So minggu ni ada tema iaitu Silent Comedy atau Komedi Bisu... idea tema ni Ahmad Idham yg cadangkan minggu lepas setelah melihat kekuatan persembahan Jambu minggu lepas yg sangatlah kelakarnya. So kita akan teruskan dengan ulasan persembahan setiap peserta.
Meter tahap kelawakan:
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
1. Sepah (Laugh-O-Meter: LMAO)
Sepah membuat persembahan pasal bomoh nak ngangkung hantu, last2 bomoh pengsan, hantu tu pulak yg jadik bomoh. Kombinasi lakonan 3 orang dengan timing sound effect yg mmg tepat menunjukkan Sepah mmg bersungguh2 dalam membuat komedi bisu ni. Jalan penceritaraan mmg senang difahami dan mudah buat audien ketawa.
Antara punchline yg best:
- Masa bomoh pengsan, hantu dan shuib tolong angkat bomoh. Hantu keluarkan streoskop check dada, keluar lagu dag dig dug. Masa buat CPR pakai paip getah. Hantu tu mengubat bomoh dgn lagu Ulik Mayang di Ulik. Shuib telefon ambulan, ambulan datang lepas tu blah sbb nampak hantu. Mintak tolong lori sekali datang lori surat khabar lama, sombong tak nak naik. Last sekali shuib baca doa, hantu lintang pukang lari.
2. Amir (Laugh-O-Meter: HEHE)
Biasa silent comedy menjadi kelemahan peserta solo, dan Amir mmg nampak paling ketara. Persembahannya mmg tidak menjadi sangat dan nampak sangat macam kartun. Mmg susah nak buat silent comedy sorang, kalau ada partner at least sorang feeder sorang killer... Dan masa persembahan Amir, byk betul suara2 annoying atau menjengkelkan datang dari audien. Betul2 pematah semangat peserta dan juga spoil kepada penonton. Kalau ye pun rasa benci, tak perlu kot nak menjerit2 mcm orang gila. Memalukan kaum je.
Antara punchline yg best:
- Masa awal2 Amir suruh audien senyum, kelakar gila muka Amir senyum dengan gigi terkeluar. Masa bergaduh keluar kain jadik matador. Masa cahaya setempat kat Amir tiba2 berubah, macam Mr Bean sungguh. Keluar baju hulk hogan, last sekali pakai baju seksi glitter.
3. Balas (Laugh-O-Meter: LMAO)
Balas buat lawak pasal suami isteri kaya bergaduh. Takde lawak lucah... ye lah silent comedy kan, n then Fendi pakai baju perempuan dah sebijik macam perempuan... Dengan makeup lagi. Setakat ni lawak Balas kali ni mmg boleh tahan. Silent comedy mereka mmg sangat menjadi.
Antara punchline yg best:
- Masa suami bukak radio keluar lagu Geli Mat. Suami bukak pintu ke atas, kereta mahal... Isteri tunjuk baju ada gincu besar gila lepas tu kene penampor, n then suami pulak belasah gila2 punya. Memula dua2 nak angkat beg tak larat, suami siap ketaq lutut lagi, last2 boleh je tarik beg tu ada roda.
4. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Seperti jangkaan ramai, silent comedy yg menjadi makanan kumpulan Jambu mmg menjadi. Dengan penceritaan yg mengarut dan tak masuk akal, gaya badan dan mimik muka, kostum yg lawak dah cukup buat audien ketawa. Cerita pasal 2 orang nak bertanding berenang. Pastu macam2 la kejadian ngarut2 yg buat org pecah perut. Tapi still tak puas hati ada suara penonton yg sangat annoying "Boleh tuju lagu", byk kali pulak tu, betul2 mengganggu mood penonton.
Antara punchline yg best:
- Masa mula jumpa peluk2 main tepuk tampar last2 Yus tertampar muka Tauke, pastu Tauke tak puas hati tampar balik muka Yus. Masa tunduk nak start terjun kolam, Tauke tertidur, macam Mr. Bean yg tertidur atas kerusi. Tauke terjatuh kolam sebelum start. Masa tengah berenang kat atas kerusi, Tauke boleh pulak tolak kerusi kasik ke depan sikit, lepas tu Yus tarik balik kerusi dia then buat berenang kuak lentang. Tengah elok2 berenang boleh lak Tauke surfing atas kerusi tu dgn soundtrack Hawai Five-0. Yus tak puas hati suruh tukar kerusi, last2 boleh lak bonceng sama2 mcm naik motor. Klimaks dia, last2 buat renang berirama... Memang superb.
5. Nabil (Laugh-O-Meter: LOL)
Persembahan Nabil kali ni pasal seorang perompak nak lari lepas merompak guna motorbot dekat laut. Byk guna props mcm ikan jerung, enjin motorbot, ikan patung, dll. Jalan cerita ada cuma nampak kelam kabut sikit, lepas tu sometimes perlukan pertolongan org lain mcm yg bawak ikan dalam laut. Timing dengan sound effect kat background pun tak berapa sync. Susah peserta solo nak buat silent comedy dan ini betul2 merupakan kelemahan Nabil. Tapi still menghiburkan dan kelakar. Last sekali mmg nampak muka Nabil stress dan kecewa.
Antara punchline yg best:
- Masa kena kejar polis tu, tengok kiri kanan kiri kanan. Lepas start enjin motorbot, Nabil ke depan ke belakang, rupanya tali bot tak cabut lagi, lepas gigit pakai gigi, Nabil kena tinggal dengan bot. Lepas naik bot effect gelak kat polis mmg kelakar mcm gelak kartun. Enjin bot rosak, kena kayuh pakai tangan, datang la ikan jerung... tapi malangnya tersangkut kat tangga. Bila Nabil terjatuh dalam air kena kena lawan dengan ikan jerung. Last sekali bila naik ke darat, jumpa harimau pulak, lepas tu kepala putus kena gigit.
6. Jozan (Laugh-O-Meter: LMAO)
Silent comedy Jozan kali ni berkisar pasal persembahan magic yg tak jadi. Zizan biasa buat lawak mcm ni dekat Lawakking dulu segmen Poyo Magic. Dan satu lagi diorg ada suntik sedikit elemen pelawak Jepun Gamarjobat yg buat lawak magic tak jadik, boleh try carik kat Youtube. Ada beg magic dan ada board hitam kat belakang. Nasib baik board tu diorg bukan buat magic sekali, kalau tak sebijik Gamarjobat. Satu lagi persembahan mereka mmg sarat dengan soundtrack lagu Looney Tuneslah, macam2, nampak cam persembahan klasik Charlie Chaplin pun ada. Overall mmg menghiburkan dan kelakar.
Antara punchline yg best:
- Masa intro awal2 tu lagu te nenenet te nenenet te nenenet diorg pun ikut sama tunduk tunduk tunduk. And then setiap kali habis magic tak habis2 tabur kertas. Masa Zizan nak start buat magic, Johan pergi lepaskan burung merpati. Magic tali Zizan, n then masa Zizan bagi Johan botol air nak buat magic dengan topi, Johan pergi minum air tu. Then Zizan tuang air dalam topi air tak jatuh, rupa2nya ada pampers dalam tu hahaha. Lawak belon tak bergerak, yg ni cam lawak Gamarjobat cuma diorg guna beg. Magic ikat handkerchief last2 terikat dengan seluar dalam.
7. Man (Laugh-O-Meter: HAHA)
Man dress-up pakai baju kurung buat sketsa pasal kisah sejarah suasana orang dulu2 perang dengan Jepun. Boleh lah kira menghiburkan cuma punchline lawak byk yg tak jadik, dan nampak cam recycle sikit dari Raja Lawak dulu2. Byk juga suara annoying dlm persembahan Man ni, sama cam time Amir. Mungkin ramai orang dah menyampah dgn 2 orang ni, tak taulah... Tapi sekali lagi aku cakap bukan senang peserta solo nak buat silent comedy, at least diorg patut diberi penghargaan atas keberanian dan semangat diorg.
Antara punchline yg best:
- Masa awal2 Man nak pergi basuh kain kena cium dgn laki dia... Lepas laki dia mati kene tembak Jepun, dia tak puas hati nak balas dendam bawak senapang nak lawak org Jepun. Masa dia masuk berkawad tu sama mcm Yus pernah buat masa Raja Lawak 1 dulu. Masa naik helikopter siap badan goyang2 mcm real. Masa jumpa timebomb bunyi tit tit tit tiba2 tukar jadik tukang jaga parking hehehe. Klimak dia bawak bendera Malaysia... mcm tengok teater patriotik pulak.
Peserta terkeluar minggu ke-7: Amir
Kesimpulan:
Nampaknya kali ni kumpulan Jambu betul2 dah menunjukkan taringnya... Silent Comedy mmg betul2 makanan diorg. Dan nampaknya tema kali ni betul2 dah menyusahkan dan memeningkan peserta2 solo seperti Nabil, Man dan Amir... Sbb komedi bisu ni biasanya perlukan 2 3 orang utk menjayakannya baru orang boleh faham, kalau just interaksi dengan orang halimunan dan persekitaran mmg orang susah nak tangkap apa yg cuba kita lakukan, silap2 haribulan nampak la mcm cerita kartun.
Dan jangkaan aku minggu ni salah seorang dari big 4 meleset, sbb nama peserta yg diundi keluar sebanyak 2 kali oleh peserta lain adalah Amir dan Man (Nabil obviously mmg nampak sangat salah seorang yg undi keluar Amir). Nampaknya peserta pun undi based on performance rakan2 mereka, bukan sbb nak kurangkan persaingan which mean satu persaingan yg sihat. Dalam byk2 peserta, hanya Nabil yg takde sape2 undi keluar. Jambu pulak terselamat dari tersingkir sbb diorg merupakan kumpulan no. 1 minggu ni. So antara Man dan Amir, ditambah undian peserta lain + markah juri + undian penonton, akhirnya Amir yg terkeluar... dan yang mana mungkin menggembirakan ramai pihak di luar sana. Sekali Astro buat kejutan lagi daaaa... minggu depan ada Undian Masuk pulak utk peserta2 yg dah tersingkir, caranya just undi Like dekat Facebook Fanpage Maharaja Lawak di sini sebelum 18 Mei 2011, jam 12pm. Setekat blog ini ditulis, kumpulan R2 mengungguli jumlah Like yg paling banyak, berkemungkinan R2 yg akan dimasukkan semula, dan diorang mmg deserved utk masuk berbanding peserta lain.
Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:
1. Jambu - ROTFLMAO
2. Balas - LMAO
3. Sepah - LMAO
4. Jozan - LMAO
5. Nabil - LOL
4. Jozan - LMAO
5. Nabil - LOL
6. Man - HAHA
7. Amir - HEHE
Oklah sampai di sini sahaja...Dan nampaknya kali ni Astro betul2 tak nak bagi orang upload video Maharaja Lawak ni kat Youtube... kedekut betullah. Korang dah dapat byk untuk dah dgn Maharaja Lawak ni, dahla kena subscribe dekat Astro Warna lagi, lepas tu kena SMS undian lagi... ini pun nak berkira ke. Cubalah buat CSR sikit (Corporate Social Responsibility)... Tak pasal2 source video aku dari channel GuaTVCom kena banned. Terpaksa cari sumber lain dgn kualiti video yg cantik... Nasib baik ada channel ButtonTVS... tq so much...
Oklah sampai di sini sahaja...Dan nampaknya kali ni Astro betul2 tak nak bagi orang upload video Maharaja Lawak ni kat Youtube... kedekut betullah. Korang dah dapat byk untuk dah dgn Maharaja Lawak ni, dahla kena subscribe dekat Astro Warna lagi, lepas tu kena SMS undian lagi... ini pun nak berkira ke. Cubalah buat CSR sikit (Corporate Social Responsibility)... Tak pasal2 source video aku dari channel GuaTVCom kena banned. Terpaksa cari sumber lain dgn kualiti video yg cantik... Nasib baik ada channel ButtonTVS... tq so much...
* Kredit: Video oleh ButtonTVS.
WEH...aku berpendapat JOZAN telah menghina prestij rangcangan MAHARAJALAWAK...kalau setakat...tiru idea sesikit,,oklah sikit...masalahnya meniru konsep show orang lain...pertandingan sekola rendah boleh la....
BalasPadamcibai la astro....cmne nk download ni....da la suwuh suscribes pakej mustika...
BalasPadamwww.teamaryzs.com
BalasPadamwww.jiwang .net
kat sini selalu boleh download full version..pagi sabtu dah ade, pantas jugak :)
bongok punye org malaysia...
BalasPadamhine prestij konon..
da 2 jambu busuk 2 tiru ping pong jepun yg minggu lpas punye ko x bising lak,,
kondem je leh,sokong xnk...klw xske, duk diam2...jgn duk kutuk org len...
Silent comedy ni mmg xbest langsung bagi aku.. aku letak smua meter paling tinggi pon tahap LOL je.. tambah plak ada suara sumbang ntah sape2 ntah...
BalasPadam@Tanpa Nama #1
BalasPadamJozan xdela sampai nak menghina rangangan tu... Takdela masalah mana pun kalau jadikkan konsep show orang lain sbg panduan, kalau nak ikutkan byk lagi yg teruk mcm Man, Balas & R2 yg selalu duk ceduk lawak dari Internet dan Majalah Mustika.
@Tanpa Nama #2
Takpe download dari link yg @ahmad faezi bagi tu... kalau tak subscribe je pakej mustika.
@ahmad faezi
Thanx 4 the link...
@Tanpa Nama #3
Setiap org ada pendapat masing2, xsalah tiru konsep show orang lain... cuma mungkin org berbulu sbb yg buat tu Jozan, kalau Man tu mungkin orang tak kisah kot sbb takla glamer mana. Tapi takde la sampai menghina prestij cam @Tanpa Nama #1 tu cakap.
@Tanpa Nama #4
Betul... silent comedy mmg kureng sikit sbb orang Malaysia ni tak biasa dgn silent comedy dan penerimaan dia lain... org putih lain mcm Mr Bean n Charlie Chaplin sbb mmg diorg mmg leh terima silent comedy tu... Komedi2 kat Malaysia dari dulu lagi lebih kepada bentuk sketsa dan dialog mcm Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Senario, Gado-gado, Jangan Ketawa, etc2. Yang pasal suara sumbang tu mmg mengganggu sungguh, patut Astro pantau sikit audien2 tu, kalau buat hal suruh keluar je.
alamak ai..ckp jozan tiru...kalo jambu dgn nabil 2 xnk pulak kte meniru 2...balas dgn r2 lg jelas2 meniru..hadoiyh...org m'sia ni mmgla...suke nk crik kesalahn org...jozan 2 bkn tiru..cme amik inspirasi dr vid 2 je...senang2 je nk kutuk..buat lwak sendirila...baru tau ssh ke sng buat lwk..btw...JOZAN<JAMBU<SEPAH...da best mlm 2...
BalasPadammasa tgk jozan, dah agak dah diorang tiru...tp xdela 100% ,sepah lak, yg sorang tu baring je kejanya, mula2 je wat aksi, pastu tdo je, 2 org tu la yg duk wat lawak, arap bile R2 masuk pasni, wat la lawak original lak...jgn duk tiru je...
BalasPadamaku menyampah dari dulu lagi dengan penonton di studio yang gila attention! masa usop wilcha pun suara2 annoying dok menjerit2. Low class punya penonton. patut pihak pengurusan halau ja. konon2 dok menyampuk tu lawak~ aii panas plak kalau ingat balik. masa silent komedy nie lagi la dengar sebab peserta x bercakap. kalau gila glamour sgt gi naik atas stage la woi. Damn! aku RAGE~ LOL / apa2 pun utk penonton yang asyik dok menjerit aku ada satu ucapan utk anda: " HOW ABOUT A NICE BIG CUP OF SHUT THE FUCK UP?" THINK BEFORE U SAY SOMETHING STUPID
BalasPadamala...kalo nak marah p0n xyah la gune kate2 yg agak kasar...mcm menghine diri sndiri plak....huhu.....
BalasPadam2-2 pun hebat..cuma cita rasa berbeza..mungkin cita rasa juri dan majoriti pengundi sms suka Jambu lebih dari JOzan..so deal with it..as my personal opinion..Jambu mmg layak jadi maharaja lawak yang pertama..di Malaysia..good luck Jambu..
BalasPadammasing2 ade kelebihan masing2..terima je lah..bukan 300k dpt ke kiterrr punnn...
BalasPadam