Khamis, 14 Julai 2011

Bypass Blocked Website

Seperti yang umum ketahui, pihak SKMM dah block beberapa laman web file sharing seperti yang telah aku postkan dalam post aku sebelum ini. Dan disebabkan itu sekumpulan hackers antarabangsa yang bernama Anonymous telah mengancam utk menghack website kerajaan Malaysia atas nama menyekat kebebasan dan hak asasi manusia. Sebenarnya bukan website ni sahaja yang kena block, byk lagi website2 lain, sape2 kaki Internet tahulah website apa. Terdapat beberapa ISP (Internet Service Provider) telahpun blok, salah satunya adalah TM Net, sbb aku yg pakai Unifi ni pun kena block. Dan seperti yang mungkin ramai dah tahu, kat Internet terdapat berlambak cara untuk bypass dan bukak website2 yg kena block ni, salah satu cara paling senang adalah pakai Google DNS. So kenapa dengan Google DNS?

Bagi yg tak tahu, DNS ni stand for Domain Name System. Sebenarnya semua nama domain atau URL seperti www.google.com, www.yahoo.com dan sebagainya mempunyai IP Address. Nak tau apa IP dia cuba ping www.google.com, dia akan ping ke IP Address dia iaitu 209.85.175.103. So DNS ni berfungsi sebagai satu rekod atau direktori yang menyimpan domain name dan IP Addressnya, dengan erti kata lain ia akan menterjemah atau translate URL yang kita masukkan kat Internet Browser ke Public IP Address so that website tu boleh dibuka. Kalau DNS ni takde, kita kena ingat setiap IP Address setiap website yang nak kita bukak kat dunia ni.

Apabila SKMM keluarkan arahan untuk memblok laman2 web tertentu, mekanisma yg digunakan oleh ISP mcm TM Net untuk blok senang saja, keluarkan je domain name website berkenaan daripada DNS server dia. Sebab tu bila kita ping contohnya, www.megaupload.com, kita takkan dapat IP Addressnya macam gambar di bawah:


Sebab tu bila kita bukak URL tu kat Internet Browser, page cannot be displayed sebabnya DNS server TM Net tak dapat translate URL megaupload tu ke IP Addressnya.


Tapi sebenarnya kalau kita cuba bukak page tu dengan masukkan IP Address megaupload kat Internet Browser, sebenarnya website tu boleh je dicapai dan tak diblock pun, cuma tak berapa lengkap sbb masalah2 dalaman seperti coding dia, virtual host dan lain2. Tapi secara umumnya kita dah tahu yg dia tak block pun IP Address tu.


So untuk bagi komputer kita kenal domain name tu dan boleh ditranslate ke IP Address, kita terpaksalah cari Public DNS server yang lain, dan yg paling famous dan popular adalah Google DNS. Gambar kat bawah, sebab komputer aku guna Wifi Router Unifi so secara automatik DNS Server aku disetkan kepada IP Address router tu sendiri iaitu 192.168.0.1.


So untuk tukar IP DNS server tu ke IP Google DNS,kat Local Area Connection Status tu klik Properties, kemudian double click pada Internet Protocol (TCP/IP), kemudian klik Use the following DNS server addresses dan masukkan seperti berikut:

Preferred DNS server: 8.8.8.8
Alternate DNS server: 8.8.4.4


 Bila IP DNS dah ditukar, cuba ping balik www.megaupload.com dan kita akan lihat ia ditranslate kepada IP Addressnya.


So apa lagi, cuba bukak website www.megaupload.com dan lain2 website yang telah diblock... amacam boleh? Tapi ia hanya berkesan utk website yg dblock oleh kerajaan Malaysia sahaja + di rumah korang yang takder firewall. Kalau Facebook kena block kat ofis tu tak dapek la guna cara ni sbb biasanya di organisasi diorang block website pakai Firewall.


Tutorial untuk bypass website yang diblock ni aku demo guna Windows XP. Kalau guna Windows 7 ke, Linux ke, konsep dia sama je, setkan Primary dan Secondary DNS tu guna IP address Google DNS, cuma cara nak buat tu je lain kena tau kat mana nak setting, biasanya kat Network Configuration.

11 ulasan:

  1. kalau utk student nk akses ke web yang di block oleh Uni blh wat cara ni tak? maksud aku dorg pakai wifi provided by Uni...

    BalasPadam
  2. @dinie muhaimin
    Biasa kat uni diorang pakai firewall, so cara ni tak boleh pakai. boleh try pakai Ultrasurf, tgk kat sini http://www.ultrareach.com/. Tapi kadang2 kalau firewall admin tu pandai dia boleh block jugak

    BalasPadam
  3. kalo kt us, download2 ni takut gak sbb smpai ada kes2 saman..boleh trace ip etc.. kt jepun pn ade kot.. artikel dulu kata siap ada sykt us bg surat amaran kt mesia sbb mesia adalah yg paling ramai mengdonlod..? jd mustahil ke kalo ade kes2 saman sbb donlod/uplod kt mesia ni..? mybe mase dpan kot.. tp spanjang ke hari ini, penah ade kes saman ke, saman dlm negara atau dr sykt luar negara?
    skadar bertanya..

    BalasPadam
  4. @Tanpa Nama 15 Julai 2011 12:02 AM
    Kat US memang diorang tekankan pasal copyright, piracy dan lain2, even FBI sendiri yg cari, sbb tu kat sana kurang piracy, tapi harga2 software, cd, album lagu kat sana pun murah dan mampu dibeli. Kat Malaysia ni harga mahal, ramai yg tak mampu, tu yg download sana sini. Kita ada jugak Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Komunikasi_dan_Multimedia_1998 yg digunakan bagi menangani masalah2 yg berkaitan ICT. Kalau nak kata kes saman tu tak pasti, tapi byk je kompeni yg pakai software pirate dah didakwa di bawah akta ni. Kalau individu yg memiliki barang2 pirate mcm software, movie, album lagu dan lain2 pun sebenarnya boleh didakwa, cuma setakat ni tak pasti pernah tak ada orang kena dakwa.

    BalasPadam
  5. boleh la aku tgk live bola lepas ni kt ESPN HD... thanks a lot...

    BalasPadam
  6. mohon share.. hehe

    BalasPadam
  7. hey i found another way to bypass dns malaysia ,megashare, filestube too on the internet

    BalasPadam
  8. info yang cukup berguna..tq

    BalasPadam
  9. kalau kita seting kat roater leh x?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...