1. Ericsson T10s
Ni merupakan handset pertama aku dan satu2nya handset aku yg pakai ada antenna, dengan warna hijau kebiruan, dibeli sekitar tahun 1999 kalau tak silap. Masa tu Ericcson tak gabung dengan Sony lagi. Kalau tak silap masa beli dulu sekali dengan line TMTouch dalam RM900++. Duit PTPTN tu buat sia2 je beli benda alah ni. Antara ciri-ciri yang
Tahun beli: 1999
Status: Rosak lantas hilang tah ke mana.
2. Nokia 3310
Handset kedua skrin hitam putih aku beli pada sekitar tahun 2001 adalah kerana mengikut trend ramai orang pakai handset model ni, kalau tak silap harga dalam RM600++. Nokia 3310 boleh dikatakan model terlaris zaman tu.Kaler handset aku kalau tak silap cam kat bawah ni, biru gelap. Antara ciri2 handphone ini adalah byk jugak housing murahan yg colourful, boleh buat ringtone monophonic sendiri yang mana sangat annoying (menjengkelkan), boleh lukis gambar dan letak wallpaper pixelate hitam putih, skrin yg agak besar membolehkan trend menghantar sms bercorak, ada game snake, jatuh banyak kali pun tak rosak2 dan mcm2 lagi lah. Masa ni dah terminate line TMTouch dan pernah pakai prepaid Adam, kemudian register line student package Adam (telefon dan SMS Adam ke Adam free) yang kemudiannya jadik Timecel dan kemudiannya lagi kena beli ngan Maxis. Nombor yg dipakai start dari line Adam tu sampailah sekarang aku masih pakai.
Tahun beli: 2000
Status: Rasa mcm dah rosak atau dah bagi kat orang.
3. Nokia 5210
Aku ni bukannya jenis yg selalu sangat tukar handset. Handset aku yg seterusnya dibeli sekitar tahun 2002 adalah Nokia 5210. Bagi aku handset ni design dia sangat cool. Ciri2 kebanyakan sama macam Nokia 3310, yang membezakan ke'cool'an dia adalah badannya diperbuat dengan getah keras yang tahan lasak (baru sesuai buat baling anjing), housingnya senang dibuka dan ditukar2 serta backlight LCD warna oren. Handset ni aku pakai dalam tempoh yang agak lama disebabkan ia sangat cooooool dan susah rosak. Dah banyak kali jatuh pun masih lagi OK.
Tahun beli: 2002
Status: Bagi kat orang sbb tukar yang baru. Tapi sekarang dah rosak dan hilang kot.
4. Nokia 7610
Tak tau kenapa tapi start dari Nokia 3310 aku dah serasi dengan handphone Nokia dan susah nak tukar brand lain. Tahun 2004 masa tu beberapa bulan selepas start kerja lepas grad, aku beli handset Nokia 7610 warna hitam merah yang lebih dikenali dengan Nokia Daun, mungkin sbb bentuknya mcm daun. Merupakan handphone kaler aku yang pertama. Kalau nak beza dgn handphone hitam putih sebelum2 ni mmg byk perbezaan dan ciri2 baru denga OS Symbiannya, cuma ciri2 yg aku rasa best masa tu adalah boleh amik gambar pakai back camera, boleh main lagu MP3, boleh install game macam2 dan juga masih ada banyak housing murahan. Memory card pun kecik je, 64Mb.
Tahun beli: 2004
Status: Bagi kat orang sbb tukar yang baru. Sekarang masih ada, boleh dipakai cuma dah takde orang nak pakai.
5. Nokia 6280
Tahun 2006 aku beli handset baru iaitu Nokia 6280 dan merupakan handphone slide aku yg pertama. Masa ni aku beli handset ni atas 2 kriteria, kamera yg agak berkualiti pada masa tu dgn button snap photo kat tepi memberikan feel mcm kamera sebenar serta ciri2 slide yang aku rasakan sangat cool time tu. Selain daripada tu ia mempunyai semua ciri2 standard handphone pada ketika itu, dan aku selalu jugak browse internet pakai WAP browser dgn GPRS, masa ni 3G belum ada lagi dan main game 3D Rally. Merupakan handphone yang paling lama aku guna dalam sekitar 3 tahun. Pernah rosak LCD sekali.
Tahun beli: 2006 Status: Bagi kat orang sbb tukar yang baru. Sekarang masih ada, boleh dipakai tapi bateri dah kembung sbb pernah sekali tertinggal dalam kereta waktu tengah panas, so takleh nak tutup cover belakang.
6. Nokia 5800 XpressMusic
Nokia 5800 XM merupakan handset latest aku dan yg sedang dipakai, dibeli pada tahun 2009 selepas start keje di tempat baru. Time ni beli 2 unit, satu warna hitam biru untuk aku, satu lagi warna hitam merah utk wife aku. Merupakan handset touch screen aku yg pertama. Mempunyai mcm2 ciri2 yg aku rasa menarik (perasaan pada 2 tahun lepas yg mana dah tak valid sejak setahun kebelakangan ni). Ciri2 yg aku boleh cakap adalah touch screen yg
Tahun beli: 2009
Status: Sedang digunakan dan rasa macam akan ditukarkan pada tahun depan.
7. Akan datang???
Ntah, tapi yg confirm aku akan sambar satu Android smartphone, mungkin tahun depan. Antara yang dah shortlisted:
A. Sony Ericsson Xperia Play
Sebab nak beli: Mempunyai ciri2 gamepad mcm PSP Go, Playstation Certified game, sesuai utk hardcore gamers mcm aku.
B. Samsung Galaxy Note
Nampaknya setelah lebih 1 dekad bersama Nokia, mungkin akhirnya aku terpaksa mengucapkan Goodbye Norkiah...
*tengah kibas2 sawang*
BalasPadamPeminat NOKIA pun beralih arah akhirnya ehheehehe.
Samsung NOTE rasa mcm besar sangat utk I yg comel lote ni.. tapi kompem performance bagus laa..
I sambar Galaxy S II jekk.. uhuhuhuh.
Tapi SAMSUNG mmg terbaekk ahhhhh!!!
takleh arr nk tukar touch screen, mybe smpai biler2 kot. sbb cm susah nk 'taip' sms lbh2 lg ketika bawak keter, mata pandang depan, jari2 menaip dgn mengenali bentuk dan kekunci abjad. haha...
BalasPadamLama betul x update blog.. I start baca ur blog masa maharaja lawak... Nape x review maharaja lawak mega? Dh terminate mustika ke? Hehe
BalasPadamAdalah...
BalasPadammak dia tak beri heheh...steady wan huhu
sedara dia
Ingat lagi time kamu beli yg Nokia 7610 tu....elok lagi yer?...dah bleh simpan muzeum tu...ekekeke
BalasPadamAnyway...bestla entry ni....catatan complete tu..siap tarikh bagai....akak langsung x ingat dah....yang pasti my 1st hp pun sama ngan kamu nyer 1st gak...ekekeke...
Siap bawak tidur tu...terjaga jer tengok hp....ekekke
@sns
BalasPadammana leh sms masa bawak kete
@adalah
maharaja lawak mega ni jarang tgk, sbb peserta dia bukan ex-raja lawak... byk pelawak otai dan juga pelawak indonesia ngan singapore, so tgk gitu2 je lah... tapi nanti kalau rajin saya tulis sikit pasal MLM ni...
bole tau hage nokia 7610 tahun 2004?
BalasPadam