e0:d001:0000:0000:d0f0:0010. Range IPv6 yang boleh dicipta adalah antara 0000:0000:0000:0000:0000:0000:0000:0000 sehingga FFFF:FFFF:FFFF:FFFF:FFFF:FFFF:FFFF:FFFF, lebih kurang 340,282,366,920,938,463,463,374,607,431,768,211,456. Macam mana nak kira tu, berbillion2 trillion2 boleh ditampung dengan IPv6.

Persoalannya, perlu ke kita migrate ke IPv6?

Pengguna Internet perlu faham bahawa dunia Internet IPv4 dan IPv6 adalah 2 dunia yang berasingan dan ia tidak akan dapat bercakap antara satu sama lain. Berdasarkan gambarajah di bawah, sebuah komputer yg hanya mempunyai IPv4 address hanya akan dapat melayari Internet IPv4 sahaja dan tidak akan dapat pergi ke dunia Internet IPv6 langsung.
Gambarajah di bawah pula menunjukkan komputer yang mempunyai kedua alamat IPv4 dan IPv6 (Dual Stack) dapat melayari kedua dunia Internet IPv4 dan IPv6. 
Perlu ke kita melayari dunia Internet IPv6, dunia Internet IPv4 dah cukup kooot... Bagi aku memang perlu sbb kita tak boleh jangka 5 6 tahun akan datang, dunia Internet berkembang dengan sangat cepat. Sekarang mungkin orang main Facebook, tapi 5 tahun akan datang mungkin akan ada trend sosial website lain yang baru tapi sbb IPv4 dah tak cukup, ia dihoskan di dunia Internet IPv6 sahaja so orang yang masih menggunakan IPv4 sahaja tidak akan dapat mencapai website tersebut. Atau mungkin lepas ni banyak syarikat2 baru yg nak create website diorang terpaksa hos menggunakan IPv6 kerana IPv4 dah habis. Then slowly the big2 player akan meninggalkan IPv4 dan migrate ke IPv6, malah kerajaan US dah bagi memo yang mereka akan gunakan Native IPv6 (hanya menyokong IPv6, bye2 IPv4) bagi semua website, sistem dan infra mereka menjelang akhir 2012.

Sekiranya kita tidak bergerak sekarang maka kita akan ketinggalan. Aku yg ikutkan tak kisah sgt pun terpaksalah kisah jugak sbb dah aku yg bertanggungjawab memastikan IPv6 dapat diimplemen di pejabat aku... Dateline utk Gov. Agencies tu nak kena kejarrr. Korang macamana?

Selasa, 22 Mac 2011

Configure VLAN dan Port Mirroring pada Switch Cisco

Entry kali ni bored sikit, tapi aku letak for my rujukan dan juga mana tahu ada kawan2 lain menggoogle benda yang sama then terjumpa kat my blog, at least ilmu tu dapat la dikongsi bersama. I assume mana yg nak rujuk nota aku ni dah tahu basic utk configure Cisco devices.

Untuk buat VLAN kat switch Cisco (mine is Cisco Catalyst 3750G), guna arahan berikut:

switch1# configure terminal
switch1(config)# vlan 2

switch1(config-vlan)# name ServerFarm
switch1(config-vlan)# exit


Untuk assign IP Address ada VLAN yang baru dicipta

switch1(config)# interface vlan 2
switch1(config-if)# ip address 192.168.10.1 255.255.255.0
switch1(config-if)# exit


Untuk assign VLAN pada mana2 port pada Switch (Contohnya Port Gi1/0/1)
switch1(config)# interface GigabitEthernet 1/0/1
switch1(config-if)# switchport mode access
switch1(config-if)# switchport access vlan 2

switch1(config-if)# exit

Untuk melihat senarai VLAN dan port yang telah diassign ke VLAN
switch1# show vlan brief


Untuk buat port mirroring (contohnya port Gi1/0/1 nak dimirrorkan dengan port Gi1/0/2 so port Gi1/0/2 boleh connect to any security, sniffer or monitoring devices).
switch1# configure terminal
switch1(config)# monitor session 1 source interface GigabitEthernet 1/0/1
switch1(config)# monitor session 1 destination interface GigabitEthernet 1/0/2


Kalau run command switch1# show running-config, configuration bagi mirroring tu dah dimasukkan:
!
monitor session 1 source interface Gi1/0/1
monitor session 1 destination interface Gi1/0/2

Ahad, 20 Mac 2011

Not So Review Hikayat Merong Mahawangsa

2 hari lepas baru berkesempatan menonton Hikayat Merong Mahawangsa di IOI Mall Puchong. To be honest, rasa macam tengok citer lawak pun ada... Bukannya tak bagus, tapi aku nyatakan beberapa benda yg aku tak boleh tahan nak tahan gelak.


1. Kenapa sesama Chinese pun cakap orang putih?
2. Beberapa askar geruda tolak menara waktu Merong ada kat atas, and then menimpa askar diorg sendiri dan tau2 terbaring mati, yg peliknya mana pegi askar2 yg dok tolak menara tu???
3. Marcus dengan selamba badaknya buat flying fox dengan satu tangan je dan badan tegak je macam tengah berdiri.
4. Kemunculan Gandalf the White. Taji tu pulak, Saruman? Merong - Aragorn. Marcus - Legolas.

Can you spot the difference?

5. Taji dgn Gandalf berguru dgn guru yang sama. Taji at least ada power kebal, itu pun sbb rembat tangkal guru dia dan juga boleh panggil hujan dgn petir, Gandalf apa power dia selain hisap rokok daun? Kata guru sama...
6. Boleh pulak Merong cipta pancaran laser matahari n libas2 kat askar2 geruda siap human flesh dan sampan yang basah tu pun boleh terbakar... macam dah tengok cerita Gundam atau main Starcraft2 pakai Protoss Void Ray.

 Babak sewaktu Jentayu (Mothership milik Merong) menembak laser ke arah sampan Puak Geruda lalu terbakar.

Lain-lain tu korang leh cari dan nilailah sendiri. Bagi aku korang patut tgk cerita ni, tapi jgn letak harapan terlalu tinggi, setkan dalam hati tgk tu just for fun je, kalau expect tinggi2 sgt, nanti korang kecewa. So u guys macamana, kisah ke???


Jumaat, 18 Mac 2011

Next Malaysian Youtube Star

Semalam waktu tengah search nama wife aku dalam Facebook, terjumpa seorang gadis yang namanya sama tapi mempunyai Musician/Band Fan Page dan orang yang like sudah 12K++. Muka tak familiar tapi dah ada fan yg agak ramai. So aku pun buka pagenya dan cuba view video2nya yang dipostkan di Youtube. Then I go WOW!! This girl so talented! Suara dia memang macam mat saleh. Nama glamernya NajwaLatif, umur baru 16 tahun (Form 4 maybe). So aku tak nak citer panjang lebar, korang leh tengok sendiri some of videonya aku dah play over and over.

NajwaLatif cover This was mine by AJ Rafael (feat. Jesse Barrera)


NajwaLatif cover Speak now by Taylor Swift


Tapi bila dah dengar byk kali, suara and pronounciation cam Justin Bieber pun ada. And then aku rasa dia nyanyi English song lebih sedap berbanding lagu Melayu... Korang rasa macam mana? Kisah ke???

Khamis, 17 Mac 2011

Rakaman 1st Person View Tsunami di Jepun

Pada yang belum tengok lagi footage berikut, ia menunjukkan rakaman 1st person view Tsunami yang melanda Wilayah Miyagi di Jepun pada 11 Mac 2011 baru-baru ini. Korang boleh lihat betapa laju dan derasnya air laut tu menelan dan memusnahkan semua yang ada di depannya. Rasa-rasa kalau kita berada di situ atau ia berlaku di negara kita, adakah kita hidup lagi, atau adakah kita boleh meneruskan lagi kehidupan?



Ada kamu kisah dengan kejadian ini??? Atau buat tak kisah sebab bukan korang yang kena?

Aku kisah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...