Khamis, 15 Mac 2012

Ulasan / Review Raja Lawak 6 - Minggu 9

Seperti biasa dah last2 minit baru aku nak update ulasan aku ni. Minggu ke-9 ni adalah separuh akhir di mana ni peluang terakhir sebelum pergi ke final. Untuk minggu 9 juga setiap peserta kena buat 2 persembahan di mana tugasan pertama bertemakan "Kembali ke Zaman Kanak2 dgn Situasi" dan juga tugasan kedua adalah "Kalau Aku Jadi... [situasi]" di mana situasinya berbeza bagi setiap peserta.
Meter tahap kelawakan:

- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Persembahan Pertama

1. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: LOL)
Tugasan zaman kanak2 kumpulan Zero bersituasikan Sukaneka. Sketsa boleh tahan, ada punchline, idea kena mengena mmg biasa dilakukan pelawak, tapi lawak mcm ni mmg mirip2 lawak kumpulan Jambu waktu Maharaja Lawak dulu di mana byk menggunakan aksi dan gerakan.

2. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HAHA)
2Yol membawakan sketsa zaman kanak2 dengan situasi lawatan ke Zoo. Lawak biasa2 aje, mcm biasa penceritaan pun laju sgt dan situasi lawatan ke zoo tu nampaknya kurang digunakan kerana diorg lebih byk cerita lawak benda lain yg takde kaitan dengan lawatan zoo tu.

3. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Situasi zaman sekolah mereka sepatutnya adalah rumah jiran, tapi situasi mereka di rumah sendiri bapak tunggu anak ambik result ujian. Lantaklah mungkin dia tukar last minit. Watak baby tu mmg dah lawak, lawak si abang tu kurang menjadik sangat. Setakat ni OK OK saja.

4. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HEHE)
Prestasi favorite juara Raja Lawak 6 orang ramai dan Sheila Rusly iaitu Shiro betul2 teruk kali ni. Diorg mcm dah hilang fokus dan takde semangat. Lawak zaman kanak2 dengan situasi Hari Jadi mereka agak tidak menjadi. Lakonan mereka juga seperti dibuat2 dan tak natural macam biasa.

Persembahan Kedua

1. Zero (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Dengan tugasan kedua Zero iaitu Kalau Aku Jadi Pengarah Filem, sketsa mereka kali ni mmg betul2 menghiburkan dan lawak. Mereka berlakon mengarah dan berlakon filem KL Gangster, setiap ajukan dan momokan watak dan tagline dalam filem tu mmg menjadi. Ni merupakan persembahan terbaik pada malam tu.

2. 2Yol (Cif - Angah) (Laugh-O-Meter: HAHA)
Dengan tema Kalau Aku Jadi Orang Gila, lawak mereka biasa2 sahaja sbb kalau bawa watak orang gila, merapu la apa pun mmg orang tak kisah. Cuma lawak org gila 2Yol ni boleh tahan la biasa2 je, dengan pengulangan tagline "Boleh gitu? La kata gila" menjadikan agak bosan.

3. Cuit (Cif - Pak Yus) (Laugh-O-Meter: LOL)
Tema kumpulan Cuit adalah Kalau Aku Jadi Ahli Sukan. Diorg membawa watak ahli sukan Muay Thai tengah nak bertarung. Punchline lawak ada, konsep boleh tahan, konsep mirip juga dgn lawak2 Jambu masa jadi ahli sukan time Maharaja Lawak. Tapi utk ending aku kena bagi kredit, mmg terbaik pengadil pulak jadi batu api suruh berlawan.

4. Shiro (Cif - Taukeh) (Laugh-O-Meter: HEHE)

Kumpulan Shiro kali ni buat tema Kalau Aku Jadi Nelayan. Aku harap diorg akan bangkit balik utk persembahan kedua, tapi sama je mmg sangat mengecewakan. Komen aku... sama mcm komen kat tugasan pertama.

Peserta terkeluar minggu ke-9: Tiada, semua masuk Final.

Kesimpulan:

Kalau minggu ni adalah final, konfirm Zero akan jadi juara, tapi kita ada satu lagi minggu. Minggu ni mmg ada kejutan iaitu lawak Shiro sangat tidak menjadi. Tak tau apa salah, apa masalahnya tapi yg pasti undian SMS diorg masa diumumkan time nak last2 tu mmg diorg yg terbawah. Dan aku rasa undian SMS lepas ditutup tu mmg Shiro yg last, dan kalau ikutkan hanya Zero, 2Yol dan Cuit je yg ke final, tapi mungkin sbb Shiro sebelum2 ni sgt konsisten dan juga favorite juri, maka semua keempat peserta masuk final. Tapi seriously... aku tak faham kenapa trend undian 2Yol sentiasa di atas, padahal mereka bukan kumpulan favorite malah persembahan setiap minggu pun takde yg meletup sangat, biasa2 je.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ni:

Pusingan Pertama
1. Zero (Cif - Taukeh) - LOL
2. Cuit (Cif - Pak Yus) -HAHA
3. 2Yol (Cif - Angah) - HAHA
4. Shiro (Cif - Taukeh) - HEHE 

Pusingan Kedua
1. Zero (Cif - Taukeh) - ROTFLMAO
2. Cuit (Cif - Pak Yus) - LOL
3. 2Yol (Cif - Angah) - HAHA
4. Shiro (Cif - Taukeh) - HEHE

* Kredit: Video oleh GuaTVutube.

3 ulasan:

  1. Idea yg sangat bagus dari Zero (pusingan pertama), mcm mana klu nak pujuk anak2 kecik meragam & menangis & merajuk.

    BalasPadam
  2. FOLLOW BLOG SAYA BRO. NEED FOLLOWER

    BalasPadam
  3. nape lama x update?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...