Khamis, 8 Mac 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 8

Untuk minggu 8, peserta dikehendaki membuat 2 persembahan, pertama bertemakan "Pertama" di mana tajuk mesti ada kaitan dgn Pertama kali seperti pertama kali bercinta ke, pertama kali merompak ke, dan lain2. Persembahan kedua bertema "Radio" di mana peserta dikehendaki membuat lawak yg bersuasanakan konti radio.
Meter tahap kelawakan:
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Persembahan Pertama

1. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Kumpulan Cuit bermula dgn agak baik dgn idea yg agak bagus. Temanya adalah pencuri tu pertama kali tunjuk teknik mencuri dan 2 orang tu first time kena curi jugak.

2. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Temanya adalah pertama kali pergi interview, pertama kali masak laksa dgn tomyam, lawak lebih kepada perbualan seharian 2 org housemate. Punchline ada byk yg OK, cuma ending cam tergantung mungkin sbb Jozan masuk awal sgt.

3. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Sketsa perbualan 2 org housemate, temanya pertama kali malu, pertama kali kena tahan polis. Kelemahan persembahan ni ceritanya panjang lebar sangat, last2 punchlinenya cuma 2 je, itupun kurang menyegat sangat.

4. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Persembahan selak pasal pertama kali nak pergi blind date, tapi yg sorang tu bapok pulak. Walaupun melawak dgn buat watak pondan mcm cheap sikit, tapi dari segi lakonan OK, punchline pun ada yg lawak. So far OK.

5. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HEH)
Tema kumpulan Zero pertama kali pergi uji bakat, tapi jgn cerita sangat berterabur, punchline byk tak menjadi dan sangkut2. Merupakan persembahan paling teruk kumpulan Zero selain masa minggu 1.

Persembahan Kedua

1. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Untuk persembahan kedua, Cuit buat sketsa DJ ganti yg bengong. Punchline boleh tahan, buat lawak pasal Info Trafik, Info Cuaca dengan Segmen Drama Radio.

2. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Persembahan radio kumpulan Shiro kali ni pasal lagu rosak, panggilan telefon, segmen artis undangan dengan meniru gaya AC Mizal walaupun tak menjadik sangat. Ada punchline yg lawak, tapi peserta pilihan juara RL6 ni masih lagi belum mencapai tahap lawak juara Raja Lawak sebelum2 ni.

3. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: LOL)
Untuk persembahan kedua 2Yol, sebab diorg dah bosan jadi DJ radio, diorang start merapu on-air kat radio seperti Info Trafik, Info Cuaca yg macam ulasan bola sepak. Tapi obvious sangat nampak baca skrip.  So far agak bagus berbanding persembahan pertama.

4. Selak (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Kumpulan Selak berlakon jadi artis undangan palsu sbb yg ori tak datang. Masih lagi bawak watak Usop Wilcha macam minggu yg sebelum membuatkan org mungkin agak bosan, lagipun musim Hantu Kak Limah dah basi so tak mendapat sambutan dari orang sangat. Waktu tiru Chef Wan pun kureng melawakkan, mungkin sbb org hanya boleh terima Johan je tiru Chef Wan, kalau org lain buat agak annoying. Punchline pun agak tak lawak... so far agak mengecewakan.



5. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LMAO)
Nasib baik persembahan kedua kumpulan Zero OK, menebus kembali kelemahan persembahan pertama. Membawa sketsa tukang cuci konti berangan nak jadi DJ. Byk punchline yg menarik, ada jugak lawak Counter Strike. Tapi yg nyanyi lagu Sedetik Lebih tu suara sebijik Anuar Zain mmg bestlah, tapi adik yg bongsu tu mcm kurang function pulak kali ni.

Peserta terkeluar minggu ke-8: Selak

Kesimpulan:

Secara keseluruhan walaupun peningkatan dah ada sikit berbanding minggu 7 tapi masih lagi belum di tahap otai2 Raja Lawak. Untuk minggu ni bottom 3 adalah Selak, Cuit dan 2Yol, dan yg terkeluar adalah Selak. Minggu depan dah minggu terakhir sebelum final, kalau berdasarkan prestasi, 3 kumpulan yg akan masuk final adalah Shiro, Zero dan Cuit. Tapi mungkin juga 2Yol yg akan masuk final menggantikan Cuit. Walau macam manapun dua anak didik Tauke iaitu Shiro dan Zero pasti masuk final dan salah seorang akan bergelar juara.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

Pusingan Pertama

1. Shiro (Cif - Taukeh) - LOL
2. Cuit (Cif - Pak Yus) - LOL
3. Selak (Cif - Pak Yus) - LOL
4. 2Yol (Cif - Angah) - HEHE
5. Zero (Cif - Taukeh) - HEH

Pusingan Kedua
1. Zero (Cif - Taukeh) - LMAO
2. Cuit (Cif - Pak Yus) - LOL
3. Shiro (Cif - Taukeh) - LOL
4. 2Yol (Cif - Angah) - LOL
5. Selak (Cif - Pak Yus) - HEHE


* Kredit: Video oleh GuaTVutube.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...