Selasa, 21 Februari 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 6

Seriously not in the mood nak tulis ulasan Raja Lawak minggu 6 nih, sbb aku tau rata2 pasti akan membosankan. Aku tahu kalau tema "Retro" je, mesti akan ramai yg pakai baju a go go lip lap lip lap pastu pakai rambut afro. Sepatutnya tajuknya kena "Zaman Dulu Kala", so peserta leh buat mcm2 sikit, zaman batu ke, zaman dinosour ke, retro ke, zaman rock kapak ke, zaman hang tuah ke, zaman renaissaince ke, dan lain2.
 Meter tahap kelawakan:
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kumpulan Shiro mengadaptasi cerita P. Ramlee watak Sarip Dol. Persembahan antara yg terbaik minggu ni. Walaupun Shiro ni kadang2 nampak biasa je tp aura tu dah nampak sbb mereka agak konsisten dari minggu pertama, ada calon finalis. Kumpulan Shiro merupakan satu2 peserta RL6 yg mampu melawak2kan juri terutama Shila Rusly. Jalan cerita dan kostum mmg memenuhi tema zaman dulu2.

2. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan pertama buat lawak retro rambung kembang. Persembahan bagi aku kurang memuaskan berbanding minggu2 sudah. Masih lagi menggunakan mamak sbg watak utama dlm sketsa. Punchline byk yg kureng menyengat. Jalan cerita juga kurang retro, hanya pakaian sahaja yg retro.

3. Skema (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HEH)
Kumpulan kedua buat lawak rambut kembang. Jalan cerita dalam kelas takde yg retro pun, cuma pakaian je retro, pakaian dan lagu je retro. Tak menjadiklah minggu ni.

4. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Sketesa adaptasi daripada cerita Ahmad Albab, so jalan cerita mmg ada unsur retro. Byk punchline yg menarik dan tak disangka2 mcm PHD - Pizza Hut Delivery, buang misai, mama tak online dan lain2. Antara persembahan yg bagus malam tu.



5. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan ketiga buat lawak rambut kembang. So bila dah retro mcm tu elemen muzik, disko, rambut, pakaian lip lap dan seluar kembang mesti ada. Tapi ni lain sikit, zaman 50an vs 70an. Lawak lebih kepada perbandingan di antara zaman, so far biasa2 je.

6. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kali ni idea Selak agak kreatif, buat watak Kassim Selamat VS Bruce Lee di mana scene diorg ter'cross over'. Ada punchline yg menarik cuma idea sudu garfu besar tu kurang best sikit. Kalau dia pakai je garfu biasa lagi OK.

7. Riki (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Kumpulan keempat wat lawak rambut kembang. Yang ni lagi, kostum, prop, muzik je yg retro tapi lawak lawak zaman moden dan syok sendiri. Punchline pasal lembu2 tu dah sengal dah tp jgn gelak byk sangat, biar penonton je yg gelak.

8. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Zero membawa crossover watak zaman2 dulu iaitu Ali Setan, Jamal Abdillah dlm cerita Azura dan Amy Search. Jalan cerita mmg menarik, punchline ada yg menarik cam aircond motor rosak tp tau tak kenapa org tak gelak... Persembahan mmg best, antara yg terbest... Kumpulan Zero juga sgt konsisten sekarang, salah satu calon finalis. Tp mamat yg jadi Jamal Abdillah tu mcm Shah Rukh Khan, ingat dia jadi SRK.

Peserta terkeluar minggu ke-6: Riki dan Skema

Kesimpulan:

Separuh daripada peserta buat lawak zaman retro rambut kembang. So kumpulan yg buat lawak lain daripada konsep retro tu lebih menarik daripada yg buat retro rambut kembang. Aku rasa pemilihan tema yg betul juga penting utk menentukan naik turun persembahan peserta. Untuk minggu ni bottom 3 adalah 2Yol, Riki dan Skema. Kalau berdasarkan persembahan minggu ni, mmg Riki dan Skema yg paling layak keluar minggu ini. Nampaknya lepas ni Angah hanya tinggal sekumpulan je anak didik iaitu 2Yol. Tapi Jozan mmg lawak minggu ni, terpaksa cakap bahasa Inggeris sometimes ok sometimes broken hanya semata2 kerana ada sorang penonton perempuan mat saleh.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Zero (Cif - Taukeh) - LMAO
2. Shiro (Cif - Taukeh) - LMAO
3. Selak (Cif - Pak Yus) - LOL
4. Albob (Cif - Pak Yus) - LOL
5. Cuit (Cif - Pak Yus) - HAHA
6. 2Yol (Cif - Angah) - HAHA
7. Riki (Cif - Angah) - HEHE
8. Skema (Cif - Taukeh) - HEH

* Kredit: Video oleh GuaTVutube.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...