Rabu, 6 Julai 2011

KFC? Oh No!

Anda suka makan KFC? Teringin nak makan Snack Plate Hot & Spicy, Cheezy Wedges dan juga Zinger Burger? Think twice... at least for now...



Aku pun nak kata suka sangat tu tak la... tapi once in the blue moon ada la jugak makan KFC ni. Tapi baru2 ni dalam sehari dua lepas ada kawan2 Facebook share pasal rakaman video pekerja KFC a.k.a Kentucky Fried Chicken, tidak tahu cawangan mana, mengesat2kan ayam goreng (original atau hot & spicy) yang belum dimasak yang baru sahaja dilumur dengan tepung dekat tapak kasut.



Kemudian hari ini ada orang share lagi video kakitangan KFC jugak, kali ni diorang memerah kain lap sisa2 minyak ke dalam bekas goreng ayam, daripada perbualan mereka tempat goreng ayan hot & spicy.


Aku tidak tahu apa motif mereka2 ini berbuat demikian, tetapi bagi aku kemanakah moral anda sebagai seorang manusia? Dan aku percaya yang buat itu adalah orang yang sebangsa dan seagama denganku. Daripada percakapan mereka, "Ini yang tadi belum yang tadi tadi lagi", nampaknya mereka sudah lama membuat aktiviti yang terkutuk ini tanpa sebarang rasa bersalah. Dan seperti video yang pertama, kemungkinan berlaku oleh orang yang sama dan di cawangan yang sama. Ada jugak kedengaran suara orang perempuan, kemungkinan rakan sekerja yang menegur perbuatan mereka tetapi hanya digelakkan oleh para belia tersebut.

Masalah masalah... inilah masalah moral dan etika yang melanda anak muda dan generasi muda kini. Ini yang kita nampak sebab ada rakaman video, yang lain2 yang kita tak nampak? Mungkin ada yang meludah dalam Big Mac yang kita makan, yang menjual pada kita ayam goreng yang dah jatuh kat lantai, yang mengumpul kuah sate bekas dan sisa orang makan untuk dijual semula pada pelanggan, memasak nasi goreng sambil hisap rokok... itu baru masalah moral di kedai makan, belum lagi kes 3gp melayu yang berlambak2 kat internet...

Berkemungkinan juga budak2 unmatured a.k.a tak matang a.k.a bawah umur ni sengaja nak jatuhkan biznes atau sabotaj KFC sebab siap rekod lagi video dan sebarkan. Aku harap budak2 nakal ni dapat berubah... Ingatlah kalau anda buat jahat pada orang, satu hari mungkin orang lain akan berbuat jahat pada anda... Yang makan KFC tu pulak kebanyakannya orang Islam, orang Melayu, ahli keluarga anda, saudara mara anda, rakan2 anda... Kenapalah busuk sangat hati sampai nak buat dajal pada orang lain? Kalau ditakdirkan pula yang makan makanan kotor anda tu terkena penyakit yang teruk dan meninggal, adakah anda boleh senyum lagi ketika itu? Adakah anda rasa ia tidak akan dihitung di hari pembalasan kelak?

Kepada yang berkenaan, buatlah pengakuan terbuka dan meminta maaf kepada masyarakat... Aku yakin masyarakat boleh memaafkan korang. Ingatlah kalau masyarakat tak maafkan korang terutama yang dah termakan air tangan korang tu... Nescaya hidup korang takkan aman dunia akhirat. Korang dah elok2 diberi kudrat, tubuh badan dan akal yang sempurna untuk bekerja, bila dah dapat kerja buat benda2 yang bukan2... Tau tak ramai lagi penganggur2 kat luar sana yang berebut2 nak duduk kat tempat korang yang boleh buat kerja dengan betul dan amanah. Kepada pihak pengurusan KFC, saya harap pihak anda dapat menjalankan penyiasatan ke atas perkara ini dan mengambil tindakan kepada pekerja yang berkaitan agar dapat menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka dan orang lain. Janganlah kerana setitik nila habis rosak susu sebelanga. Fikir2 dan renung2kanlah...

*** UPDATED 11 Julai 2011 ***

Pada 6 Julai 2011, Pengarah Operasi Restoran KFC, En. Mohammad Alwi dah mengeluarkan kenyataan rasmi dari pihak KFC berkenaan insiden ini. Boleh rujuk kat video di bawah. Cuma aku rasa terganggu sedikit badan dia asyik goyang2...

6 ulasan:

  1. Ada ramai bebudak melayu yg kerja kat bhgn makanan aku tgk perangai mcm tu... ntah apa yg seronok sgt menganiaya pelanggan pd diorg neh... baru2 ni gaduh dgn budak pompuan melayu yg keja kat famous amos cookies... perangai sama je haram... bebudak camni baik mampus je drpd malukan mak bapak (ntah2 mak bapak pun takde kot, psl tu la tak diajar agama dan moral).

    BalasPadam
  2. @Jo Qusary
    Itulah pasalnye... bebudak zaman sekarang mcm tu lah... masa takde keje punya la merungut takde keje lah, bila dah dapat kerja buat perangai tak elok. Tak reti bersyukur langsung...

    BalasPadam
  3. Ntahlah..apa nak jadi ngan budak muda sekarang ni...nak kata tak der otak, ader....nak kata tak der hati, pun ader....abih canner?...

    tau dah...ni jenis tak der iman la ni...

    Aleyn : http://aiqhil.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Tu kat KFC. Aku dulu2, opis boy tempat aku keja bilang kat aku, bos dia suruh buatkan air, lepas tu dia ludah kat air tu. dia cete tu sambil gelak2 , kami tak terkata apa.
    Bos tu ok pada kami, tapi agaknya opis boy tu tak le terima yg dia tu opis boy. Kalau iman kuat, takut nak buat benda2 jahat kan, kan? (antaranya minta belanja kontraktor, rasuah, cempak sampah merata kat publik, tak solat, tulis yg x elok2 kat internet.dll..)

    Dia ingat Allah tu tak nampak agaknya.
    Semuga kita x gitu.

    peminat senyap

    BalasPadam
  5. Aku pulak pernah tengok kat youtube penjual air minuman ludah kat air sebelum dia bungkus. Warung tu kat tepi jalan mana ntah (lupa). Satu ketika agak heboh juga le isu ni. Manusia ni macam2, akhir zaman lagi hebat teruknya. Mudah2an kita & keluarga anak cucu & keturunan tak gitu.

    Didik le dari sekarang.

    BalasPadam
  6. Biasa le tu bila ada kes tertentu, mula le strict, lepas tu lama2 nanti cuai balik.
    Bukan perkara tu aje, mcm kes isu tanda 'halal', dll, dlm masa pihak JAKIM nak siasat & sahkan, kita pun ntah2 dah termakan.

    Tu yg agak2nya kita ni sekarang agak susah terima nasihat agaknya. Admin rasa mcm mana? Ok ke komen ni?

    ingat mengingat je.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...