Oleh kerana dah terimbau kenangan lama, aku rasa berminat utk baca balik buku yg pernah memberi aku kenangan zaman persekolahan dulu. So aku cariklah kat Internet pasal buku ni, jumpalah kat Mudah.my ada org jual satu set koleksi Saga Artakusiad yg mengandungi 6 novel kesemuanya bertajuk:
1. Permata Aurorius
2. Kota Arialun
3. Kembar Artakus
4. Petua Azkram
5. Puteri Alindalia
6. Pedang Aurora
So aku pun order dan akhirnya sampai di tangan aku. Cover semua dah lain sbb ni adalah cetakan ke-2 pada tahun 2010 selepas cetakan pertama pada akhir 80-an dan awal 90-an.
Saga Artakusiad ni ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Masa aku baca dulu aku rasa tak baca semua sbb kat library sekolah masa tu aku jumpa 4 siri je. Gambar kat bawah ni novel merupakan kulit buku asal cetakan pertama.
Berikut adalah sinopsis Saga Artakusiad yg diambil daripada website rasmi Saga Artakusiad:
Rizal telah dibawa oleh satu kuasa ghaib ke alam Aurora yang penuh misteri. Oleh kerana pada dirinya terdapat tanda-tanda kebesaran seperti yang tercatat dalam kitab-kitab kaum Aurora, dia telah diangkat sebagai pemimpin atau Artakus puak Armorikus. Sebagai Artakus, dia diharap dapat mengembalikan keagungan kaum Aurora dan membebaskan mereka daripada kezaliman Morrok – musuh Armorikus yang ganas. Dia juga terlibat dalam pertentangan Arasis (siang) terhadap Osria (malam) yang cuba memusnahkan alam…Kisah saga ni lebih kepada cerita fantasi seperti Lord of the Rings, Knights of the Round Table (Pahlawan Meja Bulat, juga salah satu buku yg aku pernah baca dulu2 versi terjemahan BM) dan kisah2 pahlawan zaman medieval. Saga ni tak habis sampai buku ke-6 dan ada sambungan buku ke-7 iaitu Legenda Numerius pada tahun 2004 namun ia diterbitkan sendiri oleh penulis dengan bilangan yg sgt terhad iaitu 500 naskah sahaja dan setakat ni belum diterbitkan semula. Harap2 aku dapat carik buku ni untuk koleksi aku.
Untuk menyekat rancangan jahat Osria, dia harus pula membantu Merkia (makhluk yang terhasil daripada cahaya) merampas Permata Aurorius yang berada di Kota Arialun dalam genggaman Herakos (makhluk yang terhasil daripada kegelapan).
Utk info lebih lanjut boleh layari website rasmi Saga Artakusiad dan juga FB Kelab Peminat Ahmad Patria Abdullah.
assalamualaikum !!
BalasPadamsedara, i am sooooo excited !! saya pernah baca buku ni masa saya kecik2 dahulu...pengaruh dari abang saya.. salah satu buku fantasi yang paaaaaaling saya suka. Dah dekat 20 tahun, tapi saya masih ingat-ingat lupa cerita ni.. paling saya ingat masa artakus kena dapatkan cincin dalam bola kaca kristal (mungkin) ... saya nak cari buku2 ni, tp kalau boleh nk cari dengan kulit asal.. terima kasih , dapat tgk gambar kulit asal saga artakus ni pun da cukup...
assalamualaikum !
nama jin yang bantu dia Babushka (kalau tak silap), tapi rupa2nya jin jahat! saya baca masa sekolah rendah, abg pinjam kat library. agak2nya bila la nak di filemkan ek? - mus
BalasPadamGet a lifelah kau orang. Baca buku hampeh ni semua. Penulis syok sendiri dan buku tak ada komersial value. Adalah dua tiga kerat orang yang takde kehidupan yang baca. Penulis ni problemnya dia rasa dia istimewa. Sebenarnya dia ni sama je dengam orang lain.
BalasPadamAhmad Patria ini rasa diri dia istimewa. Cakap pandai tapi sifat takabur dia ni tinggi betul. Kita doalah agar dia ni bertaubat dan sedarlah diri dia sikit.
BalasPadamso far, The Author cam ok aje. Tak as per Tanpa Nama gambarkan. N the story really colorful.
BalasPadamAs know, there is 1 book from him nak kluar ke pasaran. Side story of artakusiad. Boleh2 lah share dlm FB PTS. dated 21 Jan
See ya
Untungnya dapat 6 sekaligus. Mmg minat buku karangan ahmad patria abdullah.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamNak beli boleh? Hu3
BalasPadamAku juga penah baca buku ni tapi dpt baca sampai buku 2 je..ni waktu aku remaja la...meme best cerita nya...boleh tau mana boleh dpt 1set tak?
BalasPadamHei..heii aku pun pernah baca..nasib baik library sekolah aku (1998) ade 3 drp 6 yg asal...sekali baca mmg takkan lupa.
BalasPadam