Selasa, 14 Februari 2012

Band Youtube

Nowdays dah biasa sangat dengan trend artis Youtube yang biasanya dikalangan perempuan comel, bertudung dan main gitar seperti pioneer dia Yuna, Najwa Latif, Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, Pika Eugene dan macam2 lagilah. Tak mustahil satu hari nanti Anugerah Juara Lagu akan diconquer oleh artis2 kelahiran Youtube, kalau dulu penuh dgn artis realiti show je.

Dah alang2 tu aku nak kenalkan sebuah selebriti Youtube yang belum lagi terkenal, baru je nak naik. Tapi selebriti ni bukan awek comel pakai tudung main gitar, tapi sebuah band indie iaitu Fuzzy Honey. Dengan genre musik grunge. Satu lagu yg mmg best adalah Selamat Tinggal.


Video ni direkod masa jamming so bunyi mungkin tak berapa nak sedap, tapi dengarnya band ni akan mula masuk studio utk rekodkan single mereka. Ada lagi lagu2 lain boleh tengok dekat channel mereka di sini. Satu lagi yg aku kagum, mereka menggunakan handmade EFX pedal yang mereka bina dan reka sendiri iaitu Hybrid-Pi, boleh tgk kat website sini. So layan jerlah lagu Selamat Tinggal ni ok.

Fuzzy Honey - Selamat Tinggal

Selamat ulang tahun cinta
Apa yang telah pun ku rasa
Dimana keadilan jiwa
Walau apa pun yang menimpa
Aku pasrah..

Selamat tinggal
Kepada semua yang ada dihadapanku
Apa yang kurasa hanya
Selamat tinggal
Kepada dunia didalam putarannya
Apa yang kurasa hanya

Bertahun kita mengembara
Punya satu agenda sama
Dimana keadilan jiwa
Walau apa pun yang menimpa
Aku pasrah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...