Sabtu, 11 Februari 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 5

Untuk  Raja Lawak 6 minggu ke-5, peserta diberi tajuk "Komedi Musikal". Seriously kalau Kodan ada lagi mmg makanan Kodan lah ni. Mcm biasa, utk komedi musikal aku x expect lawak yg begitu pecah perut, sbb kebiasaan lawak musikal ni hanya lebih kepada menghiburkan. Musikal komedi boleh jadi pengubahsuaian lirik lagu sedia ada kepada bentuk yg lawak, atau lirik lagu tidak diubah tetapi dinyanyikan agar kena dengan situasi dan keadaan atau nanyian lagu original beserta lirik2 komedi. Kalau kena gaya mmg menghiburkan, ditambah lagi kalau suara penyanyi mmg sedap. Mmg biasa org cakap kita pelawak bukan penyanyi sbg alasan suara tak sedap, tp dgn suara yg tak sedap ditambah dgn tempo yg lari biasanya boleh membunuh mood penonton.
 Meter tahap kelawakan:
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Menggunakan KRU sebagai bahan lawak mmg idea yg bagus sbb KRU mmg merupakan kumpulan muzik yg sangat legend di Malaysia. Masing2 memainkan peranan yg baik sbg Norman, Yusry dan Edry. Ditambah dgn lagu yg x disangka2 yg bukan lagu KRU pun, suara pun OK tak kelaut mmg mendatangkan mood dan cukup menghiburkan.

2. Riki (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Lawak Riki kali ni kurang menjadi. Sketsa tak menarik, lagu pun tak menarik, bahan yg dilawakkan hanya hitam, wak lu, hitam, wak lu. Tambah pulak dgn mamat ketua tu yg lupa lirik mmg menghilangkan mood.

3. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Lawak minggu ni menghiburkan cuma punchline tak byk yg lawak. Watak dan jalan cerita tak berapa kuat, 2 org pendekar jalan2 then nak menyanyi lagu. Vokal nyanyian juga tak membantu utk menaikkan mood.

4. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Takde sebarang jalan cerita, cuma membuat persembahan boria. Bagi aku persembahan minggu ni kurang menyengat kerana boria tidak dekat di hati semua penonton, hanya org2 utara sahaja yg suka. Dan lagu2 boria yg dibawa juga tak berapa lawak sbb bukan bawak lagu boria. Kalau nak buat boria buat boria betul2, ubah lirik ke komedi, ini byk sangat mengarutnya dgn menjerit2 sampai sakit telinga.

5. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Membawa watak Usop Wilcha, lakonan mmg menjadi tapi musim filem Hantu Kak Limah dah habis... so sketsa yg dibuat kurang dapat menarik minat penonton, tapi OKlah sikit dari minggu2 lepas, still ada punchline yg boleh buat org gelak.

6. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Sketsa dan lakonan yg dipakai mmg menjadi, dan penggunaan lagu Aishiteru masa ending mmg best, sbb aku suka org melawakkan lagu2 yg popular ni. Suara nyanyian pun sedap, so far antara persembahan yg terbaik sama dgn Zero.

7. Skema (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kumpulan Skema kali ni mmg meningkat, terima kasih kepada Kopi dari kumpulan King. Peniruan watak Kopi tu mmg best. Lagu yg digunakan pun best mcm Cerita Kedai Kopi mmg kenalah dgn watak "Nama aku Kopi" dan suara mamat kopi tu pun OK, cuma suara mamat muka cina tu spoilkan sikit mood.

8. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Konsep yg dibawa oleh Albob sangat simple, 2 org berkebun sambil menyanyi seperti bekerja sambil just having fun. Bagi aku persembahan OK, dan ada part yg lucu. Cuma ada beberapa lagu yg ada pengulangan lirik dan kurang menarik seperti niat hati niat hati, tak tau kalau dia terlupa lirik.

9. GMan (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kalau nak dikira dari segi komedi muzikal mmg antara yg terbaik, sketsa cinderella mmg idea yg baik, watak M. Daud Kilau mmg sangat berkesan, lirik2 komedi yg digubah boleh tahan, lagu2 yg diguna mmg best terutama lagu Alif Satar yg popular masakini Lelaki Seperti Aku.

Masa Penyingkiran
Untuk minggu ni aku nak letak video penyingkiran sbb lagu yg Jozan nyanyi waktu tu mmg sangat best dan sedih. Kalau Jozan baca ni, aku mintak korang tolonglah buat lagu atau single bersama, Johan boleh menyanyi, suara sedap dan boleh tiru mcm2 suara, Zizan boleh rap, so kalau korang buat lagu bersama aku rasa mesti meletup di carta2 radio.

Peserta terkeluar minggu ke-5: GMan

Kesimpulan:

Minggu ni seperti yg aku jangka mmg takkan ada persembahan yg betul2 meletop dan membuat aku ketawa terbahak2, boleh kata cukup sekadar menghiburkan. Muzikal komedi susah nak buat jadi betul2 jadi lawak. Untuk minggu ni bottom 3 adalah Riki, Skema dan GMan. Kalau berdasarkan persembahan, paling layak keluar minggu ini adalah Riki, tapi yg terkeluar adalah GMan. Nak buat camner... Tapi bak kata Pak Yus, GMan terkeluar minggu ni dgn bermaruah.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Zero (Cif - Taukeh) - LOL
2. Shiro (Cif - Taukeh) - LOL
3. GMan (Cif - Pak Yus) - LOL
4. Skema (Cif - Taukeh) - LOL
5. Albob (Cif - Pak Yus) - LOL
6. 2Yol (Cif - Angah) - HAHA
7. Selak (Cif - Pak Yus) - HAHA
8. Cuit (Cif - Pak Yus) - HAHA
9. Riki (Cif - Angah) - HEHE

* Kredit: Video oleh GuaTVutube.

1 ulasan:

  1. akak tak nonton siri jadi tatau nak citer apa..heee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...