Selasa, 29 Mac 2011

Jom Migrate IPv4 ke IPv6

Dah berapa hari tak update blog... sibuk, sangat sibuk. Terutama dengan projek IPv6 yang dah nak diimplemen di pejabat aku. Apa kejadahnya IPv6 ni?

Kalau nak diikutkan perancangan awalnya ISP di Malaysia akan IPv6 enabled by 2006, Sektor Awam 2008 dan seluruh Malaysia 2010. Sekarang dah 2011, tapi rasanya tak sampai 0.1% website yg dah IPv6 enabled kat Malaysia ni. Even tak dengar satu hapak pun kat TV ke, News ke yg mewar2kan perkara ni. ISP sendiri pun tak habis2 promote High Speed Broadbandnya, tapi abaikan benda alah IPv6 ni. Sekarang roadmap IPv6 dah direvise semula, di mana Gov. Agencies 2011 dan Malaysia 2012. Tapi rasanya macam nak kena revise je lagi.

Berbalik pada persoalan tadi, apa bendanya IPv6 ni? Mungkin ramai yg dah tahu tapi tak berapa faham. Aku akan cuba terangkan dengan cara yg paling mudah tanpa mengira secara teknikalnya. IPv6 bermaksud Internet Protocol version 6. Habis tu version sekarang apa? Sekarang kita pakai version 4, pendeknya IPv4. So semua IP Address yang kita belajar zaman tok kadok dulu dan masih gunakan sekarang semuanya adalah IPv4, menggunakan alamat 32bit. Contoh IPv4 ni 10.10.4.1, 172.15.1.1, 201.54.87.5 dan byk lagi. So IPv4 ni secara konsepnya, range dia boleh bermula dari 0.0.0.0 sehingga 255.255.255.255, so kombinasi yang boleh dibuat dengan IPv4 ni sebanyak 4,294,967,296 (232) alamat yang unik iaitu lebih kurang 4.3 billion.

Para saintis dan pakar komputer zaman pokcik mokcik dulu tak terfikir pun yg pengguna IP ni leh sampai 4 billion, so diorang rasa cukup dan dah cukup byk, sbb masa tu komputer berapa kerat je. Then selepas Internet boom, semua orang dah ada PC dan Internet, IP address semakin byk digunakan. Hari ni, semua benda yg nak akses ke Internet kena ada IP, komputer, server, mobile phone, internet phone, iPad, gadget dll. Lepas ni mungkin setiap peralatan elektronik seperti TV, peti ais, mesin basuh, trafik light akan ada IP sendiri. Dan pada tahun 2011, kesemua blok IPv4 telah habis diallocate kepada kelima2 Regional Internet Registries dan sedang menunggu masa untuk habis. Tak caya tengokla IPv4 Exhaustion Countdown counter ni...

Source: INTEC Systems Institute, Inc.

Bagi menampung keperluan pengguna IP address yg semakin bertambah ni, para saintis dan cendekiawan komputer ni ciptalah IPv6 yang menggunakan alamat 128 bit. Formatnya adalah seperti 2001:0ba0:01e0:d001:0000:0000:d0f0:0010. Range IPv6 yang boleh dicipta adalah antara 0000:0000:0000:0000:0000:0000:0000:0000 sehingga FFFF:FFFF:FFFF:FFFF:FFFF:FFFF:FFFF:FFFF, lebih kurang 340,282,366,920,938,463,463,374,607,431,768,211,456. Macam mana nak kira tu, berbillion2 trillion2 boleh ditampung dengan IPv6.

Persoalannya, perlu ke kita migrate ke IPv6?

Pengguna Internet perlu faham bahawa dunia Internet IPv4 dan IPv6 adalah 2 dunia yang berasingan dan ia tidak akan dapat bercakap antara satu sama lain. Berdasarkan gambarajah di bawah, sebuah komputer yg hanya mempunyai IPv4 address hanya akan dapat melayari Internet IPv4 sahaja dan tidak akan dapat pergi ke dunia Internet IPv6 langsung.
Gambarajah di bawah pula menunjukkan komputer yang mempunyai kedua alamat IPv4 dan IPv6 (Dual Stack) dapat melayari kedua dunia Internet IPv4 dan IPv6. 
Perlu ke kita melayari dunia Internet IPv6, dunia Internet IPv4 dah cukup kooot... Bagi aku memang perlu sbb kita tak boleh jangka 5 6 tahun akan datang, dunia Internet berkembang dengan sangat cepat. Sekarang mungkin orang main Facebook, tapi 5 tahun akan datang mungkin akan ada trend sosial website lain yang baru tapi sbb IPv4 dah tak cukup, ia dihoskan di dunia Internet IPv6 sahaja so orang yang masih menggunakan IPv4 sahaja tidak akan dapat mencapai website tersebut. Atau mungkin lepas ni banyak syarikat2 baru yg nak create website diorang terpaksa hos menggunakan IPv6 kerana IPv4 dah habis. Then slowly the big2 player akan meninggalkan IPv4 dan migrate ke IPv6, malah kerajaan US dah bagi memo yang mereka akan gunakan Native IPv6 (hanya menyokong IPv6, bye2 IPv4) bagi semua website, sistem dan infra mereka menjelang akhir 2012.

Sekiranya kita tidak bergerak sekarang maka kita akan ketinggalan. Aku yg ikutkan tak kisah sgt pun terpaksalah kisah jugak sbb dah aku yg bertanggungjawab memastikan IPv6 dapat diimplemen di pejabat aku... Dateline utk Gov. Agencies tu nak kena kejarrr. Korang macamana?

5 ulasan:

  1. Bagus gak share knowledge nih. K.Izan pun tak jaga network dah huhu

    BalasPadam
  2. takper... sbb ipv6 ni bukan utk yg jaga network je yg akan guna, semua pengguna internet akan kena migrate ke ipv6 satu hari nanti... so boleh lah kak izan call2 internet provider tanya dia bila nak ipv6 enabled

    BalasPadam
  3. Kalau dari segi macam modem broadband yang kita pakai semua camne? Benda tu support ke?

    BalasPadam
  4. hardware pun kena check juga samada ia dah IPv6 compliance atau tak, biasa device baru2 dah IPv6 compliance, tp leh check dgn pembekal atau internet samada dah support atau tak, mungkin yg lama tu kena update firmware ke, even OS pun WindowsXP SP2 ke atas je yg support IPv6.

    BalasPadam
  5. boleh x kalau nk mintak kongsi ilmu tentang ipv6 nie...sebb saye student network,,dan projek akhir saya insya'allah tajuk die ialah "implementation of ipv6 in laboratory"...
    kalau sudi kongsi ilmu mintak reply kat email saye.....
    nurul.izwani22@gmail.com...
    tQ sebb kongsi ilmu diatas...
    =))

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...