Khamis, 1 Mac 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 7

Haha lambat sungguh aku nak update review Raja Lawak ni... still not in the mood sangat nak update blog. Sibuk betul 2 3 menjak nih. Takpelah aku try update je lah mana yg boleh. Minggu ni sekali lagi tema adalah "Bebas", di mana ia juga bakal membebaskan peserta RL untuk buat persembahan ngarut2.
 Meter tahap kelawakan:
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.


1. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Konsep dah ada, jalan cerita dah ada tapi entah kenapa punchline tak mampu membuat aku gelak. Ada jugak lawak Internet mcm tukang guting rambut, kucing jadi banyak, lawak harimau. Cakap pun laju sangat.

2. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Idea Zero mmg dah terbaek, 2 orang terjun laut nak cari harta karun terjumpa ikan duyung, konsep pun bagus mcm guna bubble masa dlm laut, cuma tempo diorg kadang2 sangkut2 so mengganggu mood penonton.

3. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Guna konsep berlakonan dgn objek halimunan, biasa Nabil dgn Jambu buat, cuma objek halimunan kali ini adalah lembu hitam. Gaya lakonan, tempo dah OK, cuma punchline lawak mungkin kurang mengancam. 

4. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HEH)
Selak buat lawak mcm minggu awal2 dulu, jiran datang rumah kawan lepas tu berbual2. Mungkin sbb diorang pernah buat konsep mcm ni so org dah boring. Jalan cerita juga berserabut sbb byk sangat dialog dan benda nak disebut tapi tak saling berkait.

5. Albob (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HEH)
Kenapa diorang pilih sketsa bomoh, benda nih dah agak selalu org buat dan cliche... mcm ambil jalan mudah. Punchline dialog pun lemah, dari segi fizikal pun kurang menjadi. Mungkin ni persembahan terburuk Albob sepanjang Raja Lawak.


6. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Sebenarnya lawak2 orang gila ni salah satu cara cheap utk buat lawak. Dan kebanyakan dialog2 ala2 YB tu pun byk cedok dari Internet, contohnya lawak hantar waktu malam ke matahari tu lawak Samy Vellu. Tapi disebabkan persembahan peserta2 lain lagi teruk, persembahan Shiro minggu ni kira yang paling berjaya.

Peserta terkeluar minggu ke-7: Albob

Kesimpulan:

Dah minggu ke 7 tapi masih lagi mengecewakan. Sekarang ni nampak mcm Shiro dan Zero je yg paling layak ke final, walau macam mana pun lawak diorang masih lagi boleh dikatakan hanya tahap kumpulan Balas dan R2 Raja Lawak 5, tak sampai separuh pun daripada prestasi lawak Nabil dan Sepah waktu diorang kat Raja Lawak. Untuk minggu ni bottom 3 adalah Albob, Selak dan Cuit. Disebabkan peserta pun tinggal sikit, maka kumpulan Albob yg terkeluar sbb prestasi dia mmg teruk minggu ni. Trend pengundian pun dah tak kira walau persembahan peserta baik minggu2 sudah, sekali persembahan teruk habis mmg org takkan undi.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

1. Shiro (Cif - Taukeh) - LOL
2. Zero (Cif - Taukeh) - LOL
3. Cuit (Cif - Pak Yus) - HAHA
4. 2Yol (Cif - Angah) - HEHE
5. Selak (Cif - Pak Yus) - HEH
6. Albob (Cif - Pak Yus) - HEH

* Kredit: Video oleh GuaTVutube.

1 ulasan:

  1. selalu miss tgk raja lawak 6 ni, tp rasanya yg paling lawak tebabo zero kot...mlm ni pn miss lg..tgk youtube ja lah... ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...