Siapakah diantara 4 peserta berikut akan dimakhotakan dengan makhota Maharaja Lawak?
Setiap peserta ini masing2 mempunyai kekuatan dan kelemahan, boleh tengok ulasan aku minggu lepas di mana aku telah membuat statistik kepada semua persembahan finalist Maharaja Lawak sejak minggu pertama dan membuat analisis kepada kekuatan lawak setiap peserta mengikut genre atau jenis komedi. Bagi aku, semua peserta layak menang, namun aku agak terkilan sebab salah seorang daripada mereka akan pulang dengan tangan kosong. Mereka semua sepatutnya layak diberikan hadiah atas usaha yang telah mereka lakukan untuk peminat dan juga keuntungan Astro yang berlipat kali ganda melalui saluran pakej Mustika dan undian SMS. (Tapi sekali lagi Astro telah berjaya memblock channel GuaTVcom kat Youtube yg selama ini menjadi saluran alternatif kepada persembahan Maharaja Lawak... janganlah camtu Astro... dah untung banyak dah tu).
Kalau pemenang hanya ditentukan oleh SMS sahaja, kumpulan Jozan paling berpeluang untuk menjadi juara kerana populariti mereka paling tinggi dengan fan base mereka iaitu Jozanners dan Jozannurse yang begitu kuat sekali. Kalau tengok pun fan page official salah seorang anggota kumpulan Jozan iaitu Zizan sudahpun melebihi 1 juta like. Tempat kedua kemungkinan besar adalah Sepah kerana persembahan mereka yang begitu konsisten sepanjang Maharaja Lawak. Tempat ketiga aku masih tidak boleh nak jangka samada Nabil dan Jambu sebab kedua2 juga ada masa naik dan turun, tapi kemungkinan lebih berpihak pada Nabil kerana dia ada pakej yang boleh mendapat undian dari gadis2 remaja. Kalau tengok kat undian Facebook dekat fan page ML dah boleh menggambarkan kedudukan pemenang untuk malam ni.
Namun ini kalau pemenang hanya ditentukan oleh SMS, tapi disebabkan markah ada 50% daripada juri professional iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek, maka semua peserta mempunyai peluang untuk menang berdasarkan persembahan final malam ini. Dan aku harap, semua finalist akan memberikan yang terbaik pada malam ini dan memberikan kita sebuah persembahan FINALE yang layak diingati sebagai sebuah persembahan final. So apa2 pun kita nantikan bersama2 malam ini... FINAL MAHARAJA LAWAK 2011!
Macam 2 minggu sebelum ini, terdapat 2 pusingan bagi setiap peserta membuat lawak dengan pusingan pertama bertemakan bebas dan pusingan kedua bertemakan muzikal komedi.
* Untuk malam ni aku betul2 ingin memohon maaf kerana tidak dapat membuat live review dan juga update lambat sikit video dan ulasan Maharaja Lawak sbb ada urusan keluarga yang betul2 tidak dapat dielakkan. Aku pun tak dapat nak tengok secara live persembahan pusingan kedua dan pengumuman pemenang. So aku kena layan balik kat Youtube... apa2pun tahniah buat kumpulan Sepah kerana telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak!
* Aku dah tengok persembahan peserta, dan sukar bagi aku memberi ranking terutama pada persembahan pusingan kedua sbb rata2 semuanya sangat sangat sangat BEST! Bagi aku semua persembahan pusingan kedua layak menjadi persembahan FINALE dan penutup kepada Maharaja Lawak yang telah menjadi satu fenomena di tanah air yang telah bersiaran selama 13 minggu ni... Lebih dari 3 bulan.
Meter tahap kelawakan:
- HEH (0% - 19%) : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE (20% - 39%) : Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: (40% - 54%) : Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL (55% - 69%) : Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO (70% - 84%) : Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO (85% - 100%): Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
Skema pemarkahan persembahan:
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 50%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 20%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%
PUSINGAN PERTAMA
1. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Nabil untuk persembahan final pusingan pertama membuat lawak kesinambungan daripada salesman tali pinggang berkalendar dan pembakar lalat masa minggu pertama dan kedua. Boleh cakap lawak quite recycle, kalau nak dibandingkan dengan persembahan final Nabil waktu Raja Lawak dulu mmg jauh panggang dari api. Kenapa beza sangat ya... aku sangat menunggu2 Nabil buat lawak mcm dulu2 tapi tak kesampaian. Walaupun masih menghiburkan tapi aku masih berharap sesuatu daripada this man. Yang boleh membanggakan sikit adalah kejutan patung spiderman tu tetiba hidup, walaupun aku dah boleh agak yg spiderman tu kali ni ada orang dalamnya sbb bila dia tolak kepala mcm berat semacam je, plus dengan bahagian dada yg sengaja dia letak bantal so tak nampak dada spiderman tu bergerak sbb bernafas. Satu lagi elemen yang hanya boleh didapati di final adalah keberanian dan idea Nabil utk pakai wayar dan terbang ke atas diculik alien walaupun tali tu mcm putus sebelah dan Nabil nampak painful lama sangat tergantung.
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 40%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 18%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 8%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%
Markah Keseluruhan: 86%
2. Jambu (Laugh-O-Meter: LMAO)
Untuk pusingan pertama Jambu cuba menggunakan kelebihan mereka seperti minggu sukan ping pong dan renang dengan membuat satu lagi lawak berbentuk gerak, bahasa badan dan ganas, kali ni dengan perlawanan di antara kungfu cina dengan tomoi. Persembahan boleh tahan cuma tak berapa sesuai sebagai persembahan finale. Dan ada juga bunyi2 sound effect yang bagi aku amatlah annoying. Banyak lagi persembahan2 Jambu sebelum ini yang jauh lebih kelakar. Formula Jambu masih sama dari awal sehingga last mungkin menjadikan persembahan mereka agak hambar dan sudah boleh dibaca.
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 38%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 14%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 7%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 2%
Markah Keseluruhan: 76%
3. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Kumpulan Sepah membuat sketsa pasal perompak nak rompak rumah orang, bedal kurma atas meja dulu last2 rupa2nya terompak rumah Ustazah Bahyah manisnya kurma itu kesinambungan minggu lepas punya, kena la ceramah dan basuh oleh ustazah tu. Nampaknya Sepah menggunakan semula watak yang menaikkan persembahan mereka. Dengan menggunakan formula biasa kumpulan Sepah dengan dialog bodoh2 alang seperti "Nak rompak takleh cakap, aku SMS je la", "Kalau takleh bising baik ko takyah ajak aku ajak je lah Man, Man tu bisu tak bising tau", "Kalau payah lagi senang kau lukis". Ditambah lagi dengan elemen muzikal komedi single terbaru ustazah tu dengan lirik2 pengajaran (walaupun baca lirik belakang kotak CD) mmg menjadi. Memang layak menjadi persembahan terbaik baik pusingan pertama.
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 45%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 18%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 4%
Markah Keseluruhan: 92%
4. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Kali ni kumpulan Jozan membawa idea kreatif dengan sketsa perompak yang nak merompak keris taming sari dalam muzium, last2 terserempak dengan gambar Hang Tuah yg boleh bercakap dan keluar dari frame gambar. Tapi di awal persembahan mood aku quite terganggu sikit sbb sebelum persembahan mereka, kumpulan Sepah pun jadi perompak jugak... nampak mcm ada persamaan. Takpelah itu just perasaan aku. Walaupun idea mereka agak kreatif dengan Johan jadi Hang Tuah. Ada beberapa punchline yang menarik cuma tak dapat menarik audien gelak dengan terbahak2. Tapi ending cukup sempurna dengan kolabrasi AC Mizal, Zizan siap masuk jugak dalam frame dan freeze. Juga good effort bagi mereka sbb sering mencuba sesuatu yang baru dan menjadi pelbagai karakter.
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 43%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 18%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 9%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 4%
Markah Keseluruhan: 89%
PUSINGAN KEDUA
1. Nabil (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Untuk pusingan kedua, bagi aku Nabil dah bangkit semula dengan membuat sketsa orang miskin yang tidur dan carik makan tepi tempat pembuangan sampah. Dinner makan sisa McD, baca suratkhabar orang buang, cari bahan bacaan lain dalam plastik sampah, jumpa buku Magik Menjadi Kenyataan. Juga menggunakan lalat seperti minggu ketiga sebagai bahan lawak, kali ni dia cuba sumpah lalat untuk menjadi Tiz Zaqyah, tak boleh sbb Tiz Zaqyah pergi shooting, orang lain boleh? Hahaha lepas tu sumpah jadik Shah Slam, jadik gitar, jadik satu band... Memang gila idea dia ni kreatif betul. Last sekali aku sumpah kau menjadi Bruno Mars... hahaha... tapi sketsanya panjang sangat, masa bunyi loceng tu tak start pun lagi muzikalnya... Takleh salahkan AC Mizal jugak masuk awal walaupun annoying gila sbb masa dah over run. Nyanyi lagu yang digubah dari lagu Lazy Song tapi kalau dia tak baca lirik dan hafal lagu tu lagi bagus, dan liriknya terlalu panjang dan kurang lawak dan memorable berbanding masa minggu ke-3 lagu Grenade bos jahat tu.
Lagu asal yang digunakan:
- Bruno Mars - Lazy Song <- Tengok video klip pun dah lawak
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 44%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 20%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 4%
Markah Keseluruhan: 93%
2. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Aku suka dengan persembahan Jambu kali ni. Tak macam lawak2 biasa yang diorang buat sebelum ni. Takde lawak slapstik sangat dan banyak dialog. Buat sketsa adaptasi daripada cerita Ali Baba Bujang Lapok pasal 2 orang penyamun curik wang emas. Sorang nama Purnama Merindu, nama pendek Pur, sorang lagi Teratai Layu di Tasik Madu, nama pendek Tera. Formula muzikal komedi hampir sama dengan masa Jozan buat minggu ketiga dulu di mana tiada gubahan lirik dibuat pada lagu, hanya mengaitkan dengan keadaan dan situasi. Suara Yus dan Tauke pun sedap bila nyanyi so menambahkan lagi elemen hiburan dalam persembahan. Banyak juga punchline lawak seperti "Jangan rembat towel", "Double enough". Dan kejutan paling best bila Zila Bakarin datang... ehehehe dapat jugak Pak Yus jumpa Zila Bakarin... tapi last2 sengau hehehe... Juga persembahan muzikal komedi yang paling banyak soundtrack untuk pusingan kedua ni. Kalau persembahan diorang macam ni sejak 2 3 minggu lepas aku rasa diorang boleh bersaing utk mendapat tempat pertama atau kedua.
Lagu asal yang digunakan:
- Sharifah Zarina - Langit Ketujuh
- Aris Ariwatan - 1, 2, 3, 4
- Lagu 1 and 2, 2 and 3, 3 and 1, 1 and 2, I Love U oleh Salleh Yaacob dalam Filem Keluarga 99
- M. Nasir - Apokalips
- Lou Bega - Mambo No. 5
- Ulek Mayang
- Righteous Brothers - Unchained Melody
- Lagu Sabun di bilik mandi dalam filem Laksamana Do Re Mi
- P. Ramlee dan Saloma - Yang Mana Satu Idaman Kalbu (filem Labu dan Labi)
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 45%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 19%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%
Markah Keseluruhan: 94%
3. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Persembahan kedua Sepah pun tidak kurang hebatnya daripada persembahan pertama. Membuat sketsa pasal pasangan suami isteri yang gaduh dan tak bersefahaman. Jepp sebagai suami, Shuib sebagai isteri dan Mamat sebagai anak. Watak Mamat dalam sketsa ni seperti juga kebanyakan persembahan2 Sepah sebelum ini tak berapa menonjol. Even masa time menyanyi pun bila dia nyanyi je tergagap2 dan lari tempo. Walaupun dia nampak mcm ada sedikit kelemahan dalam kumpulan Sepah, namun yg aku respect kawan2 yg lain saling membantu dan tidak menjatuhkan rakan2 sekumpulan yg lain. Banyak punchline dan dialog yang lawak, ditambah dengan kejutan oleh Dafi yang jadik Shuib pulak sbb selalu Shuib nak jadik Dafi. Seperti juga persembahan peserta lain, runut bunyi sound effect tu tersangat2lah annoying. Dan aku quite kurang selesa dengan idea sketsa ni yang menunjukkan kecurangan suami isteri, siap boleh pulak kekasih gelap isteri tu datang peluk bini dia.
Lagu asal yang digunakan:
- Spring - Sampai Hati
- Wali Band - Cari Jodoh
- Lagu daerah orang Minang - Ayam den Lapeh
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 47%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 20%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 8%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%
Markah Keseluruhan: 95%
4. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Persembahan Jozan untuk kali terakhir ni bagi aku merupakan kesimpulan kepada segala jenis persembahan mereka sepanjang ML. Dengan elemen lighting mcm sketsa curi tabung surau, mereka juga membawakan karakter terkuat mereka iaitu Johan sebagai Ah Chai dan Zizan sebagai Mael Lambung, bergaduh utk berebut kawasan, ditambah movement slapstik yang turut menjadi kekuatan Jozan. Terdapat bunyi2 buih yang sangat2 annoying. Elemen muzikal yang disuntik dalam persembahan mereka kali ni sangat menarik, dengan gubahan nyanyian lagu Ah Chai dan rap Mael Lambung yang original, tarian Beat It Michael Jackson, lagu Awan Nano versi Hafiz Johan yang melompatkan persembahan mereka 2 minggu lepas dan last sekali lagu patriotik gunakanlah bahasa kebangsaan kita, boleh aku cakap persembahan muzikal komedi terbaik pada malam tesebut. Aku setuju dengan Ahmad Idham, persembahan mereka adalah penutup Maharaja Lawak yang terbaik.
Lagu asal yang digunakan:
- Michael Jackson - Beat It
- Hafiz - Awan Nano + Search - Gadisku
- Lagu Patriotik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
1) Tahap kelakar dan penerimaan audien - 47%
2) Isi kandungan dan jalan cerita - 19%
3) Tahap kreativiti seperti penggunaan props, tahap spontan, kostum dan lain2 - 15%
4) Ilmu pengetahuan, pengajaran, mesej dan nilai2 moral - 10%
5) Elemen kejutan dan hiburan - 5%
Markah Keseluruhan: 96%
PENGUMUMAN JUARA DAN PEMENANG MAHARAJA LAWAK 2011:
* Baru perasan Yus Jambu pakai baju T-Shirt kumpulan Sepah huhuhu.
JUARA Maharaja Lawak: Sepah (RM350,000) - Jumlah Markah: 64%.
Naib Johan: Jozan (RM250,000) - Jumlah Markah: 60%.
Tempat Ke-3: Nabil (RM150,000) - Jumlah Markah: 52%.
Tempat Ke-4: Jambu (RM50,000) - Jumlah Markah: 46%.
Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni untuk PUSINGAN 1:
1. Sepah - ROTFLMAO (92%)
2. Jozan - ROTFLMAO (89%)
3. Nabil - ROTFLMAO (86%)
4. Jambu - LMAO (76%)
Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni untuk PUSINGAN 2:
1. Jozan - ROTFLMAO (96%)
2. Sepah - ROTFLMAO (95%)
3. Jambu - ROTFLMAO (94%)
4. Nabil - ROTFLMAO (93%)
3. Jambu - ROTFLMAO (94%)
4. Nabil - ROTFLMAO (93%)
Kesimpulan:
Secara kesuluruhan, nak kata puas hati sangat tu tak la sbb bagi aku ada persembahan peserta minggu2 lepas masa kat Kuantan, JB tu lagi meletop. Cuma aku faham beberapa persembahan mereka seperti Nabil dan Jozan ingin tampilkan kelainan dan buat mcm satu persembahan grand dengan menambah elemen dramatik dan efek agar ia memorable dan sesuai dengan persembahan terakhir mereka di Maharaja Lawak. Dan nampaknya kebanyakan persembahan peserta pada malam tu merupakan kesimpulan dari apa yang mereka telah pun lakukan sebelum2 ini seperti Nabil dengan salesman, Spiderman, lalat dan Bruno Mars, Jambu dengan Zila Bakarin, Sepah dengan Ustazah Bahyah dan Dafi manakala Jozan dengan Ah Chai, Mael Lambung dan lain2 elemen seperti yang aku ulas kat persembahan kedua Jozan kat atas.
Dan di akhir rancangan, setelah 13 minggu bertarung, Sepah telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Dan aku rasa yg paling frust sekali adalah fan Jozan sbb fan base Jozan paling ramai. Kalau Sepah fan dia byk yang silent voters je. Kalau ikut aku, Sepah mmg layak menjadi Juara disebabkan konsistensi persembahan mereka sejak minggu 1 lagi, tapi secara jujurnya aku lebih suka kalau Jozan jadi juara berdasarkan kepada semua kelebihan yang mereka ada. Lawak mereka lebih universal, dan kalau ikut populariti mereka paling popular. Macam Sepah lawak dia lebih kepada lawak2 melayu yang hanya boleh dinikmati oleh orang melayu, tapi disebabkan rata2 yg menonton ML ni orang melayu, so tak hairanlah Sepah boleh mendapat tempat dihati kebanyakan orang kita. Tapi apa2pun ini semua dah pun tertulis yang Sepah akan menjadi Juara, mungkin juga rezeki anak Shuib. So kita sebagai peminat terima dengan hati yang terbuka walaupun peserta favorite kita tak menang, tak guna dah pun nak gaduh2 ML dah habis dah pun. Yang penting, mereka semua adalah juara di hati kita.
Ada juga suara2 yg mengatakan Nabil paling untung sbb walaupun dia menang tempat ketiga, tak dinafikan dia mendapat hadiah paling banyak iaitu RM150,000 sebab tak perlu kongsi ngan orang lain, Sepah RM350,000 kena kongsi 3 orang, Jozan RM250,00 kongsi 2 orang dan Jambu RM50,000 kongsi 2 orang. Bagi aku tak menjadi isu pun semua tu, sbb dah tertulis jugak rezeki diorang banyak tu je, tapi yg paling penting adalah gelaran Maharaja Lawak itu sendiri yg bagi aku lebih tinggi nilainya dari hadiah2 yg ditawarkan. Dan kumpulan Jambu, walaupun dapat RM25,000 setiap sorang, bagi aku masih lagi puas hati, sape nak bagi RM25,000 utk 3 bulan keje. Kalau keje gaji RM5,000 sebulan pun 3 bulan baru dapat RM15,000. Dan pihak yang paling untung kat sini adalah Astro sebab berjaya melipatgandakan keuntungan korang sepanjang 3 bulan ini. Tapi aku tetap nak berterima kasih kepada Astro (walaupun korang ban aku dalam fan page Maharaja Lawak T_T) kerana menaikkan jumlah hadiah dan sediakan hadiah untuk tempat keempat kerana kalau boleh taknak ada finalist yang pulang dengan tangan kosong kerana mereka semua bagi aku satu permata dalam industri komedi tanah air.
Aku harap lepas ni semua finalist malah semua peserta ML akan terus sukses dan menyerikan bidang seni dan hiburan tanah air, jgn ada yg lepas ni senyap terus. Dan harap Astro lepas ni dapat fikirkan rancangan2 yg menarik dan fenomena lagi macam Maharaja Lawak... sebab AF pun dah takde tahun depan. Tahun depan mungkin akan buat Raja Lawak musim ke-6 pulak. Apa2pun, kalau sebelum ini finalist2 ni digelar Sepah Raja Lawak, Johan/Zizan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Yus/Tauke Raja Lawak, lepas ni mereka semua akan digelar Sepah Maharaja Lawak, Johan/Zizan Maharaja Lawak, Nabil Maharaja Lawak dan Yus/Tauke Maharaja Lawak. Dan kepada pembaca yang nak tahu peserta favorite aku... hehehehehe... hint dia korang tengok ulasan aku Minggu 12 tu balik dan check huruf pertama dalam setiap ulasan aku untuk setiap peserta mula dari pusingan pertama :). Tapi yelah adat pertandingan ada yg menang ada yg kalah... aku pun tak yakin yg peserta favorite aku boleh jadi juara disebabkan pelbagai faktor.
* UPDATED 26 Jun 2011: Aku bukan nak mempromosikan Astro atau apa, sbb aku tak dibayar pun. Rata2 ramai yang subscribe pakej Astro Mustika hanya disebabkan Maharaja Lawak dan byk juga dengar2 yg nak terminate lepas ML habis... Bagi aku mana2 yg berkemampuan dan minat kepada pelawak2 seperti Jozan, Nabil, Jambu dan Sepah... teruskan je subscribe pakej Astro Mustika, tambah RM12 je sebulan... sbb dekat Astro Warna sekarang dan akan datang aku yakin akan byk lagi rancangan2 komedi dan lawak jenaka yang dibintangi oleh pelawak2 favorite korang mcm Spontan, Oh Yeah, drama2 dan lain2. Boleh je nak tgk kat Youtube, cuma kalau masa ML korang bagi sokongan kepada mereka dengan mengundi, lepas habis ML korang boleh terus memberi sokongan dgn terus melanggan Astro Mustika dan tengok rancangan2 diorang. At least bila ramai yg subscribe, Astro akan membuat lebih byk rancangan2 lawak dibintangi oleh pelawak2 kegemaran korang tu. Dan cadangan aku utk pihak Astro kalau ada yg baca lah... aku harap korang boleh kumpulkan balik kesemua finalist ML ni dan buat satu rancangan komedi pentas macam Senario dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu... buat la dalam 12 episod ke... at least semua peminat ML boleh melepaskan kerinduan mereka pada lawak2 finalist ML.
* UPDATED 26 Jun 2011: Sumber daripada Twitter Ahmad Idham sendiri, setelah beliau didesak oleh ramai peminat ML dan Jozan, akhirnya beliau bersetuju untuk membuat filem Mael Lambung VS Ah Chai The Movie... penggambarana start September ini. Waahh ni adalah kezutan dan berita baik buat semua peminat ML dan Jozan sendiri amnya... Jozan sebagai watak utama, finalist lain mesti ada berlakon gak sebagai pembantu atau cameo. Murah rezeki Jozan... Terima kasih abang Ahmad Idham. You best brooo! Cuma satu je la... kalau boleh abang Ahmad Idham direct sendiri ye... jangan suruh Farid Kamil direct nanti jadik tak best pulak mcm citer Kongsi... Sorry Farid Kamil huhuhu.
* UPDATED 26 Jun 2011: Sumber dari fan page official Ustazah Bahyah, ramai yang meminta pendapat adakah Ustazah berkecil hati dengan kumpulan Sepah yang meniru gayanya. Postnya yang terakhir beliau memberi pesanan untuk kita perlu bersangka baik sesama insan dan jauhi sangka buruk. Aku percaya kumpulan Sepah takde pun nak berniat2 apa just untuk hiburan semata2 dan Ustazah Bahyah pun faham... Kalau tgk dari sudut positifnya, Ustazah Bahyah semakin terkenal dan tetiba semakin ramai orang yg Like fan page beliau, pada waktu blog ini ditulis ada lebih 600,000, malah anak2 muda yang sebelum ni tak kenal rancangan Semanis Kurma pun dah semakin ramai yang menontonnya. Terima kasih kepada Ustazah Bahyah dan juga kumpulan Sepah yang secara tidak langsung berdakwah melalui saluran jenaka.
So dengan berakhirnya pentas final Maharaja Lawak, maka berakhirlah ulasan aku untuk program realiti TV yang berprestij tinggi ini. Sebelum aku ingin mengundur diri, aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang 13 minggu aku membuat ulasan ML ni ada yang membuatkan orang tidak puas hati, mengguris perasaan dan mengganggu emosi pembaca. Aku hanya insan biasa yg punya seribu satu kelemahan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri sebagai seorang hambaNya di dunia ini. Sehingga bertemu lagi... Kalau ada masa rajin2 la singgah ke blog ini lagi ye... baca jelah apa2 yg aku tulis atau share kat sini... Akhir kata... Peace Yawwrrr!
* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom
psychic zero x de wat live review kew.... :(
BalasPadamye le.. tak yah ulas le.. nak tau keputusan aje & show
BalasPadamwahhh sepah memang deserve dapat juara..lawak dorg selalu berbentuk kemelayuan..dekat dihati penonton :) jozan pon xkurang hebatnya mail lambung ngan ah chai..nabil pon best ugak sumpahan pada lalat..tahniah semua!~
BalasPadamapapon y paling best nabil r..dia kaut sorg hadiah tu..xpon share ngan spiderman kesayangan dia..kih34x..ML memang best!~ tahniah kepada semua finalist..:)
hahaha, kalau ikut kebenaran cmpur sms n juri
BalasPadam1. Sepah (64%)
2. JoZan (60%)
3. Nabil (tak ingat)
4. Jambu (tak ingat)
tapi kalau ikut duit yg diorang dpt
1. Nabil (RM150 ribu seorang)
2. JoZan (RM125 ribu seorang)
3. Sepah (RM116.66 ribu seorang)
4. Jambu (RM25 ribu seorang)
hahaha, tapi kita yg tengok ni, tak dapat apa2,
dapatla keseronokan n release tension sket !
Hahaha, it is not the point,
the point is, lepas ni xde bnde dah yg nak dibising2kn,
ML pon da abes kan :)
btw, tahniah sepah jadi juara :)
ape2 pon JoZan tetap juara di hati ak :D
caya lah, moga2 lepas ni semua dapat job baek2,
and that is still journey !
saya setuju ngan ulasan awak..tp sayang, jozan x juara..
BalasPadamsetuju ke bnda.. yg psigan kedua jozan tu, byk x lawak.. xbest la blog ni.. cri blog bt ulasan yg lg best dan telus bila bt ulasan..
BalasPadamHai.. anon 8.28 pagi2 dah komplain. Betul kata Miss Tembikai, kita yg tengok x dapat ape.. sekurang2nya suka2 & release tension.. ni dok komplain, komplain, komplain.. Aku bukan apa. Belajo2 le terima keputusan ramai & ceria sikit. Sekadar nasihat.
BalasPadam-FIQZ-
BalasPadamakhirnya admin letak bentuk peratusan.. :)
persembahan jozan ke-2 nmpknya suma hampir2/setaraf.. good2..tp dari segi peratus kat atas, sepah deserve juara..tp satu perkara admin lupa letak, minggu final admin kata nak sebut siapa pilihan admin sendiri yang juara kan? siapa tu?
Muzikal komedi Jambu paling best la...Buta ke??
BalasPadamYg lepas, lepas le..keputusan dah dimumkan..suka ke tak, puas hati ke tak, kena le terima & berlapang dada. Kita tumpukan pula sebulan lagi nak menghadap Ramadhan yg penuh berkat..(tu pun klu Allah panjangkan umur).. Betul tak admin?
BalasPadampak cik
alah muzikal komedi jambu tiru ala2 muzikal komedi joZan masa minggu ketiga. guna lagu-lagu yang memang sedia ada. masa final nie joZan cipta lirik dan lagu sendiri buat ala-ala wayang kulit yang kebanyakan orang muda sekarang sudah lupa pun. nabil dengan sepah pulak baca lirik. tak aci derrrrr...
BalasPadamKah3...Bleh plak Jambu tiru Jozan mse mggu ktiga eh?? Allo, mse muzikal komedi nie Jambu lain dr yg lain...Yg lain sume recycle punya muzikal... Nabil dgn lalatnya, Sepah dgn Dafinya, Jozan dgn Ah chai n Mail Lambung...Jambu dgn lawak fresh, xde recycle punya... Terimalah kenyataan ok...
BalasPadam@Semua pembaca yg budiman
BalasPadamTerima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan selama saya membuat ulasan Maharaja Lawak. Secara peribadi ia merupakan satu kenangan yang manis dan indah buat diri saya. Saya harap selepas ini pembaca boleh melawat lagi teratak saya ini dan mungkin juga boleh bagi apa2 cadangan content yg boleh saya kongsikan bersama di blog ini.
admin : ur fav contestant is NABIL!
BalasPadam-missviolet-
persembahan nabil kat final round 1st biasa2 je...nampak mcm hilang arah sikit,,,tapi yang kedua superb..maharaja lawak juga merupakan gelanggang yang terbaik untuk jambu menaik kan nama mereka balik di industri filem tanah air..lepas ni mesti banyak cerita jambu belakon...sepah memang layak menang sbb prestasi amat konsisten sedng kan perserta lain ada naik turun sepenjang 13 minggu dalam maharaja lawak,. dan jozan...tak perlu nak risau apa2 walaupun di tempat ke 2nd.,,sbb jozan dah memang 1 malaysia tahu kegilaan diaorang.,,,acai vs mail lambung ada lah persembahan terbaik diaorng
BalasPadamerm tahniah admin...sy sgt seronok bace ulasan anda...n tahniah buat sepah klu ikut persembahan mlm tue mmg sepah layak..kecewa sikit sbb jozan xmenang tp ape2 pun jozan tetap yg terbaik....LOVE JOZAN FOREVER AND EVER...
BalasPadamp/s:admin lagu yg sepah nyanyi oi oi tue lagu 'ayam den lapeh'
salam semua....
BalasPadamberakhir sudah maharaja lawak...
terima kasih buat admin kerana sentiasa memberikan ulasan-ulasan yang membuatkan saya berfikir... setiap peserta mempunyai kekuatan masing-masing dan mereka semua juga layak di gelar maharaja lawak... tahniah buat sepah kerana dinobatkan sebagai maharaja lawak... tahniah juga buat jozan,nabil dan jambu... kerana dapat beraksi di pentas final...
~mido youhei~
salam...
BalasPadamsuka dengan reaksi jep n shuib selapas pengumuman juara... terus tunduk dan sujud syukur...
Tak berapa nak setuju...jozan masa task pertama tak kelakar langsung....kat rumah satu family tgk...semua tak gelak.....macam mana boleh judge RATFLMAO. Dengar komen mamat khalid untuk task pertama pun dah boleh paham walaupun pakai madah pujangga...hurmmmm
BalasPadamsalam......favourite admin jozankn.......=)
BalasPadamSaya nk ucap tima kasih pd psychic zero sbb byk info tambhn yg saya dpt tau psl sketsa2 peserta cthnya: lagu2 asal yg diorg guna masa musical (minggu 3 & final), lawak yg diorg ciplak cthnya lawak jim carrey tu, dan juga psl spiderman tu pakai bantal sbb nk sorok pernafasan... Ooo bijak2... dan byk lg info2 menarik... Good job admin! You best bro!!
BalasPadamjambu muzikal tiru style jozan pd m 3..bagus ape benda nya....jozan telah buktikan...mcm mane nak buat muzikal komedi dgn betul...siap kompose lagu n lirik sendiri..n same time..gaya persembahan di pentas plus adukan lawak jadi keutamaan...PENGHIBUR SEJATI...xhairan lah knape..diorang laku mcm pisang goreng (panas)...kite tgok sape yg menyerlah slps habis program nie...jgn skrip yg same JOHAN,ZIZAN n NABIL jew..jadi lubuk keuntungan setiap produksi...
BalasPadamWalaupun JAMBU No. 4, namum mereka tetap menjadi pujaan hatiku. Lawak mereka original & boleh masuk punya.
BalasPadamTag-line spt K-mon la, Muka ala otai legend tapi hati kiut, Ape pun tak boleh.., boleh tuju lagu?, tak payah! DAN BANYAK LAGI.... (akan datang tak tau lagi).
Menyelinap beb.
Tahniah kepada Sepah pasal lawak mereka lawak melayu malaya. Lawak Internationale (jauh lagi)..
anon 12.34
BalasPadamsepah lawak kebanyakkan bermesej..
org melayu kena dgr lawak melayu, lawak internationale x msuk budaya kiter, byk lucahnya..cth mr beans, byk lucahnya jugak..
SEPAH memang patut champion sebab segla lawak dia ada msg..bukan lawak bodoh semata...
Anon 2.14 --> betul 10x , sokong u.
BalasPadamsedara kpd pak cik.
* Komen/mesej ni tak masuk2 jadi cuba resend byk kali. So maaf kalau komen ni keluar byk kali.
BalasPadamSalam pembaca2 blog Ada Kamu Kisah yang kiut2 & miut2, lawak 'internasionale' tak semestinya lucah. Sbb sebenarnya, mat salleh pun tak suka dgn lawak lucah. Mmglah diaorang gelak dgr lawak lucah, tapi diaorang pun tak prefer & tak appreciate lawak sbegitu sebenarnya...
To admin Ada Kamu Kisah, TAHNIAH atas brilliant blog & ulasan2 ML selama ni. Kalau drpd hint yang diberi - N.A.B.I.L la ya...? Teruskan menulis selepas ini krn anda berbakat.
Sebagai penutup ML, kami nak kongsi dua video yang kami buat atas inisiatif menyokong kumpulan Jambu. Rasa sedih pulak ML dah berakhir, ini sahajalah kenangan kami... ENJOY!
MEDLEY LAGU2 YANG JAMBU GUNAKAN DI MALAM FINAL :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1890368819776
VIDEO INTERVIEW DGN JAMBU, UNCUT :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1818317778545
All da best yak!
@Psychic Zero:-
BalasPadamNampaknya
Aku
Buat
Ingat
Lawak
= NABIL
Hahahahah…NABIL…..dah agak dah saper yg Psychic Zero minat ekceli…tp, xbaper nak kompom….hahaha…apa pun sgt berpuas ati dgn ulasan ni…well done bro..!!this is best bro…!!!
Bagi Nabil….wlupun tpt ketiga….tp, di hati ku…kau tetap juara…bukan sng…peserta solo nak berjuang…ecewah…..tahniah to NABIL..!!sgt2 berpuas hati dgn NABIL…!! this is best bro...!!new tagline..pasni..jgn bg aminah rhapor wat filem guna tagline ni lg..kang xpasal2 kena 2juta lg..hahaha..kipidup bro...!!
tp, lau boleh...saper2 tau...saper yg jd spiderman tu eh...?
BalasPadamulasan y aku akn bca every wek.. tq2..aku mcm terasa skit y tulis nabil dpt byak duit 2..coz aku y tulis..hhahahhaha..apa2pun ulasan nie best n ikhlas...
BalasPadamy jd spidermen 2 mayb johan coz ada gaya johan
BalasPadamcongrats der..reveiw best..ML dah habis pun..tp aku jujurnya masa tgk 1st round tuh lawak jozan ngan jambu sangat2 buat aku n family pk kat mana nak gelak? sangat xbest..diaorg pnh buat yg lagi best sebelum nie. so if ranking aku 1st round tuh:
BalasPadam1.sepah(mmg xnafi diaorg buat aku xbenti gelak) 2. nabil 3.jambu 4. jozan.
sepah mmg layak jd juara der..konsisten gile. n sepah nie humble sikit berbanding dengan jozan. tgk masa pengumuman pemenang no 3, zizan dah siap tunjuk nabil. cara dia mcm kompom je jozan akan menang..tp sepah x..kewl n humble..n nabil walaupun no 3 tp bg wa dia tetap besttttt bro..
-dee-
Spiderman tu maybe Amir :)
BalasPadamspiderman tu bkn amirlh....dia aizam x slp ak,adk afdlin shauki.......sharifah shahira bgtau dlm tweeter dia.......ak dpt agk admin mnt sapa...tp x pstlh btl ke x.........tahniah kpd yg mng.........dan plg ak salute nabil.....nmpak dia dh brusaha buat yg terbaik drpd mggu2 sblm ni.......=)
BalasPadamadmin mnt nabil......=)
BalasPadamKEPADA DEE 27 JUN 2011 1:12PM....untuk pengetahuan anda zizan tunjuk jari pada nabil tue bukan sebab nak tunjuk nabil no.3 atau die compom menang tp sebenarnye zizan tunjuk2 kat nabil sbb die ade ckp sesuatu pada zizan n nabil exited sgt time tue n die confident mcm die dpt no.3 padahal belum umum lg n bab tunjuk jari yg anda nampak pada video diatas itu reaksi zizan..mungkin nabil ckp ('ko tgk zan compom aku no.3' n mungkin zizan jawab 'erm ye la tue bil mane ko tau')dialog ini cume agakkan sy sbb xnampak sgt ape yg dibualkan tp yg pasti mereka mmg tghberbuat termasuk dgn sepah gak time tue...n untuk pengetahuan anda mcm mane sy blh tau sbb sy slh seorg penonton di stadium mlm tue...
BalasPadamsory salah ejaan line kedua terakhir
BalasPadamyg pasti meraka mmg tgh berbual termasuk dgn sepah gak... lupe bg tau name
-mr.deen-
salam....admin x bgtau pun nape admin nk favourite admin mng?nk tau jgak.........=)
BalasPadamWah rata2 pembaca ada komen berkenaan perkara berikut dan saya akan try jawab kalau dapat :)
BalasPadam1. Siape spiderman masa Nabil perform?
Yang ni aku pun tak pasti... tapi rasanya just orang biasa bukan selebriti atau org yg terkenal sbb kalau orang yang terkenal dah tentu habis perform dia bukak topeng utk bagi kejutan kat penonton. Tapi seperti yg @Tanpa Nama 27 Jun 2011 2:10 PM cakap, saya dah check Tweeter Sharifah Shahira dan dia mmg ada bagitau, dan satu lagi dia pun sokong Nabil.
2. Apa yg dibualkan oleh peserta masa nak umum pemenang?
Ni just assumption aku drpd gaya mereka... sebenarnya dari awal lagi semua contestant dah tau pertandingan final antara Jozan VS Sepah utk tempat 1 dan 2, Nabil dan Jambu utk tempat 3 dan 4. So bila Jambu dapat no. 4, Nabil yakin dia dapat no. 3, mungkin benda tu yg dia dah bisikkan pada Zizan masa awal2. Diorang semua pun kawan. Tapi apa yg sebetulnya berlaku hanya Allah dan mereka sahaja yg tahu.
3. Pasal peserta mana yg best yg tak best?
Yang ni sangat subjektif. Even dalam ulasan2 saya sebelum ni pun byk saya dah simpulkan, kita minat peserta pun sebenarnya boleh menggambarkan kita lebih meminati lawak jenis mana... rata2 kita sbg orang Melayu confirm akan gelak dgn setiap lawak yg Sepah buat. Even kalau tgk drama2 Sepah pun mcm Bujang Sepah Lalalitamplom, Burger Layan Diri dan lain2, drama dia pun byk berkisarkan persekitaran kampung orang Melayu, diminati oleh segenap lapisan masyarakat Melayu tua dan muda. Kalau Jozan dan Nabil lawak diorang lebih urban dan byk diminati oleh org2 bandar, golongan remaja dan pertengahan. Rancangan2 yg selalu diorg ada pun mcm Spontan, Oh Yeah, dan lain2 yg byk berkoblarasi dengan pelawak urban cam Afdlin Shauki. Jambu pulak mmg underdog, jarang keluar rancangan bersama2, paling last pun rasa masa Lawakking dulu... pastu Yus dan Tauke ada la jugak muncul beberapa drama2 komedi dan drama kat Astro Oasis. So tak perlu kita pertikaikan mana bagus mana tak... masing2 ada kekuatan dan kelemahan masing2, sama la jugak macam kita ni haaa.
4. Favorite saya?
Saya dah pun bagi hint kat atas tuuuu hehehehe... tapi kalau malas nak carik, tgk post @Ainndz tu :)
dah ku katekan, moga yg betol2 tbaek akan jadi champion..sepah mmg layak..
BalasPadamtp betol lar, ngape pusingan ptame nabil ngan jozan dpt meter ROTFLMAO..x kelako pun wekekek..
yg paling kelako mlm tu time Tauke sebot "jgn rembat towel".. wakakkaakkaka mmg lawok le bguling2 aku ateh tilam..
time zizan rapping mmg gempak..best le..
rakyat mahukan hiburan, kalu x takkan ML ni dpt cetus fenomena penyiaran tanah air, kalu x takkan cinema2 kite penuh sentiase.. kalu x takkan KL Gangster dpt cecah angka 10jute ke atas..
kami mahukan hiburan..the entertainment..utk bgumbira..
congrats 2 smue..i love aida AF9..
cheers
-irwan shah
Ye anak-anak, dengar sini ustazah nak cakap... hiburan ni bak semanis kurma anak2, ia baik, tapi kalau lebih2 boleh datangkan mudharat anak2.. kita org Melayu yg boleh dikatakan 100% Islam (Islam keturunan) anak2, jangan lupa kita Islam anak2.. berhibur boleh anak2, tapi ada batasnya anak2.. ML ni antara yg menyebabkan ok ialah pesertanya lelaki anak2.. Saya harap anak2 faham maksud saya, ye anak2..
BalasPadamSelepas ni rajin2 le tonton rancangan saya 'Semanis Kurma', ni tak lama lagi nak Ramadhan. Ya anak2 .
(tiru ustazah Bahyah. ok juga kan)
bagi saya jozan paling layak untuk menang. Kesian jozan, undian sy untuk jozan mostly pending. huhuhu..kalau tak, mesti dh menang. Apa pun, ini la dikatakan takdir dan rezeki. Apa pun, jozan tetap yang terbaik . Love Jozan forever!
BalasPadamdan lagi satu, favourite admin nabil rupanya....:)
BalasPadamaku dpt agak ko suke jozan dari awal....x hairan lah ko komen slame nie memihak kpd jozan je lebih....
BalasPadamerr @ibrahim:admin ni suka nabil la!!
BalasPadamSape taw lagu ape yg sepah nyanyi mse persembahan pusingan pertama??
BalasPadam@Tanpa Nama
BalasPadamLagu tu lagu I will survive... tgk kat sini http://www.youtube.com/watch?v=ZBR2G-iI3-I