Isnin, 30 Januari 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 3

Jumpa lagi dalam ulasan Raja Lawak 6 minggu 3. Untuk minggu ke-3, tema dia masih lagi tema yg terlalu khusus iaitu "Zaman Sekolah". Kalau tema dia "Zaman Muda" lagi bagus kot baru akan ada kepelbagaian dalam persembahan, boleh jadi budak sekolah, mat rempit, masa kanak2 dan lain2. Sbb bila dah tema zaman persekolahan, mmg kita akan expect byk peserta pakai baju sekolah atas pentaslah nanti.
Meter tahap kelawakan:
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. King (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Lawak student conteng tandas. Kalau sketsa ni peserta lain buat mesti lagi kelakar, sbb idea conteng tandas tu dah OK dah. Walaupun tak berapa best, tapi ada peningkatan sikit je la dari dua2 minggu yg lepas.

2. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: LOL)
Sketch sambungan dari minggu lepas. Minggu lepas barang rumah semua kena tarik, minggu ni semua masuk balik. So far lawak, tapi masih di tahap seperti minggu lepas, tiada peningkatan yg ketara. 2Yol kena perbaiki cara mereka bercakap sbb terlalu laju dan waktu menyampaikan punchline kurang menyerlah. Part paling lawak pun time ten ten ten tu je.

3. Skema (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Patut sketsa ni dibuat waktu tema Komedi Muzikal. Lawak biasa2 je cuma menghiburkan dengan bantuan background music.

4. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Cerita lain sikit dari yg lain iaitu kadet sekolah. Masih menggunakan fizikal yg berbadan besar tu sebagai kekuatan komedi. Ada peningkatan dan lebih baik daripada minggu2 yg lepas. Kesian diorg selalu dapat bottom 3 sbb kumpulan Albob lebih OK daripada beberapa kumpulan yg lain.


5. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Satu lagi peningkatan daripada kumpulan Zero dan bagi aku persembahan mereka yg paling terbaik malam tu. Idea dan jalan cerita sgt bagus, penuh dgn punchline lawak sengal yg tak boleh dijangka. Tak keterlaluan kalau aku bagi kumpulan ni dgn rating ROTFLMAO. Tapi rasa sketsa dia panjang lagi, Zizan masuk awal sangat kot.

6. Kodan (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HUH???)
Minggu ni Kodan amat mengecewakan. Semakin minggu semakin menurun. Harapan aku tinggi kat satu2nya peserta solo RL6 ni tapi persembahan minggu ni mmg mengarut. Tak tau kat celah mana aku nak gelak. Macam dah takde idea dan tak buat homework. Bangkit Kodan bangkit! Tapi muka David Teo minit 1:52 tu paling lawak sekali tak bleh blah.

7. Ketupat (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEH)
Lawak sekolah pasal kelas Taekwando, idea dah lain tapi byk sangat lawak2 gerakan slapstik yg menjengkelkan. Part yg betul2 lawak boleh wat aku gelak time menari poco2 tu je, lain semua hampeh. Disebabkan tu, aku bagi markah la jugak sikit. Dan time poco2 Johan dgn Zizan tu je yg lawak.

8. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kumpulan Shiro merupakan peserta yg terlalu over-exaggerated oleh fan2 mereka yg ramai. Minggu ni punya sketch kira antara yg teratas, lawak boleh tahan la, jalan cerita pun OK, budak nerd kat sekolah kena buli dgn budak gangster, dah besar budak nerd dah jadik doktor, budak gangster jadi penagih. Tapi aku masih tak boleh nak hilangkan bayang2 Jepp Sepah bila Shiro buat lawak.

9. GMan (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kumpulan ni dgn Skema ada persamaan, byk buat gerakan slapstik, tapi kumpulan GMan lebih menjadi dan natural, bukan dibuat2 mcm Skema. Minggu ni ada peningkatan, dan lawak pendekar sotong dan gamat tu mmg menjadi, lawak double meaning mutiara tiram tu pun OK jugak.

10. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan Selak pun makin menurun. Lakonan OK tapi jalan cerita, punchline sgt kurang. Ada la tiga empat part je yg mmg betul2 kelakar... lain2 tu cerita drag lama sangat.

11. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Persembahan Kumpulan Cuit mmg mencuit hati. Watak budak2 yg dibawa mmg menjadi terutama yg darjah 1 muka tua. Cukup terhibur tapi entah kenapa masih tak boleh buat aku gelak terbahak2.

12. Riki (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: LOL)
Jalan cerita OK, punchline pun OK, juga antara persembahan yg bagus malam tu. Punchline 2 orang mamu tu mmg bagus, cuma yg sorang lagi tu perlu byk lagi dibaiki, kalau tidak akan menjadi liabiliti pada kumpulan.

Peserta terkeluar minggu ke-3: King dan Ketupat

Kesimpulan:

Untuk minggu ni masih lagi OK, ada juga sedikit (diulangi, sedikit sahaja) peningkatan daripada kumpulan2 yg dibawah seperti King dan Ketupat, tapi agak mengecewakan bagi peserta yg bermula bagus pada minggu pertama tapi semakin menurun seperti Selak dan Kodan terutamanya. 3 peserta terbawah adalah Albob, King dan Ketupat, dan 2 peserta yg terkeluar adalah King dan Ketupat di mana kedua2nya adalah anak buah Angah. Harap2 minggu peserta boleh persembahkan lawak seperti lawak kumpulan Zero pada minggu ini.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Zero (Cif - Taukeh) - ROTFLMAO
2. Cuit (Cif - Pak Yus) - LOL
3. Riki (Cif - Angah) - LOL
4. Shiro (Cif - Taukeh) - LOL
6. GMan (Cif - Pak Yus) - LOL
5. Albob (Cif - Pak Yus) - LOL
7. 2Yol (Cif - Angah) - LOL
8. Selak (Cif - Pak Yus) - HAHA
9. Skema (Cif - Taukeh) - HAHA
10. King (Cif - Angah) - HEHE
11. Ketupat (Cif - Angah) - HEH
12. Kodan (Cif - Taukeh) - HUH???

* Kredit: Video oleh Nazwa69.

2 ulasan:

  1. Ok u punya ulasan. I tonton yg u beri LOL aje.. Tak larat nak ketawa lebih2.

    BalasPadam
  2. Oop lupa, of course yg tahap ROTFLMAO tu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...