So minggu ni kalau nak ikutkan tinggal 6 peserta je, tapi sebab ada undian masuk, kemungkinan besar R2 yang akan masuk sbb undian masuk dia kat Facebook paling tinggi jauh meninggalkan peserta lain, dalam 60K++ Like kalau tak silap, Alex 10K++, yang lain2 bawah 10K. Amir yg innocence (aku rasa dia cuma innocence dan naif, bukan over-confident atau berlagak mcm orang lain cakap, tak caya suruh dia naik Awan Guling mesti boleh) yg rasa diri dia dapat masuk balik pun tak dapat undian yg ramai daripada peminat Maharaja Lawak. So untuk minggu ni mungkin ada 7 peserta perform atau R2 hanya akan perform minggu depan, kita tengok je lah malam nanti.
Expectation aku minggu ni? Entahlah... dah 8 minggu dah ni... tak tau diorg ada idea apa lagi tak... Tema pun masih bebas. Mungkin setiap peserta akan guna formula lawak yg sama...
Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
1. Nabil (Laugh-O-Meter: LOL)
Nabil kembali buat Stand up Comedy, kali ni bawak citer yg terlalu urban iaitu trend teknologi zaman sekarang seperti telefon bimbit, twitter dan facebook serta ayat2 yg digunakan oleh org sekarang seperti Watever dan OMG. Walaupun secara overall masih menghiburkan, namun ada beberapa kelemahan Nabil pada minggu ini yg turut makan dirinya sampai dipilih sebagai bottom 3 minggu ni. 1st, dia terlalu bahankan Amir sedangkan Amir dah terkeluar. Mmg ramai orang tak suka Amir dan Amir pernah buat lawak pasal Irma Hasmie ex-awek Nabil pada satu persembahan dia minggu keberapa ntah, but then Nabil dah balas balik pun dlm persembahan dia lepas2 tu. Ini dia bahan lagi Amir dan acted mcm happy gila Amir dah terkeluar. Chill out bro, ko tu nama besar dalam industri, tak perlu la kisah sgt pasal Amir tu, just be cool. 2nd, dia buat stand up comedy mcm kat US dgn cara bercakap dan bercerita kepada penonton, mcm dia buat pasal GPS tu, plus tajuk dia kali ni terlalu moden. Bukan semua audien dan penonton main twitter, Facebook tu mungkin la ramai... dan berapa ramai je org Melayu Malaysia ni yg tgk citer Keeping Up with the Kardashians... so tak ramai yg dapat catch-up lawak dia terutama golongan2 makcik2 pakcik2 dan student2 budak sekolah, padahal yg byk mengundi golongan2 ni lah. Satu lagi Nabil banyak kali ulang2 dialog yg sama. Di harap Nabil dapat ambil benda ni sbg pengajaran utk kembali menyinar, lakukan stand-comedy berbentuk sketsa dgn orang halimunan seperti yg biasa dia buat sejak Raja Lawak lagi, insya Allah boleh pergi final.
2. Jambu (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kali ni Jambu buat sketsa pasal seorang saintis (Tauke) telah berjaya satu robot (Yus) yg dipanggil Roboroi sebab dia boroi dan juga kuat melatah. Formula yg digunakan masih sama iaitu kostum pelik, lawak menggunakan kekasaran mcm tampar2, dialog yg mengarut, pergerakan badan dan mimik muka yg lucu. Memula Tauke jadi saintis tapi last2 Yus ambik remote Tauke dan control Tauke sbb rupa2nya Taukelah robot. Walaupun kelakar tapi masih kurang berbanding lawak2 yg diorg pernah buat dulu.
3. R2 (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kumpulan R2 yang dapat masuk balik hasil undian Like di Facebook buat sketsa pasal seorang designer kereta (Lopez) dengan orang gila (Rahim) tengah tunggu bas kat bus stop. Byk punchline yg lawak yg byk didokong oleh si abang Rahim. Watak orang gila yg dipegangnya mmg menjadi. Walaupun ramai cakap adik dia Lopez tak lawak sangat, tapi dia tetap diperlukan untuk feed abang dia sebagai killer. Rasa kalau abang dia buat lawak sorang2 pun tak jadi jugak. Tapi lawak tengok bontot kereta tau kereta dari mana tu mcm pernah ku tonton tapi di manaaa ya? Takperlah, overall mmg sangat lawak dan mmg R2 xsepatutnya keluar dulu dan deserved utk masuk balik.
4. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Sketsa Jozan minggu ni paling hilarious dengan adegan2 dan lawak2 slapstick dari Zizan dan Johan. Lawak2 slapstick mcm ni mmg salah satu daripada makanan diorang. Mengisahkan tentang seorang pesakit yg luka kat tangan (Johan) jumpa doktor (Zizan) mintak operate tangan dia yg luka. Johan mintak doktor bius dulu sebelum operate, namun tetiba je lampu black-out dan bermulalah adegan yg gila di mana doktor Zizan nak jugak bius Johan last2 terbius tangan sendiri, lepas tu kaki, kepala... Mmg hilarious. Cuma nak last2 tu ada aksi yg kurang senonoh sikit masa Johan dgn Zizan duduk menonggeng sambil goyang2 tu. Masa tgk ulangan Maharaja Lawak Sabtu hari tu kat rumah aku penuh dengan kawan2 wife aku, bila kawan2 perempuan wife aku ni bila tgk je adegan tu diorg menjerit "Euuuuwwwwwww, apa niii". So Jozan harap jgn wat lagi aksi tu ye huhuhuhu. Tapi secara keseluruhan mmg kelakar tak ingat.
5. Man (Laugh-O-Meter: LOL)
Man kali ni buat lawak pasal kisah seorang atuk yg terkenangkan peristiwa dulu2 bersama cucunya yg kini belajar kat Amerika. Secara keseluruhan persembahan Man ok la not bad, ada lagi yg lebih bad sebelum2 ni, namun masih tak cukup nak lawan persembahan peserta yg lain. Ada punchline yg kelakar, ada jugak yg tak jadik, dengan last2 tu time hadiah datang tu betullah bak kata juri tak ada pun takpe sbb orang dah tak berapa nak gelak dah. Dan satu lagi Man kelihatan nampak mcm selalu pegang dia punya ehem2... Mungkin tak perlu kot buat mcm tu. Dan nampaknya Man mcm dah tau malam ni malam dia akan terkeluar.
6. Sepah (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Sketsa Sepah mengisahkan 3 orang makcik yg tengah dok bergossip kat majlis rewang. Macam biasa dengan menggunakan formula Sepah yg sama, byk adegan dan dialog yg sangat lawak, plus dengan effect terpotong kaki tu mmg kelakar + meremang bulu roma. Cuma akhir2 tu dialog lebih byk antara Shuib dan Jepp manakala Mamat diam je. Bagi aku, persembahan Sepah dan Jozan adalah top 2 dan yg terbaik pada minggu ini namun untuk minggu ni aku akan pilih Sepah sebagai no. 1. Sebab apa... baca kat kesimpulan kat bawah nanti.
7. Balas (Laugh-O-Meter: LOL)
Balas mengambil peluang sempena Hari Guru untuk buat sketsa pasal 2 orang budak sekolah berjumpa dan gossip pasal subjek, cikgu dan awek. Punchline ada, namun at the end tu bila masuk part cium2 awek tu, bak kata Mamat Khalid, aku jadik tak selesa, sbb lawak tu lebih kepada budaya barat, tak berapa sesuai utk orang Malaysia terutama org Melayu. Mmg kreatif idea tu, pasal penambahan, penolakan, pendaraban dan pecahan tu, kalau kat luar negara mesti orang gelak berguling2 punya. Tapi secara overall, masih menghiburkan.
Komen Juri Secara Keseluruhan:
Juri: Peserta mcm Man bukan tak bagus tapi sbb ada lagi yg bagus daripadanya... Inilah Maharaja Lawak, pencarian juara di antara juara. Nabil mmg kena kondem, perserta favorite yg tak disangka2 leh jadik bottom 3. Dan sbb banyak sgt tema bebas, maka minggu depan akan ada tema iaitu setiap peserta akan berpasangan dengan pelawak profesional tanah air yang sedia ada utk menguji kemampuan peserta buat lawak dengan pelawak lain.
Peserta terkeluar minggu ke-8: Man
Kesimpulan:
Secara keseluruhan aku agak berpuas hati dengan persembahan semua peserta minggu ni. Bagi aku semua OK, takde yg terlalu teruk sampai suasana sunyi sepi mcm time dulu2 ada Amir, Jihan, XN3, Wai dan sebagainya. Semua aku bagi rating LOL ke atas, namun ye lah adat pertandingan, dalam banyak2 LOL pun, Man yg aku kira paling lemah persembahan dia. So kalau dikira dari persembahan minggu ini mmg patutlah dia yang terkeluar pun.
Minggu ni Nabil dapat bottom 3, lepas tu nampak dia mcm overrated sikit mcm tak boleh terima kenyataan. Aku walaupun dulu minat gila Nabil, tapi kalau mcm ni attitude dia, susah la nak ambik hati peminat lagi. Kalau nak ikutkan big 4 punya trend persembahan mcm ni:
1. Jozan: -/\-/\//
2. Jambu: --////-
3. Sepah: /-----
4. Nabil: ///--\\\
* / : Meningkat, \ : Menurun, - : Konsisten
Jozan naik turun naik turun, Jambu semakin naik, Sepah konsisten dan Nabil naik naik dan sekarang semakin menurun. So kalau ikut trend ni, aku rasa 3 peserta yg berpeluang besar ke Final adalah Jozan, Jambu dan Sepah dan Nabil tak akan dapat pergi final kalau dia tak buat something utk pikat hati penonton dan pengundi, tapi kalau dia tak kisah pasal hadiah RM300K, RM200K atau RM100K tu takpelah.
So utk minggu ni, seperti aku cakap kat atas, yang terbaik adalah Jozan dan Sepah, namun minggu ni aku akan memilih Sepah sebagai yang terbaik atas dua sebab, pertama, Jozan punya lawak ada satu adegan yg meresahkan hati, kedua, Sepah walaupun aku tak pernah bagi dia persembahan terbaik mingguan, tapi secara jujurnya lawak Sepah aje yg tak pernah walau sekalipun mengecewakan kita setiap minggu... mereka tak la meletup sangat tapi mereka sangat konsisten. Setiap sketsa yg diorang buat pasti orang akan gelak. Atas 2 faktor ni aku pilih Sepah sebagai ranking no. 1 minggu ini.... kredit harus diberikan kepada mereka bertiga.
Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:
1. Sepah - ROTFLMAO
2. Jozan - ROTFLMAO
3. R2 - LMAO
4. Jambu - LMAO
5. Nabil - LOL
4. Jambu - LMAO
5. Nabil - LOL
6. Balas - LOL
7. Man - LOLOk sampai sini sahaja ulasan aku minggu ni. Sorry terlambat update sbb minggu ni Jumaat dan Sabtu betul2 sibuk ada hal. Kalau ada masa aku akan update lagi punchline utk setiap peserta. Btw, nampaknya brader GuaTVdotcom yg channelnya kena ban minggu lepas kat Youtube masih tidak putus asa dan bukak channel baru utk memberi yg terbaik buat peminat Maharaja Lawak. Terima kasih bro.
* Kredit: Video oleh GuaTvdotcom
walaupun ak peinat JoZan, tp ak setuju lah ranking kali ni, Sepah mmg deserved lah utk dapat ranking terbaek kalo ikot trend prsmbahn diorang, btw, blog yg nice, ak follow sume ulasan from this blog :D
BalasPadampeminat*
BalasPadam@Miss Tembikai Bulat
BalasPadamSy minat keempat2 peserta big 4, tapi kalau mana yg salah dan tak betul tu kita still kena kritik dgn adil, mcm tu baru diorg boleh improve. Anyway thank u sbb follow ulasan blog saye... :)
sepah memang best gilerrrr setiap minggu tidak pernh menghampakan jozan ngan jambu pon best gak nabil best tapi kekadang mluat gak tngok prangai dierr 2
BalasPadamulasan yg sy kira adil....sepah mmg best mlm ni...performance peserta makin bagus...cuma stiap peserta kena bhati2 bial buat joke..tkt menyentuh sensitiviti....tp bila jozan wat joke ttg bius ..teringt cite mr bean yg dr gigi terbius peha sendiri..hehe
BalasPadamerm sy seronok baca ulasan anda n sy juga setuju dgn semua ulasan yg diberi mcm miss tembikai bgtau la walaupun sy ni juga adalah salah seorg peminat jozan tp minggu ni sepah deserved it...cume yg pasal persembahan keseluruhan tue bg sy minggu ke-3 jozan meningkat kot...n dr ulasan anda sendiri anda letak jozan antara yg terbaik rasenye...erm ape2 pun ulasan anda mmg sy tunggu tiap2 minggu ini pendapat sana tentang persembahan big 4
BalasPadam1. Jozan: - / / - / \ / /
2. Jambu: - / - / - / / -
3. Sepah: - / / - - - - -
4. Nabil: / / / - - \ \ \
* / : Meningkat, \ : Menurun, - : Konsisten
ini pendapat saya la...
aaarrghhh...Nabil bottom 3....huhu...sgt sudah diagak ekceli...berdasarkan persembahan dia yg dlu2..smpi yg last ni..mmg dpt mengagak dia akan ke bottom 3..huhu...tp, smlm tgk keputusan..markah dia dah sm mcm jozan 26%...fuhhhh....legaaaaa..huhu....tp, Nabil mmg mendukacitakan for the past few weeks....
BalasPadamchayok2 nabil..!! wake up..wake up..!!
neway, sepah mmg best...!!mati2 aku ingat kan lengkuas...hahaha....
R2 tak puas hati tersinggkir sebelum Amir, sampai jadi gila tido bawah jambatan. Nabil x leh wat stand up comedy dah, peminat x brapa suka, Jozan punya best gle,tp m.khalid komen mcm xnak komen je.. kiomen bagus je..kecik ati jozan hahaha ...Man xpe tkluar pon, dah dapat 100k dah..
BalasPadamyg aku tak puas hati kenapalah markah jozan lg tggi dari sepah ngan jambu padahal xdela lawak mana pun...harapkan minggu kelima jelah yg lawak pasal jd penarik kereta tu...minggu2 lain semua cam sial....
BalasPadamgua tunggu ini ulasan tiap2 minggu~ ari isnin, 1st website yang gua bukak adelah website adakamukisah.bogspot...hahaha~ sebab kat umah takde tenet dan takde astro..harap tenet opis jew~ huk~
BalasPadamharap2 jumaat ni cepat sikit update bole??huhu xdpt tgk arr jumaat ni =.=
BalasPadamikhlas:encik mystery
assalamualikum..
BalasPadambaru kali ini saya setuju dgn ulasan kamu...
dan kali ini juga saya mahu baca ulasan dgn sungguh2..
sbb kamu meletakkan SEPAH no.1...
akhirnya timbul keadilan..
ALLAH, I LIKE SEPAH very much...
suppOrt mereka k..
siddiq ismail..PEMINAT FANATIK SEPAH..huhuhu
"tak caya suruh dia naik Awan Guling mesti boleh"
BalasPadamhahahahha nice bro..
-Irwan Shah