Isnin, 18 April 2011

Ulasan Akademi Fantasia 9???


Dah lama tak berkecimpung dengan AF ni... Aku sebenarnya tak minat sgt AF, dan tak tengok pun AF dari AF1 sampai AF3 so aura Mawi World tu tak sampai pun kat aku. Mungkin tak minat sbb masa bujang time tu takde pun subscribe Astero... tgk pun TV3 je... Lepas kawin taun 2006, barula kenal dgn AF4... dah ada Asterola katakan... itu pun tak amik port sgt just tgk2 gitu je... Then tahun 2007 tetiba aku jadik Fan AF kejap, semua gara2 Nur Heliza Helmi, pelajar AF bertudung yg bermata besau... Masa tu mmg leh katakan fanatik jugak la, 1st time la AFundi xpernah2 lagi sebelum ni, buat website, join Fan Club... mmg havoxxx, siap berharap dia menang AF tapi apakan daya Mila yg menang huhuhuhu. Start lepas dia kuar dari AF la me and my wife selalu jumpa Heliza, join aktiviti Fan Club (masa tu HFC), ikut function2 dia, sampailah beberapa tahun selepas tu aktiviti2 Fan Club slow sikit... but now kami still support Heliza and join function2 yg besar mcm Besday Party dia... Heliza pun sekarang dah jadi Businesswoman yg berjaya dan dah ada syarikat sendiri iaitu HHP... Kalau nak kenal ngan Heliza dgn lebih dekat masuk fanpage dia kat sini.
  
Kenangan lama bersama Heliza... Berehhhh

Ok cukup pasal Heliza... Kalau nak citer pasal Heliza mungkin aku akan buat entry lain nanti huhuhu. Diteruskan cerita aku... after AF5 aku dah slow balik dgn AF, just tgk2 gitu je join my wife tengok, xdela nak fanatik mcm time Heliza dulu... So AF6, AF7, AF8 and then yg latest sekali AF9... Aku just tgk gitu2 jelah... Becoz every year is the same... So minggu tirai, oklah ada yg OK ada yg tak OK, tau la kewujudan Erul si K-Pop wannabe (peminat Erul jgn maree aaaa)... Then minggu pertama, OK la still cam biasa2 je...  Ada yg naik ada yg turun... Cuma bagi aku takde yg OUTSTANDING... Program Mentor pun dah ada Salma Protege Erra Fazira yg kami rasakan gila hebat this girl suara International habis, tgk je la dia nyanyi kat kenduri kawin je pun, setakat budak2 AF ni dia pukul habis je. Itu pun belum compare dgn American Idol season 10 lagi, jauh panggang dari api kot.

Then masuk minggu kedua AF, still sama jugak cam minggu sebelum ni, ada yg turun ada yg naik, tp still xleh buat aku teruja nak follow AF9 ni. Then tetiba Aznil umum ada Operasi Gugur, then aku what the hell? Ni satu2nya gimik yg tak pernah lagi ada dalam buku Sejarah Akademi Fantasia tingkatan 3 ni... Then kat akhir konsert naiklah 4 calon pelajar yg nak gantikan pelajar AF yg tak meningkat dan takde perubahan (terutamanya Nera... diulangi... Nera) buat persembahan... Persembahan calon pelajar pertama Fir biasa2 je cuma cara dia jalan masuk pentas pelik sikit... rupa dah ada dah... mungkin sbb nervous kot... lagipun xde latihan daripada cikgu lagi pasal persembahan pentas (think positive...).

Then masukla calon pelajar kedua (takpe tak penting)... biasa2 jugak. After that calon pelajar ketiga masuk iaitu Fina... Bawak lagu Jaclyn Victor iaitu Bertamu di Kalbu.... wah high note lagu ni bukan senang nak bawak... then time dia tarik tu aku WOW.... this girl really OUTSTANDING dan ada potential yg besar... siap crowd sorak, cikgu AF dan juri pun tergezut... Seriously kalau dia masuk AF ni mmg pukul habis la pelajar2 lain.

Last sekali Aznil umum calon keempat merupakan org yg nak sgt masuk AF dari dulu lagi tak dapat2 paling jauh pun kat konsert Prelude, aku ingat saper rupa2nya Hazama. Seriously, walaupun ko tak masuk AF tapi dah jadik artis dah pun siap nyanyi dengan band Jumpa Pakcik Hussain lagi tu... buat apa nak masuk AF... tapi mungkin mengenangkan cita2nya masa isik borang biodata masa kat sekolah rendah dulu nak masuk AF yg mana budak2 lain cita2 nak jadik posmen la polis la ahli bomba la... dia nak jugak masuk AF walau macam mana sekalipun... Tapi bila dia start je nyanyi lagu Rahim Maarof Jangan Kau Rayu, aku terfikir WOW not bad dia nyanyi lagu ni malah lebih best dari semua pelajar2 lelaki AF9, and aku rasa maybe its a good idea kalau dia masuk AF so kita leh tgk perkembangan seorang insan yg nak sgt masuk AF tapi tak dapat2 sbb tak cukup bagus, lantas bekerja keras utk memperbaiki diri dekat luar dan setelah bertapa selama berbulan2 purnama, dia kembali ke AF yg terakhir utk buktikan yg dia sudah berubah menjadi penyanyi yg hebat... Wah dah macam fairy tale versi Hindustan lak har har har harunn. Apa2 pun layan je video Hazama nyanyi ni.

Memang best... Siap Hattan and Ogy leh sing along lagi... Gila evergreen... Lagu asal nanyian Rahim Maarof leh tgk kat sini. So kesimpulan aku??? Masukkan je Fina dan Hazama, gugurkan je la Nera dan ____ (sila isi tempat kosong ye)... Kalau diorg dibawa masuk baru la aku akan start buat ulasan konsert AF9 ni... Kalau tak, takpelah takder apa yg menarik pun bagi aku yg nak diulas... diulangi... bagi aku ok... kalau bagi korang best itu hak korang ler... takde sape nak marah pun.

Pesanan penaja... kalau nak bagi komen ke kalau tak suka dgn ulasan aku ke sila gunakan bahasa yg sopan ye... Bahasa budaya kita... Sekian terima kasih.

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom  

9 ulasan:

  1. yg ni xleh nak komen..sbb xtgk..huhu

    BalasPadam
  2. @ainndz
    Tak tgk pun xberapa best pun, cuma tgk yg Fina n Hazama nyanyi tu mmg best...

    BalasPadam
  3. yg herannya masa aida ngan adiknya p audition hari tu, napa x nmpk talent yg ada pada fina ye...adusss compius tahap cincan..

    BalasPadam
  4. fina memang best...pelik gak nape mase audition diorang tak nampak talent fina nih...memang mantop..

    BalasPadam
  5. @Tanpa Nama #1 dan #2
    Mungkin samada Fina tak pergi audition atau masa audition bulan 1 atau 2 hari tu dia masih 17 tahun so tak layak nak masuk, then mungkin besday dia bulan 3 atau 4 baru dia masuk 18 tahun dan layak masuk AF.

    BalasPadam
  6. Hehehehe teringat zaman2 HFC dolu2..really missed that precious moment!

    BalasPadam
  7. @iewaa_chan
    Yeah me too... AF sekarang dah tak sehangat dulu... Jom wat gathering dgn geng2 lama HFC huhuhuhu

    BalasPadam
  8. masin la mulut ko..dua2 calon tu dah masuk..hahha

    BalasPadam
  9. @ahmad faezi
    Hahaha takdelah nasib je tu... tapi kalau nak ikutkan dari segi performance mmg 2 tu lagi bagus dari yg 2 lagi Fir dan Hani tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...