Selasa, 12 Julai 2011

Tutorial Network Server Setup menggunakan Centos

Untuk kali ke-2 aku nak share some ilmu yang aku ada, at least dapat membantu sedikit sebanyak bagi yang memerlukan. Berikut merupakan nota kursus / tutorial / howto / manual / panduan cara2 untuk membangunkan sebuah server yang mengandungi network services atau perkhidmatan rangkaian yang biasa seperti:
  • DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) - digunakan untuk memberikan IP Address secara automatik kepada client PC.
  • DNS (Domain Name System) - digunakan untuk translate atau menterjemah nama domain seperti www.google.com ke IP Address.
  • NTP (Network Time Protocol) - digunakan untuk sync tarikh dan masa pada client PC dengan tarikh dan masa di server.
  • Samba Domain Controller - digunakan untuk membuat proses authentication sewaktu login/logon pada client PC terutama Microsoft Windows dan menyediakan perkhidmatan perkongsian fail dan pencetak a.k.a printer.
  • LDAP (Lightweight Directory Access Protocol) - digunakan sebagai sebuah set direktori pangkalan data dalam struktur hierarki untuk menyimpan maklumat yang berkaitan dengan komputer, pengguna dan lain2. Dalam nota ini OpenLDAP digunakan bersama Samba Domain Controller.
OS yang digunakan di dalam tutorial ini masih lagi Centos Linux 5.5. dan semua perisian yang digunakan adalah perisian Open Source. Ia amat sesuai digunakan untuk persendirian atau pun organisasi yang sederhana, namun bagi organisasi yang besar (Enterprise), aku tak sarankan untuk menggunakan open source software terutama untuk Domain Controller sebab jika ada problem susah nak dapat support, seperti yang aku alami sekarang. Solution untuk sebarang masalah terpaksa bergantung hanya kepada forum komuniti perisan open source tersebut dan cari kat Google. Aku sarankan bagi Enterprise level organization, untuk Domain Controller pakai Microsoft Active Directory, tapi lesen mahal sikitlah.

Nak download Centos image (*.iso) boleh download kat sini, latest version Centos 5.6. Select mana2 mirror yang dekat dengan lokasi anda. Kalau ada apa2 nak tanya ke macam biasa boleh hubungi aku melalui Facebook dekat profile aku atau tulis kat komen kat bawah.

Nota Kursus Network Server Setup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...