Jumaat, 8 Julai 2011

Perhimpunan Ber... Sigh...

Kalau jadi esok, 9 Julai 2011 merupakan tarikh untuk segelintir rakyat Malaysia berhimpun kat KL untuk perhimpunan yang dinamakan BERSIH 2.0.


Siap ada video promo lagi...


Jadi apa sebenarnya tujuan Bersih 2.0 ini? Daripada laman web rasmi bersih, ada 8 tuntutan iaitu:
  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam  
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor
Nak tau lagi detail tengok la kat website dia tu... aku maleh nak copy paste. Plan asal perhimpunan ni adalah untuk menghantar memorandum 8 tuntutan ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Perhimpunan Bersih 2.0 kali ini diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan. Dapatlah sambutan segelintir rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk Cina, India dan golongan paling ramai iaitu Melayu. So siapa sebenarnya Ambiga ni? Korang baca la sendiri dekat wiki ni. Tak paham Bahasa Melayu? Bacala kat wiki omputih ni. OK dah kenal dia siapa? 



Kalau tengok kat video kat atas, Ambiga ada cakap (minit ke 2:46) yang ia tidak langsung agenda politik. Alo kawan... yang ko buat tuntutan macam2 tu bukan pasal politik ke? Dengan menggunakan Artikel atau Perkara 10 Fasal (1)(b) dalam Perlembagaan Malaysia, mereka menggunakannya sebagai alasan untuk meneruskan perhimpunan ini:

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Tapi berdasarkan perenggan di atas - ia masih Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4):


(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Perhimpunan ni plan asal nak buat kat atas jalanraya tengah2 KL, berkumpul dekat SOGO, DBKL dan Masjid Kg. Baru kemudian berarak ke Istana Negara untuk hantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kalau tengok kat map kat bawah ni tak ke jauh nak berjalan kaki ramai2 tu.

Legend: A - Masjid Kg. Baru, B - SOGO, C - DBKL, D - Istana Negara


View Larger Map

Seriously, berapa ramai korang nak kumpulkan orang untuk perarakan ni? 10,000? 50,000? 100,000? Sejuta? Dok jalan kaki ramai2 pergi Istana Negara... Ambiga dan penganjur boleh jamin ke keselamatan orang2 awam lain? Boleh beri jaminan ke ia berjalan secara aman dan tak mengganggu ketenteraman awam? Kat stadium tengok perlawanan bola pun boleh jadik rusuhan, baling mercun, bakar kerusi, pecah cermin kereta, gaduh sana sini... itu pun Polis dan FRU jaga, inikan pula perhimpunan jalanan. Cuba kalau polis buat bodoh je tak jaga, lagilah macam2 boleh jadi...

And again, seriously... Perlu ke angkut dan bawak beribu2 orang semata2 nak hantar memorandum pada Yang di-Pertuan Agong? It just a piece of paper OK? Berat sangat ke memorandum tu kena bawak ramai2? So lepas tu kata nak kena tukar dekat Stadium Merdeka. OK tujuan asal nak bagi memorandum kat Yang di-Pertuan Agong, so kalau dok berhimpun kat stadium tu sampai ke matlamat nak bagi memorandum tu? Baik dok rumah je lagi baiklah. 

Daripada info yang diperolehi daripada emel berantai, disebabkan Bersih ni polis akan buat road block start dari malam Khamis sampai Ahad dekat jalan2 berikut:

1) Putrajaya to KL
2) Towards Kajang toll from Bangi
3) Jalan Enggang towards AU2 and AU3
4) From Damansara toward Penchala
5) Αfter Bukit Jelutong/Shah Alam traffic into Kampung Subang
6) Damansara toll to Kayu Ara
7) Subang airport road
8) Jalan Haji Sirat to Taman Sri Pekan
9) Klang
10) In front of Monash University
11) Τowards Cyberjaya
12) Jalan Kampung Pandan into KL


Polis akan set up juga 58 road block pada Jumaat malam Sabtu. Beberapa jalan juga akan ditutup iaitu:

1) Lebuh Ampang
2) KLCC
3) Bank Negara
4) Dataran Merdeka
5) Sogo
6) Chow Kit
7) Menara Sultan Ismail
8) Masjid Negara
9) Jalan Raja Chulan
10) Jalan Ipoh
11) Sentul
12) Jalan Tuanku Abdul Rahman
13) Jalan P.Ramlee
14) Jalan Bandar
15) Subang Jaya ( Near Segi )
16) Sunway Pyramid and Subang Parade
17) The Federal Highway
18) LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
19) The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan


So terima kasih Ambiga, terima kasih bersih, terima kasih polis. Anda telah menyusahkan beratus2 ribu penduduk sekitar Lembah Klang... event pada hari Sabtu semua kena batal, operasi pejabat, pasaraya pada hari Sabtu di KL semua kena tutup, ekonomi pada hari Sabtu kat KL jadik lembab, majlis perkahwinan tak ramai orang nak datang. Semua orang malas nak keluar rumah.

Aku bukan penyokong mana2 parti politik, tapi aku sangat neutral. Kedua2 pihak aku dengar, dan tak semua kedua2nya betul, tak semua kedua2nya salah. BN nampak macam tak ramai je sokong, tapi bila pilihanraya menang. PR nampak macam ramai gila yang sokong, tapi bila pilihanraya kalah. Adakah 100% sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tu salah? 


Korang buat perhimpunan ni pun belum tentu menang pilihanraya. Aku ada cadangan yang lebih baik daripada berhimpun ramai2 tak tentu arah jalanraya tu. Majoriti penyokong BN adalah generasi lama dan tua, manakala majoriti penyokong PR adalah generasi baru dan muda. Kalau nak diikutkan dari segi bilangan, mmg ramai lagi yang menyokong PR sekarang ni, tapi adakah generasi muda ni pi mengundi? Kebanyakannya orang2 lama je yang rajin pergi mengundi, yang muda2 ni dok jerit, komen, merungut sana sini mengundinya tak jugak. Ada tu cakap je lebih tapi mengundi pun tak layak lagi. Apa kata kepimpinan2 parti politik ni, mana2lah.. fokus berkempen untuk mendaftarkan generasi2 muda ni untuk mengundi pilihanraya serta memberi pendedahan kepentingan dan bagaimana cara2 nak mengundi. Bukan dok sibuk upgrade line internet je, mmg le bebudak ni tak gi mengundi, baik layan Facebook, Youtube, online game, chatting, paling busuk pun mengundi untuk Akademi Fantasia atau Raja Lawak.

Dan satu lagi, pasal perhimpunan bersih ni, tujuannya untuk hantar memorandum. Aku cadangkan daripada angkut ramai2 orang yang kebanyakannya bukan orang KL pun, Ambiga dan para pemimpin yang lain boleh buat satu petition secara online atau manual dengan mengutip nama dan tandatangan orang yang menyokong tuntuntan2 tersebut. Masa setiap sesi ceramah kat dewan2 tu, ambik tandatangan. Aku yakin, korang leh dapat lebih byk sokongan daripada jumlah peserta yang nak datang perhimpunan bersih tu. Lepas tu cukup la 10 orang pemimpin utama Bersih, tak perlu ramai2 sangat, mohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong dan serahkan memorandum dan petition, aku percaya cara ni efektif, malah mungkin akan menambah sokongan kepada korang sbb takdela nak mencetuskan huru hara dalam negara kita. Sebab tu korang jadik pemimpin, jadik wakil rakyat. Korang adalah suara kepada rakyat yang telah diberi mandat untuk mewakili mereka. Kalau pemimpin nak heret sekali orang yg korang wakilkan tu, tak gunalah jadi pemimpin atau wakil rakyat. Kalau mcm tu penuh la parlimen semua rakyat pun nak join nak bersuara. Setahun punya persidangan pun tak habis.

Galeri foto gambaran KL dan perhimpunan Bersih boleh tengok kat sini

So perhimpunan dah habis... Macamana? Tercapai tak hajat nak bagi memorandum tu pada Yang di-Pertuan Agong? Tapi tak payah bagi memorandum tu pun, aku tgk kat berita Awani, Pengerusi SPR dah tau dan dah jawab pun mengenai tuntutan2 Bersih ni tadi. Aku tengok byk video yang menunjukkan polis menggunakan kekerasan, sembur air dan kasi gas pemedih mata...  pukul sana, heret sini, jerit sana, jerit sini. Dan banyaklah yg blame dan salahkan polis cakap polis ganas lah tak betullah... Yang Bersih ni pun satu... Dah tau polis dah bagi amaran, yang datang jugak buat apa? Memang kenalah... Samalah dengan Patriot ke, Perkasa ke, dan lain2 perhimpunan poser... Dan korang pun tak boleh nak salahkan sangat polis tu... Ingat diorang pun suka sangat ke buat kerja tu? Pukul, terpekik terlolong kat orang awam. Cuba korang duduk kat tempat diorang jadi polis? Tulaaa jadik polis tak nak, so jgn la mengutuk2 sangat orang yang terpaksa jadi polis ni. Kalau time ada jenayah perompak masuk rumah kena ragut, polis jugak korang carik. Memang la ada jugak polis yang kurang cekap... Kalau korang rasa korang cekap pergila jadik la polis. Ingat, polis2 ni hanya "Saya yang menurut perintah". Perintah sape? Menteri... tapi menteri2 ni pun "Saya yang menurut perintah". Perintah sape? Sendiri mau ingat lah. 

Yang aku nampak, Bersih ke, Patriot ke, Perkasa ke, Polis ke kebanyakannya Melayu + Islam. So sama2 tibai masing2, maki sesama sendiri, even dekat Facebook pun aku tengok dari elok2 kawan dari satu sekolah, satu universiti, satu tempat kerja, disebabkan fahaman politik yang berbeza terus bergaduh dan putus saudara. Sorang maki kau bodoh, sorang maki kau bangang. Aku Malu laaa! Sedih! Tak puas hati? Tak perlu la bergaduh, tak perlu berdemonstrasi jalanan, tak perlu begitu taksub. Setel jela kat peti undi OK? Tapi daftar la dulu mana2 yang belum daftar tu ye. Aku tgk iklan SPR, ada 3.9 juta warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang layak mengundi tak mendaftar SPR lagi. Ada tak di antaranya yang pergi perhimpunan tadi? 3.9 juta tu banyak tu, boleh mengubah sesuatu. So kalau belum daftar, daftar dulu, lepas tu mengundi, habis undi gi minum teh tarik sama2 kat mamak, tak kisah la ko parti ayam ke itik, lepak sama2 ketawa sama2 kan bagus...

Sedikit sebanyak gambar / foto warna warni sepanjang perhimpunan Bersih 2.0: 

Jalan KL dah mula jem sejak malam disebabkan banyak roadblock dan jalan kena tutup

KLCC pun kena tutup jugak...

Taklimat pagi untuk anggota polis

Jalan kena tutup... pagi masing tenang di ibu kota

Pelancong angkat beg larikan diri dulu

Jalan KL sesak teruk...

Beberapa peserta Bersih 2.0 melakukan solat hajat di Masjid Negara

Kelihatan peserta Bersih mula keluar dari Masjid Negara untuk pergi berarak

Jalanraya di ibukota sudah mula dibanjiri peserta perhimpunan

Dekat Petaling Street pun ramai orang... King mesti marah ramai orang langgar kawasan dia

Beberapa peserta sempat bersolat secara berjemaah di kawasan berumput tengah ibukota

 Pasukan FRU sudah bersedia untuk menghadapi tentangan daripada peserta perhimpunan

COOL gila uniform, helmet dan mask FRU... cambest je pakai

Di lokasi yang berlainan, kumpulan Patriot pun nak join langgar kawasan

Bagusnya ayat...budi bahasa budaya kita...

Di lokasi yang berlainan juga, sekumpulan orang yang ketuanya tidak berbaju nak cari orang yang berani langgar kawasan diorang. Jangan sampai Abang Long Fadil turun sudah...

FRU vs orang awam

Sedia semua??? Rapatkan barisan...
Mula! Bom asap

Semburr lagi...

Kan dah kena tangkap

Siap koyak baju lagi

Perempuan pun kena tarik jugak... Kesian makcik ni... tapi nak salahkan polis takleh juga... diorang hanya buat keje dia... Kalau makcik ni, warga tua sanggup turun medan perang, diorang pun mesti dah bersedia untuk hadapi apa jua risiko yang bakal dihadapi.

Patriot baju merah pun tak lepas jugak... lock leher dia kita smackdown

Khairy Jamaluddin a.k.a KJ pun kena sembur dan tangkap jugak...

Kesian Ambiga cedera kena papah dgn bodyguard dia...

Polis angkut ramai2 naik lori polis peserta yang diorang sempat tangkap

Tu yang kat tengah tu macam budak je lagi... dah layak mengundi ke belum?

Semua tahanan Bersih di ambil keterangan dalam suasana yang aman damai... Macam open interview kat Career fair pulak.

Bestnya kena tahan, siap makan free macam kenduri kahwin lagi... 

Khemah untuk tahanan bersolat pun disediakan...

Ok perhimpunan dah tamat... jom kita balik... siap bersalam lagi polis dan peserta perhimpunan... pagi kita gaduh, petang kita kawan...


So Bersih 2.0 dah tamat. Ada beberapa t-shirt berkaitan post-perhimpunan yang sangat KooL... Leh check kat sini http://ijaicool.blogspot.com/2011/07/t-shirt-kool-untuk-dijual.html


12 ulasan:

  1. Double thumbs up utk artikel nih..! esok mmg duk umah je laa.. seb baik ada projek ofis nak buat. Malam tadi balik dari Mines pun jalan arah nak ke Mines dah jammedd.. nasibbb laa korangggg

    BalasPadam
  2. 1. ko suruh baca profile ambiga kat wiki? hhahaha... wiki bg aku tak boleh percaya sgt... ko tgk la tarikh editingnya... 2 Julai 2011... ko bandingkan dgn artikel yang 1 Disember 2009...

    aku tak kata entry ko ni tak bagus... tp lain kali pls jgn ambil dr wiki sbg references... sumber dr suratkhabar lg baik sebenarnya...

    ---------------------------------------------

    2. Bagi aku tuntutan Bersih 2.0 tu munasabah... mungkin bagi ko caranya dgn berdemo tak sesuai... jd, ko ada cadangan tak mcm mn nk tunjukkan pada agong yang tuntutan mereka betol2 mendapat byk sokongan dr rakyat?

    BalasPadam
  3. 3. Ko rasa tindakan polis wat sekatan jln raya time org balik kerja tu betol ke?

    BalasPadam
  4. Jadi pemimpin hendaklah BERSIH
    Jadi rakyat hendaklah BERSIH
    Jadi majikan hendaklah BERSIH
    Jadi pekerja hendaklah BERSIH
    Jadi suami hendaklah BERSIH
    Jadi isteri hendaklah BERSIH
    Jadi ibu bapa hendaklah BERSIH
    Jadi anak2 hendaklah BERSIH

    KEsimpulannya, jadi manusia hendaklah BERSIH, dari penyelewengan, salah guna kuasa, hasad dengki, jahil dllll, manakala kita yang ISLAM ditambah dgn keistimewaan iaitu BERSIH dari kekufuran, nifak, & derhaka dari perintahNya.

    (ni antara isi kutbah yg disampaikan di sebuah masjid negri BN last week. Tak tau le ustz tu dah dpt surat warning ke tak, sbb ustz tu fames uuu .. kat tv pulak tu. Mcm kes wardina lak, pi campur pun tak leh.. apa pun tak leh!!!)

    BalasPadam
  5. @Izan & Pop-Soul
    Tq for ur comment

    @Dinie muhaimin
    1. Sumber banyak... kalau ko nak sumber suratkhabar pun boleh... tapi nanti orang ckp sumber ni takleh pakai sbb suratkhabar pro-BN.
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perarakanharam_baikcegahsebelummerebak/Article/index_html

    Cari kat Google pun berlambak, yang pasti Ambiga mmg ada kaitan dgn kes Lina Joy dulu.

    2. Tuntutan mmg munasabah... tapi cadangan aku untuk tunjukkan sokongan rakyat boleh refer balik artikel aku kat atas tu... buat petition collect tandatangan, mintak diorang bagi nama dan IC sekali... baru tau sokongan tu betul2 dari rakyat Malaysia... pastu pemimpin utama dalam 10 orang ke menghadap Agong untuk serahkan memo... setel. Kalau berdemo kat tengah jalan bukannya leh confirm semua rakyat Malaysia, ntah2 org Indonesia, Bangla, Vietnam, Myanmar semua import sekali.

    3. Bagi aku polis terpaksa buat sekatan, sbb tak nak pendemo jalanan ni masuk KL 2 3 hari awal, pastu dok lah hotel ke, rumah tumpangan ke, rumah sedara/kawan ke, bawah jambatan ke, bila time demo nanti senang nak pergi sbb dah ada dalam KL.

    @Tanpa Nama 9 Julai 2011 9:55 AM
    Betul... sebagai orang Islam tak kisah orang atas atau orang bawah mesti BERSIH... tapi tak dinafikan ada benda yg tak betul dalam sistem. Apa lagi... peti undi lah jawapannya... tapi bukan atas jalanraya :)

    BalasPadam
  6. Terbaek bro.. Disebabkan kebangangan melayu bodoh (aku mmg suke bikin panas) yg sekolah kat sek ren keb tamil (ambiga pengetua die).. Ape pon tak boleh wat skang. Dok umah je la. Walaupun aku mmg tak ble bejalan skang ni.

    BalasPadam
  7. what goes arnd comes arnd. lantaklah melayu hilang. janji Islam dikendong sepanjang zaman. Allah Maha Tahu.
    haha. i'm not so-called fan of politics. no offense.

    BalasPadam
  8. @Cik hawa
    Kita bercakap mengenai realiti here. Its OK kalau cik tak minat politik, dan its OK cik tak bercakap mengenainya sbb cik pun belum layak mengundi, dan tak salah cik ambil tahu sedikit sebanyak perkembangan politik sbb generasi mcm cik nilah yang bakal memegang kepimpinan negara pada masa hadapan, siapa tahu? Dan bila kita bercakap mengenai realiti politik Malaysia, ia semua berkisarkan kaum dan agama, mmg tak boleh lari. Mungkin sekarang cik tak faham, tapi saya percaya one day u will understand.

    BalasPadam
  9. hehe. alamak! sorry admin. i (budakkecikni) had spilled out childish words. tak tahu la. semoga kita sentiasa di bawah rahmat ALLAH. peace.. :D

    BalasPadam
  10. Pertama2 KITA (bukan org lain) MESTI patuh perintah Allah dlm semua aspek, bukan separuh2. Klu belum dapat utk amalkan 100%, skurang2nya niat & usaha ke arah tu mesti ada & berterusan.

    Then, mintalah petunjuk dariNya dgn banyak membaca/meneliti quran & isinya, meneliti/memerhati keadaan semasa (& mungkin bergaul/berpengalaman)dari kedua2 pihak (pemerintah & pembangkang), LEPAS TU SERAHKAN urusan padaNYA dgn solat hajat & doa2. Allah akan pandu mana untuk kita condong. Mudah aje kan?

    Masing2 akan mendapat ilham/gerak hati yg sama atau berbeza. Cth: Gerak hati isteri mngkin berbeza (atau sama) dgn suami, bos & pekerja , ayah dgn anak, dll. Jgn heran & risau & JGN GADUH LEBIH2.

    (Hak yg berbeza/sama tu le yg nanti masuk kat peti undi).

    Bukankah ALLAH maha mengetahui?

    (panjang ni admin, ok ke?)


    'murid usth Bayah'

    BalasPadam
  11. ADMIN MELAYU MACAI BODOH UMNO

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...