Sabtu, 31 Disember 2011

Ulasan Maharaja Lawak Mega

Maharaja Lawak Mega dah pun melabuhkan tirainya pada Jumaat baru2 ni. Seperti yg semua org dah tahu keputusan adalah seperti berikut:

1. Juara adalah Kumpulan Osbon yg dianggotai oleh Mr. Os dan Abon
2. Naib Juara Kumpulan Boboi (Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik)
3. Tempat ke-3 Kumpulan Saehu pelawak dari Indonesia (Eko, Bocil dan Vicha)
4. Tempat ke-4 Kumpulan Syok (Suhaimi dan Ariff Sudin dari Singapura serta Ifa Radziah)


Mungkin ada yg tertanya2 (ada ke???) sebab kenapa aku tak buat review Maharaja Lawak Mega tiap2 minggu berbanding Maharaja Lawak dulu.

1. Sebab aku malas peserta yg masuk adalah dari kalangan otai2 pelawak/comedian tanahair yg ada yg pernah mengecapi zaman kegemilangan satu ketika dulu dan ada juga yg pencapaian dalam bidang lawak biasa2 aja.

2. Sebab peserta bukan sahaja dari Malaysia tapi juga Indonesia dan Singapura. Bukan sbb aku terlalu bersifat kenegaraan, tapi bagi aku disbbkan perbezaan budaya dan bahasa, susah rakyat Malaysia nak faham lawak negara lain terutama Indonesia dan mungkin akan ada konspirasi yg ke final nanti akan ada wakil dari semua negara seperti yg telah berlaku walaupun mungkin ada pelawak tanahair yg lebih layak pergi final.

3. Peserta yg masuk bertanding terlalu ramai sampai 17 kumpulan/peserta menyebabkan minat aku hilang masa awal2 dulu, tak larat aku nak tgk setiap satu 17 peserta buat persembahan.

4. Peserta ni adalah otai2 dan org2 lama dalam industri seni ini, dan penyertaan mereka ke dalam MLM ni juga bukanlah sbb mereka nak sangat masuk tapi adalah sebab dijemput Astro, so bagi aku walaupun aku tahu akan ada yg lawak kurang menjadi, siapa aku untuk komen persembahan diorang. Aku hormati status mereka sebagai otai2 lawak, dan tujuan mereka masuk MLM ni pun just atas jemputan, biar mereka have fun atas comeback mereka.

5. Juri serta format pertandingan. Aku tak kisah sangat kalau juri bukan dari bidang lawak, tapi kewujudan juri seperti Chef Wan yg terlalu lantang mengkritik sampai kadang2 menjatuhkan air muka peserta menyebabkan aku lagi sakit hati tgk MLM dari nak gelak2. Dah la diorg buat lawak atas pentas ni atas jemputan, kena kutuk pulak tu bila persembahan hambar. Sepatutnya MLM ni tak perlu juri yg mengkritik, cukup sekadar bagi markah seperti Juara Lagu, sbb peserta2 yg masuk adalah org lama dan juga atas jemputan, at least hormat dan beri sedikit muka pada mereka. Sbb tu la timbul mcm2 kontroversi pasal Chef Wan dgn Adlin, Sobri, Afdlin Shauki, mcm2 lagi lah... Kalau nak ikutkan diorang tu sekapal dlm industri seni, kawan2 selebriti... so bila dah gaduh2 kutuk2 tuh jadik tak best. Dan atas sebab2 mcm ni jugakla ramai pelawak2 otai menolak jemputan utk MLM ni mcm Saiful Apek sbb dia dah tau benda2 mcm ni pasti akan berlaku.

6. Takde Nabil dan Jozan hehehe...

Sedikit komen aku utk peserta finalis...

1. Kumpulan Boboi 
 
So kalau ikut favoritism aku, aku sokong Boboi, sbb bagi aku lawak mereka lebih segar dengan isu2 terkini, versatile dan byk sindiran2 sinis. Walaupun mereka selalu buat lawak watak budak2, tapi bagi aku mereka punya talent tak perlu dinafikan based on persembahan dan lakonan2 mereka dalam pelbagai rancangan lawak, drama dan filem. Dan dalam MLM ni pun, persembahan mereka paling konsisten setiap minggu. Diorang ni mcm Jozan dalam ML, kumpulan yg popular dan paling strong, favorite ramai org yg menjangkakan diorang jadi juara tapi akhirnya dapat no. 2.



2. Kumpulan Osbon 

Aku tak kisah Kumpulan Osbon yg dinobat sebagai juara sbb diorang pun bagus, dan persembahan mereka setiap minggu juga konsisten, kadangkala down dan kadang2 meletup. Cuma yg betul2 menyerlah adalah Abon sbg killer dan Mr. Os just feed saja pada Abon. Lagipun Abon mmg dah biasa dgn stand-up atau stage comedian manakala Mr. Os lebih kepada komedi dalam filem @ drama. Formula lawak diorang pun dah boleh baca, Abon cuma perlu kenakan Mr. Os gila2. Satu yg bagus diorang ni, diorang bermula sebagai underdog waktu awal2 dulu, bukan peserta favorite, tak siapa sangka diorang boleh menang.



3. Kumpulan Saehu

Yg betul2 mengangkat kumpulan Saehu ni cuma Bocil je, kalau Bocil takde dah tentu awal2 keluar. Bila diorg buat persembahan aku tak fokus sangat, sbb lawak diorang tak berapa nak faham. Tapi nak kata diorg tak bagus tak boleh jugak, mungkin lawak diorg kurang sesuai di Malaysia, tapi kalau untuk org Indonesia mungkin lawak gila. So korang layan je lah ye.



4. Kumpulan Syok

Bagi aku kumpulan syok ni kadang2 ok kadang2 tak. Kalau aku juri aku bagi diorang no. 3. Kalau aku jurilah. Byk sebenarnya punchline yg lawak terutama dari si Suhaimi (bagi sape2 yg pernah tgk lawak qunut kat youtube tu kenal la dia) cuma kurang respon dari penonton Malaysia tak tahu kenapa. Mungkin sbb diorang org Singapura tak tahulah... Cuma utk MLM final ni patut diorang letak Boboi atau Osbon buat persembahan terakhir, sbb bila persembahan diorang dah meletup awal2, so bila Syok buat lawak biasa2 mood dah turun. So korang layan je lah ye.






Before umum keputusan dan pemenang, kumpulan Jozan muncul dan buat lawak yg mmg best. Sangat lawak dan spontan. Bagi aku diorang tetap the best spontaneous comedian kat Malaysia. 



So itulah sahaja satu2nya ulasan/review aku untuk MLM. Yang mana dok gaduh2 tu tak puas hati sana seni kutuk mengutuk harap2 dapat bermaaf2an dan berbaik semula. Nak kata budak2 semua dah besar2 panjang, tapi gaduh mengalahkan budak2, tulis2 kat Facebook la apa la ntah pape.

Dan aku harap lepas ni kalau nak buat lagi Maharaja Lawak Mega, jgn ada juri yg mengkritik2, juri dok bawah diam2 bagi markah dan juga ada juri awam yg bagi markah on the spot, kalau nak lagi menarik bagi masa 15 saat selepas diorg buat persembahan utk juri profesional dan juri awam bagi markah, lepas tu markah tu kuar kat skrin mcm ada sebuah rancangan Jepun, kalau best tinggilah markah kalau rendah rendahla markah, dan markah yg ada tu la nanti akan ditambah dengan SMS penonton, dan masa last sekali nak umumkan penyikiran just tunjuk je markah semua org.

So dengan posting terakhir aku pada 2011 ini juga aku nak mohon juta kemaafan kepada reader semua sekiranya ada salah dan silap dan aku akhiri dengan ucapan...

SELAMAT TAHUN BARU 2012 !!!


Kredit video to nazwa69.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...