لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا
(Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita).
Aku pernah di atas. Aku juga pernah di bawah, dan di bawah dalam satu tempoh yang agak lama. Aku sedih, ya tersangat sedih mengenangkan nasibku yang dirudung malang ini. Aku tahu ujian yang aku hadapi ini tidak sehebat seorang anak yang kehilangan ibu dan bapa, seorang ibu yang kehilangan anak saat melahirkannya, seorang bapa yang kehilangan semua anak2nya dalam kemalangan, seorang ahli perniagaan yang jatuh muflis, seorang banduan yang menanti saat2 akhirnya di tali gantung, namun ia cukup berat untuk diri ini memikulnya seorang diri.
Sewaktu belajar di Universiti dahulu, rakan sebilikku mempunyai sebuah buku agama yang agak tebal bertajuk La Tahzan. Aku bertanyakan kepadanya, apa maksud La Tahzan ni? Kawanku menjawab, Jangan Bersedih atau Don/t Be Sad... Pada masa itu dalam fikiranku berkata kalau sedih kenapa nak kena baca buku tebal2 ni, buat bodoh sudahlah. 9 tahun sudah berlalu... kini tatkala perasaan sedih dan kecewa kuat menyelubungi hati ini, aku tiba2 teringatkan buku tu, mungkin boleh membantu aku paling tidak mengurangkan rasa sedih aku ini.
Lantas aku menjejakkan kaki ke kedai buku dengan harapan buku tersebut masih lagi dijual dan Alhamdulillah, aku terlihat sebuah buku yang sama tajuknya tetapi kecil sedikit berbanding buku kawanku yang terdahulu. Aku mula membaca isi kandungan dan menjadi amat tertarik. Dengan berbekalkan RM24.90, aku membawa buku tersebut pulang dan mula membacanya sedikit demi sedikit. Hingga kini aku belum sempat menghabiskan lagi buku ini disebabkan oleh tuntutan dunia yang tidak dapat dielakkan, namun sedikit sebanyak ia dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri ini. Dan aku lebih mula percaya pada diri sendiri dan yakin setelah kesulitan pasti ada kesenangan. So kepada kawan2 dan pembaca2 yg sudi melawat laman saya ini, sekiranya mempunyai kesulitan dan kesedihan, bolehlah membaca buku ini... Insya Allah, sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa perit di dalam hati.
Kalau anda rasa nasib anda malang, ingatlah masih ada orang lain yang lebih malang dari anda. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t. kerana masih memberi kita nikmat untuk bernafas di muka bumi ini. Dan jika kita tiada siapa2 di sisi dan merasakan tiada siapa yang dapat membantu, ingatlah masih ada yang selalu mengabulkan permintaan anda iaitu Allah s.w.t.
Semoga kebahagiaan menjelma
Semoga jiwa kita terubat dengan harapan
Maka janganlah menyerah
Sebab jika kau menyerah
kecemasan akan menyergap jiwa
Seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang memiliki harapan
Naper sedih2 ni Wan..?...lek lu...saper menulis buku tu Wan....cam teringin lak nak baca
BalasPadamBiasa lah kak aleyn... hidup ni siapa2 pun tak terlepas dari masalah... cuma nak share camana nak hilangkan kesedihan mcm saya ni. btw buku ni buku lama dah, dah byk edisi keluar dah, penulis orang arab Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, penterjermah Noraine Abu, beli kat Popular.
BalasPadamSemuga dgn membaca buka tu, wan dapat merasakan benar2 kasih sayang Allah, yg padaNya lah dicurahkan khidmat, kehambaan, pengharapan, tempat mengadu yg sebenar2nya ..
BalasPadamTeruskan wan , semuga jadi Mukmin Sejati (another buku by Dr Aidh)
pak
Sambung dari pak..
BalasPadamLa tahzan, innaullah ha ma ana --> jgn bersedih, sessungguhnya Allah bersama kita (wan rujuk ayat 40 Surah ke9/AtTawbah dlm Juz 10).
Mengikut majoriti ahli tafsir ayat tsb diucapkan Nabi saw memujuk sahabat setia baginda Sy Abu Bakar ketika dlm gua Tsur bersembunyi dlm peristiwa hijrah dr Mekah ke Madinah ... (klu balik umah bole rujuk Tarsir Al Azhar oleh Pak Hamka)..
(so, kpd wan, --> la tahzan, innaullah ha ma ana. Wan bole masukkan ayatnya? supaya dpt dibaca dgn betul makhraj & tajwidnya..)
pak
Dah tambah dah ayatnye... tq :)
BalasPadam