Selasa, 28 Jun 2011

Pimp My Ride

Actually takdelah Pimp My Ride sangat pun... just nak share yg kereta pertamaku iaitu Proton Satria 1.3 (Manual) berwarna Solid White yang berusia 11 tahun dan telah berkhidmat denganku selama 7 tahun telah pun lahir semula. Ingat lagi waktu memula beli dulu tahun 2004, masa tu baru je 1 bulan kerja lepas graduate tahun 2003. Bukan main jaga lagi walaupun kereta 2nd hand. Boleh kata tiap2 hari basuh. Ada kotor sikit lap... Biasalah benda baru, dah jadik macam awek dah. Kereta ni jugak yg banyak berjasa pada aku, bawak aku jejalan, gi dating huhuhuhu dan telah menjadi peneman hidup aku dari bujang, sampailah aku mendirikan rumahtangga pada tahun 2006.

Di sekitar tahun 2004 ketika duduk di rumah sewa dekat Klang. Masib baru berkilat lagi...

Masih lagi sekitar tahun 2004, pernah kene dajal kena conteng dengan tanda $ waktu tengah malam. Semua kereta yang parking kat luar satu deret rumah kena.

So bila kahwin, masa aku dengan kereta aku sudah kurang, hanya sebagai alat membawa aku pergi kerja dan keluargaku berjalan2. Dan masa untuk menguruskan kereta sudah kurang, kadang2 sebulan baru berbasuh. Makin lama catnya semakin pudar, kemek sana kemik sini kena gesel dengan keretalah, penghadang jalanlah, dividerlah, motor langgar lah... macam2 hal. 

Sekitar tahun 2007, masih berkhidmat menghantar dan membawa ku pulang sewaktu di tempat kerja lamaku di Nitto Denko Shah Alam. Warna pun dah lusuh sikit.


Kalau tak silap mula tahun 2007, dia start buat macam2 perangai, clutch cable tercabut waktu kat trafik light, speedometer cable asyik rosak, radiator bocor sampai overheat... kena wat top overhaul, throttle body problem dan yang paling latest aircond pulak rosak. Walaupun mcm2 karenah keretaku masih lagi menjadi tunggangan seharianku ke tempat kerja, dari tempat kerja lamaku di Shah Alam sampailah tahun 2009 aku mula berpindah kerja di Putrajaya. Pernah juga ketika jalan belakang rumahku yang masuk terus ke highway masih under construction, adalah dekat setahun lebih jugak aku lenjan keretaku meredah selut dan lumpur tanah merah semata2 nak guna shortcut + skip tol pergi ofis. Dah la basuh pun jarang, dah tak macam kereta dah rupanya. Macam kereta rally pun ada. Sayang time2 zaman kejatuhan dia aku tak ambik gambar... Kalau tak boleh aku tunjuk betapa 'cantiknya' kereta aku tu.

Sampai la beberapa bulan lepas... aku terasa bersalah pulak dengan kereta aku ni. Nak jual, sayang sebab dah habis bayar. Itupun tak tau laku ke tak. Daripada tambah hutang beli kereta lain, baik aku cuba hidupkan kembali keretaku. Apa2 pun 1st step, kena cat dulu. So setelah beberapa bulan kewangan dah kukuh sikit, aku beli side skirt dan front/rear lip (fibre je) dekat kedai Sato Auto Accessories dekat Seksyen 8 Bangi, lepas tu hantar paint kat kedai cat kereta dekat Batu 13 1/2 Jalan Puchong. Kat situ ada deretan Bengkel Mara, satu kedai tu kedai member aku, Infinity Speed Works, selalu servis dan repair kereta kat sini je. Sebelah dia Cool Infinity kedai servis dan membaiki Air-Cond, satu lagi kedai cat tu, aku tak ingat pulak apa nama kedai tu.

Lokasi bengkel cat kereta:

Dalam proses mengecat.

So untuk cat balik kereta ni warna body aku ambik Crystal White, hood Diamond Black, cat luar sahaja. Proses mengecat ambik masa dalam 7 hari. Tambah ketuk sana sini terutama kat bahagian side skirt sebelah kiri tu kemek habis sbb pernah langgar penghadang longkang simen, pasang balik bodykit yg aku dah beli tu, semua dalam RM1,600. Oklah tu kot... Habis je cat, masuk bengkel sebelah pulak repair aircond. Dah dekat 5 bulan aku pergi ofis jalan sana sini sauna dalam kereta. So hari ke-8 aku ambik kereta... inilah hasilnya...

Pandangan depan

Pandangan belakang

Amacam OK tak? Aku harap lepas ni semangat balik nak jaga kereta kesayangan aku nih. Kalau dulu parking luar je, sekarang parking kat dalam berbumbung sikit hehehe. Aku harap jugak lepas ni dia tak selalu buat problem lagi. Kalau boleh nak maintain kereta ni sampai la beberapa tahun lagi, sampai la naik pangkat ke ada rezeki lebih ke... Insya Allah. Tapi cuma sport rim la masih standard 13 inci... Hmmm takpelah tahun depan lah pulak tukar... tunggu kewangan dah kukuh balik. Walauapapun yang berlaku di masa hadapan, keretaku ini telah banyak berjasa padaku dan telah meninggalkan banyak nostalgia dan kenangan manis/pahit pada diriku.

8 ulasan:

  1. Ye lah Wan....dah ader yg BARUUU...jangan lupa yg lama......yer tak.....akak pun pernah naik keta kesayangan Wan tu kan.....

    BalasPadam
  2. Fuyoo ... mcm baru, tengah semangat nampak. Bab d.t.n. tu senyap2 aje le. Tulis yg baik2 aje ye..menuju ke arah kehidupan yg lebih ceria, baik & dekat pada Allah. Amin

    peminat senyap.

    BalasPadam
  3. Patutla hampir2 tak cam ari tuhhh! nak di beri nafas semulaa! selalu cam tengok kereta je, ari tu cam sbb tgk muka driver he he.
    Sama laa melenjan kereta kat tanah berselut tuhh... dah di beli oleh sorang cikgu pun kereta waja ku ituu.. tinggal kenangan jek laa..

    Tak pe wan, sekarang gi Kerja jalan dah cantik, tak jam, tak redah selut.. lama lagi bleh tahan kereta yg dah berkilat semula tuh! ehehhehe

    Satria hubby k.izan lagi 'tua'.. ada 13 tahun kot umurnya uhuhuhu.

    BalasPadam
  4. hihi..nampak sgt minat putih..yang baru pon putih..kih34x

    BalasPadam
  5. Our first car (mybe the cheapest that time 1978 ard RM11K brand new honda civic 2 door - maklumle baru keja) was white, after sometime bila kita cat baru, ha --> hijau pucuk pisang . Remember? Semua org gelak ..tapi ur mum kata, leb kurang gini le , 'ade den kisah, yg penting warna tu sejuukk..' (sayangnya tak de gambo).. nostalgia2

    pak

    BalasPadam
  6. Cantik gambor $$$ kat keta tu. Tu le, duit abis kat kete tu agaknya kot, member pun beri le $$$.. jgn marah, gurau aje.. Doakan dia supaya insaf & jadi baik.

    sedara.

    BalasPadam
  7. @Kak Aleyn / Kak Izan
    Macam2 kenangan dengan kereta ni... ni la kereta sejak start keje kat nitto lagi dok bawak kehulu kehilir... yg ni kereta saya... yg baru tu kereta keluarga :)

    @pak
    Yang wan ingat time warna hijau. tulah sayang takde gambo, kalau tak leh tepek kat sini.

    @sedara
    dah lama dah pun kejadian tu... nasib pakai petrol boleh hilangkan tanda tu.

    BalasPadam
  8. masuk sport rim plak la.. baru cunnn

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...