Isnin, 16 Januari 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 1

Raja Lawak kembali lagi utk musim ke-6 dan aku akan cuba buat sedikit review atau ulasan persembahan peserta secara ringkas sbb nowdays aku bz sikit.


Johan dan Zizan a.k.a Jozan masih dikekalkan sebagai pengacara, pengkritik tetap Mejar David Teo, Sheila Rusly dan Sathia. Raja Lawak musim 6 ni juga ada sedikit kelainan di mana terdapat tenaga pengajar yg terdiri daripada sorang Cif Besar iaitu Ahmad Idham dan Cif Kecil iaitu Angah, Taukeh dan Pak Yus. Setiap peserta Raja Lawak akan diletakkan di bawah bimbingan salah seorang cif kecil ini. Detail peserta2 korang boleh tgk kat website rasmi Raja Lawak 6 Astro kat sinilah dan official FB Fanpage. Carta di bawah merupakan carta organisasi bagi peserta Raja Lawak serta cif2 mereka.


Sama seperti ulasan Marahaja Lawak dulu, setiap peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

0. Pembukaan Gelanggang Raja Lawak
Macam biasalah, Ac Mizal dan Jozan buat gimik sikit, sesi perkenalan pengkritik, cif2 kecil dengan anak buah mereka dan cif besar. Utk permulaan, ramai yg tgk Raja Lawak sbb ada Jozan je. Tema minggu ini - Bebas.

1. Skema (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Banyak sgt gerakan2 slapstik yg serabut. Punchline kureng menjadi, yg lawak sikit masa bahagian bercakap mcm2 bahasa hok kecek kelate vs utara, cina vs hindi, arab vs omputih, yg lelain tu nampak diorang yg lebih "menggelabah".

2. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kesilapan besar Shiro adalah minggu pertama dah tiru watak Jepp Sepah. Tanggapan pertama penonton adalah Shiro ni nak tumpang populariti Jepp Sepah ke? Bukan tak boleh tiru, tapi at least utk org yg baru pertama kali buat persembahan atas gelanggang raja lawak kena buat dulu lawak atas kebolehan diri sendiri dulu. Nanti dah minggu 3 4 atau masa tema tiru gaya artis masa tu nak tiru Jepp Sepah pun takpe. Jalan cerita pun tak nampak kelogikan dan kesinambungan.

3. Kodan (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kodan a.k.a Ahdan a.k.a Shahdan Salleh ni dulu ahli kumpulan Flava pernah masuk Gangstarz, lepas tu masuk rancangan Pilih Kasih Rosyam Noor, pastu pengacara Aktif 5 di iTV channel 180. Satu2nya peserta solo kat RL6. Walau ramai cakap Kodan ni gila glamer, tp bagi aku dlm ramai2 peserta, persembahan pentas dan tahap confident dia yg paling kuat. Penyusunan cerita, penggunaan rhythm ayat pun bagus. Antara peserta yg terlawak, paling lawak tang nyanyi lagu Stacy versi arab tu, gila ulang byk kali tu je. Cuma mungkin kalau nak pergi jauh kena rendah diri sikit sbb dia dah ada sedikit nama kat industri seni berbanding peserta lain.

4. King (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: ... )
Hmm... pathetic... aku pun tak tau nak cakap apa dgn persembahan kumpulan ni. Ini persembahan lawak ke? Dah berapa kali aku cuba hadam lawak diorg dlm kepala hotak aku ni pun sampai pecah pun tak boleh nak gelak, even nak senyum pun tak larat. Mcm mana diorg boleh terpilih masuk RL6 ni. Kalau tak silap persembahan diorg yg diorg buat ni sama mcm masa audition dulu. Balik2 tungau polis, ni patung, polis, patung, nama aku kopi... Lawak ke??? Ini betul2 boleh mendatangkan marah!!! Even Amir lagi lawak dari korang!

5. Riki (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan datang dari Penang, lawak kira OKlah... boleh diperbaiki lagi. Punchline yg paling best dlm sketch ni, "Awak ada berapa adik beradik? 6 orang. Awak anak ke berapa? Tujuh tujuh".

6. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Juga peserta dari Utara, kalau tak silap mereka juga pernah berlakon dalam drama2 komedi. Aku maleh nak mencari ce google. Sketch pasal wayang kulit, boleh tahan lawak jugakla, ada beberapa punchline yg menarik, cuma masa awal2 tu lambat sikit panas, masa pun tak banyak. Ahli yg gelap sikit tu nampaknya seperti bakal dijadikan bahan utk lawak2 mereka akan datang. 

7. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEH)
Ni satu lagi kumpulan yg bagi aku buasir otak selain kumpulan King tadi. Tolong jangan buat lawak2 toyol lagi, dah tak lawak dah. Jalan cerita ok sikit dari King tapi masih kelaut. Byk punchline miskin (dibuat2 mintak org gelak), pastu kutuk2 rambut Johan tu kenapa? At least bagi established dulu beberapa minggu kat Raja Lawak baru korang layak kutuk selebriti lain. Tapi quote Zizan "gelak la ini bukan pertandingan mewarna, ini raja lawak ek" mmg terbaik... tp bukan taknak gelak Zan, lawak dah mmg cam naaakkhaaroooom.

8. GMan (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HEHE)

Pacing agak lambat, tambah dgn tak ingat skrip. Tak lah teruk sangat, jalan cerita pun ada, dah nak last2 tu je lawak sikit. Tapi masih ada peluang dan ruang untuk diperbaiki.

9. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Pembukaan yg agak lemah sbb lagu LMFAO Party Rock Anthem everyday i'm shuffelin dah digunakan oleh kumpulan sebelumnya. Lawak boleh tahan, nampaknya kumpulan ni akan menggunakan formula feeder killer di mana killer dia yg badan besar tu manakala sorang lagi tu just feed je. Pak Yus boleh polish lagi bebudak ni. 

10. Ketupat (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEH)
Ni satu lagi kumpulan yg membazirkan slot Raja Lawak. Yang kat tengah tu tak nampak talent melawak langsung. Lakonan 3 org ni pulak jadi serabut, masing2 berebut nak cakap. Biasa sketch pasal wawancara ni lawak, tapi ni jadi merapu, isi kosong. Lepas tu ada lawak gay pulak.

11. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Setakat ni dari segi lawak, sketch dan teknik lakonan, kumpulan Selak merupakan yang terbaik. Walaupun ada punchline yg tak berapa menjadi, tapi ia dicover oleh gaya lakonan mereka yg sangat berkesan. Juga satu2nya kumpulan yg ada ending punchline yg sangat kuat ditambah dgn tarian dan gesel pipi Jozan. Nampaknya Pak Yus berjaya menurunkan bakat lakonan teaternya kepada kumpulan Selak ni walaupun mereka ni mcm budak2 lagi, syabas. Mengingatkan aku kat kumpulan Balas RL5. 

12. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HEH)
Kumpulan adik-beradik dari Sabah ni antara kumpulan yg terlemah. Kelemahan yg perlu diorg atasi adalah cuba belajar guna ayat dan perkataan yg lebih senang difahami semua org Malaysia. Ada lawak ganas dok ketuk2 kepala orang, lawak geli geliman tunjuk bulu ketiak. Sketch tak berapa kuat tapi boleh lagi bagi peluang.

Peserta terkeluar minggu ke-1: Tiada

Kesimpulan:

Ada beberapa peserta yg dah nampak potensi, dan ada juga peserta yg tak sepatutnya masuk Raja Lawak. Bukan nak merendahkan keupayaan mereka tapi takkan daripada beribu2 org yg pergi audition, takde pun yg lebih layak dari 2 3 kumpulan peserta dalam RL6 yg ntah apa2 tu? Setakat ni takde lagi yg dapat meter lawak ROTFLMAO, yang paling tinggi pun cuma LMAO.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Selak (Cif - Pak Yus) - LMAO
2. Kodan (Cif - Taukeh) - LMAO
3. Cuit (Cif - Pak Yus) - LOL
4. Albob (Cif - Pak Yus) - LOL
5. Riki (Cif - Angah) - HAHA
6. Shiro (Cif - Taukeh) - HAHA
7. Skema (Cif - Taukeh) - HAHA
8. GMan (Cif - Pak Yus) - HEHE
9. Ketupat (Cif - Angah) - HEH
10. Zero (Cif - Taukeh) - HEH
11. 2Yol (Cif - Angah) - HEH
12. King (Cif - Angah) - Tiada

Nampaknya anak buah Pak Yus lebih perform berbanding anak buah Taukeh dan Angah. Harap minggu kedua nanti ada 2 3 penyingkiran, mana2 peserta yg masih perform teruk tu singkirkan aje... daripada org elok2 nak gelak2 tgk Raja Lawak jadi marah pulak.

* Kredit: Video oleh Nazwa69.

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...