Jumaat, 6 Mei 2011

Ulasan Maharaja Lawak 2011 - Minggu 6

Jumpa lagi dalam Maharaja Lawak minggu yang ke-6. Malam ni mungkin dapat update sikit je, video serta ulasan penuh mungkin lambat sikit sbb minggu ni mmg sibuk sikit dengan kerja... Tak sempat pun nak buat ulasan AF atau update blog... esok pulak nak kena jadik urusetia perlawanan badminton kat ofis aku.... Tapi untuk Maharaja Lawak aku try jugak utk update...


Minggu lepas Jihan terkeluar, so minggu ni hanya tinggal 7 peserta yg akan berentap iaitu 2 peserta dari Raja Lawak 1 - Jozan dan Jambu, 1 peserta dari Raja Lawak 2 - Nabil, 2 peserta dari Raja Lawak 3 - Sepah dan Amir manakala 2 peserta dari Raja Lawak 5 - Balas dan Man. Wakil dari Raja Lawak 4 semua dah terkeluar.

So aku harap minggu ni masing2 dapat buat lawak yg menjadik dan terbaik, even Man dan Amir sekalipun. Sbb diorg dah masuk last 7, so aku harap setiap seorang dari mereka at least dapat ranking LOL ke atas. Most of the peserta sebenarnya kita dah dapat agak macamana bentuk persembahan diorg sbb diorg dah ada formula nak buat lawak seperti berikut:

1. Sepah - Lawak kasar, mengena2kan kawan2 sekumpulan, mesti ada statement buat2 bodoh mcm "Family aku kawin dekat2 mcm pakcik aku kawin ngan makcik aku, pak ngan aku kawin dgn mak ngah aku...","Anak lelaki kan? Taklah! Ha aku tau.... mesti perempuan. Mana ko tau ni???"

2. Jambu - Lawak kasar jugak, byk main face expression dan body language, pakaian pelik2 + warna pink, cerita xde motif, bila bunyi loceng mesti Tauke & Yus bertukar watak jadi benda lain.

3. Balas - Berlakon sketsa, paling penting mesti ada lawak lucah.

4. Nabil - Berlakon dengan orang halimunan, tak boleh jangka watak apa, lawak cerdik n sometimes buat org berpikir 2 3 kali baru paham lawak dia, pandai susun jalan cerita.

5. Jozan - Boleh jadik macam2, persembahan takleh nak jangka, mungkin ajuk artis, kenakan orang, spontan, berlakon sketsa dengan feeder dan killer yg mantap atau menyanyi muzikal komedi.

6. Man - Takleh nak jangka lawak apa nak buat, tapi biasa jadi watak sesuatu karakter pastu bagi ceramah dan selit sikit2 dgn lawak internet dan mastika.

7. Amir - Sama jugak sekarang ni takleh nak jangka lawak apa dia nak buat... tapi mostly mcm Man jugak jadik satu karakter dan bagi ceramah. Content lawak kadang2 ok kadang2 x, mungkin idea sendiri mungkin ada orang bekalkan idea utk dia. Tapi muka mmg tebal dan tak malu lebih sikit dari Man bila dok atas pentas.

So undian SMS kedudukan peserta sebelum Maharaja Lawak start:
1. Jozan - 28%
2. Jambu - 18%
3. Nabil - 16%
4. Balas - 16%
5. Sepah - 15%
6. Man - 5%
7. Amir - 3%

Meter tahap kelawakan:


- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Balas (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan Balas buat sketsa pasal pesakit pakcik dan doktor. 1st half of sketsa menghiburkan... Tapi 2nd half bila dah masuk lawak lucah pasal nasi lemak aku naik boring dah... Kemon la Balas...


2. Jozan (Laugh-O-Meter: LOL)
Zizan pergi tukang urut Johan nak urut kaki bengkak sebab tendang anjing kencing kat tayar kereta dia. Kali ni macam kurang punchline sangat sbb banyak bercerita pasal benda lain sepanjang sketsa. Agak kurang berbanding sebelum2 ni, macam dah kering idea.


3. Amir (Laugh-O-Meter: LOL)
Amir sedih sbb kawin tapi takde anak, padahal baru je kawin 3 bulan. Lepas tu dia jumpa kotak ada orang buang bayi. Walaupun kali ni tak dapat respon sgt dari penonton tapi aku respek dgn dia, tak takut, berani and then setiap soalan penonton dia selamba je jawab. Aku tak tau la aku yg mental ke atau Ahmad Idham yg salah tapi aku rasa aku lagi terhibur dgn persembahan Amir dari Jozan. Dan satu lagi aku respek pasal Amir persembahan dia mesti ada mesej dan pengajaran, kali ni pasal pembuangan bayi dan juga Hari Ibu. Amir kalau ko terkeluar minggu ni pun jangan risau... biar la ramai org tak suka ko tapi ko keluar dengan bermaruah.


4. Nabil (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kali ni Nabil buat kelainan dengan tak buat sketsa macam biasa, takde orang halimunan dah tapi dia bercerita  kepada penonton pasal pengalamannya dengan GPS. Ala GPS yg carik2 arah jalan dalam kereta tu. So far kelakar, dan setiap cerita dia tak lost, aku berminat utk dengar. Sempat lagi bahan Amir masa awal2 tu balas dendam pasal Amir bahan dia last week pasal Irma.


5. Man (Laugh-O-Meter: LOL)
Man jadik adik Chef Wan iaitu cawan... byk cakap, kuat gossip, mulut laser... Nak ajar memasak la konon... Sempat lagi buat lawak double meaning sekali tak pernah2 dibuatnya hehehehe. So far ada peningkatan... Tapi masalah Man dia tak konsisten, kejap ok kejap tak kejap tak kejap ok.



6. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Jambu buat lawak pasal perlawanan Ping Pong... simple je... xde jalan citer pun... takde motif pun... tapi mmg LAWAK NAK MAMPUS hahahahha. Paling terbaik setakat ni, paling meletup mcm minggu Nora Danish... Tak perlu cakap banyak, dengan gerak badan dan mimik muka dah boleh jadik lawak. Tak hairan kalau minggu ni undian diorg paling tinggi lebih dari Jozan. Lawak diorg mmg gila... tak masuk akal langsung...


7. Sepah (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kumpulan Sepah buat sketsa pasal mat rockers melepak2 sambil main gitar2... Diorg nak buat semi-muzikal. Persembahan pun masih macam biasa... format lawak2 yg kita dah boleh expect sama cam yg aku tulis kat atas tu. Masih lawak tapi kureng sikit dari Jambu.


Komen Juri Secara Keseluruhan:
Juri: Juri bersetuju yang paling lawak adalah Jambu... so mereka bersepakat dan bersetuju utk minggu depan ada tema iaitu Silence Comedy iaitu kekuatan Jambu.

Peserta terkeluar minggu ke-6: Tiada

Kesimpulan:

Persembahan kebanyakan peserta minggu ni agak average... biasa2 aje, nasib baik ada Jambu penyelamat keadaan. Paling meletup meninggalkan peserta2 yg lain. Sangat best... Jambu punya lawak je yg boleh buat aku ketawa terbahak2 berguling2 cam orang gila. Sampai juri pun jadikkan diorg benchmark utk tema minggu depan iaitu silence comedy. Minggu ni ada kejutan, takde orang tersingkir. Mungkin juri nak uji semua peserta yang tinggal utk buat silence comedy dan try beat Jambu.

Satu lagi kejutan, format penyingkiran lain sikit dan rasa yg paling ramai org akan sakit hati... Penyingkiran minggu depan akan dibuat oleh peserta yang dapat undian dan markah juri tertinggi... Dah macam rancangan survivor dah. Biasanya peserta yg prestasinya teruk akan tersingkir, tapi kali ni mungkin peserta yg prestasinya tertinggi akan terkeluar. Contohnya, minggu depan tempat pertama adalah Jozan, rasanya dia takkan keluarkan Amir punya sbb dia tau Amir bukan pencabar mereka, so diorg akan keluarkan peserta yg dia rasa pencabar utama diorg contohnya Jambu, Nabil atau Sepah. Begitu jugak yang lain. So aku rasa minggu depan akan tersingkirnya salah seorang daripada big 4 iaitu Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu. Astro apsal la ko buat format mcm ni adoiyai... aku nak 4 orang tu pergi final... nampaknya Amir dan Man akan terselamat lagi utk minggu depan...

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Jambu - ROTFLMAO
2. Sepah - LMAO
3. Nabil - LMAO
4. Amir - LOL
5. Jozan - LOL
6. Man - LOL
7. Balas - HAHA

Ok habis sudah LIVE REVIEW aku... Video dah up, ulasan panjang dan punchline akan aku update lambat sikit sbb esok aku ada hal... Maybe malam esok sikit kot. So stay tune and terima kasih sbb sudi menjenguk ke blog aku... Babai...

* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom

14 ulasan:

  1. nabil... gua rsa lu jd mr been next week... muka pn ada iras2 dh.. msti lwak pnye..

    BalasPadam
  2. @Psychic Zero
    hihi...makin mgu mkin panas...hihi...n tuk mgu ni pun...de sket xsama lah ranking kita..hihi..ranking sy :

    1. jambu ( no doubt)
    2. Nabil ( sbb lawak dia lain...)
    3. Man ( sbb dia mcm ada peningkatan)
    4. sepah ( mcm agak kurang sbb mcm kelam kabut sket..)


    apa pun sy tgk ranking undian stkt pkul 11.00 pg sabtu (7 mei ) mcm ni :

    1. Jozan (24%)
    2. Nabil (20%)
    3. Sepah (19%)
    4. Jambu (18%)
    5. Balas (8%)
    6. Man (8%)
    5. Amir (4%)


    neway, sy setia menanti ulasan @Psychic Zero every week...sbb yg terbaik so far....wlupun, sbuk dgn kerja2 lain..tp, xpnh miss nk review maharaja lawak...kipidup bro ( tiru apeks la pulak...hihi)


    pesana penaja:-


    jgn lupa undi Nabil..xboleh bnyk..sket pun xpe..huhu....:)

    BalasPadam
  3. gud bro. ulasan yg bgus.
    xmacam sesetengah org yang tahu nak mengutuk jer. keep it up

    BalasPadam
  4. takder hal la big 4 tu kuar...juri plak akan guna kuasa veto utk masukkan semula....tu jer..thats the game....this week dia tak buang coz yg terbawah adalah man...ada simpati kat situ utk bagi last chance....amir must out by hook or by crook next week with balas..then b4 final man akan terkeluar jua...

    BalasPadam
  5. Ko ke sapuan.. hahahha..kantoi agik.. bagus2..pasni aku numpang nengok kat cni.. :)
    -afadh-

    BalasPadam
  6. laa...agak kurang setuju disitu sbb amir ats jozan...hehehe...amir x lwk la...sye x gelak pon smalam...???huhuhu...yg len dah oke dah....huhuhu

    BalasPadam
  7. : ok la...tp hope sgt AMIR blah! cos dia x layak ada kt sana... i think peserta yg terkeluar lg BAGUS dr dia k?? kalau ada M.L KELUAR dia org pertama i keluarkan lawak hampeh~!!!

    BalasPadam
  8. amir best kew ? ahmad idham kta 'bahaya'.. mksudnya, dya lah peserta paling terok.. tp rating neyh dpt 'LOL'.. hmmm.. pelik

    BalasPadam
  9. Jozan ntah ape2 la minggu ni...amir tu biasa la mmg mcm tu..lagi satu kenapa astro buat format pelik2 ni..nak suh peserta lak undi kluar..adus...ntah2 jozan kena keluar nnti...apepon teruskan buat ulasan bro..terbaik

    BalasPadam
  10. aku rasa kalo peserta boleh pilih peserta lain keluar, amir akan terselamat.sbb kalo dia stay sampai final.memang dia xde bagi saingan pon.so peserta lain akan konfiden dorang leh menang kalo setakat amir dok kat final.dan astro pon pandai gak.nak suh org vote byk2.baru masyuk.haha..

    BalasPadam
  11. jambu merapu tapi mmg lawak tahap guling2...kah kah kah!

    BalasPadam
  12. bila nak update nie~ ari2 datang jengok blog nie nk tengok ulasan kat cnie~

    BalasPadam
  13. nk tanye, lepas habis rancangan ML pd hari jumaat bukan ke undian telah ditutup? Ble pula undian dibuka?? aku tgk ramai dok mintak mengundi. Pastu aku tgk pratus undian x pernah sampai 70-90%..? Juri bg markah sket @ mmg x ramai org undi?(aku rase ramai kot org undi). cth mcm amir, asal 4% je...walau pn bg aku amir kureng mnggu ni, tp xkn sket sgt. hee...mintak sesape tlg explain :))

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...