Selasa, 20 Disember 2011

Terowong IPv6

Kepada yg tak tau, IPv6 dah dijelaskan di sini. Sekarang ni major2 ISP seperti TMNet, Jaring, berukband2 yg lain seperti Celcom, Maxis, Digi masih belum support IPv6. Ini bermaksud internet di negara kita dah ketinggalan ke belakang. Cuba je try masuk website2 ni - http://ipv6.google.com mesti tak boleh. Kalau boleh anda mmg ajaib. Walaupun ISP tak ready, tapi masih ada cara utk access kepada dunia internet IPv6 iaitu dgn menggunakan kaedah terowong IPv6 atau IPv6 tunnelling. Caranya mudah dan straight forward sahaja, ikut sahaja langkah2 seperti berikut.

Step 1
Mula2 masuk ke website http://tunnelbroker.net/ dan klik butang Register dekat section Tunnelbroker Login dan kemudian register la macam biasa dgn maklumat2 palsu korang. Lepas register, email yg mengandungi password akan dihantar kat email korang, so make sure bagi email yg betul. Lepas dapat email, login guna username anda dan password yang diberikan (password boleh ditukar kemudian).
Step 2
Lepas dah login, klik Create Regular Tunnel.

Pada IPv4 Endpoint tu, kalau IP anda tak keluar secara automatik, pergi kat google, taip "what is my ip", nanti dia akan bagitau IP anda. Ingat ini adalah IP public Internet korang, bukan private IP kat PC.  Kalau takde masalah dia akan keluar mesej "IP is a potential tunnel endpoint". Dekat Available Tunnel Servers tu, klik je pada Singapore tu je yg terdekat, Malaysia takde lagi. Bila dah selesai klik Create Tunnel.


Step 3
Kemudian detail2 berkenaan network korang akan diberikan. Kalau tgk kat situ ada tulis Client IPv6 Address seperti 2001:470:35:516::2/64. Haaa itulah IPv6 komputer korang. Boleh la amik kertas salin ke, copy paste kat Notepad ke. Then klik pada tab Example Configurations.


Kat situ pilih je OS yang korang guna, contohnya bagi Windows XP konfigurasi seperti berikut:

ipv6 install
ipv6 rtu ::/0 2/::216.218.221.42 pub
ipv6 adu 2/2001:470:35:516::2


Kalau pilih Vista/Windows 7:

netsh interface teredo set state disabled
netsh interface ipv6 add v6v4tunnel IP6Tunnel 175.139.19.61 216.218.221.42
netsh interface ipv6 add address IP6Tunnel 2001:470:35:516::2
netsh interface ipv6 add route ::/0 IP6Tunnel 2001:470:35:516::1


Untuk OS lain pun ada seperti Linux, FreeBSD, MacOS, tapi aku tak pernah try OS yg lain. Windows XP pun tak pernah try lagi, aku pernah try untuk Windows 7 je.

Step 4
Dekat komputer korang, buka MS DOS Command Prompt dan copy paste satu2 konfigurasi yg telah diberikan seperti di atas mengikut OS anda. Untuk Windows 7, kalau anda guna Streamyx/Unifi atau apa2 Internet yg pakai wireless atau berkongsi banyak PC yg biasanya Internet diconnect secara automatik lepas anda turn on ADSL Router/modem, bermaksud komputer anda mempunyai private IP yg didapati secara automatik daripada service DHCP router internet anda. Dapatkan IP private anda dengan buka command prompt dan jalankan arahan C:\> ipconfig.


Setelah dapatkan private IP komputer anda seperti gambar di atas, gantikan IP yg terdapat pada konfigurasi tunnel Windows 7 seperti yg dihighlight dengan kaler merah kat atas tu dengan private IP PC anda seperti berikut sebelum runkan command tersebut.

netsh interface ipv6 add v6v4tunnel IP6Tunnel 192.168.0.104 216.218.221.42

Lepas dah complete run semua command konfigurasi, runkan balik command C:\> ipconfig dan tgk kat baris bawah sekali, ada maklumat seperti berikut:

Tunnel adapter IP6Tunnel:

   Connection-specific DNS Suffix  . :
   IPv6 Address. . . . . . . . . . . :
2001:470:35:516::2
   Link-local IPv6 Address . . . . . : fe80::2158:d11c:aa27:f80b%20
   Default Gateway . . . . . . . . . :
2001:470:35:516::1


Anda akan lihat IPv6 yg korang dapat dari website tunnelbroker tadi telah disetkan pada komputer anda. 

Step 5
Lepas dah settle semua, last step adalah untuk cuba test masuk website2 yg IPv6. Antara website yg hanya boleh dicapai oleh IPv6 secara native adalah seperti berikut:

- http://ipv6.google.com
- http://ipv6test.google.com/
- http://www.v6.facebook.com
- http://www.ipv6.mampu.gov.my

Kalau korang boleh bukak tu maksudnya komputer korang dah enable IPv6. Welcome to the future of the Internet!

Website lain yg boleh dicapai secara Dual Stack (IPv4 dan IPv6) - http://www.kame.net/ (kalau korang hanya ada IPv4, gambar kura2 tu statik dan tak bergerak).
 Lagi website2 yg digunakan untuk membuat IPv6 connectivity testing:
- http://test-ipv6.com/
- http://ipv6-test.com/

Nota Kaki
Aku dah test kat Windows 7, dan konfigurasi untuk Windows XP tu pun mungkin boleh berjaya. Internet line yg aku gunakan TM Unifi. Kalau Streamyx pun kemungkinan berjaya. Tapi aku dah try buat guna line berokband Digi dan gagal, sebabnya masa tunnelbroker tu check public IP tak berjaya disebabkan ada masalah.

4 ulasan:

  1. maybe failed sebab berukband pakai shared ip.. actually aku nak tanya.., untuk apa wat mende nih sebenarnya.. functionnye..

    BalasPadam
  2. Function dia leh baca kat post sebelum ni http://adakamukisah.blogspot.com/2011/03/jom-migrate-ipv4-ke-ipv6.html

    Sekarang ni mmg tak nampak lagi, tapi dlm 2 3 tahun semua org akan pakai IPv6 sbb IPv4 punya address dah habis.

    BalasPadam
  3. saya dah cuba ikut semua cara yg awk bagi...tp kat setp 2 tak boleh nak teruskan sbb keluar msg ni "IP is not ICMP pingable. Please make sure ICMP is not blocked. If you are blocking ICMP, please allow 66.220.2.74 through your firewall." nak buat camne ye....sila bantu

    BalasPadam
  4. @Irama ramaunik, allow ping from Wan in the router bro.


    @Admin,
    Bro, tak dapat lah..dah setup Asus RT-N56U untuk pakai tunnelbroker, semua dah setup tapi tak dapat. Try ping thru telnet kat router pun packet loss 100%.

    Boleh tolong?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...