Khamis, 26 Januari 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 2

Disebabkan aku bercuti panjang sempena CNY, tak sempat2 nak update review Raja Lawak utk minggu 2. So minggu ke-3 pun tinggal sehari je, so aku update sikit2 jelah...

Untuk minggu ke-2, tema dia "Hutang". Aku sebenarnya kurang setuju dgn tema yg direct mcm ni, sbb persembahan semua peserta akan jadi lebih kurang sama, mintak hutang susah nak bayar, buku tiga lima, along, dll. Kalau tema dia "Ragam orang Malaysia", mungkin lebih byk topik yg boleh dipilih dan diperkembangkan.

Meter tahap kelawakan (aku tambah satu lagi meter iaitu HUH??? bagi persembahan yg tak lawak langsung):
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Persembahan biasa2 sahaja. Harap2 lepas ni takde sape2 buat lawak2 pasal iPad ke laptop ke pakai barang mainan tu, boring. Audien juga sangat over, terjerit2 mcm beruk padahal dekat part yg tak lawak pun.

2. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Minggu ni lawak jugaklah kumpulan Cuit ni... Tapi kekuatan kumpulan ni masih pada anggota kumpulan yg berkulit gelap tu. Sketch lain sikit daripada cerita tipikal pasal hutang mesti berkenaan duit, tapi yg ni hutang nyawa Hang Tuah dgn Jebat.

3. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Bagi aku Selak minggu ni lawak dia kurang sikit, tapi dari segi lakonan masih bagus. Tapi tolonglah jgn la ada babak cium2 tu geli lah... laki sama laki tu kan.


4. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Minggu ni kumpulan 3 beradik Sabah ni tak mengecewakan mcm minggu pertama. Mesti dah buat homework ni. Babak hindustan mmg byk membantu menghidupkan mood dan suasana. Lawak part last tu mmg troll gila...

5. Riki (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Jalan cerita agak mengarut, ada la sikit2 punchline, tapi ending mmg tak best bila diorg gelak yg dibuat2...

6. King (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HUH???)
Mamat nama saya kopi tu boleh ganti mat belon. Tapi secara overall... tolong keluarkan kumpulan ini minggu depan... Tapi mmg best Zizan dok bahan Kopi tu...

7. Kodan (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kodan minggu ni kurang sikit berbanding minggu pertama. Isi tak berapa kuat, cuma mimic watak artis negro rapper Hollywood, ditambah dgn pengulangan lagu dan tarian Hutaaaaanngg... Kalau dia garap dan kembangkan cerita pasal masalah orang yg memberi hutang, mesti lagi bagus.

8. Skema (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Jalan cerita sketch ni quite bagus, kita tak dpt agak org tu datang jumpa sbb nak tarik kereta, biasa nak mintak nombor ekor ke apa. Muka sengal mamat tarik kereta masa tok bomoh buat lawak jumper kereta tu pun lawak jugak.

9. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: LOL)
Satu lagi kumpulan yg ada peningkatan dari minggu pertama. Jalan cerita simple dan sempoi. Tapi lawak  barang rumah kena ambil sikit2 mcm pernah tgk tapi di mana ya.

10. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Terlalu byk berdrama, dan lawak APA??? Teng teng teng sekali dua ok lagi, bila dah byk kali annoying pulak. Klimaks lawak time last2 je bila dapat tau Jamilah tu Maya Karin.

11. GMan (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HEHE)

Aku taulah Cif diorg ni kumpulan Jambu tapi ramai aku tgk peserta malam tu pakai baju warna pink... tak payah kot. Persembahan GMan tak la lawak sangat, cerita lawak2 rumahtangga je, dengan adegan letak2 kepala tak dada. Byk betul babak2 cheap nak tarik perhatian penonton.

12. Ketupat (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HUH???)
Jalan cerita tak kuat, isi kurang, cubaan buat lawak double meaning tak jadi, dan tak habis2 lawak iPad. Minggu ni mmg teruk... bak kata Sheila Rusly, busuk brooo...

Peserta terkeluar minggu ke-2: Tiada

Kesimpulan:

Secara keseluruhan, prestasi lawak minggu ni sederhana2 sahaja di tengah2, tiada lawak yg betul2 meletup atau at least sampai tahap LMAO. 3 peserta terbawah adalah Albob, Riki dan Ketupat, tapi minggu ni masih takde peserta yg tersingkir. Tapi yg pasti kenapalah kumpulan King takde kat bottom 3, patut diorg yg patut terkeluar sbb lawak mmg mcm nookkhaaarrooommmm...

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. 2Yol (Cif - Angah) - LOL
2. Cuit (Cif - Pak Yus) - LOL
3. Skema (Cif - Taukeh) - LOL
4. Zero (Cif - Taukeh) - LOL
5. Kodan (Cif - Taukeh) - HAHA
6. Selak (Cif - Pak Yus) - HAHA
7. Shiro (Cif - Taukeh) - HAHA
8. Albob (Cif - Pak Yus) - HAHA
9. Riki (Cif - Angah) - HEHE
10. GMan (Cif - Pak Yus) - HEHE
11. Ketupat (Cif - Angah) - HUH???
12. King (Cif - Angah) - HUH???

* Kredit: Video oleh Nazwa69.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...