Sabtu, 11 Jun 2011

Lagu Pasal Pokok

Saje nak share dengan korang lagu yang sekarang ni tengah heavy rotation kat komputer dan cd player kereta aku iaitu lagu Pokok oleh Meet Uncle Hussain bersama bakal juara AF9 cewaaahh... Hazama. Kalau tak juara malu je aku hehehe... Lagu ni pernah dinyanyikan oleh MUH bersama Nubhan masa AF9 minggu keberapa ntah, walaupun Nubhan nyanyi OK tapi aku lagi suka Hazama punya version. Lirik, melodi dan arrangement muzik MUH untuk lagu ni bagi aku mmg sangat best, plus dengan suara Hazama yg mendayu2. Berbeza dgn lagu2 MUH yang lain yg kebanyakannya high pitch, lagu ni pitch dia lebih rendah dan senang nak dinyanyikan. Apa2 pun, layan jelah lagu ni yerk dengan lirik kat bawah tu.


Meet Uncle Hussain ft Hazama - Pokok

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

2 ulasan:

  1. Wan, ada nasyid ok dari Misut Kurtis (org tua2 mcm pak mesti suka) . Wan cari dlm Youtube.


    pak.

    BalasPadam
  2. aku suka lagu ni hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...