Isnin, 2 Januari 2012

Dua Ribu Dua Belas

Salam Tahun Baru 2012. Tahun 2011 meninggalkan aku dengan pelbagai memori manis dan pahit. Bermacam2 benda, kejayaan, kesedihan, kegembiran telah aku hadapi di tahun lepas. Aku harap mana2 yg gembira itu dapat aku kekalkan sampai bila2 dan mana2 yg pahit tu dapat aku lupakan. Antara harapan aku untuk tahun 2012 rajin mengupdate blog, dapat APC, naik pangkat, dapat duit banyak, beli PS3, Samsung Note, tulis novel, renovate rumah, pasang sport rim kereta, beli Notebook Acer, melancong dan berjalan2 dan yg paling penting dapat menjadi insan yg lebih baik dan dapat membahagiakan keluarga aku yg tercinta.


Tapi yg tak bestnya baru je start tahun baru 1 Jan 2012, berlaku kejadian yg menyedihkan di mana komputer Acer Aspire Z5710 yg aku kat PC Fair tahun 2010 jatuh dari meja dan menyebabkan hard disk terus kong... arrgghh tidak, habislah semua data2 yg terkandung dalam komputer aku. Dahla komputer jenis ni susah nak bukak nak repair sendiri, terpaksalah hantar ke kedai... duit lagi... sedihnya... Menjadi pengajaran untuk aku, lepas ni kena beli external hard disk 1TB letak sebelah komputer buat scheduled backup... dah mcm server kat data center pulak.


So untuk tahun baru ni, aku terpikir nak buat pembaharuan sikit pada blog aku. Sebagai seorang yg nerd dan seorg 80s kid, aku akan tambah dan tulis sikit pasal game2 lama yg classic dan oldies yg pernah aku main waktu kecik2 dulu, game2 baru yg pernah aku main, manga2 yg aku baca dan anime2 yg pernah aku tgk dan lain2 stuff yg nerd dan geek. Mana tahu ada jugak org Malaysia yg pernah punya minat yg pelik2 mcm aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...