Selasa, 17 Januari 2012

Bawa Aku Pergi

Lagu baru oleh seorang artis baru yg bernama Kaka Azraff featuring Zizan Raja Lawak bertajuk Bawaku Pergi. Lagu ni best dan catchy, tapi ada 2 kekurangan, satu lagu ni mungkin tak akan masuk sbb lagu ni mengisahkan seorang lelaki nak bawak awek dia lari ke sempadan kawin kat sana (jgn lupa bawak buku merah - passport). Satu lagi lagu ni music yg digunakan kurang originaliti kerana menggunakan music klasik yg terkenal iaitu Pachelbel's Canon in D, boleh search kat Google atau Youtube. Music ni pernah satu ketika dulu org cover dekat Youtube dengan menggunakan electric guitar dinamakan Canon Rock lantas jadik hits dan meme pada ketika itu. Apa2 layan jer lah lagu kawin kat siam ni.


Kaka ft Zizan - Bawaku Pergi

1
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja

Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi

Tolong, jangan bilang mama
Tolong, jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh

Ulang 1

Zizan Rap
Ok. Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng

Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari geng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Ulang 1

Bila kita pergi
Apa kan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu

Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh

Ulang 1 (2x)


3 ulasan:

  1. Tulis satu dua ayat alQuran sangat besar ganjarannya di sisi Allah pencipta kita, yg menjadi saksi setiap perbuatan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq dad. wan says.

      Padam
    2. Canon Rock Malaysia1 April 2012 10:22 PTG

      betul tu.. tiada originaliti... ciplak Pachelbel's Canon in D/ canon rock!!! hidup jerryC haha...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...