Sabtu, 4 Februari 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 4

Raja Lawak 6 sudah masuk minggu ke-4. Tema minggu ni "Cinta". Tema minggu ni OK sikit sbb tak terlalu spesifik... kerana cinta boleh jadi mcm2, cinta kepada awek, bini, kawan, mak bapak, Tuhan dan lain2. Tema ni jugak dah byk kali digunakan di Raja Lawak... setakat ni lawak tema cinta yg paling best dan epic adalah persembahan Nabil Raja Lawak 2 time bercinta zaman budak2, remaja dgn awek gemuk terangkat kerusi tu. Apa2 pun kita layan je persembahan peserta2 Raja Lawak 6 ni.
Meter tahap kelawakan:
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. GMan (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Aku agak tak suka bila org cuba buat lawak dgn buat watak orang gila. Bagi aku ia mcm cheap idea. Sbb bila dah jadik org gila, mmg dah konfirm la semua benda jadik tak betul, dan jalan cerita pun akan jadi mengarut2lah. Tapi kalau watak yg normal, buat something yg gila dan tak betul adalah lebih better. Persembahan biasa2 aje, punchline lawak yg menjadi pun kurang. Lawak telur2 tu pun agak annoyinglah. Cukup2lah lawak double meaning. Minggu lepas pun lawak telur jugak.

2. Kodan (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Serius frust dgn Kodan. Aku menaruh harapan yg agak tinggi dgn Kodan dari minggu pertama lagi. Tapi watak pengulangan black people dan juga permainan music background, tarian2 yg tak perlu sama seperti minggu2 lepas agak mengecewakan aku. Walaupun tak seteruk minggu lepas, tapi masih lagi belum cukup bagus. Ada la punchline sikit waktu hey man, hey dude hey wan tapi byk sgt masa dibazirkan dgn music dan tarian2 mengarut, masa 3 minit je pun.

3. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Idea Albob ni bagus sbb guna isu yg masih panas iaitu kemenangan lagu Hafiz - Awan Nano kat AJL26. Berlakon sbg watak Hafiz dan bapaknya Herman Tino mmg best, cuma isu cinta yg diketengahkan kureng sikit. Sepatutnya dia cuba bawak isu kasih sayang antara seorang anak dan bapa dgn melawakkan atau buat parody adegan dalam video klip Awan Nano antara anak bapak Hafiz dan Herman Tino tu. Tapi bila dia cerita jugak pasal cinta kat awek, rasa mcm tak perlu bawak watak Hafiz dan Herman Tino pun takpe, just buat je watak biasa bapa dan anak. Tapi secara overall masih lagi persembahan yg sgt baik.

Selingan - Babak Hafiz Awan Nano

4. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Aku harap peserta Raja Lawak jgn buat lagi persembahan pengulangan watak atau kesinambungan persembahan minggu2 sudah. Kalau persembahan menjadi pun, ia takkan meletup sangat sbb penonton akan rasa mcm persembahan tu dah basi sbb watak2 bapak, budak, cikgu zubaidah, prob kasut dan bakul tu semua minggu lepas punya. Kalau boleh cari watak lain dan idea lain. Untuk persembahan minggu ni boleh tahanlah, tapi tak boleh lawan minggu lepas.

5. Skema (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HUH???)
Cerita tunggang langgang, punchline kurang. Sepatut punchline mengurat pondan tu dah OK tapi sbb org dah takde mood so takde orang nak gelak sangat. Aku malas nak guna perkataan Sheila Rusly tu tapi mcm tulah ibaratnya.

6. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Merupakan persembahan paling top pada gelanggang minggu ke-4. Takde apa nak komen, ending puncline "Nak luah tak boleh nak ludah lagi adalah" mmg sangat terbaik. Setiap ahli kumpulan pun memainkan peranan dgn bagus. Syabas!

7. Riki (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Lawak ada, punchline OK, sengal pun dah cukup sengal dah, cuma jalan cerita dan konsep kurang sikit. Apa perkaitan Cowboy dgn Red Indian lepak kat kedai mamak kat Penang, tak nampak logik di situ. Kalau persembahan kumpulan GMan tu xpe sbb diorg tu gila so nak jadik apa pun jadiklah. Tapi lawak air nescafe + air ketum = nestum mmg terbaik.

8. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Pun ada pengulangan guna sketsa dan konsep yg sama, watak tuan rumah dan prop yg sama mcm minggu 2 dan 3, cuma ditambah watak baru org nak masuk minang. Byk punchline2 lawak, cuma mcm biasa cakap agak laju. So far antara yg terbaik, cuma jadi tak berapa nak sedap badan sbb ada pengulangan.

9. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kalau tgk dalam Youtube terlalu ramai org puji kumpulan Shiro, tapi aku masih tak boleh nak puji sangat sbb aku masih tak nampak kat mana punchline yg betul2 kuat. Yg aku lihat lebih byk lawak dan punchline mirip2 kumpulan Sepah. Kalau tgk persembahan kali ni pun trend ketawa penonton kat studio pun kurang, cuma jalan cerita jelah nampak OK sikit. Tapi kalau dia buat mamat yg tengah pancing tu pun rupa2nya nak bunuh diri terjun sungai jugak lepas nasihat2 orang rasa lagi menarik sbb ada jalan cerita yg twist dan tak masuk akal.

10. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Jalan cerita tak berapa kuat, cinta, hantu pocong, ustaz. Punchline pun masa awal2 OK makin lama trend gelak semakin menurun. Satu je yg boleh dipuji adalah ada unsur dakwah dalam persembahan ni. Yang lain2 perlu byk diperbaiki lagi.

Peserta terkeluar minggu ke-4: Kodan

Kesimpulan:

Banyak peserta dah menunjukkan peningkatan, cuma byk persembahan yg mempunyai pengulangan konsep dari minggu2 sudah. Minggu ni bottom 3 adalah Kodan, Selak dan 2Yol, dan yang terkeluar adalah Kodan. Kodan masa awal gelanggang pun dah ditangga paling bawah. Persembahan dia minggu ni tak dapat membantu utk menyelamatkan undian SMS. Walaupun aku agak kecewa sbb Kodan iaitu satu2nya peserta solo RL6 terkeluar, tapi kalau nak dibandingkan dgn bottom 3 yg lain iaitu Selak dan 2Yol, persembahan Kodan yg paling hambar sekali. Tapi kalau nak diikutkan dari segi persembahan peserta secara keseluruhan, yg patut keluar adalah Skema, tapi disebabkan Raja Lawak ni 100% undian SMS tak leh wat apa lah... lainlah kalau macam Maharaja Lawak Mega di mana juri juga boleh memberi markah untuk setiap persembahan peserta, bukannya semata2 undian SMS. So kepada Kodan, selamat maju jaya bro, aku pasti akan merindui lawak Aku Stacy versi Arab kau... terimalah...

Masa Taukeh bagi speech last sekali lepas VT Kodan terkeluar tu mmg sedih dan terharu... Takpe Taukeh ada 3 lagi anak didik anda yg akan terus berjuang. Terus turunkan ilmu dan idea2 gempak utk persembahan mereka di minggu2 akan datang.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Cuit (Cif - Pak Yus) - ROTFLMAO
2. Albob (Cif - Pak Yus) - LMAO
3. 2Yol (Cif - Angah) - LMAO
4. Riki (Cif - Angah) - LMAO
5. Shiro (Cif - Taukeh) - LOL
6. Zero (Cif - Taukeh) - LOL
7. Selak (Cif - Pak Yus) - HAHA
8. Kodan (Cif - Taukeh) - HAHA
9. GMan (Cif - Pak Yus) - HEHE
10. Skema (Cif - Taukeh) - HUH???

* Kredit: Video oleh Nazwa69 dan GuaTVutube.

2 ulasan:

  1. ala standard la melayu wat lawak..ada yg bagus and ada yang cam hampeh..nice review!

    BalasPadam
  2. welkam backkk... clear dah sawang2 kat blog nih hehe. K.Izan time sempat jek tengok.. kekadang lupaa uhuhuhu!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...