Jumaat, 29 April 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 5

Untuk Maharaja Lawak untuk minggu ke-5 ni expectation aku tak tinggi sangat... sebab kita dah 4 minggu berturut2 dihidangkan dgn pelbagai lawak... Tak tau la diorg ada idea lagi ke nak melawak. Takpe kita tunggu je persembahan diorang untuk minggu ke-5 ni.


Setakat ni sampai minggu ke-5, 5 peserta dah terkeluar iaitu Wai, XN3, R2, Alex dan yang terbaru Jihan. Kalau tgk daripada fanpage Maharaja Lawak dekat Facebook sepanjang minggu ni dah makin panas, peminat peserta masing2 dah galak berkempen... terutamanya yang aku tgk paling aktif peminat Jozan, Jambu, dan jugak Amir... Peminat Nabil n Sepah tak berapa nak berkempen... cool je. Macam2 juga cerita panas dibincangkan atau digaduhkan seperti Amir patut keluar, lawak Jozan yg kontroversi, kumpulan Jambu kena tukar baju warna lain selain pink, dan lain2.

Kalau nak tgk undian Like dekat Photo peserta yang tinggal adalah seperti berikut (sehingga jam 9.00 malam 29/4/211):

1. Jozan - 410
2. Sepah - 278
3. Nabil - 256
4. Jambu - 212
5. Balas -100
6. Man - 32
7. Amir - 15
8. Jihan - 13

Baik dari segi undian SMS mahupun undian Like Facebook, Jozan masih mendahului... Fanbase Jozan dah begitu kuat so peserta favorite lain nak lawan melainkan mereka buat persembahan yg meletup setiap minggu dan dapat markah yg banyak dari juri, dgn cara tu je boleh lawan Jozan. Setakat ni peserta yang masih ada harapan selain Jozan adalah Sepah, Nabil dan Jambu. Yang lagi 4 tu utk cukup korum je...

Undian SMS kedudukan peserta sebelum Maharaja Lawak start:
1. Jozan - 49%
2. Nabil - 12%
3. Sepah - 12%
4. Jambu - 9%
5. Balas - 7%
6. Jihan - 6%
7. Amir - 4%
8. Man - 2%

Nampaknya Jozan meninggalkan peserta lain jauh di depan dgn 49% malah Nabil yg no. 2 pun 12% je. Populariti Jozan nampaknya masih kuat dan tak tergugat dek persembahan2nya sebelum ni yg dikatakan agak kontroversi. Lawak Jambu yg meletup minggu lepas pun nampaknya masih tak dapat tarik ramai peminat tegar. Xpe... all big 4 masih ada peluang nak naik dgn markah daripada juri.

Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Man (Laugh-O-Meter: HAHA)


Man 1st minggu ni... jadik bomoh yg nak santau Obama, seru semangat masuk dalam badan, masuk Dr. Fadzillah Kamsah, masuk Eric Deco, masuk Nasir Bilal Khan. Overall biasa2 je... respon dari penonton pun kureng. Rasa dulu dah pernah buat lawak dgn karakter2 yg sama. Persembahan pun sekejap je, bunyik loceng terus panggil AC masuk. Dah 5 minggu Man nampaknya semakin tidak konsisten. Graf dia turun naik turun turun. 

Antara punchline yg best:
- "Fasha, fasha ko jgn masuk fasha ko sandar dulu...","Kerana apa? kerana.. ce cite ce cite.","Apa yg penting... kerjasama","Nak menyantau, jauh sape? Obama?","Dengan jiwa ngan tenang hati yg ikhlas santau ni busuk, dengan hati yg busuk, dgn usus yg kotor, jiwa jadi tak bersih"


2. Nabil (Laugh-O-Meter: LMAO)


Minggu ni Nabil berlakon sebagai watak seorang detektif mcm detektif conan. Suara pun dah macam suara kartun alihbahasa. Lepas tu selit kejap pastu jadik mak cik kaunter makmal. So far mmg lawak, lawak Nabil yg paling byk content dan pengisian setakat ni, tapi sbb cerita terlalu panjang punchline lawak dah jadi kurang sikit. Awal2 masa jadik detektif lawak tapi bila nak habiskan cerita tu dah jadik mcm drama. Satu lagi mungkin ramai yg tak dapat lawak yg cuba disampaikan Nabil terutama golongan yg lebih dewasa sbb watak yg Nabil bawak ni watak kartun detektif Conan n then suara pun wat mcm suara alihbahasa kartun, kebanyakan org dewasa tak tengok dah citer2 katun ni. Tapi dari segi cerita dan drama mmg lengkap, siap boleh suruh AC tunggu dulu nak habiskan cerita tu.

Antara punchline yg best:
- "Saya detektif, ketepi ketepi, jgn pegang bahu saya.","Sayalah detektif yg terhandal tu kerana semua kes saya selesaikan dalam masa... 1 hari!","Kenapa awak masih pegang bahu saya? Oo saya terpijak mayat maafkan saya","Melihat pada mayat ini, ternyata dia sudah mati","Pernah menjadi ketua rumah biru di sukaneka sekolah","Apa dia yg cerita dkt awak sebelum mati? Berapa lama awak borak dgn dia?","Oo ye tak ye jugak kalau dia selamat kita takde kes","Yang belum bayar duit kutu, kau dengan Senah je, Senah Montana","Poi amik nombor dulu main langgar je","Yola den kan cleaner hari ni Rahmah cuti"


3. Kumpulan Balas (Laugh-O-Meter: HAHA)


Membuat sketsa pemandu bas ekpress kat Karak yg dikacau oleh Hantu Karipap pencen jual mapiau... ada 3 lawak lucah yg dikesan, dan jugak lawak internet yg pasal perempuan jatuh dari bangunan tinggi tu. Gelak2 mmg gelak tapi still rasa tak puas hati sbb byk sgt lawak lucah. And then satu lagi kalau boleh jgn la buat lawak ulangan, hari tu dah buat pasal Hantu Karipap takyah lah buat lagi, nanti org bosan. Mcm Kumpulan XN3 dulu buat lawak hantu toyol dengan pocong, 1st tgk ok lah... 2nd tgk orang dah menyampah.

Antara punchline yg best:
- "Makcik lani buat cerita lain dah","Nama pun hantu nak","Nampak ketaq je meh makcik drive lah","Makcik berniaga mapio","Untuk org Islam makcik jual reload topup touch n go","Makcik nak ngeri apa makcik dah hantu","Makcik tolong masukkan gear saya boleh tak? Masuk gear apa gear automatik amboiii","5 + 5 berapa dia jawab 11. Mana mai jari satu lagi makcik? Jari dia mmg ada 11 macam Hitrik Roshan","Gunalah brek ABS, abang brek sendiri"


4. Kumpulan Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Tauke sebagai MC dinner majlis makan malam dan Yus sebagai penyanyi jemputan seorang juara karaoke. Paling lawak setakat ni. Dgn outfit dan topi bulu merah Yus mmg lawak habis. Kumpulan Jambu mmg kelakar dan otak gila2. Tajuk lagunya "Bla bla bla bla... teh ais" 3 hari tak habis hahahahaha... Satu yg aku notice trademark diorg bila bunyik loceng je diorg akan sketsa diorg akan turn 360 darjah dan terus bertukar watak. Walaupun sometimes ceritanya xde motif, tapi still lawak tak hengat.

Antara punchline yg best:
- "Selamat datang ke majlis makan malam bersuap persatuan JJJ JJJ JJ J, xtau apa? Persatuan janda janda jambu, jeng jeng jeng, jeng jeng, jeng","Woi, woi... nama ko sape? Call call call x dengar.","Aku dok kat kodiang ni, tak dengar tak dengar mesej mesej","Ko ni penyanyi ke beruk? Cakap baik baik sikit","Baiklah.. Assalamualaikum... ko ni penyanyi ke beruk? Haa beruk beruk","Lagunya... Mengapakah kau XXX XXX XXX XXX","Tak kau ni nak menyanyi ke nasihatkan aku? Tak tajuk lagu tu, tajuk lagu 3 hari","Terimalah aa bla bla bla bla bla... teh ais","Mintak perhatian kereta, kancil ye no ST 12 sbb kak nab nak pergi pekan"


5. Jihan (Laugh-O-Meter: HEHE)


Jihan membawa watak sebagai tukang repair kasut... and then datang M. Daud Kilau nak pasang labuci kat kasut, Safee Sali nak betulkan paku boot dia. Ada beberapa punchline yg bagi aku ada yg lawak... kekuatan Jihan pada lakonan mmg tak dinafikan. Kali ni dia bermain dgn watak halimunan dgn sepenuhnya tanpa melakonkan semula watak halimunan seperti sebelum2nya. Tapi tak tau kenapa respon penonton dekat studio kurang. Mungkin sbb penerimaan masyarakat kita pada wanita yg membuat lawak agak cliche.

Antara punchline yg best:
- "Tampal labuci? Bulihhh","Abang Daud Kilau? Patut la silau","Tapak kasut tu saya boleh kasi tukar dgn tapak sulaiman","Meet uncle daud","Saya mmg minat dgn abang... abang bambang pamungkas","Abg score hari tu mmg... peeeeh, bau kaki berapa hari tak basuh ni? Dari menang hari tu tak basuh?","Tuka paku? Saya boleh tukar paku ni dgn paku pakis","Saya naik solo pasai apa nak potong duit kumpulan"


6. Kumpulan Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Kali ni sketsa Kumpulan Sepah bersambung dari perompak minggu lepas, kali ni pergi kedai gigi nak betulkan gigi. Setakat ni paling lawak... mungkin lebih lawak dari Jambu... huhuhu susah nak pilih ni. Shuib minggu lepas asyik kena kutuk muka asal tengok nak muntah kali ni dah operate muka jadi Dafi baik punyer hahahaha. Bagus la Sepah ni... kalau tgk walaupun tiap2 minggu formula sketsa dia lebih kurang sama, feeder, killer... tapi tak dinafikan mmg lawak dan sangat konsisten. Tapi sekejap sgt tak bunyi loceng lagi pun... kami tak puas. Kalau dulu waktu Raja Lawak, Sepah terkenal dgn lawak double meaning, sekarang Sepah dah boleh perform tak payah guna lawak double2 meaning... syabas.

Antara punchline yg best:
- "Muka ko betul2 lain tau... Lain kan... cuba teka macam siapa... Dafi.. ala dafi... Tak sengaja lewat, datang rumahku... Ku terlihat... Ko ni susahla dafi pun tak kenal, lagu dia pun ko tak tau... Tanpa undangan, diriku... tanpa undangan tanpa undangan aku tampo muka ko kang","Tadi dalam bas aku tanya 3.30 ni pukul 4 mana yg betul?","Takpelah buat semua taring lah mcm doktor... Ni bukan taring... ni jongang, bangang","Doktor pun cam aku, doktor ni dafi dafi, tak sengaja... lewat","Eh masa kitorang masuk doktor tengah tido mana boleh cam","Lepas kasut dia hilang tu, dia balik kaki ayam, itu je","Keluarga saya kawin dgn keluarga2 terdekat, macam pakcik saya kawin dgn makcik saya, pak ngah saya kawin dgn mak ngah saya, kalau saya mesti la kawin dgn isteri saya.","Kalau nak jadi orang baik jadi dafi, baik punya"


7. Amir (Laugh-O-Meter: LMAO)


Amir jadik Orang Kaya baru... apa yg aku leh cakap... Amir dah turn 360 darjah... Byk punchline lawak... Semakin berani dan konfiden... lawak spontan pun boleh... siap boleh menjawab AC dengan juri, berbeza betul dgn Amir masa minggu pertama... langsung tak rasa nervous dah... pandai pulak dah selit lawak double meaning... Dan yg makin pelik respon dari penonton studio mmg mengejutkan.

Antara punchline yg best:
- "Ikut cakap mak ayah, tidur awal, tidurlah kamu sebelum kamu ditiduri","Oh Lisa, setelah setahun, setelah setahun lisa... Setahun sudah ku menunggu dirimu... amboi saleem nak interprem pulak... setelah setahun akhirnya ko pilih Yusry jugak... Yelah nak pilih Juliana Evans karang... marah kat Zizan, tapi takpe Irma Hasmi pun single sekarang, bertudung kan... saya gurau je saya gurau je","Nampak je rendah taste tinggi...","Bini saya namanya mat saleh, namanya I'm Sorry xleh bagitau","Jumpa bawak bomoh dia cakap plawok plawok plawok... pangjangnya pearr","Dulu saya pagi makan kuaci petang makan kuaci malam je makan kuaci punya kulit","Orang kaya makan apa? Apa makan rasuah tak baik, makan angin lah... kalau orang gemuk makan apa? Makan ruang laaa tepi sikit"


8. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Zizan jadik gangster tukang tarik kereta Johan... mmg gangster gila... sape tak kenal Mail Lambung terkenal sampai Dang Wangi... Awal2 tu sketsa mcm biasa sikit je tapi ending mmg tak expect... kene tgk sendiri mmg kelakar hahahaha... Kesian perform last sekali terpaksa la carik alasan nak lengah2kan masa utk undian ditutup hehehe... So far masih lagi dlm top 3 persembahan terbaik malam ni... Nak pilih siapa ye...

Antara punchline yg best:
- "Bang, yg cash tu bayar muka je bang, yg bulan2 tak yah tu kenapa?","Bang RO tu dah pasang kat rumah saya tu kan... Itu Reverse Osmosis","Ko jgn main2 dgn aku, aku tarik kereta tak pernah bawak balik tau","Kalau sebut nama aku dari sini sampai Dang Wangi orang tau tau... Siapa? Mail Lambung","Amboi macam akta jenayah. Akta Mail Lambung...","Hey Mail Lambung tak makan rasuah lah","Halo baby... Sayang kat mana sayang? Apa nak 3 ribu? Rumah terbakar?","Dia duk selayang lah, apsal? Depan Petronas? Belakang masjid yg kena curi tabung? Bang, saya abang Rozi Tiger... abang dah makan belum?","Tahun lepas ko datang umah aku masuk salam cium tangan"



Komen Juri Secara Keseluruhan:
Juri: Maharaja Lawak mencari pelawak yg konsisten, bukan bergantung kepada luck semata2. Dan kenapa tema selalunya bebas agar peserta2 bebas buat lawak apa bagi diorg ada kelebihan tak semestinya perlu berlawak guna imaginasi semata2. Kalau kekuatan pada muzikal komedi, buat je muzikal komedi, dan lain2.

Peserta terkeluar minggu ke-5: Jihan

Kesimpulan:

Macam biasa... big 4 mmg tak pernah mengecewakan... Man dan Jihan masih mencari2, Balas masih dgn lawak lucah dia (mungkin diorg fikir kekuatan diorg kat lawak lucah kot, tapi takkan nanti nak digelar pelawak lucah kot), Amir dah jumpa direction yg betul. So far terhibur, cuma rasa minggu ni kureng sikit dari minggu lepas. Sepanjang 5 minggu, aku rasa minggu yang terbaik adalah minggu ke-3 iaitu masa Muzikal Komedi.

So minggu ni Jihan terkeluar... tapi bagi aku dia keluar dgn maruah... sbb walaupun lawak dia kurang orang gelak tapi bagi aku sebenarnya content dia kira lawak la jugak. Cuma sbb dia perempuan so mungkin cara penyampaian dia tak dirasai oleh penonton di rumah mahupun di studio. Tapi dia boleh jadik pelakon komedi yang baik.

Satu benda aku nak komen, kenapa peserta dah kurang tapi masa persembahan bagi setiap peserta sama je, sekejap sangat? Dahla masa siaran 1 jam setengah je... AF boleh je buat sampai 2 jam setengah. Tolong la Astero... rating ML ni lagi tinggi dari AF bagi la muka sikit, dahla yg masuk tu semua pelawak2 all-star, handalan2 belaka, kalau nak dibandingkan dengan AF tu budak2 mentah yg baru nak belajar nak kenal dunia seni. Bagi la diorg perform lama sikit, peserta pun dah tinggal 7 je... tak puas nak tengok... tambah pulak dengan AC yg asyik masuk awal je, kacau mood betul.


So undian terkini yang direkod pada jam 12.00 malam selepas Maharaja Lawak tamat adalah seperti di atas, dengan Jozan still memonopoli undian SMS penonton. Salah satu faktor Jozan punya undian boleh mencanak naik meninggalkan orang lain sbb Jozan buat persembahan terkahir, lepas tu juri n Jozan dua2 lengah2kan masa... so time tu sure bertimbun2 orang undi. Tapi yg pelik Man boleh lagi atas dari Nabil dan Jambu... siapa yg undi Man sebenarnya? Tapi bagi aku senang je, kalau peserta lain persembahan diorg tak meletup mcm Jambu minggu ke-4 sampai dapat standing ovation daripada penonton, juara Maharaja Lawak mmg dah sah2 milik Jozan. Perebutan sekarang hanya tempat kedua dan ketiga di antara Nabil, Sepah dah Jambu...

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Jozan - ROTFLMAO
2. Sepah - ROTFLMAO
3. Jambu - ROTFLMAO
4. Nabil - LMAO
5. Amir - LMAO
6. Balas - HAHA
7. Man - HAHA
8. Jihan - HEHE

Oklah sampai di sini sahaja... Aku dah siap update apa yg aku nak update... Video, punchline, ulasan semua dah siap. Sori lambat sikit... biasa la cuti panjang, tak sempat2 nak edit blog... Apa2pun thanx to u ollz and my ollz atas kesudian menjenguk blok aku ni... Ok jumpa lagi minggu depan n babaiii...

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom 

Khamis, 28 April 2011

Happy Birthday My Love!

Pada hari ni, 28 April 2011 adalah hari yang amat bermakna buatku kerana ia merupakan hari lahir isteriku, Najwa @iewaa_chan yang ke-30... Kehadirannya ke dunia amat menggembirakan ramai orang dan kehadirannya ke dalam hidupku amat bermakna bagi diriku... Terima kasih Allah kerana telah mengurniakan daku seorang wanita yg manis, periang, baik hati, cute dan penyayang. Aku amat bertuah memilikimu sayang...

Today is your day,
You can scream and shout,
So I would like to say,
I love you and there's no doubt.

You deserve everything I can give,
But I can only give you a little,
I'm happy that you can live,
You make me as happy as a skittle.

I love you so much,
I can't even explain,
I can feel the touch,
Of you in a picture frame.

I know you're getting older,
You're not getting younger,
You can cry on my shoulder,
I would rather you monger.

But don't feel alone,
Everyone has their day,
Someday when I'm grown,
My hair will be grey.

This is to you my love,
You really deserve it,
You come from above,
I hope you like this.

It's all I could afford,
I'm not maid of money,
This is your reward,
Because you are my honey.


I think about you my love, each day and every night,
The thought that you are away from me, gives me such a fright,
The love I have cooking for you is deep inside,
For you, my darling I can walk even for miles,
Happy Birthday to the one I love the most. 


Terimalah video yg abg buat khas sempena Hari Lahirmu... Semoga cinta dan kasih kita kekal abadi buat selamanya...

Ahad, 24 April 2011

Ulasan Akademi Fantasia 9 Minggu Ke-3

Aku dah cakap sblm ni kalau Hazama dan Fina masuk AF9 aku akan buat ulasan mengenai AF... Naah ambik aku diorg dah masuk minggu ketiga ni... Terpakso la den buat ulasan walaupun den ni bukannya pandai sgt menilai nyanyian orang ni... Kalau Maharaja Lawak tu boleh la... Ikut lawak mana yg paling wa geli usus... Takpe eden torai je lah ye...


So utk minggu ke-3 ni wa takde apa nak highlight sangat... ikutkan nak buat review start minggu depan sbb minggu depan baru ada Hazama dan Fina, minggu ni diorg cuma masuk takde buat persembahan, tapi takperlah. Apa yg aku leh cakap Operasi Gugur ni dah buat bebudak AF kecut perut... masing2 cuba buat yg terbaik tapi malangnya ada yg tak menjadi... Aku rasa salah satu faktor adalah sbb Glass House yg diorg belajar tu kat Jusco AEON Keramat AU2 tu... korang bayangkan la sambil belajar ada ramai orang tengok dari pagi sampai petang... nak korek hidung pun dapat... diorg terpaksa jadik fake... control macho... terpaksa tak pedulikan orang sekeliling... macam ikan dalam akuarium... kalau aku pun mmg tertekan... Ok takpe kita teruskan je la dgn ulasan pendek persembahan peserta.

1. Kay
Rating Aku:
Lagu - Salome
Nyanyian Asal - Chayanne

Personally aku tak suka mamat ni sbb dia berlagak dan rasa diri cam bagus belum lagi jadi artis pun... Tgk je la kat diari... tapi aku just menilai persembahan dia, pasal sikap tu sendiri mau ingatlah... Secara keseluruhan tak menarik sgt... lagu pun tak pernah dengar... tarian tak best... dengan student2 lain menari kat belakang tu serabut... dgn erti kata lain membosankan. Dah dapat lagu pilihan tu pilih la lagu best sikit.

Juri - Bukan calon gugur
Aku - Calon gugur

2. Miza
Rating Aku:
Lagu - Sofea Jane
Nyanyian Asal - Black <--- Jom Karaoke

Ni pun sorang lagi student yg aku tak suka sama la rasa diri cam bagus. Patutla kau terkeluar minggu ni. Aku tak nak la kutuk dari segi rupa ke penampilan ke, itu semua ciptaan Allah. Masalahnya attitude, kalau ye pun berlakon ada ke patut suruh student baru duduk tidur dalam toilet, hina gila... Cuba kalau ko duduk kat tempat diorang apa perasaan ko? Ok enough, persembahan overall tak best. Jauh beza dari Black... tak yah Black la, separuh dari Black pun tak sampai. Kenapa la tak pilih lagu yg ko bagus cam lagu Rihanna masa Konsert Tirai dulu... Lagu Black konon.

Juri - Calon gugur
Aku - Gugurkan je

3. Aida
Rating Aku:
Lagu -Terlalu Istimewa
Nyanyian Asal - Adibah Noor

Sengau... Hancus... Jerit pun kelaut... Adik ko berapa kali lebih bagus la... Dulu Candy nyanyi pun lagi best la... Tu la lain kali jgn kutuk adik sendiri... Adik sendiri pun tak nak support... Mcm ni ke adik beradik? Kan dah kena gugur...

Juri - Calon gugur
Aku - Dah kene gugur dah pun

4. Raqib
Rating Aku:
Lagu -Sebelum Cahaya
Nyanyian Asal - Letto

Lagu memang best, menyentuh perasaan. Tapi Raqib bawak lagu ni biasa2 je, tak teruk, tapi takde yg outstanding pun. Kalau nak kata tak mencabar tu mmg la tak mencabar vokal, tapi pedulikan, janji lagu best. Tapi masa starting goyang sikit lari tempo... Ingat Raqib ko tu mewakili persatuan budak2 nerd dan geek seMalaysia, jgn malukan budak2 nerd ni.

Juri - Calon gugur
Aku - Bukan calon gugur

5. Afif
Rating Aku:
Lagu - Kasihnya Laila
Nyanyian Asal - Jinbara <-- Karaoke version lagi

Afif ni tgk ada macam budak baik... Tapi suara sengau la dikk... suara pun mcm tak jelas mcm mengulum lidah... Macam malas nak bukak mulut besar2.... bahageaaaa... Dari segi persembahan pun Ebi AF5 dulu buat jauh lebih meletop walaupun suara biasa... Kalau tak dapat tackle penonton dari segi vokal at least dari segi persembahan kena mantap.

Juri - Calon gugur
Aku - Calon gugur

6. Erul
Rating Aku:
Lagu - Awan Nano
Nyanyian Asal - Hafiz AF7

Erul... student lelaki yg rasa paling ramai peminat terutama dari kalangan perempuan dan K-Poppers. Kallau aku komen ni sure kene kutuk... Lantaklah ni pandangan aku nak terima ke tak nak lantak korang la... Erul... dari segi attitude problem jugak sama la mcm Kay 2x5 la tu perasan diri bagus. Dari segi suara... ok... not bad... cuma ada note yg lari sikit... masalah dia cuma too jambu... budak2 sekolah dan remaja perempuan maybe suka tapi orang lelaki tak tau la... ada ke yg minat? Erul perlu jadi lebih maskulin, lupakan la K-Pop2 ni... aku pun suka jugak dengan lagu2 Jepun, J-Rock tapi tak perlu la nak ikut2 diorg... Apa2 pun, Hafiz nyanyi lagu ni lagi lunak dan sedap...

Juri - Tengah2
Aku - Aku tak minat tapi bukan calon gugur

7. Lena
Rating Aku:
Lagu - Tiada Tangis Lagi
Nyanyian Asal - Ella

Norman cakap mcm klon Ella...xde originaliti... tapi bagi aku lantaklah dia nak jadik klon sape... bagi tahap AF ni... dah cukup bagus even kalau jadik klon... Aku lebih rela dengar klon nyanyi dengan sedap daripada yg tak klon tapi nyanyi tah pape kelaut. Vokal dan persembahan paling bagus setakat ni dalam konsert minggu ke-3.

Juri - Bukan calon gugur
Aku - Sudah semestinya bukan calon gugur


8. Azri
Rating Aku:
Lagu - Satu
Nyanyian Asal - Dewa 19

Salah satu persembahan yg baik malam tu, dari segi vokal dan persembahan. Tapi no wonder la dia dah biasa buat persembahan, dia mmg dah ada band nama dia Breakfast Band, single dia Bagaikan Puteri selalu jugak keluar kat radio. Boleh check lagu dia kat sini.

Juri - Bukan calon gugur
Aku - Pun tak perlu gugur

9. Amir
Rating Aku:
Lagu - Dilema
Nyanyian Asal - D'Masiv

1st aku dengar what the hell lagu apa ni... Bila aku dengar dia nyanyi aku pun what the fish lagu tu mmg macam ni ke? Then aku dengar sarikata dia oh iblis oh iblis... dah takde benda lain ke nak sebut selain iblis setan tu? Then aku carik kat Youtube lagu dilema ni... susah gila nak carik tak glemer langsung... yg aku jumpe dia cakap lagu ni plagiat lagu Muse ada la... last2 jumpe jugak... so vokal lagu ni pun mmg biasa2 je takde yg mencabar mana, plus lagu pun tak popular... so Amir... bukan aku tak kesian kat ko, tone suara ko mmg best, gemersik gitu, tapi pemilihan lagu dah buat ko jatuh... sumbang... byk goyang. Ko patut pilih lagu yg lebih better yg sesuai dgn suara dan at least popular... sayang sayang... dah jangan nangis2... get up and start over again... jgn putus semangat.

Juri - Calon gugur
Aku - Pun dah kene gugur dah pun

10. Nera
Rating Aku:
Lagu - Fly Me to the Moon
Nyanyian Asal - Frank Sinatra

Ok utk minggu ni persembahan dan vokal ok... tak kelaut mcm minggu2 yang lepas... Tapi bagi aku Nera pun patut kena gugur sbb antara 3 minggu, minggu ni je yg OK minggu2 sudah mmg tak best langsung. Tapi nak buat mcm mana, mungkin sbb dia amik kira persembahan minggu ni je so Nera, ko mmg bernasib baik. Tapi lagu ni lama sangat lah dikk... kalau boleh nyanyi la lagu yg baru2 dan popular baru boleh meletop.

Juri - Kak Ogy - calon gugur, Norman & Hattan - bukan calon gugur
Aku - Kalau ikut prestasi minggu2 lepas, calon gugur... tapi kalau tgk malam ni punya persembahan aje, bukan calon gugur

Kesimpulan  

Berikut merupakan ranking aku secara keseluruhan utk minggu ni:

1. Azri (3.5/5)
2. Lena (3.5/5)
3. Raqib (2.5/5)
4. Nera (2.5/5)
5. Erul (2/5)
6. Afif (1.5/5)
7. Kay (1.5/5)
8. Miza (1/5) --- Out
9. Aida (0.5/5) --- Gugur
10. Amir (0.5/5) --- Gugur

Utk minggu ni, berita buruk adalah aku tak rasa berapa nak terhibur... sgt bosan... berita baiknya adalah Fina dan Hazama masuk. So yg kena singkir Miza manakala yg kena gugur Aida dan Amir. So aku harap lepas Fina dan Hazama masuk diorg boleh jadik lebih baik, jgn lepas masuk tengok2 diorg pun menurun jadik 2x5 je dgn budak2 AF yg lain. Kalau tak sia2 je aku support korang masuk AF minggu lepas. But then... Fir nak buat Fir Fever mcm Bieber Fever??? Bro ko buat lawak la... masuk la Raja Lawak lagi baik.

Bagi peminat2 Aida atau Amir atau mana2 yg tak puas hati Fina dan Hazama masuk, janganla salahkan diorang. Kalau nak salahkan, salahkan pihak Astro. Hazama, Fina, Fir dan Hani tu takde terhegeh2 pun nak masuk AF, tapi Astro yg panggil diorang audition balik sbb prestasi bebudak AF yg sedia ada tu terok sangat. So salahkan la Astro, salahkan la jugak bebudak AF tu sbb teruk sangat, salahkan la jugak orang yg amik diorg masuk AF dulu masa audition.

Kalau ada produksi AF baca blog aku ni (kalau ada laaaa), aku nak bagi cadangan sikit... Boleh tak ubah format persembahan tu, tak payah dah buat mcm stail lama2, cikgu bagi lagu yg ntah apa2, then student terpaksa la nyanyi lagu yg ntah pape tak kena dgn suara diorg... dah la stress duduk rumah kaca, tambah stress lagi kena nyanyi lagu yg tak kena dgn suara. Aku cadangkan buat mcm American Idol ke, or at least One In the Million ke. Biar tiap2 minggu pelajar pilih sendiri lagu apa diorg nak nyanyi, tak kisah la rock ke pop ke K-Pop ke. Cuma mungkin produksi boleh bagi tema apa utk minggu tu macam lagu popular ke, lagu zaman 90-an ke, English song ke, lagu P-Ramlee ke... tapi pemilihan lagu biar diorg sendiri tentukan hala tuju diorg, penyanyi jenis apa diorg nak jadik. Kalau diorg nak jadik rockers ke penyanyi Jazz ke R&B ke biarkan... tak semua boleh jadik penyanyi versatile... even Amy Search sendiri pun rockers... cuba bagi lagu dangdut sekali tengok boleh tak boleh... tapi kalau student tu sendiri nak jadik versatile, pengajar guide la... Biar student sendiri tentukan diorg nak jadi penyanyi mcm mana, persembahan mcm mana diorg nak buat, baru la mengembangkan idea kreatif diorg. Ini tidak semua benda kena suap dgn cikgu, produksi... mmg takkan berkembang la even lepas kuar AF pun.

Ok sampai di sini sahaja... but b4 that just nak story kat u ollz punya la excited flood komen kat fanpage Akademi Fantasia kat Facebook malam tu bagi setiap wall post persembahan pelajar nak suruh Pak Nil baca... last2 kena block dgn Facebook hahahaha bengong betul... Nasihat aku jgn la flood2 dgn komen kat wall post tu nanti habis kena block mcm aku...

Oklah jumpe lagi next week...
* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...