Rabu, 14 Disember 2011

Portal Tafsir Al-Quran

Dalam beberapa bulan lepas, aku hadiri taklimat berkenaan Ruby on Rails, kalau nak tau lebih lanjut pasal RoR ni cari kat Google. Ia merupakan web programming language macam PHP, JSP dan lelain dan ia jgua based on framework. Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal RoR ni, yg aku nak cerita pasal company yg bagi taklimat ni ada bina satu website tafsir Al-Quran dalam Bahasa Melayu yg bagi aku sangat berguna dan interaktif. 


Setiap surah ada terjemahan dalam Bahasa Melayu dan juga English. Terdapat juga bacaan yg boleh diperdengarkan terus atau boleh didownload dalam format MP3.


Fungsi yang agak menarik adalah fungsi carian, di mana contohnya anda hendak cari pasal kejadian bumi, just masukkan ke dalam kotak carian dan tekan cari, portal ini akan memaparkan kesemua surah dan tafsiran yang mempunyai kaitan dengan kejadian bumi.


Website yang sangat berguna ni boleh dicapai di www.surah.my. Semoga developernya sentiasa dirahmati dan diberkati atas usaha mereka membangunkan website ini.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...